Jagakan Mama Dan Ibu Ashraf Muslim Titip Pesanan Buat Anak Lelakinya


Setiap anak lelaki perlu dibekalkan dengan ilmu sebaiknya agar dapat membimbing ibu dan insan-insan tersayangnya. Perlu lebih matang, bertanggungjawab pada keluarga malah pandai berdikari dalam kehidupan. Semua ini menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberikan pada anak-anak lelaki kita.
Pelakon kacak, Ashraf Muslim juga turut memberikan didikan sebaiknya buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak yang bertanggungjawab malah menjadi insan yang terbaik serta diredai Allah.
Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat!

Menerusi Instagram miliknya, Ashraf menitipkan pesanan buat dua orang anak lelakinya, Adam dan Noah apabila mereka sudah tiada kelak. Paling utama kata Ashraf, dia mahu dua heronya ini menjadi pembimbing malah mampu menjaga kedua ibu mereka dan adik beradik perempuan yang lain apabila besar kelak.

“My hero! Adam dan Anas ingat pesan ayah selalu. Nanti bila ayah tiada jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik,” katanya ringkas.
Menerusi entri tersebut Ashraf memuat naik fotonya bersama dua orang anaknya itu. Malah dalam masa yang sama, Ashraf turut berpesan agar kedua-dua anaknya itu berakhlak mulia malah menjadi insan beriman kelak.
“ Dan jadi anak lelaki yang berakhlak mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua,” pesannya lagi.
 
 
View this post on Instagram  
My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik.., dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on Sep 8, 2020 at 11:43pm PDT

Kejutan Sempena Hari Lahir
Pelakon Ada Apa Dengan Dosa yang baru menyambut hari lahirnya pada 12 September 12 lalu juga turut memberi kata-kata pujian buat kedua isterinya dalam entri berlainan.
Malah kejutan yang dibuat isteri-isterinya sempena hari lahir cukup bermakna buatnya. Berkongsi momen manis tersebut di laman sosial Instagram, Ashraf berkata dia tidak menyangka kedua-dua isterinya merancang kejutan tersebut.

Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih buat kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah kerana sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku…Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you soo much!,” kongsinya.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 kemudian mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua Wan Sakinah pada 7 Julai 2013.
 
 
View this post on Instagram  
Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang. InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku.. love both of you mama and ibu. Menjadi sungguh surprisenya.. malu kejap tgh2 pantai tuh.. anyway tq soo much! @ashrafslegacy
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on Sep 12, 2020 at 6:26am PDT

Bersama isteri pertama dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia enam tahun. Sementara perkahwinan dengan Sakinah pula, mereka diserikan dengan kehadiran Sarah Ashraf, 6, dan Adam Ashraf, 5, dan Safiyyah, 2.
Ashraf juga bakal muncul sebagai tetamu undangan di Pa&Ma Journey Bersama Jovianina, Episod 6 pada Rabu ini, 30 September 2020, jam 9 malam dengan tajuk, Anak Bijak IQ, Pemakanan @ Genetik. Banyak perkongsian mengenai anak-anak yang dikongsikannya. Ikuti kisah menariknya.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
The post “Jagakan Mama Dan Ibu”- Ashraf Muslim Titip Pesanan Buat Anak Lelakinya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jagakan-mama-dan-ibu-ashraf-muslim-titip-pesanan-buat-anak-lelakinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sibuk Sekalipun Ibu Ayah Setiap Hari Pastikan Selit Ayat Ini Sambil Peluk Anak

Sibuk Sekalipun Ibu Ayah Setiap Hari Pastikan Selit Ayat Ini Sambil Peluk Anak

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 507 hits
Mungkin kerana kesibukan kerja atau rutin harian yang padat kita menganggap anak anak akan memahami situasi kita Tapi hakikatnya cara berkomunikasi dengan anak perlulah berkesan dan seharusnya kasih sayang sentiasa diingatkan dan diekspresi...
Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

Zynakal Akui Bukan Anak Yang Baik Ibu Pernah Cakap Jangan Datang Kubur Dia

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 505 hits
Apabila dah selesai kebumikan arwah dan tengok batu nisan saya terus terdetik aku tanam mak aku sendiri Saya tak pernah jangka benda ini akan terjadi dalam hidup saya demikianlah kata Zynakal menerusi perkongsian IG Live source
Anak Buat Perangai Baik Upahlah Sikit Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan

Anak Buat Perangai Baik Upahlah Sikit Biar Anak Tahu Ini Yang Ibu Mahukan

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 309 hits
Setiap hari malah setiap masa seorang ibu tidak pernah lupa untuk menasihati anaknya agar menjadi anak yang cemerlang sifatnya Baik budi pekerti malah penuh rasa tanggungjawab dalam segala hal Pastinya bila anak menjadi anak yang baik seper...
Al Fatihah Ibu Kongsi Detik Detik Terakhir Anak Mengadap Ilahi Dalam Pelukan Beliau

Al Fatihah Ibu Kongsi Detik Detik Terakhir Anak Mengadap Ilahi Dalam Pelukan Beliau

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 313 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Itu lah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dialami seorang ibu MamaDewi Wina dan keluarga selepas kehilangan anak tercinta Muhamad Adam Faiq Bin Zaidi
Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

Ibu Bapa Sudah Tidak Mampu Anak Wajib Beri Belanja Nafaqah

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 344 hits
SOALAN Ohmedia pasti ada antara kita yang ibu bapanya sudah tidak berkerja dan tidak mempunyai duit belanja untuk meneruskan kehidupan Jadi adakah anak anak wajib mengeluarkan belanja untuk diberikan kepada ibu bapanya JAWAPAN Apabila kedua...
Suami Dijemput Ilahi Isteri Disahkan Hamil Kini 3 Anak Yatim Tumpang Kasih Ibu

Suami Dijemput Ilahi Isteri Disahkan Hamil Kini 3 Anak Yatim Tumpang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 320 hits
Perginya seorang suami dan bapa dalam keadaan isteri dan anak anak masih memerlukannya benar benar menguji hidup keluarga kecil ini Siapa sangka suami yang sihat dan segala urusan keluarga hanya bergantung padanya telah pergi menghadap ilah...
Resipi Ikan Bakar Portugis Special Untuk Ibu Berdiet Anak Pun Boleh Tumpang

Resipi Ikan Bakar Portugis Special Untuk Ibu Berdiet Anak Pun Boleh Tumpang

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 506 hits
Cuti sempena Hari Malaysia ini apa kata kita cuba sediakan satu menu special untuk keluarga Ikan Bakar Portugis ini antara yang boleh dicuba oleh mama Paling menarik resipi ini juga paling selamat untuk ibu yang sedang berdiet kerana ia tid...
Ibu Jadi Wakil Arwah Anak Ke Konvokesyen Hanya Mampu Bawa Potret Sambil Diiringi Air Mata

Ibu Jadi Wakil Arwah Anak Ke Konvokesyen Hanya Mampu Bawa Potret Sambil Diiringi Air Mata

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 422 hits
Melihat anak sendiri merangkul segulung ijazah di atas pentas dalam majlis konvokesyen adalah detik paling berharga bagi semua ibu bapa Namun saat saat itu tidak dapat dirasai oleh seorang ibu ini apabila anaknya yang bakal bergraduasi itu ...
Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

Selepas Sifatkan Anak Mati Katak Ibu Sandra Terima Lagi Tuduhan Cabut Alat Pernafasan Arwah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 384 hits
Sebelum ni Ohmedia pernah bercerita mengenai komen seorang pengguna media sosial terhadap ibu Alessandra Dianne Ampuria Nor Syakinah Abdullah apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak Kalau korang belum baca boleh klik dekat b...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti