Jalan Berliku Menuju Malaysia Baru



Pada 7 Disember 2018oleh Lim Kit Siang
Dua peristiwa menandakan era baru yang sedang dilalui kita selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang penuh bersejarah pada 9 Mei 2018 lalu, apabila kita sendiri terkejut dan mengejutkan dunia dengan peralihan kuasa yang berlaku penuh aman dan demokratik, selain memberi sinar harapan baru kepada rakyat Malaysia malahan dunia supaya tidak berputus asa terhadap sistem demokrasi Parlimen sebagai satu bentuk sistem pentadbiran yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat.Pertama sekali, kemunculan semula saya berucap di Universiti Malaya untuk melancarkan buku bertajuk “509: The People Have Spoken” selepas empat dekad tidak menjejakkan kaki di institut pengajian awam ini; dan kedua, dakwaan bahawa 500,000 orang akan berhimpun pada perhimpunan anti-ICERD yang berlangsung esok di Kuala Lumpur – Kedua-dua peristiwa yang tidak mungkin mampu difikirkan atau berlaku sekiranya tidak terdapat peralihan tampuk pemerintahan di Putrajaya pada 9 Mei 2018.    Saya telah dituduh oleh pemimpin MCA dan lain sebagai kononnya membelakangi prinsip semata-mata demi kuasa, berikutan keputusan Kabinet untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).Seorang pemimpin MCA menyerang DAP kerana mendakwa DAP gagal menyakinkan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan – Bersatu, Amanah dan PKR – untuk meratifikasi ICERD dan “membuka pintu kepada hegemoni vis-à-vis penglibatan PAS-UMNO”.Saya tidak pasti sama ada beliau sebenarnya sedang menjustifikasi hegemoni UMNO pada masa lalu ekoran sikap berdiam diri pemimpin MCA dalam kerajaan.Pun begitu, saya fikir ia adalah salah satu kekesalan pejuang politik UMNO-PAS yang berpaksikan anti-ICERD, kerana meskipun telah mengerakkan banyak usaha, mereka sehingga kini masih tidak dapat menemui sebarang bukti bagi menunjukkan DAP, dalam apa jua cara sekali pun, terlibat dalam usaha untuk meratifikasi ICERD.Ini sekali gus memusnahkan skrip yang dicipta pejuang politik UMNO-PAS yang berpaksikan anti-ICERD mengenai tuduhan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan kononnya anti-Melayu dan anti-Islam, kononnya kuasa sebenar di sebalik tabir adalah DAP yang dituduh anti-Melayu dan anti-Islam, bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya hanyalah sekadar boneka dan pak turut, kini skrip penipuan dan fitnah mereka bahawa saya akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 telah membuktikan bahawa dakwaan mereka tidak berasas, hanya fitnah dan pembohongan semata-mata.Percangahan politik maha dahsyat dapat dilihat semasa Perhimpuan Agung MCA baru-baru ini, apabila DAP diserang dan dikatakan anti-Cina.DAP tidak pernah anti-Cina, anti-Melayu, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Dayak. Kami pro-Malaysia.Pemimpin DAP tidak pernah menafikan keturunan kami, tidak kira sama ada kami Cina, Melayu, India, Kadazan atau Iban, apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa kami dan kita adalah rakyat Malaysia, dan hakikat ini melayakkan kita untuk memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama.Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng adalah satu-satunya pemimpin politik contoh yang dilihat mampu melangkaui garisan sempadan etnik, walaupun terpaksa mengadaikan masa depan politik dan kedudukannya sebagai wakil rakyat, malah dipenjarakan, dengan mempertahankan kehormatan dan maruah seorang perempuan Melayu bawah umur, ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka pada era-90an.Tidak ada pemimpin politik, sama ada di pihak UMNO, MCA atau siapa pun, pernah melakukan pengorbanan seperti itu untuk rakyat Malaysia yang sama kaum atau agama, apatah lagi rakyat Malaysia yang berlainan kaum atau agama.Insiden ICERD adalah peringatan berguna kepada semua rakyat Malaysia bahawa kita perlu meniti ranjau yang panjang untuk sampai ke matlamat Malaysia baru, yang merupakan cabaran besar yang perlu dipikul semua rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia yang dapat bersaing dengan negara-negara lain dan bukannya sebuah negara yang berpecah-belah dan retak oleh tindakannya sendiri.Tiada rakyat Malaysia yang mahu meratifikasi ICERD jika harganya ialah adalah satu lagi rusuhan kaum seperti 13 Mei, memandangkan wujud anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab mahu mencetuskan rasa tidak percaya sesama kaum dan agama, selain rasa saling membenci bagi menimbulkan keadaan yang boleh menyebabkan tercetusnya satu lagi rusuhan kaum ala 13 Mei di Malaysia, walaupun ICERD pada hakikatnya sama sekali tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, anti-Melayu, anti-Islam, mahupun anti-Raja-raja Melayu?Esok, Malaysia akan menjadi bahan ketawa negara majoriti Islam dunia, kerana 99% daripada 1.9 juta umat Islam di dunia yang tinggal di 179 negara yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Felo Penyelidikan UKM, Dr. Denison Jayasooria menulis satu artikel yang menarik yang disiarkan di Malaysiakini semalam dengan tajuk: “Examining Icerd ratification among OIC members”, di mana beliau mengkaji ratifikasi yang dilakukan oleh negara ahli OIC, termasuk Arab Saudi, Indonesia, Turki, Mesir, Iran, Palestin, dan beliau membuat kesimpulan: “Setahu saya, tiada satu pun daripada mereka yang menyatakan bantahan atau keraguan atas nama Islam.”ICERD juga tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan menyebabkan pemansuhan sistem Kesultanan Melayu.Terdapat 38 negara yang mempunyai sistem monarki, 36 daripadanya telah meratifikasi ICERD termasuk United Kingdom pada 1969, Norway 1970, Sweden 1971, Denmark 1971, Netherlands 1971, Jordan 1974, Belgium 1975, Jepun pada 1995, dan Arab Saudi 1997.Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa ratifikasi ICERD oleh 36 negara ini menjejaskan sistem monarki apatah lagi membawa kepada pemansuhannya.Namun, negara kita mempunyai keunikan masyarakat yang majmuk dan adalah penting untuk memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum, bahasa, budaya dan agama di Malaysia tetap terus terpelihara, dan oleh kerana itu, saya berpendapat bahawa Malaysia tidak harus meratifikasi ICERD sehingga majoriti kaum dan agama di Malaysia menyokongnya dan faham bahawa ia bukan ancaman kepada kerencaman kaum, agama atau Perlembagaan Persekutuan sebaliknya satu langkah ke hadapan untuk menyertai dunia dalam mempromosikan hak asasi manusia.Esok merupakan bulan ketujuh setelah peristiwa bersejarah 9 Mei 2018.Rakyat Malaysia menyelamatkan negara tercinta ini dan mencipta sejarah pada 9 Mei 2018, ia memberikan peluang kedua kepada rakyat Malaysia untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara agar Malaysia tidak menjadi negara penyangak dan gagal, dan menambah lagi luka setelah digelar kakistrokasi dan kleptokrasi global.Malaysia Baru tidak dapat dibentuk dalam 100 hari atau dalam enam bulan, tetapi memerlukan masa panjang sedekad dua. Semua rakyat Malaysia harus membina perspektif Gambar Besar dan Visi Jangka Masa Panjang.Permulaan yang penting bagi pembinaan Malaysia Baru sudah pun kita lalui pada 9 Mei 2018 lalu, apabila kita membuktikan kepada dunia, ketika demokrasi sebagai sebuah sistem kerajaan menghadapi krisis keyakinan di seluruh dunia, kita mampu menyakinkan mereka bahawa demokrasi Parlimen adalah sistem terbaik berbanding sistem pemerintahan lain.Kita harus terus memburu kejayaan untuk menjadi sebuah negara bertaraf antarabangsa dengan memanfaatkan nilai dan aset yang ada pada keunikan pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun yang teradun dalam sebuah negara bernama Malaysia.Mari kita buktikan kepada dunia bahawa kita mampu:Mentransformasi Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada negara terkemuka yang berintegriti.Mengembalikan demokrasi dan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan Perundangan;Menggubal reformasi undang-undang secara meluas, walaupun pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar telah dihalang dan disabotaj oleh  Barisan Nasional yang menguasai Dewan Negara.Reformasi Parlimen secara menyeluruh bagi mengakhiri peristiwa di mana Parlimen Malaysia menjadi bahan ketawa dunia ekoran tindakan Parlimen sebelum ini menghalang perbahasan mengenai skandal 1MDB.Membangunkan Malaysia sebagai “harimau ekonomi” selepas pelbagai masalah seperti hutang kerajaan yang bernilai satu trilion dan kleptokrasi global diselesaikan.Mengembalikan semula peranan semua sekolah rendah dan menengah serta universiti sebagai institusi pendidikan terkemuka dunia bagi menjadikan Malaysia sebagai semua negara bertaraf antarabangsa dari segi pendidikan.Memenuhi matlamat yang disuarakan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “suar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.Membina sebuah Malaysia Baru yang mempunyai perpaduan, integriti, kedaulatan undang-undang, kecemerlangan, keadilan dan kemakmuran yang lebih teguh dan utuh. – Roketkini.com*Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang semasa pelancaran buku bertajuk “ “509: The People Have Spoken” di Universiti Malaya pada Jumaat, 7 Disember 2018 pada 10 pagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/jalan-berliku-menuju-malaysia-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Melayu Hilang Kuasa Di Era Malaysia Baru 8860

Benarkah Melayu Hilang Kuasa Di Era Malaysia Baru 8860

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 490 hits
In Syaa Allah Sebenarnya lebih 400 000 hadiri Himpunan ICERD Paling tepat Melayu kena kembali ke ajaran Islam sebenar Bukan terkunci kepada momokan pemimpin politik Melayu yang sering mengerikan kita dengan ketakutan dakyah bangsa dan pemim...
Berhimpunlah Kamu Dalam Malaysia Baru

Berhimpunlah Kamu Dalam Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 350 hits
Syahredzan Johan Maka berakhirlah perhimpunan anti Icerd yang dianjurkan oleh badan badan NGO dan disokong oleh dua parti pembangkang paling besar di Malaysia Perhimpunan jalanan pertama setelah terbentuknya kerajaan baru selepas 9 Mei 2018...
Baru Waytha Tahu Kewibawaan Sebenar Polis Malaysia

Baru Waytha Tahu Kewibawaan Sebenar Polis Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 336 hits
Masyarakat India Malaysia dan rakyat negara ini secara amnya menghargai tahap profesionalisme yang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dalam menangani kekecohan yang berlaku di kuil Seri Mahamariamam Subang Jaya baru b...
Ini Bukan Malaysia Baru Suhakam

Ini Bukan Malaysia Baru Suhakam

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 398 hits
Diterbitkan 7 Dis 2018 6 09 petangSuruhanjaya Hak Asasi Manusia akan mengadakan majlis sambutan pada Ahad ini kata Pengerusinya Razali Ismail Suhakam terpaksa menangguhkan majlisnya dalam masa 24 jam selepas polis menyatakan terdapat risiko...
10 Anak Selebriti Malaysia Era Baru Yang Popular Seiring Perkembangan Media Sosial

10 Anak Selebriti Malaysia Era Baru Yang Popular Seiring Perkembangan Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 432 hits
Generasi Budak budak baru nak up dilabel pada artis artis baru industri hiburan Malaysia Tapi ada satu genarasi lain lagi yang menjadi perhatian dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri di laman media sosial Artis tempatan akan sentiasa me...
Malaysia Baru What A Joke

Malaysia Baru What A Joke

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 400 hits
Nothing has improved since GE14 Malaysians have voted out BN but there s only so much the new government can do for a society that s still stuck thinking along racial and religious lines Let s be honest Pakatan Harapan would not have won wi...
Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

Ph Charity Dinner Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 276 hits
Mohd Puad Zarkashi 12 12 18 Beberapa potret pemimpin PH seperti PM TPM dan Menteri dibida oleh towkey towkey kaya untuk sumbangan politik kepada PH sempena PH Charity Dinner ahad lalu Apakah ini rasuah terbuka atau rasuah halal Beberapa tow...
Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992 Zain Baru Darjah 2

Saya Miss Malaysia Intercontinental 1992 Zain Baru Darjah 2

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 501 hits
Baru saja menyambut ulangtahun perkahwinan yang memasuki tahun kelima semalam Rozita Che Wan ada berkongsikan beberapa gambar bersama suami tercinta Zain Saidin The post appeared first on
Bagi Kredit Sikit Kat Dr Maszle Inikan Malaysia Baru

Bagi Kredit Sikit Kat Dr Maszle Inikan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 302 hits
Dalam nak memuashati seluruh pelusuk malaysian ni bukan senang BN yang menjahamkan selama 61 tahun pun sekarang dah ramai kembali rindu Tapi politik baru inilah hakikat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah