Jalan Jalan Cari Hutan


03/11/2019

Bila dah terlalu lama tak masuk hutan, mata tak melihat pokok-pokok besar dan tinggi, telinga tak mendengar bunyi unggas di hutan, hidung tak mencium bau hutan...jiwa jadi tak tenteram. Rindu kah? Hahaa..

Untuk mengubat rasa, jomlah kita menuju ke Kuala Pilah. Tak berapa jauh dari rumah saya, tak perlu tenaga yang banyak sebab tak manjat bukit/gunung, cuma duduk dalam kereta dan nikmati keindahan alam! Kalau hari Sabtu, bolehlah terus ke Pasar Tani Kuala Pilah


JALAN LAMA BUKIT PUTUS
Laluan lama Bukit Putus yang sunyi ini menyajikan keindahan tersendiri. Matahari jam 8.25 pagi menyinar indah di sebalik rimbunan pokok. Udara terasa segar dan sejuk (saya suka turunkan cermin tingkap kereta bila berpeluang lalu sini pada waktu pagi). Di sebelah kanan tu Hutan Simpan Angsi, tak masuk hutan dapat lalu tepi hutan pun bolehlah kan..hehe


TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL
Niat asal cuma nak makan-makan di kedai tepi jalan sambil menikmati pemandangan petak sawah dan perbukitan yang menjadi latar di sini. Tapi, tiba-tiba rasa nak meninjau di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul pulak. Dah terlalu lama tak ke sini walaupun akhir-akhir ni agak selalu ke Kuala Pilah. Kali terakhir rasanya lebih 10 tahun lalu, masa saya tinggal di Juasseh. Nak ke sini mudah sangat sebab ia terletak di tepi jalan besar Jalan Seremban-Kuala Pilah

Ada disediakan kolam, lebih mudah dan lebih selamat untuk yang membawa anak kecil. Masih terlalu awal (belum pun jam 9 pagi), tempat ni belum ramai pengunjung. Tapi dah kelihatan beberapa pengunjung dewasa dalam kolam tu. Untuk info, tempat ni dibuka mulai jam 7 pagi.
Kolam tadi di bahagian depan, kami bergerak ke dalam lagi. Alhamdulillah tergerak hati nak meninjau sini. Rupanya ada 'sajian' buat saya. Pemandangan indah, udara segar dan bunyi aliran air sungai, semuanya cukup memberi ketenangan! Pengunjung pun belum ramai, cukup aman nak menikmati alam semulajadi dan mudah untuk saya ambil gambar. 
Untuk yang suka aktiviti perkhemahan, boleh pacak khemah di kawasan ini. Ada dua kawasan tapak perkhemahan dan ini salah satu darinya. Menurut info yang saya dapat, sewa tapak cuma RM5 dan untuk penggunaan tandas caj RM1/sehari/seorang. Kawasan ni nampak menarik dan bersih. Tapi sunyi sebab cuma kelihatan satu keluarga kecil je yang sedang berkhemah. Teringin jugak nak berkhemah di sini, tapi seram pulak malam-malam kalau sunyi sangat kan? Keluarga kami ni pulak kecil sangat - berdua je. Huhu.

Penggemar aktiviti mendaki? Boleh daki Gunung Angsi ikut laluan ini (mula masuk sebelum jam 9 pagi sahaja), atau boleh ikut laluan di jalan lama Bukit Putus. Bayaran permit RM5.
Lagi pemandangan yang membuat saya tersenyum bahagia

Sebuah ketenangan...SubhanAllah

Replika keris - pada replika keris ini ada disertakan catatkan sejarah Hutan Lipur Ulu Bendul

Menarik kan? Ayat tu yang menarik, bukan tong sampah ya

Sebenarnya, ada lagi yang menarik perhatian saya. Tapi cukuplah gambar-gambar di atas untuk catatan kali ini. Kesimpulannya, Taman Eko Rimba Ulu Bendul memang menarik sebab ada kemudahan lengkap dan banyak pilihan aktiviti. Cuma, masih ada sampah (termasuk lampin pakai buang) yang bersepah di tepi sungai. Sebaiknya, kita selaku pengunjung mesti bertanggungjawab bawa keluar segala sampah sendiri dari kawasan rekreasi begini. Barulah kawasan rekreasi kita bersih dan terhindar dari penyakit kencing tikus (leptospirosis)

Ada lagi aktiviti lain di sini - lawatan ke Taman Ular. Tak jauh pun dari sungai/kolam tadi, sebab ia memang berada di kawasan yang sama di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Tapi kami tak masuk, jadinya takde catatan lanjut mengenai Taman Ular


KEDAI MAKAN AINDah penat jalan-jalan di Hutan Lipur Ulu Bendul, kita pergi makan pulak lah..

Nasi Lemak sedap! Tu rendang ayam campur daun maman

Kedai makan yang kerap kami singgah setiap kali ke Kuala Pilah - Kedai Makan Ain. Sebab Nasi Lemak dan lauk pauk di sini memenuhi selera kami. Lagi satu, ada ruangan untuk kita parkir kereta dengan selamat. Makan pulak sambil melihat hijau alam, memang bertambah sedap! Kedai ni terletak berhadapan simpang masuk ke Seri Menanti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2019/11/jalan-jalan-cari-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Blok Cari Gali Minyak Di Perairan K Tan Nazri Deraman

5 Blok Cari Gali Minyak Di Perairan K Tan Nazri Deraman

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 249 hits
KOTA BHARU Biarpun ada pihak cuba mempertikaikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum namun tanpa sedar terdapat 5 blok penggerudian minyak dan gas di perairan negeri itu Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata blok terbabit ...
Apa Kelebihan Cari Jodoh Guna Internet

Apa Kelebihan Cari Jodoh Guna Internet

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 368 hits
Apa kelebihan cari jodoh guna internet kelebihan mencari jodoh melalui internet yang akan kita huraikan satu persatu nanti 1 Tidak Mengganggu KesibukanLaman web adalah sesuatu yang bersifat boleh akses di mana mana sahaja tidak kira tempat ...
Tolong Atuk Cari Rezeki Dua Cucu Lena Dalam Longgokan Barang Atas Motor

Tolong Atuk Cari Rezeki Dua Cucu Lena Dalam Longgokan Barang Atas Motor

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 325 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah yang dapat digambarkan dengan nasib seorang warga emas yang masih membanting tulang sehingga lewat malam demi mencari sesuap rezeki Kisah warga emas itu diceritakan menerusi satu p...
Cerita Ojol Makassar Belum Bisa Cari Nafkah Usai Tertabrak Mobil Polisi

Cerita Ojol Makassar Belum Bisa Cari Nafkah Usai Tertabrak Mobil Polisi

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 266 hits
Irfan Rahmatullah driver ojek online yang tertabrak kendaraan taktis polisi saat demo ricuh di Makassar Sulsel beberapa waktu lalu belum bisa bekerja Irfan masih harus istirahat usai operasi karena retak tulang Irfan mengatakan hingga saat ...
Populasi Babi Hutan Di Melaka Semakin Meningkat

Populasi Babi Hutan Di Melaka Semakin Meningkat

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 894 hits
Gambar HiasanJUMLAH populasi babi hutan atau spesis Sus scrofa di Melaka berada pada tahap membimbangkan susulan peningkatan sekali ganda berbanding tahun lalu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Melaka Mohd Hasdi Hu...
Dua Maut Kebakaran Hutan Di Australia

Dua Maut Kebakaran Hutan Di Australia

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 286 hits
SYDNEY Sekurang kurangnya dua orang maut dan sebanyak 100 rumah musnah dalam kebakaran hutan di timur Australia hari ini Perkhidmatan kecemasan dalam satu kenyataan berkata anggotanya menemui satu mayat dalam sebuah kereta dan seorang wanit...
Keluarga Cari Saudara Hilang Temui 13 Mayat Dalam Lubang Di Mexico

Keluarga Cari Saudara Hilang Temui 13 Mayat Dalam Lubang Di Mexico

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 235 hits
Keluarga cari saudara hilang temui 13 mayat dalam lubang di Mexico Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Oct 20
Tambah Income Di Cari My

Tambah Income Di Cari My

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 454 hits
Anda berbakat dalam penulisan Asah bakat anda di cari my sambil menulis anda boleh menambah pendapatan tambahan cari my menawarkan 1 Cover photo Merupakan gambar yang akan dijadikan cover atau featured image bagi artikel berkenaan Pemilihan...
Budak Ditemui Dalam Stroller Minta Sedekah Mak Ayah Didakwa Cari Duit Mudah Untuk Bayar Hutang Ah Long

Budak Ditemui Dalam Stroller Minta Sedekah Mak Ayah Didakwa Cari Duit Mudah Untuk Bayar Hutang Ah Long

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 979 hits
Baru baru ini tular beberapa foto mengenai seorang bayi yang didakwa meminta sedekah di Uptown Perda Pulau Pinang Menerusi perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama ini bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor