Hatyai Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel Tours


Hatyai, destinasi yang cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia, yang suka shopping dan sering disebut sebagai lokasi makan sedap dan murah.  Lagipun untuk ke Hatyai tak perlu naik flight, boleh naik keretapi, kereta sendiri atau naik bas persiaran dengan perjalan lebih kurang 8 jam pun boleh sampai ke Hatyai.  


Alhamdulillah, baru-baru ini umi berkesempatan bercuti ke Hatyai-Songkla dan merasai apa yang diperkatakan mereka yang bukan sekali dua ke Hatyai tapi lebih dari itu sebab boleh shopping dengan harga lebih murah.




Isi Kandungan
Memang rasa kaya bila buat tukaran wang sebelum ke Hatyai, mana taknya dengan RM264 bersamaan 2000 baht, ribu tau bukan ratus. Walau dulu nilai Ringgit Malaysia lebih tinggi tapi tetap rasa kaya sebab barangan di Thailand lebih murah kalau ditukar nilai harga barangannya
Persediaan sebelum bercuti ke luar negara
Pasport Malaysia - pastikan pasport anda sah tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat tempohKad PengenalanTukaran matawang - boleh buat tukaran wang di negara yang kita lawati atau menggunakan debit card atau kredit kad tapi risau caj yang tinggi.Plug point universalSim card Thailand - lebih jimat
Itinerari 4 Hari 2 Malam Hatyai 

Hari Pertama | 9 Jun 2023 : 
Malam : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Hatyai


Hari Kedua | 10 Jun 2023 :


Solat Subuh di Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah, Kuala NerangSarapan Tiba di CTC During BurungUrusan imigresen di sempadan Malaysia - ThailandLawatan ke Rosecarre, kedai tudungMakan Tengahhari di Rushdee Boat NoodleShopping di Kedai GajusShopping di Nora PlazaDaftar masuk ke Hotel River Grand Tour ke Lee Garden 


Hari Ketiga | 11 Jun 2023 : 

Sarapan di hotelLawatan ke Chang Puak CampSinggah photoshot di The Central Mosque SongkhlaLawatan ke SeaVerseMakan Tengahhari di Restoran Islam Pai DaengCity tour Songkla dengan Singora Tram TourTour ke Asean Night Market


Hari Keempat | 12 Jun 2023 : 

Sarapan dan daftar keluarLawatan ke Big Bee GardenSinggah di Danok untuk shoppingBertolak kembali ke Malaysia




Trip Kembara KL-Hatyai-Songkhla-Danok-KLHari 1 |  9 Jun 2023Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.30 malam, berhenti rehat di  R&R Tapah, Perak dan Gurun sebelum meneruskan perjalanan dan tiba di Kuala Nerang jam 4,30 pagi. Kami kemudian singgah untuk membersihkan diri serta solat Subuh  di Masjid Tunku Sharafuddin, Kuala Nerang


Hari 3 | 10 Jun 2023Jam 6.30 pagi, singgah sarapan di kedai makan berdekatan stesen bas Kuala Nerang sebelum meneruskan perjalanan ke CIC Durian Burung selepas diberikan white card untuk diserahkan kepada pihak Imigeresen.
8.00 pagi : Tiba di Imigresen Durian Burung untuk proses cop pasport beserta kad pengenalan dan white card yang disediakan oleh pihak Kopetro Travel
9.00 pagi : Tiba di Hatyai, Thailand dan kehadiran Tourist Guide Thailand yang fasih berbahasa Melayu dan mesra hingga kami memanggilnya mama. 


Tarikan pertama di PTT Petrol Station Hatyai untuk kami regangkan otot tapi kami semua teruja bila nampak Cafe Amazon yang viral betul-betul terletak di sebelah. Jadi, memang wajib singgah dan ngopi dengan rasa bahagia. Kafe cantik yang instagramable ni memang wajib berposing untuk dijadikan kenangan.


Niat nak ke 7-Eleven yang terletak bersebelahan Amazon Cafe ni ditahan dulu walau dah viral dengan air kopi murah dan anak umi pun dah pesan untuk belikan burger yang viral tu. Ni baru hari pertama, jadi kita relax jer dulu.


Tarikan kedua, singgah ke Butik Rosecarree yang menjual tudung, pakaian wanita dan pakaian lelaki yang cantik serta pakaian dari songket yang sangat ekslusif. Selain dari itu, kedai ini juga menjual telekung, pelbagai aksesori, bag tangan dan butang baju. 


Butik Rosecarree adalah kepunyaan usahawan Melayu di Hatyai yang masih muda dan sangat bekebolehan.


Tarikan ketiga : Makan tengahari di Restoran Rusdee Boat Noodles yang sangat luas dan selesa. Pilihan makanan di sini pun banyak selain nasi goreng seafood, tapi anda wajib cuba boat noodle yang sedap. Boat Noodles kat Malaysia ini memang berasal dari street food Thailand. 


Memang padu chicken and beef boat noodle yang umi pilih selain dapat merasa red ruby dan  dim sum yang dikongsi. Memang recommended sangat


Kalau datang ke sini dengan famili pun selesa sebab kita boleh untuk duduk di dalam kedai atau gazebo tapi kalau nak ke sini memang kena buat tempahan, kalau tidak memang kena tunggu untuk ditempatkan.


Tarikan keempat : Nora Plaza ni memang tumpuan peminat barangan kulit asli dari kulit buaya dan lain-lain jenis kulit. Memang berderet pelbagai saiz dan warna bag tangan, dompet dari pelbagi jenis kulit yang dijual disini. Selain itu, anda boleh membeli sabun untuk putihkan kulit, minyak angi, ubat sakit sendi dan pelbagai barangan lain seperti baju, seluar, topi dan banyak lagi kat sini. 


Kalau nak beli cenderahati seperti t-shirt dan lain-lain pun ada kat sini. Jangan risau kalau tak cukup wang tunai sebab kad kredit atau kad debit boleh digunakan.


Ada juga yang sempat singgah ke 7-Eleven yang berdekatan selepas selesai menjamu mata kat sini.


Tarikan kelima : Daftar masuk hotel. Selesai shopping dan cuci mata di Nora Plaza, kami terus ke hotel untuk mandi, bertukar pakaian, solat jamak dan merehatkan badan sebelum ke lokasi seterusnya


Tarikan keenam : Kami dihantar ke Khlong Hae Buffet Seafood HALAL Hatyai
Hidangan 'buffet all you can eat' ini menyajikan pelbagai jenis seafood seperti udang, ikan, siput pepahat, siput retak seribu, sotong, daging lada hitam, daging yang diperam, cendawan, nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi yang membuat kita rambang mata. Tapi kena beringat makan tu supaya tidak membazir.


Menariknya disini, disetiap meja akan diberikan dapur arang untuk membakar atau merebus seafood yang diambil


Kedai makan ni sangat luas dan bila umi pandang kiri, kanan dan belakang, macam berada di Malaysia sebab rata-rata pengunjung di sini adalah pelancong dari Malaysia


Tarikan ketujuh: Kami kembali naik bas dan dibawa ke Khlong Hae Floating Market. Menarik tempatnya dengan deretan peniaga yang duduk dan memasak atau menyediakan makanan diatas sampan. Kebanyakan peniaga tak perlu bangun dari tempat duduk tapi menghulurkan makanan dan menerima wang dari pemegang yang boleh sampai ke pembeli.


Perut umi memang kenyang sangat walau teringin nak membeli tapi tak mampu nak terima makanan dah, jadinya umi cuma beli air kelapa yang diletakkan di dalam buluh.


Tarikan kelapan : Lee Garden Night Market yang cukup terkenal menjadi destinasi akhir untuk hari pertama di Hatyai.


Memang kami dah rancang nak cari kedai urut, antara yang sering dilakukan oleh tourist ke Hatyai sebab harganya murah dan sebab dah banyak sungguh berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain membuatkan kami dah lenguh, seluruh badan pun lenguh juga.


Memang banyak kedai mengurut kat Lee Garden yang tak ubah macam Petaling Street ni. Para tukang urut duduk bersidai menanti pelanggan sambil menjemput orang yang lalu lalang untuk menggunakan perkhidmatan mereka.


Harga yang dipamerkan 200 baht (RM26) untuk 1 jam urutan biasa dan 400 baht untuk urutan minyak. Masing-masing sepakat ambil 200 baht sebab tak perlu nak buka baju bagai.


Rasa risau juga sebenarnya bila masuk ke kedai urut yang tak pernah dibuat selama ini selain cuak dengan tukang urut yang entah bagus, entahkan tidak atau lain pulak jadinya. Teruk betul fikiran kan. Alhamdulillah, sesi mengurut satu badan tu selesai dan not bad!


Lepas mengurut, kami jalan-jalan cuci mata dan umi beli universal plug dengan harga 50 baht sebab plug yang umi bawa tu tak sesuai. Ada sebuah gerai tu jual plug ni dengan harga 200 baht tapi bila minta kurang dia tak layan, fuhh memang bukan rezeki dia sebab umi dapat beli dengan harga lebih murah di kedai telecomunikasi bukan tepi jalan.


Seperti beritahu, bas yang menghantar tidak akan mengambil kami balik ke hotel sebab pihak travel agent memang sedia maklum, payahnya nak tunggu semua orang yang akan rambang mata bila masuk Lee Garden, jadi kami balik menaiki tuk tuk dengan harga 20 baht seorang. 


Sebenarnya tak berapa jauh jarak Lee Garden ke hotel, hanya dalam 15 minit tapi penat berjalan sakan seharian manakan larat kami nak berjalan dan takut pulak tersesat dan perjalan 15 minit jadi lebih la pulak kan. Kalau baru pertama kali, usah pandai-pandai nak cuba melainkan kita berjalan dengan orang yang sudah mahir dan kenal selok belok sesuatu tempat.


Kisah paling lawak bila kami berkongsi naik tuk-tuk dengan 9 orang dengan tuk-tuk saiz kecil bukan hanya kami yang bersempit duduk macam sardin tapi seorang sahabat yang duduk di sebelah pemandu pun cramp sebab dia tinggi. Nak buat macam mana, bila pemandu tuk-tuk tu kata kami semua muat dalam kenderaannya yang kami tau saiz kecil.


Alhamdulillah, kami selamat sampai hotel walau bersempit dan jenuh ketawa sepanjang dalam perjalanan balik 


Hari 3 | 11 Jun 2023 Tarikan ke 9  : Chang Puak Camp Hatyai, menjadi tarikan kerana di sini pengunjung boleh menaiki gajah yang menjadi simbol negara Thailand.


Di sini, kita boleh menaiki gajah atau biarkan gajah mengangkat kita atau memberi makan kepada gajah dengan bayaran. Memang umi tak sampai hati nak menaiki gajah walau gajah-gajah disini memang jinak.


Selain dari itu, terdapat aktiviti lain seperti bergambar dengan monyet, bergambar dengan buaya, menaiki ATV, memanah dan banyak tempat cantik untuk bergambar


Tarikan ke 10 : Masjid Songkhla. Masjid Songkhla atau Central Mosque of Songkhla memang cantik dan terkenal sebab landskapnya seakan Taj Mahal bila diambil gambar dari kolam yang terletak di bahagian depan masjid
Di sinilah urusan perkahwinan yang orang Malaysia dijalankan. Sempat juga kami berposing depan masjid sebab nak masuk solat, masih belum waktunya.


Tarikan ke 11 : SeaVerse Cafe & Restaurant Hatyai. Ada yuran sebanyak 30 baht (RM3.60) untuk kesini sebab ramai yang masuk untuk berswafoto dengan pemandangan yang cantik.
Yes, lokasi mesti jengah sebab cantik dengan adanya jambatan gantung, chalet yang menempatkan barangan jualan, replika dua kuda laut dan kalau sampai sini memang kena santai dan minum di cafe SeaVerse cafe ni.


Tarikan ke 12 : Makanan Islam Pae Dang , Thailand. Restoran yang terletak berhadapan laut Andaman yang terkenal dengan menu ikan siakap masak Kengsom. Kalau kat KL, umi masak ikan siakap masak kengsom lebih merah tapi sini menggunakan cili api sebab tu kuahnya cerah tapi perghhh mengancam pedas, masam cukup balance dan diletakkan rebung yang menambah kesedapannya. Antara lain menunya yang cukup umi suka, kan siakap yang digoreng istimewa dan ada krup krup yang rupanya adalah bawang putih. Memang lain dari yang lain dan sedap sangat. Ada telur dadar dan udang masam manis. Memang kenyang tambahan pula hujan pula turun, tu yang makan sampai tak ingat tu.


Tarikan ke 13 : Selepas makan, kami cukup teruja bila dijemput naik tram betul-betul depan kedai makan. Unik sungguh tram bila dapat merasai pengalaman duduk dan menikmati pemandangan sewaktu Singora Tram Tour Old Songkhla City bermula.


Tour dengan tram ini menggunakan khidmat Tourist Guide bandar yang menceritakan sejak Songkla dan perjalanan dengan tram ni pun cukup menarik umpama naik buggy yang panjang dengan penumpang lebih 20 orang. 


Memang hebat pemandu tram yang dipanggil abang Yusuf ni ketika memandu di laluan sempit dengan kenderaan di parkir di kiri dan kanan jalan. Penduduk Songkla ni cukup peramah dan kita terasa macam berada di bandar Melaka pun ya juga.


Cukup menarik kota lama Songkla ni bila kami dapat melihat bangunan lama beratus tahun, sekolah dengan beratus usianya dan melalui deretan perkampungan yang cukup peramah penduduk Islamnya. Memang cantik Songkla yang menghadap laut dengan pemandangan kapal yang berlabuh.


Bukan sekadar menaiki tram dan mendengar penjelasan dari tourist guide tapi kami diberikan masa untuk berjalan kaki untuk masuk kedai kopi yang cantik, bergambar  sampai jenuh penuh memori handphone sebab port cantik belaka.


Di sini terdapat bangunan yang dijadikan muzim menyimpan ratusan foto mendiang Raja Thailand dan ada bangunan yang memaparkan sejarah Songkla dan banyak bahagian yang boleh dijadikan port OOTD yang cukup cantik


Tarikan ke 14 : Kami turun dari tram dan menikmati keindahan pantai di Samila Beach yang cukup terkenal dengan patung duyungnya. Dikatakan ikan duyung pernah muncul di Songkla dan ada yang mengatakan ikan duyung ini dibina untuk memperingati seorang puteri yang disumpah menjadi ikan kerana mencintai manusia biasa. 


Jadi tidak dapat dipastikan kisah sebenarnya tapi kat sini memang beratur panjang nak bergambar dengan duyung seksi ni. Pantai Samila ni memang cantik bersih dan banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti menaiki kuda dan pelbagai lagi.


Di Samila Beach, kami singgah untuk solat jamak di Masjid dan atas permintaan, kami ke hotel kerana ada yang ingin menukar pakaian walau sepatutnya kami akan diturunkan di destinasi akhir.


Tarikan ke 15 : ASEAN Night Bazaar , Thailand yang kalau dilihat seakan tarikan di Masjid India yang menjual pelbagai barangan pakaian, beg, barangan perhiasan, jajan dan banyak lagi di tingkat bawah. Bangunan 2 tingkat ni lebih kurang macam di Padang Besar yang turut menempatkan ruang makan yang cukup menarik. Semua jenis makanan Halal ada kat sini, dan harganya pula memang murah


Banyak la juga yang memborong kat sini dan tak cukup dengan tu kami singgah balik ke Lee Garden untuk makan malam.


Selesai makan, umi dan beberapa rakan lain layan diri di Lee Garden dan sempat juga umi cover untuk pasport sebab harganya murah, hanya 100 THB je. Memandangkan kami empat orang sebab dah berpecah dengan grup lain, kami decided untuk jalan kaki balik ke hotel yang cuma dalam 15 minit jer. Haa...habis hilang lemak selepas makan banyak kat Hatyai ni.


12 Jun 2023 : Hatyai city tour - DanokSarapan pagi hari terakhir di hotel dan kami check out untuk pulang ke Malaysia.
Tarikan ke 16 : Kami singgah melawat ke Big Bee Garden yang menjual pelbagai jenis produk berasakan madu. Tiada yuran untuk ke sini dan kami dijamu dengan air madu percuma disamping diberikan penerangan mengenai madu asli dan produk berasakan madu yang terdapat dalam kedai.


Hampir kesemua kami ni peminat madu yang diketahui sangat baik untuk kesihatan dan kat sini harganya murah berbanding kat Malaysia.


Memang rambang mata sebab kat sini terdapat banyak produk kesihatan termasuk barangan kecantikan, makanan dan produk perubatan menggunakan madu di jual. 


Selesai di Big Bee Garden, kami sambung perjalanan pulang dan singgah ke Danok dengan perjalanan lebih kurang 1 jam.


Danok, daerah yang pernah umi masuk lebih 20 tahun dulu ni waktu anak buah DH bekerja di sempadan dan kami masuk untuk shopping beras dan menjadi tempat keluar masuk orang Kedah untuk shopping.


Sampai kat sini, umi dan rakan-rakan yang lain menyinggah ke 7-Eleven untuk shopping dan perabihkan duit. Seronoknya shopping kat 7-Eleven sini, bahagian barangan HALAL ditempatkan di chiller yang berasingan dan harga masih murah seperti di Hatyai. Masing-masing memborong burger, kerepek, air susu pisang dan banyak lagi.


Ada yang beli beras jenama Umbrella yang sedap dan murah tapi setiap seorang dibenarkan membeli 1 pek beras sahaja.


Selesai membeli belah, umi sempat makan pulut ayam sedap di kedai makan yang berdekatan. Memang sedap dan pulut yang dimasak tu memang sedap sangat.


Mummy sempat singgah masuk ke 7-Eleven Danok untuk beli bawa pulang air susu pisang, burger, sosej, dan bermacam-macam barangan lagi.


Berakhir sudah cuti sakan kami di Thailand dan perjalanan diteruskan untuk pulang dengan melepasi Imigresen di sempadan dan keluar melalui Bukit Kayu Hitam berjalan dengan lancar. Alhamdulillah


Sekali lagi kami singgah di R&R Gurun, Kedah untuk solat jamak, regangkan badan dan makan tengahhari/petang/malam, ehh sebenarnya makan petang sebab masih awal lagi untuk makan tengahhari di Danok.


Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi kami berangkat jam 10.30 malam dengan masing-masing sarat dengan barangan di tangan kiri dan kanan untuk dijamu kepada ahli keluarga. 


Penat? tipulah tak penat tapi seronok!


Memang memenatkan tapi menyeronokkan aktiviti cuti sakan kami selama 4 hari 2 malam di Hatyai-Songkla-Danok ni sebab padat tapi berbaloi dengan banyak tempat yang dilawati. Memang puas hati sangat sampai belum sampai Malaysia, masing-masing dah sibuk nak repeat.




Ringkasan Lokasi Menarik Wajib Singgah 📌  Rosecarree - Kedai Kain Sutera Asli Thailand
📌 Kedai Kacang Gajus Borong
📌 NORA Plaza
📌 Khlong Hae Steamboat HALAL di Songkhla
📌 Klong Hae Floating Market
📌 Lee Garden Night Market
📌 Chang Puak Camp
📌 Masjid Songkhla ala Taj Mahal
📌 SeaVerse Cafe & Restaurant
📌 Rusdee Boat Noodle Hatyai
📌 Singora Tram Tour Old Songkhla City
📌 Pantai Samila
📌 ASEAN Night Market
📌 Big Bee Garden
📌 Jalan-jalan di Danok
📌7 Eleven
📌Amazon Cafe

Penginapan - Hotel River Grand, HatyaiHotel 3* yang terletak di tengah bandar Hatyai ini cukup strategik lokasinya kerana berdekatan dengan beberapa tempat tarikan antaranya Lee Garden,  Hatyai Clock Tower dan beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi dengan menaiki tuk-tuk mahupun berjalan kaki.


Bilik yang disediakan untuk kami merupakan bilik twin sharing yang selesa, bersih  dengan kemudahan seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen, bilik air dengan heater dan toiletries, sarapan pagi secara buffet dan paling penting ada WIFI percuma.


Menariknya ada beberapa pekerja di hotel ini boleh bertutur bahasa Melayu, jadi tak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang menginap di sini ketika kami menginap disini


Kalau perlukan sterika, anda boleh minta dari room servis atau dapatkan di kaunter reception.


Alamat : 65 Chontrara Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand


Mengenai Kopetro Travel & Tours Kopetro Travel & Tours, sebuah syarikat agensi pelancongan bumiputra berlesen dengan 30 tahun pengalaman dalam menguruskan pelancongan di dalam dan di luar negara. Mungkin ramai yang tidak tahu yang Kopetro Travel & Tours merupakan anak syarikat koperasi PETRONAS.


Memang menarik pengalaman umi bercuti dengan Kopetro Travel & Tours ni kerana jadual perjalanan yang diatur dengan baik dan menepati masa dengan servis Tour Guide Thailand yang boleh bertutur bahasa Melayu, sangat berpengetahuan dan mesra.


Pakej Cuti Sakan bersama Kopetro ini diatur dengan baik dari segi penginapan yang selesa, lawatan ke tempat-tempat menarik dan kedai makan HALAL tanpa keraguan.


Memang tak pening kepala nak risau tentang bas pengangkutan yang bersih, selesa dan kami disajikan dengan muzik untuk halwa telinga dan kredit kepada pemandu yang sangat cekap dan arif dengan jalan di Hatyai. Nak tidur pun tak risau! Paling best, bas yang kami naiki dari Kuala Lumpur adalah bas yang sama digunakan untuk membawa kami masuk ke Thailand dan ke semua lokasi lawatan.


Jadi, umi syorkan anda gunakan servise Kopetro Travel & Tours ini sekiranya anda merancang ke Hatyai bersama keluarga, kawan-kawan mahupun dengan ahli persatuan penduduk pun, pasti anda puas hati!




Jom Cuti Sakan Ke Hatyai-Songkla

Umi nak kongsi pakej Jom Cuti Sakan bersama Kopetro Travel & Tours yang sangat berbaloi dan dapat merasai pengalaman yang sama seperti umi dan rakan-rakan.



Harga RM359/seorang ex KL (Pengangkutan + Penginapan)Harga  RM379/seorang ex Kertih (Pengangkutan + Penginapan)



RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)

Kalau anda berminat untuk merasai trip seperti umi ni boleh la buat tempahan pada tarikh berikut


Tarikh Pelepasan:
28 - 31 Julai 2023 (30 Jul - Ahad - Cuti Agong Pahang)
30 Ogos - 2 Sep 2023 (31 Ogos - Khamis - Cuti Merdeka)
27 - 30 Sep 2023 (28 Sep - Khamis - Cuti Maulid Nabi)
27 - 30 Okt 2023 (Cuti Hujung Minggu)
1- 4 Dis 2023 (Cuti Hujung)


Jadi, jom rancang percutian anda dengan Kopetro Travel & Tours, anda pasti puashati!




Hubungi Kopetro Travel & Tours Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tarikh trip, promosi dan informasi, boleh hubungi:


KOPETRO Travel & Tours
Telefon: 0321641577 (waktu pejabat 8:00pagi – 6:00 petang)
WhatsApp: wasap.my/60192577847


Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel/
Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel/
TikTok: https://www.tiktok.com/@kopetro.travel?lang=en




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/06/hatyai-pakej-cuti-sakan-4-hari-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

Seronok Bercuti 4 Hari 2 Malam Di Hatyai Bersama Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 313 hits
Hi Korang Lama benau tak citer pasal kak lily pi travel kan Bukan ape bile citer pasal travelling entrynyer akan jadi panjang berjela sebab seronok kan pi tempat orang tengok keindahan yang lain daripada tempat kita Itu yang jadik malas tuh...
4h2m Itinerari Trip Ke Hatyai Thailand Menaiki Bas Kopetro Travel And Tours

4h2m Itinerari Trip Ke Hatyai Thailand Menaiki Bas Kopetro Travel And Tours

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 254 hits
15 tahun yang lepas mummy pernah jejak ke Phuket Thailand dengan menaiki kapal terbang Lama juga rupanya tak travel ke Thailand Huhu Mohlah kita travel ke Thailand Dekat dekat pun jadiklah So kali ini mummy travel ke Thailand Hatyai ini mer...
Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

Jalan Jalan Makan Angin Di Hatyai Style Maha Dengan Kopetro Travel

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 276 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Apa khabar kawan kawan semua lama dah Maha tak update penulisan di blog ni Almaklumlah sekarang makin sibuk dengan tugasan hakiki Ta...
Ibu Bapa Persoal Kpm Beri Cuti Negeri Kumpulan B Dua Hari

Ibu Bapa Persoal Kpm Beri Cuti Negeri Kumpulan B Dua Hari

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 193 hits
SETIAP kali Malaysia menyambut perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri Tahun Baru Cina atau Deepavali sudah pasti banyak perkara yang akan dibangkitkan oleh orang ramai untuk diperkatakan Sebagai contoh setiap kali perayaan aktiviti wajib ya...
Cuti Sambutan Hari Malaysia 2023

Cuti Sambutan Hari Malaysia 2023

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 253 hits
CUTI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023 Kepada rakyat Malaysia semestinya pada setiap tahun kita akan menyambut Hari Malaysia di semua negeri Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum contoh ucapan pantun dan aktiviti serta sejarah p...
Bahan Lawan Bintik Gelap Untuk Kulit Sensitif Ditemukan 14 Hari Dah Nampak Beza

Bahan Lawan Bintik Gelap Untuk Kulit Sensitif Ditemukan 14 Hari Dah Nampak Beza

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 145 hits
Mungkin masih ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai kulit sensitif Bila tersalah pakai produk mulalah kulit meragam kemerahan gatal gatal kekeringan atau merasai sensasi terbakar pada kulit Kulit sensitif perlu pendekatan berbeza Untu...
Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 164 hits
Cepat masa berlalu Kakak Maira dah nak masuk darjah 1 sesi persekolahan baru akan datang terasa makin tua ibu anak dah makin besar eh tiba sebak huhuu Maka bermulalah rutin baru untuk ibu menyediakan kelengkapan persekolahan formal kakak Te...
Surat Makluman Pemansuhan Kutipan Sumbangan Tahunan Hari Guru

Surat Makluman Pemansuhan Kutipan Sumbangan Tahunan Hari Guru

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 165 hits
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu surat makluman berhubung pemansuhan kutipan sumbangan tahunan Hari Guru Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menarik perhatian YBhg Datuk tuan puan terhadap 10 inisiatif untuk memperkasa kebaj...
Pengumuman 1 Zulhijjah Hari Raya Haji 2023

Pengumuman 1 Zulhijjah Hari Raya Haji 2023

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 656 hits
Pengumuman 1 Zulhijjah Tarikh Lihat Anak Bulan Jawatankuasa jawatankuasa Penyimpan Mohor Besar Raja Raja telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Zulhijjah di lebih 20 lokasi di seluruh negara bagi menentukan tarikh 1 Zulhijjah Berikut ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba