Jakel Barulah Raya 2019


Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys! Baru sahaja masuk Ramadan, pastinya ramai yang sedang mencari baju raya awal sebelum kehabisan stok kan? Kalau cari awal mesti banyak lagi saiz dan fesyen yang menarik yang boleh dipilih untuk  kelihatan menawan di pagi raya. Bercerita mengenai baju raya, tahun ini Jakel sekali lagi mengadakan kempen 'Jakel Barulah Raya' yang menampilkan ramai artis tanah air sebagai duta kempen ini. 
Jakel Barulah Raya 2019
Jakel berperanan menjadi “one stop centre” bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai 'sense of belonging' ketika berbelanja bersama Jakel. Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. 
Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah RayaSeperti tahun-tahun sebelum ini, Jakel menganjurkan kempen raya 'Jakel Barulah Raya'. Tahun ini Jakel menganjurkan kempen raya buat pertama kalinya di Jakel Mall Kuala Lumpur. Momi berkesempatan menghadiri majlis berkonsepkan sembang santai yang menampilkan kemunculan Duta Raya tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam Bocey, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar. 
Jakel Barulah Raya 2019
Sedikit kelainan dalam majlis pelancaran kali ini, Jakel menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Atas nama kemanusiaan dan keperihatinan Jakel, majlis sosial korporat (CSR) juga dianjurkan  untuk membantu golongan ini mendapatkan baju baru untuk sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada penerima

Jakel Barulah Raya 2019
Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Majlis ini merupakan aktiviti wajib dalam kalendar promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Raya Jakel bersama pelanggan. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan “Happy Hour” untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019
JAKELSTORE.MYSesuatu yang menarik bakal menemui anda tahun ini. Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online) atas permintaan ramai daripada pelanggan. Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my

Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Baju Melayu Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. 
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz Tahun ini, banyak koleksi terbaru yang diperkenalkan di Jakel. Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. 
Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Baju Melayu Nabil AhmadLebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket

Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Baju Melayu Awal AshaariSelain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari

Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Baju Melayu Hairul AzreenMenjadi kelaianan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat

Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Baju Melayu AbamUntuk tahun ini, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Abam. Untuk pengetahuan anda, Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu “plus size” untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Baju melayu Plus Size tersedia sehingga saiz 5XL

Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi KurtaJakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi kurta. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti  kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. 
Jakel Barulah Raya 2019
Ianya juga dijahit dengan menggunakan fabrik cotton berkualiti disamping mempunyai kekemasan pada potongan leher dan di belakang bahu. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket. Keluaran koleksi kurta juga berkonsepkan mesra wuduk dimana bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design danterdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta

Koleksi Baju KurungSetiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya

Jakel Barulah Raya 2019
Jakel Barulah Raya 2019
Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis ZalikhaPada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria, moden dan mesra Instagram (Instagram friendly) di musim lebaran

Koleksi Kanak-KanakPakaian kanak-kanak masih dikekalkan dibwah Koleksi Upin Ipin. Walaubagaimanapun ianya diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Oleh itu, Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak dibawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar

Jakel Barulah Raya 2019
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jakel Barulah Raya, anda boleh ikuti info terkini Jakel, di media sosial Instagram dan juga Facebook

Bahagian Pengiklanan & Promosi (A&P)Jakel Mall Kuala LumpurTingkat 6, Jakel Mall Kuala LumpurJalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur
Tel : +603 2615 0777 (samb. 7163)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rafzantomomi.com/2019/05/jakel-barulah-raya-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Berbagai Pilihan Ada Untuk Semua

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1479 hits
Hello pembaca kesayangan Baru baru ini Misz ella telah menghadiri Majlis Pelancaran Koleksi Baju raya Jakel 2019 bersama Duta Jakel dan pelancaran jakelstore my di Jakel Mall Kuala Lumpur Majlis pelancaran yang diadakan secara santai ini te...
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 383 hits
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Kini Atas Talian l Assalamualaikum Siapa tak kenal Jakel kan Destinasi wajib untuk shopping kelengkapan raya kot tu Macam Ana sendiri wajib setiap tahun ke Jakel Sebab apa Sebab senang tau korang semua under ...
Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

Koleksi Jakel Barulah Raya 2019 Dan Jakelstore My

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 466 hits
KOLEKSI JAKEL BARULAH RAYA 2019 DAN JAKELSTORE MY Assalamualaikum semua Ni nak tanya korang dah buat persiapan untuk raya ke Kalau dah baguih la senang kalau buat persiapan awal ni Nanti takdak la kalut kan Lagipun bila dah masuk bulan puas...
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 869 hits
Koleksi Duta Raya Jakel 2019 Kini Di jakelstore my Assalammualaikum semua Seiring dengan perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang tersedia di hujung jari Jakel Textile juga tidak ketinggalan melancarkan laman sesawang
Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

Jakel Barulah Raya Boleh Dibeli Online Untuk Pakaian Jenama Selebriti Popular

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1324 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua moga puasa tahun ni lebih bermakna Walaupun masih terlalu awal kita di bulan penuh Al ...
Pelancaran Kempen Jakel Barulah Raya Dan Jakelstore My

Pelancaran Kempen Jakel Barulah Raya Dan Jakelstore My

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1597 hits
Alhamdulillah syukur masih diberi peluang berjumpa Ramadhan sekali lagi bulan mulia yang dinanti nantikan yang penuh keberkatan bulan yang sangat di rindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam meningkatkan amal ibadat dan merebut pa...
Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1406 hits
Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang sampin kain untuk langsir carpet pun turut jual di Ja...
Lelong Besar Besaran Di Jakel Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Lelong Besar Besaran Di Jakel Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1041 hits
Korang dah siap shopping baju raya Kalau belum jomlah ke Jakel cuci mata sambil cuci poket Kenapa korang perlu ke Jakel Sebab ada lelong besar besaran di Jakel sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 Kira kalau korang shopping kat Jakel ni semua ...
Gmbb Mall Souk Raya 2019 Mempamerkan Koleksi Fesyen Raya Sepanjang Mei Ini

Gmbb Mall Souk Raya 2019 Mempamerkan Koleksi Fesyen Raya Sepanjang Mei Ini

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 836 hits
hai assalammualaikumGMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang RamadanGMBB Souk Raya 2019 Mempamerkan Rekaan Pereka Tempatan Sepanjang Ramadan Haritu nad hadiri fashion show di GMBB Mall di Bukit Bintang Kalau korang y...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang

Budaya Pot Luck Jimat Kos Makanan Lebih Banyak Pilihan

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally