Jalan Jalan Ke Dengkil Kuala Lumpur Dan Putrajaya



Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 blogger sekalian? Diharapkan semuanya baik2 aje. Pada kali ini, Abam Kie ingin berkongsi kisah percutian Abam Kie sekeluarga ke tiga destinasi iaitu Dengkil, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada cuti Tahun Baharu Cina yang lalu. 
Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan tepat jam 4.35 pagi Selasa, 5 Februari 2019. Kenapa bertolak sebelum Subuh? Sebabnya nak mengelakkan jam dan sampai sebelum Zuhur di Dengkil. Itu yang isteri bagitahu. Jadi biarpun x cukup tidur malam tu kerana blackout maka terpaksa memandu dalam keadaan mengantuk tahap gaban. Diburukkan lagi dengan cuaca berkabus sepanjang jalan dari Kuala Krai ke Gua Musang. Pasang lampu tinggi pun jarak penglihatan masih terhad. 
Kami berhenti rehat untuk solat Subuh di stesen minyak Shell sebelum bandar Gua Musang. Selesai menunaikan solat kami meneruskan perjalanan sebelum berhenti sarapan di RTP Chenok. Harga makanan n minuman untuk 5 orang cuma RM25. Nasi kerabunya pun sedap. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Kat sini isteri pula yang memandu sebab Abam Kie dah x boleh fokus lagi. Huhuhu... Kat Lipis tu kami singgah di Masjid Batu 6 Penjom untuk menjawab panggilan alam

Perjalanan diteruskan melalui bandar Raub, Bentong dan Lebuharaya Karak - KL. Jalan menghala ke KL lancar aje berbanding laluan ke Bentong. Iyolah kan, cuti2 org nak balik kg, tapi kami plak nak gi ke kotaraya. Bila masuk Jalan Genting Klang suasana menjadi sedikit sesak. Waktu pun dekat jam 11 pagi. Kami hampir sesat kerana jalan yg biasa dilalui oleh isteri sudah tiada. Keadaan ini berlaku di Sungai Besi. Huh, di KL ni setiap 5 thn jalan bertukar. Jangan tanya pasal jalan di KL ni kat Abam Kie biarpun abam kie test lesen dulu di Jalan Genting Klang pd tahun 1995 tapi baru kali ini betul2 berani memandu di tengah kotaraya KL ni. hehehehe...

Setelah hampir sesat kami akhirnya sampai di rumah isteri kat Taman Mutiara, Dengkil pada jam 12.45 p.m. Sampai je terus campak segala barang dan makan apa yang ada. Rumah ni hampir 5 tahun kosong selepas isteri pindah ke Kelantan. hampir semua barang dah dibawa balik ke Kelantan. Jadi bila isteri kena pindah balik ke Putrajaya maka kena beli barang2 keperluan asas sekali lagi seperti peti sejuk, mesin basuh, TV, tilam, katil dsb.

Selepas mandi dan solat jamak zuhur dan asar, kami makan tengahari secara ala kadar. Lepas tu abam kie terus tidur. Sedar2 dah hampir jam 7 mlm. Tapi masih terasa mengantuknya. Dugaan betul


Keesokan harinya iaitu Rabu, 6 Feb, kami menaiki kereta ke Stesen LRT Sungai Besi. Hari kedua CNY, jalan x sibuk mana. Dari situ kami ambik LRT dan turun di Stesen Bandaraya. Turun je LRT terus menapak ke Sogo di seberang jalan. 

Sebelum masuk Sogo tu sempat  tangkap gambar sebagai kenangan. Masa mula2 dibuka dulu Abam Kie dah pi ke sana. SOGO KL ni dirasmikan pada 18 Januari 1994. Masa tu abam kie masih menuntut di tahun 1 kat UM. Jika nak pi SOGO ambik je BMW pink! Tapi masa tu x banyak sangat kedai dan barang. Skrg ni macam2 ada


Setibanya di SOGO kami tengok bahagian best buy di tingkat. Nama je best buy tapi kebanyakan barang masih mahal. Sempat juga la beli beberapa helai baju T untuk anak. Selepas tu kami naik ke food court. Siap posing depna air terjun buatan lagi. Rasanya 25 tahun dulu benda ni dah ada kan

Turun dari SOGO, kami ke kedai di seberang Jalan TAR tu. Harga barang2 di sini mcm mampu milik je. Anak2 plak nak beli tudung. Terpaksalah belanja serba-sikit. 
Sekembalinya dari Sogo, kami pergi ke rumah kakak Abam Kie di Kampung Sungai Merab Dalam untuk lunch. Fuh! Berselera betul kami makan bila perut tgh lapar dan keletihan. Cuaca panas menyebabkan kami lebih bersemangat untuk makan

Pada jam 4 pm kami balik ke Dengkil sebab mak saudara kpd anak2 saya ni nak ambil anak2 saya menonton wayang di Shah Alam. Dia menetap di Bandar Rimbayu, Teluk Panglima Garang. Maka malam tu mereka akan tidur dengan sepupu mereka di sana


Pada waktu malam tu isteri membawa saya dan anak2 ke Putrajaya pula. Ini lawatan ketiga saya ke sana. Mula2 tu kami singgah di Jambatan Putra untuk mengambil foto. Malam tu sedikit je org ada di jambatan tu


Kemudian kami pergi ke Dataran Putrajaya. Niat di hati nak sewa basikal tapi perkhidmatan tersebut dah tiada. Kalau nak sewa skuter dan motosikal tu ada la. Last2 cuma beli pistol buih je kpd anak bongsu. 
Selesai bersiar2 di situ kami pergi makan di sebuah restoran mamak. Sebab lapar sgt abam kie n anak order roti nan dan ayam tandoori. Harga standard la tp masih mampu beli.Dalam jam 11 malam kami pulang ke rumah untuk tidur. Sekianlah cerita hari pertama dan kedua lawatan Abam Kie ke KL dan Putrajaya. Terima kasih kerana sudi membaca sampai habis


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2019/02/jalan-jalan-ke-dengkil-kuala-lumpur-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Perkahwinan Pilihan Selebriti Di Dewan Besar Tun Rahah Kuala Lumpur

Pakej Perkahwinan Pilihan Selebriti Di Dewan Besar Tun Rahah Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 928 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Hari tu Maha ada pergi majlis perkahwinan yang berkonsepkan dalam dusun dan alam semulajadi iaitu di Kali ni Maha dapat lagi satu jemputan untuk ma...
Jdt Vs Kuala Lumpur Fa Liga Super 2019

Jdt Vs Kuala Lumpur Fa Liga Super 2019

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 676 hits
JDT vs Kuala Lumpur FA Liga Super 2019 Berikut adalah butir butir perlawanan tersebut Panduan mencari kerja di SINGAPURA VS JDT vs Kuala Lumpur FA Liga Super 2019 Tarikh 8hb Februari 2019 Masa 9 00 Malam Tempat Stadium Tan Sri Dato Haji Has...
Tempat Menarik Di Menara Kuala Lumpur Mini Zoo Blue Coral Aquarium Dan Rumah Terbalik

Tempat Menarik Di Menara Kuala Lumpur Mini Zoo Blue Coral Aquarium Dan Rumah Terbalik

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 945 hits
Salam Duduk di Kuala Lumpur tapi banyak tempat menarik masih belum dikunjungi Termasuklah orang yang menaip ni Sejak ada 2 anak ni baru la rajin bawa budak budak jalan jalan di serata Kuala Lumpur Last Nova pergi Menara KL masa surprised bi...
Tahun Baharu Cina Tidak Bermakna Buat Gelandangan Di Kuala Lumpur

Tahun Baharu Cina Tidak Bermakna Buat Gelandangan Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 361 hits
Tahun Baharu Cina tidak bermakna buat gelandangan di Kuala Lumpur nbsp
Msl 2019 Jdt Pamer Aksi Sang Juara Mudah Tewaskan Kuala Lumpur Di Larkin

Msl 2019 Jdt Pamer Aksi Sang Juara Mudah Tewaskan Kuala Lumpur Di Larkin

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 434 hits
JDT yang menewaskan Perak 1 0 pada minggu lalu pasti mahu meneruskan rentak kemenangan pada minggu kedua Liga Super di hadapan penyokong sendiri Kuala Lumpur yang tewas 3 1 kepada juara Piala FA Pahang pada minggu lalu pula mahu kunjungan m...
Jason Mraz Brings Good Vibes To Kuala Lumpur In May 2019

Jason Mraz Brings Good Vibes To Kuala Lumpur In May 2019

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 368 hits
Multiple GRAMMY Award winner JASON MRAZ will be bringing his Good Vibes Tour to Malaysia on 13 May 8 30pm at Axiata Areana Multiple GRAMMY Award winner JASON MRAZ will be bringing his Good Vibes Tour to Malaysia on 13 May 8 30pm at Axiata A...
Puan Nazmah Dari Kuala Lumpur Menggunakan Supir Padang Bukit Tinggi

Puan Nazmah Dari Kuala Lumpur Menggunakan Supir Padang Bukit Tinggi

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 695 hits
Assalammualaikum Pada 31 August 2018 hingga 2 September Puan Nazmah dari Kuala Lumpur telah bercuti bersama suami dan anak anaknya ke Padang Bukit Tinggi Banyak gambar yang dikongsikan dengan Irda sebab Irda adalah orang yang mengatur itena...
Citilink Buka Rute Surabaya Kuala Lumpur

Citilink Buka Rute Surabaya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 347 hits
Maskapai berbiaya hemat Citilink Indonesia kembali memperluas konektivitas dengan menambah jaringan penerbangan internasionalnya di Asia dengan membuka rute Surabaya Kuala Lumpur mulai hari ini 30 Januari 2019
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut