4h2m Itinerari Trip Ke Hatyai Thailand Menaiki Bas Kopetro Travel And Tours


15 tahun yang lepas, mummy pernah jejak ke Phuket, Thailand dengan menaiki kapal terbang. Lama juga rupanya... tak travel ke Thailand ! Huhu. Mohlah kita travel ke Thailand. Dekat-dekat pun, jadiklah ! So, kali ini, mummy travel ke Hatyai, Thailand . Hatyai ini, merupakan trip pertama mummy. Seumur hidup ini, memang mummy tak pernah jejak ke Hatyai Thailand lagi.. Trip kali ini, mummy memilih travel 4H2M TRIP KE HATYAI THAILAND DENGAN BAS KOPETRO TRAVEL AND TOURS.




4H2M ITINERARI TRIP KE HATYAI DENGAN KOPETRO TRAVEL AND TOURS
Ramai juga orang Malaysia travel ke Hatyai Thailand menggunakan jalan darat samada dengan menaiki bas atau kenderaan sendiri. Macam syoik pula, kan! Jadi,,,Percutian ke Hatyai kali ini, mummy akan menaiki bas bersama KOPETRO TOURS & TRAVEL. Jom tengok aktiviti kami selama 4H2M ITINERARI TRIP KE HATYAI DENGAN KOPETRO TRAVEL AND TOURS




TEMPAT MENARIK YANG DI BAWA KOPETRO TRAVEL AND TOURS DI HATYAI
Antara tempat menarik yang KOPETRO TRAVEL AND TOURS dan bas KOPETRO TRAVEL AND TOURS bawa kami di Hatyai, Thailand adalah :-
>> Amazon Cafe>> 7-Eleven (bersebelahan dengan Amazon Cafe)>> Rosecarree - Kedai Kain Sutera Asli Thailand>> Kedai Kacang Gajus Borong>> NORA Plaza>> River Grand Hotel - Check In>> Khlong Hae Steamboat HALAL di Songkhla>> Klong Hae Floating Market>> Lee Garden Night Market>> Chang Puak Camp>> Masjid Songkhla ala Taj Mahal>> SeaVerse Cafe & Restaurant>> Kedai Makanan Islam >> Singora Tram Tour Old Songkhla City>> Pantai Samila>> ASEAN Night Market>> Big Bee Garden>> Jalan-jalan di Danok

4 PERKARA PENTING SEBELUM KE HATYAI, THAILAND !Sebelum ke Hatyai, Thailand. Mummy dah mula buat homework. Apa yang perlu buat, perlu bawa dan bajet duit. 4 Perkara Penting sebelum ke Thailand !
1. Selesaikan urusan passportSebab passport mummy dah expired pada Oktober 2022. Jadi, kena renew awal-awal. Imigresen ini, tak boleh agak ramai ke tidak. Jika korang ada passport pula, pastikan passport available 6 bulan sebelum expired

2. Tukar Duit di Money ChangerPassport dah ready, seterusnya proses tukar matawang (tukar duit baht di money changer). Mummy tukar di money changer AEON Shah Alam. Agak murah dan boleh tawar menawar hehehe.

10 baht = RM1.34
100 baht = RM13.40
1000 baht = RM134
3000 baht = RM403

3. Beli Sim Kad Telefon ThailandMummy beli siap-siap sim Thailand di Malaysia sebab harga murah lagi jika beli di Malaysia. RM20 untuk 15GB unlimited 8 hari. Kalau beli di Thailand harga sim ni, THB299 dalam RM40. Sim Kad ni, tak perlu register. Memang khas untuk pelancong. Paling murah sim di Thialand pun boleh dapat dalam THB 200 (RM26.80)
4. Plug converter (travel adapter)Yang ni, memang mummy dah ada...bawa terus ajelah dengan extention plug hehe. Telefon banyak nau bawa, kan ! Dengan powerbank lagi hehehe


PERJALANAN KAMI KE HATYAI, THAILAND DARI KUALA LUMPUR DENGAN BAS
Perjalanan kami ke Hatyai, Thailand dari Kuala Lumpur mengambil masa yang tidak lama. Dalam 5-6 jam sahaja dengan menaiki bas KOPETRO TRAVEL & TOURS.

Sepanjang perjalanan, kami rehat dua kali , iaitu di R&R Tapah, Perak dan juga Masjid Kuala Nerang, Kedah untuk solat Subuh dan mandi. Selesai Solat subuh, kami berhenti di kawasan Stesen Bas Kuala Nerang untuk sarapan pagi sebelum masuk ke Thailand.
Kira-kira 8 pagi, bas KOPETRO TRAVEL & TOURS ke Imigresen Malaysia - Thailand dan Thailand - Malaysia melalui CTC Durian Burung. Imigresen Durian Burung tidak sesak. Alhamdulillah. 

White card , insurans dan lain-lain. Kami tak perlu beli, semua dah di sediakan oleh pihak KOPETRO TRAVEL & TOURS.

PENGALAMAN 4 HARI 2 MALAM DI HATYAI THAILANDPengalaman dan aktiviti kami selama 4 hari 2 malam kami di Hatyai, Thailand sangatlah penuh dan padat. Memang agak sedkit penat. Tetapi, berbaloi kerana dapat pergi ke banyak tempat menarik bersama tourist guide dan juga KOPETRO TRAVEL & TOURS. Jom tengok itinerari kami selama 4 Hari 2 malam .
Hari Pertama 
9.30 malam - Bertolak dari Kuala Lumpur - Thailand. Berhenti rehat di R& R Tapah , Perak.
Hari Kedua
4.30 pagi - Berhenti di Kuala Nerang untuk ke tandas, mandi dan solat Subuh
6.30 pagi - Sarapan pagi di Kuala Nerang , Kedah
8.00 pagi - Ke Imigresen untuk cop passport. Pastikan kad pengenalan, passport dan white card di bawa bersama-sama.



9.00 pagi Ke Hatyai, Thailand
Berhenti ke tandas , PTT Petrol Station Hatyai
Singgah ke Amazon Cafe. Cantik sangat landskapnya macam gurun sahara di penuhi dengan kaktus. Sempat OOTD sedasss di sini. 
Amazon Cafe ni juga bersebelahan dengan 7-Eleven. Air coklat 7E dan air kopi di sini murah. Dalam THB Semua satu tempat, boleh sahaja.
Rosecarree - Kedai Kain Sutera Asli Thailand


Gambar dari : Utusan TV
Destinasi kedua, pihak KOPETRO TRAVEL & TOURS bawa kami ke Rosecarree kedai kain orang Islam di Hatyai. Di sini, terdapat sutera asli Thailand , pakaian, baju kurung, baju melayu, tudung dan anak tudung jenama Rosecarree
Kedai Kacang Gajus Borong, Hatyai


NORA Plaza, Hatyai


NORA Plaza Hatyai, Thailand ini terkenal dengan pelbagai jenis barangan kulit buaya. Selain itu, terdapat juga pelbagai cenderahati menarik yang ada di sini. Pendek kata, lengkap semua barangan di NORA Plaza ni ! Haraga barangan di NORA Plaza pun sangat berpatutan , ada diskaun dan mereka juga menerima pembayaran melalui kad debit / kredit.
Rusdee Boat Noodle Hatyai


Untuk makan tengah hari, kami singgah ke Rusdee Boat Noodle Hatyai. Di sini, ada banyak pilihan makanan ada. Yang famous semestinya Boat Noodle, Nasi Goreng Seafood, Dim Sum, Pemanis Mulut dan banyak lagi.
Selesai makan tengah hari. Masa untuk check in hotel !
Check In Hotel - River Grand Hotel Hatyai

Jom Check In Grand Rivel Hotel Hatyai ! Masa untuk mandi, rehat, Solat Jamak dan tukar pakaian ! Hotel kami ni berdekatan dengan Lee Gardens Night Market Hatyai. Kalau jalan kaki dalam 15 minit sahaja. Nak naik tuk tuk pun boleh juga !
Lepas check in dan siapkan diri. Pihak KOPETRO Travel & Tours bawa kami dinner di Steamboat HALAL Hatyai
Khlong Hae Buffet Seafood HALAL Hatyai





Memang betul orang kata Hatyai ni syurga maknan HALAL. Banyak tempat makan menarik di Hatyai ! Untuk hari pertama kami di bumi Hatyai ini, pihak KOPETRO Travel & Tours bawa kami dinner kami di Khlong Hae Steamboat HALAL Hatyai.
Khlong Hae Steamboat HALAL Hatyai. ‘buffet all you can eat’  . Agak berbeza sedikit dengan tempat buffet yang mummy pernah pergi, kerana di sini mempunyai dapur bbq yang menggunakan arang.
Tempat makan Khlong Hae Steamboat HALAL Hatyai ni sangat luas dan besar. Manakala, makanannya pula...banyakkkkk pilihan. Ada seafoods, ayam, daging, sayuran, bebola, ikan, buah-buahan, makanan yang telah di masak seperti nasi goreng, kuey tiaw goreng pun ada !
Khlong Hae Floating Market


Selesai dinner, kami di bawa ke Khlong Hae Floating Market. Ada live band, dan tempat untuk berkaraoke. 
Jika nak food huntung makanan Thailand. Korang wajib singgah sini ! Terdapat pelbagai jualan makanan dan minuman dari sampan atas air. 

Di bahagian luar juga terdapat kedai pakai, cenderamata dan pelbagai kedai lain.
Lee Gardens Night Market Hatyai, Thailand

Di sebelah malam pula, kami ke Lee Gardens Night Market. Dah penat jalan seharian, mestilah nak urut-mengurutkan ! Korang wajib singgah dan massage Lee Gardens Hatyai ini. Ada banyak piihan tempat massage kat sini. Harga pula, sama sahaja untuk setiap kedai urut. Mummy memilih massage di Mali Massage sebab kami ramai datang mengurut. Kebetulan tempat massage Mali ni boleh memuatkan kami seramai 13 orang
Harga massage satu badan berharga 200 bath = RM26 selama satu jam
Kemudian kami memilih naik tuk tuk untuk balik ke hotel kami. Harga 20 baht setiap seorang.
Hotel kami berada kurang 20 meter sahaja dengan Lee Gardens Nght Market. Kalau berjalan kaki akan mengambil amsa selama 15 minit sahaja.
Hari Ketiga 
7.00 pagi - Waktu Thailand, manakala 8.00 pagi waktu Thailand kami turun sarapan pagi. Pakej hotel kami disediakan sekali dengan pakej sarapan pagi. 
Breakfast di Grand River Hotel Hatyai, Thailand


8.00 pagi - Teruskan perjalanan ke 
Chang Puak Camp Hatyai, Thailand


Gajah dan Thailand adalah simbol monarki, simbol peperangan, selain simbol keamanan dan ketenteraman Thailand. Nak melihat gajah jinak dan aktiviti menaiki gajah, gajah mengangkat kita, beri makanan pada gajah? Jom datang ke sini.
Di Chang Puak Camp Hatyai Thailand juga, ada pelbagai aktiviti menarik lain seperti aktiviti memanah, bergambar bersama monyet, menembak dengan pistol sebenar dan ATV. Masjid Songkhla ala Taj Mahal , Thailand
Masjid Songkhla atau Central Mosque of Songkhla ni sangat canti. Dari jauh nampak macam Taj Mahal. Selain untuk bersolat, tempat nikah kahwin, pengunjung juga boleh OOTD di sini.
Cantik !
SeaVerse Cafe & Restaurant Hatyai, Thailand

Nak lagi port OOTD di Hatyai? Haaa...wajib ke SeaVerse Cafe & Restaurant. Memang cantik kawasan ini. ada jambatan gantung, replika kuda laut, tasik, ikan dan jangan lupa cuba minuman di cafe sini. 
Mummy layan Blue Mint Milk Ice Blended ...Erm..sedap , memang layan di kala panas lit lit cuaca ketika itu...
Oh ya, di sini ada yuran masuk sebanyak 30 baht = RM 3.60
Makanan Islam Pae Dang , Thailand

Lunch di mana? Kami lunch di Kedai Makanan Islam Pae Daeng. Ikan masak Kengsom kat sini memang padu. Eh, telur dadar pun sedap dan lain dari yang lain.
Korang wajib cuba tau, bila ke sini ! 
Samila Beach Songkhla , Thailand


Dah alang-alang sampai di Songkhla ini, mestilah singgah ke Samila beach. Pantai yang ada patung ikan duyung tu.
Mengikut kepercayaan mereka di Thailand. Ikan duyung dikatakan pernah muncul di Songkhla dengan itu mereka membina sebuah patung menyerupai ikan duyung di pantai Samila.
Ada juga yang mengatakan bahawa duyung di Songkla tu adalah simbolik kepada seorang puteri yang pernah di sumpah menjadi ikan apabila beliau didapati mencintai manusia biasa.
Singora Tram Tour Old Songkhla City , Thailand




Singora Tram Tour pusing kota lama Songkhla merupakan satu pengalaman unik. Kerana di sini terdapat pemandangan kapal berlabuh, kedai kopi yang cantik, banyak tempat boleh OOTD, ada juga bangunan berusia ratusan tahun, ada bangunan khas yang menyimpan ratusan foto mendiang Raja Thailand.

ASEAN Night Bazaar , Thailand



Macam biasa, aktiviti malam sebelum balik ke hote. Kami singgah ke ASEAN Night Market Hatyai. Bangunan ini mempunyai 2 tingkat. Tingkat 2 (atas) merupakan tempat makan, banyak Thailand's Foods ada di sini.
Manakala tingkat bawah pula, terdapat kedai pakaian, beg, mainan, cenderamata.
Harga di sini juga sangat berpatutan !
Hari Keempat 
Check Out Hotel , Thailand

Hari keempat di Hatyai, merupakan hari terakhir kami. Selepas sarapan pagi di hotel. Kami terus check out. Dan, sambung ke destinasi seterusnya..
Big Bee Garden, Thailand



Big Bee Garden merupakan tempat terakhir kami lawati di Hatyai. Tiada yuran masuk dikenakan ke taman lebah dan madu di sini
Kami dijamu air madu secara percuma sambil diberi taklimat khas tentang kebaikan madu. Terdapat juga barangan barangan jualan seperti barangan kecantikan, makanan , minuman dan perubatan berasaskan madu di sini

Danok, Thailand


Sebelum pulang ke tanah air, Malaysia. Pihak KOPETRO TRAVEL AND TOURS bawa kami ke Danok. Danok pun syurga makanan, minuman dan shopping. Mana barangan yang terlupa / tak sempat nak beli di Hatyai tu..bolehlah beli di Danok sambil habiskan baht yang ada.
Mummy sempat singgah masuk ke 7-Eleven Danok untuk beli bawa pulang air susu pisang, burger, sosej, dan bermacam-macam barangan lagi.
Kemudian, jalan di kedai kawasan Danok untuk beli lagi beras Umbrella dan minyak balm Thailand (bau SPA sedap !)
R&R Gurun, Kedah


Selesai cop passport dan lalu di Kastam Malaysia, akhirnya kami sampai ke Malaysia.

KOPETRO TRAVEL AND TOURS turunkan kami di R&R Gurun untuk makan petang / malam ... sekali harung untuk solat jamak !


KENAPA KE HAYTAI IKUT TRIP AGENSI PELANCONGAN KOPETRO TRAVEL AND TOURS ?
Mesti korang tertanya-tanya, kan. Kenapa mummy ke Hatyai ikut trip agensi pelancongan KOPETRO TRAVEL & TOURS ? Sebenarnya, banyak kelebihan travel ikut trip agensi pelancongan KOPETRO TRAVEL AND TOURS. 
MUDAHNak travel satu tempat ke satu tempat sangat mudah. Jadual perjalanan dah di berikan siap-siap mengikut masa dan senarai makan, tempat menarik dan tempat shopping semua dah di aturkan

PEACE OF MINDSangat sesuai untuk mummy yang tak pernah pergi atau first time pergi Hatyai(terutamanya ke luar negara). Seolah-olah macam peace of mind gitu. Tak payah pening nak kira tambang satu tempat ke satu tempat, tak perlu runsing buat itinerari, nak bajet masa, nak cari tempat makan HALAL, nak pergi ke tempat menarik

TAK PAYAH TUKAR BAS !Perjalanan pun tak penat sangat dari Malaysia ke Thailand. Sebab bas KOPETRO TRAVEL AND TOURS ini masuk terus ke dalam Hatyai. Tak perlu nak tukar-tukar bas ke train ke kereta ke teksi ke...




My room mate - Kak Ayu

HOTEL

KOPETRO TRAVEL AND TOURS menyediakan hotel 3 star. 2 orang untu 1 bilik. Selesa !
Hotel pula berdekatan dengan kedai (Lee Garden)

TRAVEL AGENCY DIPERCAYAI & BERLESEN
KOPETRO TRAVEL AND TOURS mempunyai 30 tahun pengalaman dalam travel agency. Sangat trusted kerana KOPETRO merupakan anak syarikat kepada PETRONAS
SESUAI UNTUK SEMUA

Trip ni KOPETRO TRAVEL AND TOURS ke Hatyai ini sangat sesuai untuk trip keluarga, trip pejabat, trip sekolah, kawan-kawan dan semua generasi.


wajib beli bawa balik ! 
HARGA MAMPU MILIK


Harga pakej trip ke Hatyai - Songkhla - Danok dari KOPETRO TRAVEL AND TOURS sangat mampu milik :-
RM359 Ex KL & RM379 Ex Kertih (Pengangkutan + Penginapan)RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)




Untuk pertanyaan lanjut, tarikh trip, promosi dan informasi, boleh hubungi:
KOPETRO Travel & ToursTelefon: 0321641577 (waktu pejabat 8:00pagi – 6:00 petang)WhatsApp: wasap.my/60192577847
Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel/Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel/TikTok: https://www.tiktok.com/@kopetro.travel?lang=en

#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2023/06/itinerari-trip-hatyai-thailand-bersama-kopetro-travel-tours.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hatyai Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel Tours

Hatyai Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel Tours

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 205 hits
Hatyai destinasi yang cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia yang suka shopping dan sering disebut sebagai lokasi makan sedap dan murah Lagipun untuk ke Hatyai tak perlu naik flight boleh naik keretapi kereta sendiri atau naik bas persia...
Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 276 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Apa khabar kawan kawan semua lama dah Maha tak update penulisan di blog ni Almaklumlah sekarang makin sibuk dengan tugasan hakiki Ta...
Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 313 hits
Hi Korang Lama benau tak citer pasal kak lily pi travel kan Bukan ape bile citer pasal travelling entrynyer akan jadi panjang berjela sebab seronok kan pi tempat orang tengok keindahan yang lain daripada tempat kita Itu yang jadik malas tuh...
Itinerari Trip Bercuti Ke Vietnam Selama 4 Hari Tahun 2023

Itinerari Trip Bercuti Ke Vietnam Selama 4 Hari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 305 hits
Seperti biasalah kalau dah travel ke luar negara aku akan kongsikan pengalaman termasuk itinerari sepanjang bercuti Jadi baru baru ni aku sempat ke Vietnam dan secara khusus ke Ho Chi Minh City selama 4 hari 3 malam Untuk aku pergi ke negar...
Itinerari 4 Hari Ke Chiang Mai Thailand

Itinerari 4 Hari Ke Chiang Mai Thailand

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 187 hits
Bila kita sebut Thailand pasti ramai yang akan teringat akan kehebatan bandaraya Bangkok sebagai destinasi pelancongan Tidak dinafikan Bangkok adalah bandaraya yang paling popular di seluruh dunia dengan jumlah pelancong antarabangsa melebi...
Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

Travel Terminal Sekinchan Menempatkan Pesawat Jenis Boeing 727

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 604 hits
Assallammualaikum pasti semua tahukan tentang kewujudan Terminal Sekinchan Apa yang menarik tentang Terminal Sekinchan adalah menempatkan pesawat jenis Boeing 727 di tengah tengah sawah di Parit 5 Bila padi sudah hijau nanti pasti pemandang...
Travel Hay Cafe Sekinchan

Travel Hay Cafe Sekinchan

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 472 hits
Assallammualaikum memandangkan ketika Sha pergi Sekinchan adalah pada hari lahir suami jadi sha telah singgah di sebuah cafe yang agak terkenal juga iaitu Hay Cafe Sekinchan Apa yang menarik tentang Cafe ini adalah terletak bersebelahan saw...
Gara Gara Enggan Beri Laluan Kepada Motosikal Telinga Pemandu Bas Ini Digigit Penunggang Motosikal

Gara Gara Enggan Beri Laluan Kepada Motosikal Telinga Pemandu Bas Ini Digigit Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 104 hits
Gara gara enggan beri laluan kepada motosikal telinga pemandu bas ini digigit penunggang motosikal Seorang penunggang motosikal di Indonesia bertindak menggigit telinga konduktor bas kerana enggan memberi laluan kepadanya untuk memintas ken...
Travel Padi Sentral Sekinchan

Travel Padi Sentral Sekinchan

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 339 hits
Assallammualaikum kali ini Sha ingin kongsikan salah satu tempat menarik yang boleh korang boleh kunjungi ketika bercuti ke Sekinchan Kuala Selangor Tempat yang Sha maksudkan itu adalah Padi Sentral Padi Central ini merupakan rumah penginap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization