Makan Di Salai Waghih Den Td Point


 Assalamualaikum WBT
SEMALAM.. telah dikeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022. Tahniah kepada anak-anak yang telah mendapat keputusan. Ini bermakna, anda telah selangkah ke hadapan dan selangkah lagi bakal meninggalkan alam remaja. Mungkin ada yang telah bekerja dan mula berdikari. Mungkin ada yang sedang merancang untuk sambung pengajian dan mula mengisi borang UPU. Semoga kejayaan bakal menyusul nanti.. insyaAllah.. usaha, doa dan tawakal.
Semalam juga, Sk dan sebahagian rakan-rakan kolej terlibat dengan Program Gerak Gempur SPM 2023 bagi mengisi kapasiti pelajar jurusan kemahiran di kolej disamping melengkapkan portfolio apabila mengisi borang Sasaran Kerja Tahunan nanti. Kami diberi kebebasan memilih sekolah dan surat memohon kebenaran sekolah juga telah diuruskan. Sk dan Naza bertugas di SMK Taman Daya. Kami bergerak dari kolej sebelum jam 9 pagi. Dah sampai sana baru teringat, alangkah bagusnya jika bergerak lebih awal dan bersarapan dahulu di Kopitiam Nona memandangkan ruang pameran cuma akan bermula jam 9.30 pagi. Lupa langsung di Taman Daya ada kopitiam best! Hahahah.

Asyik lalu-lalang iklan Restoran Masakan Nismilan, Salai Waghih Den, ni, di timeline fb. Sekarang ni, restoran masakan lemai salai, dah macam cendawan tumbuh lepas hujan di Johor (JB). Pak Inche pulak, tak begitu gemar masak lemak cili api ni. Kalau ajak dia makan Nasi Kandar, sukalah dia. Restoran Nasi Kandar pun dah banyak tau kat Johor sekarang cuma tak berapa nak ori la. Kadang, macam restoran mamak aje pun tapi claim, Nasi Kandar


Dah terlanjur bertugas di Taman Daya, Sk mengajak Naza ke Salai Waghih Den yang terletak di TD Point, Taman Daya, selepas selesai tugasan. Sk pernah beberapa kali ke TD Point, makan di Adam's Kitchen, masa tu belum banyak lagi kedai dibuka di TD Point ni. Lama betul tak datang sini, rupanya Kedai Eco pun dah buka tau.. terus berangan lepas makan nak pergi Eco, hahahah. 

Terkejut jugak sebaik sahaja masuk ke dalam restoran kerana walaupun menghidangkan masakan asli nogori namun hiasan dalamannya lebih kepada moden kontemporari dan kelihatan mewah. Memang tak ada ciri-ciri kampung langsung, walaupun begitu masih kelihatan klasik dengan jubin lantai yang biasa kita lihat dipasang di tangga batu rumah Negeri Sembilan dan Melaka yang ado-ado. Masa kami sampai, pelanggan dah ramai, waktu makan tengahari kan. Mujur masih ada meja kosong untuk kami berdua. Jom kita tengok menu


Seperti trademark-nya, Ghaso Asli Nismilan, ia menghidangkan 100 peratus menu masakan tradisi Negeri Sembilan


Boleh pilih lauk ikut bajet masing-masing. Kalau tengok gambar, macam mahal juga tapi kalau tengok restorannya kira berpatutan la harga makanan dan suasana. Kalau makan bawah pokok mungkin mahal la harga yang ditawarkan ni, hihi. Nasi kena beli lain ya, itu harga lauk saja. Nasi sepinggan RM2. Eh, dia ada set dulang juga kot la datang ramai-ramai atau sekeluarga besar, kan. 

Set A mengandungi Daging Salai Masak Lemak, Tempoyak Daun Kayu dan Telur Dadar serta dua pinggan nasi putih. Bila Sk kira-kira balik, tak ada penjimatan pun ambil set A ni, sama macam kita ambil ala carte jugak kecuali la jika kita ambil set ni siap dengan minuman sirap untuk dua orang


Yang ni, kalau kita ambil Set B jimatlah RM3. Yang set C dan D ni malas nak kira la. Cuba pembaca kira sendiri, hehehe. Sk dan Naza pilih ala carte, masing-masing nak makan Keli Salai. Sk nak pesan daging salai tapi dah remaja purba ni ada masalah sikit tiap kali makan daging mesti sakit gigi, hahahaha. Kemudian, staf dia datang, beritahu keli tak ada.. huhuhu. 

Naza tukar kepada ayam, Sk tak nak ayam sebab ayam dia bukan ayam salai, pilihlah daging jugak. Pasrah ajelah makan daging, hahaha. Daging salai dihiris nipis dan lembut bila dikunyah, dimasak lemak cili api stail nogori bersama belimbing buluh. Phewwww.. sedap giler dan banyak jugak la semangkuk tu boleh kongsi dua orang. Nak tambah lauk, Sk cadangkan anda ambil telur dadar. Terasa salai dalam kuah daging tu cuma tak pedas la bagi Sk, pedasnya biasa-biasa aje. Tapi kalau pedas sangat, hilang nikmat makan nanti, campur datang sakit dada pulak, kan.. hahaha. Rasa lemak salai daging dan lemak ayam, berbeza, dan kedua-duanya pun sedap. Naza yang baru balik out station dari N9 cakap, hari tu dia makan kat sana, pun tak sesedap di Salai Waghih Den ni. Dalam lemak ayam tu ada hirisan daun kunyit tapi dalam daging, tak ada. Bau salai tu melekat sungguh ya, sampai lepas cuci tangan lama pun bau salai tak hilang, hahaha. Paling best, tak ada sakit gigi kalau tak manjangnya sakit gigi tiap kali makan daging.. hahaha

Sebab tak ada sayur yang berkenan nak digandingkan, kami ambil ulam. Ulamnya pelbagai seperti Ulam Raja, Daun Selom dan Pegaga satu set dengan Sambal Belacan, RM7. Bagi Sk, mungkin SWD boleh buat dua pilihan porsi ulam iaitu saiz kecil dan besar untuk dipilih pelanggan. Mungkin ada yang tak makan ulam banyak sangat, rugi la kalau tak habis. Kalau seorang jer yang makan ulam, jenuh oi nak habiskan, tak habis, rugi pulak membayar mahal-mahal, huhu. 

Dia punya sedap tu, sampai menghirup hingga ke titisan terakhir tau! Orang kata, kalau kita nampak pelanggan makan sampai sendengkan mangkuk tu, maknanya kompomla sedap.. hahahaha. Tapi, tu di tekak Sk la, kerana sedap ni subjektif kan. Jangan pelik bila makanan yang orang lain kata sedap, tak sedap di tekak kita. Kita pun tak boleh konsisten masak kari atau asam pedas sentiasa jadi sedap


Lepas makan, singgah Eco pulak. Eh, best giler la Eco di TD Point ni, banyak sangat pilihan, sampai tak jumpa jalan keluar, hahahahaha.. hahahaha. Nanti nak repeat lagi la Salai Waghih Den dan Eco TD Point. Dahlah depan-depan jer, hahahahaha

Nak ke sini, waze aje TD Point Taman Daya. Kemudian pusing jer satu pusingan parkir tu sampai habis, Salai Waghih Den di hujung bangunan sederet dengan Cawan Mas Kopitiam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/06/makan-di-salai-waghih-den-td-point.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Makan Pop Meals Daging Salai Sedapp

Suka Makan Pop Meals Daging Salai Sedapp

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 158 hits
Dari awal awal adanya Pop Meals yang dahulunya di kenali dengan nama Dah Makan kak ana dah try pelbagai menu sebelum ni Biasa sahaja menu menu yang kak ana pernah try dahulu laa waktu tu antara yang kak ana paling suka adalah Honey Soy Sesa...
Singgah Makan Tengahari Sekejap Di Ayam Gepuk Wak Kardan Kampung Melayu Sungai Buloh Selangor

Singgah Makan Tengahari Sekejap Di Ayam Gepuk Wak Kardan Kampung Melayu Sungai Buloh Selangor

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 319 hits
Ayam Gepuk Wak Kardanrestoran Ayam Gepuk Wak KardanKali ni aku nak cari makan yang rare sikit dari kebiasaan aku Makan yang aku nak try makan ni adalah makanan orang jawa jarang la aku nak makan ni Apa lagi jom terjah restoran Ayam Gepuk Wa...
Jalan Jalan Cari Makan Yahala Restoren Chulan

Jalan Jalan Cari Makan Yahala Restoren Chulan

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 335 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Jalan Jalan Cari Makan Yahala Restoren Chulan Kisah campak belakang 07052023 Mr A ajak outing ke KL Mulanya dia ada planning sendiri nak pergi majlis kahwin anak somebody di D...
Pertama Kali Makan Tosei Rawa Di Restoran Al Safa

Pertama Kali Makan Tosei Rawa Di Restoran Al Safa

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 494 hits
Assalamualaikum WBTTAK ingat baca kat blog sape tah hari tu beliau cerita tentang kesedapan Tosei Rawa Selalu jugak nampak menu ni setiap kali pergi makan tosei tapi tak pernah mencuba Malam tadi Pak Inche ajak makan di sebuah Restoran Mama...
Ringgit Makin Lemah Kempen Politik Anwar Dan Rafizi Kini Makan Diri

Ringgit Makin Lemah Kempen Politik Anwar Dan Rafizi Kini Makan Diri

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 398 hits
Kenyataan yang mengaitkan nilai ringgit yang rendah dengan kelemahan pentadbiran kembali menghantui pemimpin Pakatan Harapan ketika mereka bergelut dengan kemerosotan ketika ini Rakyat Malaysia yang celik politik pasti tidak akan melupakan ...
Hiburan I Tak Makan Minum Atau Jumpa Orang Stress Dengan Perangai Suami Datin Seri Shahida Pernah Lari Rumah

Hiburan I Tak Makan Minum Atau Jumpa Orang Stress Dengan Perangai Suami Datin Seri Shahida Pernah Lari Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 279 hits
Siapa saja yang tidak kenal dengan nama usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang sering terkait dengan pelbagai kontroversi panas dan kadang kala diri sendiri yang meminta untuk dikecam Mengulas tentang kontroversi yang selalu dicetusk...
Janji Tak Tertunai Anwar Akan Makan Diri Rais Yatim

Janji Tak Tertunai Anwar Akan Makan Diri Rais Yatim

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 291 hits
PADA 16 Jun ini TAN SRI DR RAIS YATIM 81 selesai khidmatnya selama tiga tahun sebagai Speaker Dewan Negara ke 18 Beliau yang bercuti mulai hari ini 1 Jun telah berkhidmat dengan kesemua 10 Perdana Menteri selama 55 tahun sejak 1968 Ia terma...
Teringin Tinggal Dalam Kubur Prank Challenge Dalam Kubur Akhirnya Makan Diri

Teringin Tinggal Dalam Kubur Prank Challenge Dalam Kubur Akhirnya Makan Diri

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 242 hits
Mempersendakan kubur adalah tindakan yang sangat tidak menghormati dan tidak sopan terhadap orang yang telah meninggal dunia Terdapat sebuah video yang dimuat naik oleh ar rayyan channel di halaman TikTok memaparkan dua orang lelaki mengebu...
Makan Asam Pedas Claypot Selera Rasa

Makan Asam Pedas Claypot Selera Rasa

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 221 hits
Assalamualaikum WBTMASIH ingat lagi kisah kami makan Ke sini lagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke utara Pada mulanya Pak Inche mengajak ke tapi Sk menolak kerana tak sanggup nak beratur panjang Ajak makan di R R mana mahunya kan Okey da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization