Jahatnya Ultra Kiasu Musuhi Zakir Naik Ridhuan Tee


tyrazalhe  Kenapa senyap bila pemimpin sendiri sokong pengganas LTTE?   
BANGI– Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah hairan terhadap sikap ultra kiasu yang bersungguh mahukan pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India, sedangkan mereka tinggal di Malaysia.

Menyelar tindakan puak berkenaan, beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia, ultra kiasu sepatutnya mengikut apa yang dikata pemimpin tertinggi negara, termasuk pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak tunduk kepada permintaan India mengekstradisi Zakir.

Semalam, perdana menteri membandingkan status Zakir dengan permohonan Malaysia terhadap Australia berkenaan ekstradisi Sirul Azhar Umar, yang disabit atas kesalahan bunuh.

Kenyataan Dr Mahathir itu bagaimanapun disanggah oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang menyifatkan bahawa keadaan Zakir dan Sirul berbeza.

Ramkarpal dilaporkan berkata, Sirul telah disabit bersalah oleh mahkamah di Malaysia atas tuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sedangkan Zakir yang didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram belum dibicarakan.

Membidas kenyataan Ramkarpal itu, Ridhuan Tee mempersoalkan adakah Zakir sudah terbukti terbabit dalam pengubahan wang haram seperti yang didakwa.

“Zakir Naik tidak akan mendapat keadilan jika dihantar balik ke India. Saya begitu hairan dengan ultra kiasu yang mahukan Zakir dihantar ke India. Ultra kiasu ini tinggal di Malaysia atau India? Jika di Malaysia ikutlah apa kata pemimpin tertinggi negara, jika tidak baliklah kamu ke India.

“Jelas sekali betapa jahatnya ultra kiasu apabila sesuatu isu yang tidak menyebelahi mereka, tetapi menyebelahi Islam, maka ia akan ditentang habis-habisan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Serentak itu, beliau menggesa seluruh umat Islam supaya dapat mengenal warna kulit sebenar dan perancangan busuk ultra kiasu yang memusuhi Islam.

Katanya, rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi dan politik juga digesa untuk menyokong pendirian tegas Dr Mahathir berhubung isu itu.

“Zakir Naik ialah rakyat India yang dikehendaki kerajaan negara itu atas dakwaan menaja keganasan serta pengubahan wang haram. Tetapi, Zakir Naik menafikan dakwaan tersebut, hanya ultra kiasu sahaja yang percaya kerana mereka adalah musuh Islam.

“Saya menjadi hairan kenapa ultra kiasu ini menjadi senyap apabila ada pemimpin sebangsa mereka secara terang-terangan menyokong perjuangan LTTE di India. Kumpulan LTTE ini jauh lebih bahaya daripada Zakir Naik. Beliau hanya seorang, tetapi gerakan LTTE ini ramai dan lebih bersifat subversif,” katanya.

Sebelum ini, Direktorat Penguatkuasaan India (ED) dilaporkan dalam usaha mendapat waran tangkap antarabangsa terhadap Zakir yang kini tinggal di Malaysia.

Beliau dikehendaki pihak berkuasa untuk menjalani perbicaraan yang sedang berlangsung di Mumbai di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2002 negara itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/jahatnya-ultra-kiasu-musuhi-zakir-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 280 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Negara akan lebih aman jika bukan Islam faham mengenai agama IslamBANGI Malaysia akan lebih aman jika orang bukan Islam memahami agama Islam walaupun tidak menganut agama itu kata pendakwah bebas Prof Dr Riduan Tee A...
Pendirian Pm Tentang Zakir Naik Amat Dihormati Kata Mufti Perlis

Pendirian Pm Tentang Zakir Naik Amat Dihormati Kata Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 331 hits
Pendirian PM tentang Zakir Naik amat dihormati kata mufti Perlis Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Jun 2
Mufti Perlis Sambut Baik Malaysia Enggan Hantar Zakir Naik Ke India

Mufti Perlis Sambut Baik Malaysia Enggan Hantar Zakir Naik Ke India

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 421 hits
Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menyambut baik keengganan Putrajaya menghantar Dr Zakir Naik ke India untuk berdepan pertuduhan pengubahan wang dan mendakwa pengkritiknya lebih setia kepada India berbanding Malaysia Asri seorang daripa...
Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

Dr M Just Like Australia With Sirul Malaysia Can Refuse Sending Zakir Naik Home

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 312 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad claimed today that Malaysia has the right to not extradite fugitive Indian national Dr Zakir Naik since the latter alleges he will not be accorded justice back home The prime minister reportedly compared the situatio...
Siti Kasim Criticises Dr M S Decision Not To Extradite Zakir Naik

Siti Kasim Criticises Dr M S Decision Not To Extradite Zakir Naik

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 368 hits
Activist lawyer Siti Kasim has criticised Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad s decision not to deport controversial Indian preacher Dr Zakir Naik Siti questioned Dr Mahathir s comparison between the cases of Sirul Azhar Umar who was sen...
Enggan Usir Zakir Naik Pengguna Internet India Gesa Malaysia Diboikot

Enggan Usir Zakir Naik Pengguna Internet India Gesa Malaysia Diboikot

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 281 hits
Enggan usir Zakir Naik pengguna internet India gesa Malaysia diboikot Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jun 2
Dr M Pertahan Hak Malaysia Tidak Hantar Pulang Zakir Naik

Dr M Pertahan Hak Malaysia Tidak Hantar Pulang Zakir Naik

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 317 hits
June 10 2019 9 22 PMPenceramah kontroversi warga India Zakir Naik mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Putrajaya Julai tahun lepas MELAKA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengulangi keengganan Malaysia membenarkan ekstradisi pencer...
Lucut Jawatan Timbalan Menteri Ultra Kiasu

Lucut Jawatan Timbalan Menteri Ultra Kiasu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 266 hits
Ultra kiasu sangat licik Buat kerja dalam diam seperti diam diam ubi berisi bukan macam kita diam diam besi berkarat sindir pendakwah bebas Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah Beliau berkata demikian mengulas tindakan Timbalan Menteri Pendid...
Pendakwah Zakir Naik Bakal Diektradisi Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram

Pendakwah Zakir Naik Bakal Diektradisi Atas Tuduhan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 532 hits
Pendakwah kontroversi Zakir Naik mungkin menghadapi ekstradisi ke India lapor akhbar The Hindu hari ini Direktorat Penguatkuasaan India akan cuba mendapatkan waran tangkap terhadap Zakir dan pendakwah lain dalam perbicaraan yang sedang dide...
Niat Cara Solat Jamak Taqdim Takhir

Bukti Vaksin Bukan Penyebab Autisma Autisme

Teka Teki Kanak Kanak Maksud Contoh Teka Teki Menarik

Doa Bulan Rejab Dan Tarikh Puasa Sunat Rejab 1446h 2025

Pemuda Pas Perlis Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Pemimpin Dap

Haji Hadi Gelar Madani Jahiliah Anggap Ph Pula Wakil Penjajah

Top 100 Chord Lagu Tahun 2024

Filem Soloz Game Of Life


echo '';
Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian


8 Makanan Viral Di Malaysia Sepanjang 2024 Dah Pernah Cuba Tak

Terima Kasih 2024 Selamat Tahun Baru 2025

Novia Bachmid Get It Wrong Chord

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2024

Face Verification Verify Oleh Manusia Bukan Apps

Ubat Tahan Sakit Urat Cara Penggunaan Yang Betul