Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna. Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al Mubarak ni tak salah kalau nak usha-usha persiapan raya korang. Macam mana dah ada baju raya tak untuk tahun ni. Kalau orang perempuan dari awal tahun lepas lagi dah siap tempah untuk jahit baju raya tahun ni kan
Hehehe jangan marah Maha tahu masih ramai lagi yang belum buat apa-apa pesiapan untuk menyambut perayaan kali ini. Lumrah setiap orang nak kelihatan menawan dan segak menggayakan pakaian terutama waktu Hari Raya. Jangan bimbang buat macam Maha jer senang pergi beli kat one stop centre untuk semua jenis pakaian yang terkini dan juga mampu milik
Mana lagi setiap tahun Maha akan beli belah di JAKEL lah gedung pakaian yang terunggul di Malaysia. Tahun ini dengar cerita Jakel lebih rancak dan lebih trendy dengan fesyen pakaian yang telah dinaik taraf dari segi kualiti dan juga mengekalkan harga yang sangat berbaloi. Kali ini juga elemen utama seperti pemilihan fabrik, warna dan perincian pada rekaan mereka sangat di titik beratkan sehingga kita rasa seperti satu karya yang artistik
JAKEL Barulah Raya
Baru-baru ini bertempat di Jakel Mall Kuala Lumpur Maha sempat hadir majlis sembang santai dan juga memperkenalkan Duta Raya bagi tahun ini. Hampir setiap tahu Jakel akan bawakan persenaliti yang mempunyai kreator dan juga gaya tersendiri dalam memberi impak kepada semua pakaian keluaran mereka
Tahun ini masih mengekalkan beberapa barisan selebriti yang telah cukup sinonim dengan jenama ini seperti Dato' Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, serta keluarga bahagia yang sangat popular sekarang ini iaitu Awal Ashaari dan isteri Scha Al Yahya bersama anak mereka Lara Alana, juga pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha dan anak mereka Yusof Iskandar. Walaupun sarat mengandung Hanis tetap tampil menawan pada acara tersebut.
Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel Pengarah Urusan Kumpulan Jakel
Kali ini Jakel tampilkan duta baru mereka untuk mewakili semua pelanggan mereka yang bersize plus+ seperti Maha ni siapa lagi kalau tak lain tak bukan Abam Bochey. Katanya baju Melayu yang digayakan oleh Abam ada bermula dari saiz 4XL hingga kepada 7XL gilerrr. Juga ikon animasi Malaysia Upin & Ipin yang menjadi identiti kepada kanak-kanak di Malaysia
Mereka sempat beramah mesra dengan media dan juga semua pelanggan setia Jakel pada hari tersebut. Mereka juga siap buat jualan lelong 'Happy Hour' murah-murah untuk koleksi pakaian yang digayakan. Dengar kata ada yang rembat sampai tiga pasang sekali sebab suka bukan hanya dengan duta Jakel tapi juga harga yang ditawarkan jauh lebih murah
Dalam masa sama juga Jakel melaksanakan tanggungjawab CSR mereka apabila turut sama meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Turut sama diraikan pada hari tersebut adalah golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Mereka semua turut menerima baju raya dan juga duit raya daripada pihak pengnjur
Membeli Secara Atas Talian Di JakelStore.my
Selalu orang akan cakap bila pergi beli kat Jakel agak sesak kerana ramai orang dan juga kadang-kadang tak dapat pakaian yang dikehendaki sebab dah ramai yang beli. Tapi sekarang korang tidak perlu risau lagi kerana Jakel telah melancarkan jualan semua koleksi raya tahun ini secara atas talian.
So kalau korang yang berada jauh dengan cawangan Jakel tak perlu risau lagi untuk mendapatkan semua koleksi terbaru mereka hanya di hujung jari sahaja sekarang ni. Boleh layari www.JakelStore.my dan semua akan terus dihantar terus ke rumah anda. Yang bestnya dalam talian ini juga mereka menawarkan promoi sama seperti mana beli di kedai Jakel.
Maha bila ada pembelian atas talian ni lagi lah seronok kerana tak perlu nak bersesak-sesak dan juga berpanas-panas bulan puasa untuk mendapatkan baju raya. Laman sesawan online ini akan mula beroperasi 10 Mei ini dan kena beli awal sebab nanti tak sempat lak baju nak sampai ker rumah sebelum Hari Raya
Tahun ni memang meriah lah Maha tengok Jakel dalam memberikan perkhidmatan produk yang terbaik untuk mengembirakan setiap orang di pagi Raya. Dari segi pakaian tahun ini mereka menampilkan kebanyakan pakaian baju Melayu dan Kurta mempunyai zip di lengan untuk mudah mengambil wudhuk. Juga pada baju kurung modern wanita ada juga zip senang nak ke dapur basuh pinggan tak basah dan kotor.
Rasa korang tahun ini apa tema warna yang menjadi trend untuk Syawal nanti. Maha masih tercari-cari lagi ni tak nak ketinggalan dengan trend dan juga gaya terkini. Tahun ini ada satu Kurta dan juga satu Baju Melayu yang Maha dah dapatkan dari Jakel. Kalau korang nak tahu nanti lah tunggu hari raya Maha akan update ok. hehehe. Selamat membeli belah dan selamat berpuasa semua
Info lanjut promosi dan juga jualan mega JAKEL layari :
Laman web : https://www.jakel.my/Facebook : https://www.facebook.com/jakeltextile/Instagram : https://www.instagram.com/jakeltextile/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/05/jakel-barulah-raya-boleh-dibeli-online.html