Sentiasa Dilimpahi Rezeki Tetapi Masih Belum Pernah Sujud Syukur Inilah Cara Pelaksanaannya


Sebagai seorang manusia, pastinya kita akan berterima kasih dan sangat menghargai hadiah ataupun pemberian orang lain kepada kita. Inikan pula seorang hamba kepada Tuhan Maha Pencipta.
Sujud syukur adalah salah satu cara untuk memanifestasikan perasaan penghargaan kepada Allah swt atas berita gembira yang terima ataupun sebagai tanda berterima kasih sekiranya kita terlepas daripada musibah.

Imej via detikmedia
Dari Abu Bakrah ra, bahawa Nabi Muhammad saw kebiasaannya akan terus sujud kepada Allah swt apabila menerima berita yang mengembirakan. Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan,
“Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”
Hukum Sujud Syukur
Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakar ra:
أَنَّهُ كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرُ سُرُورٍ أَوْ بُشِّرَ بِهِ خَرَّ سَاجِدًا شَاكِرًا لِلَّهِ
Maksudnya: Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah swt. (HR. Abu Daud)
Sujud syukur bukan sahaja amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw sahaja. Malah para sahabat Baginda juga mengamalkan sunnah ini. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar ra sujud syukur ketika pembukaan Yamamah.
Begitu juga Ali ra telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka’ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah swt.

Imej via siraplimau
Hukum sujud syukur adalah sunat. Ia hanya dilakukan apabila kita menerima perkhabaran gembira yang jarang berlaku dan ketika kita terlepas daripada sesuatu musibah. Sebagai contoh, ketika kita mendapat tawaran pekerjaan, lulus dalam ujian, menang dalam pertandingan ataupun apabila kita menerima berita bahawa rumah kita terselamat daripada kebakaran.
Namun, bagi rezeki yang kita memang dapat setiap hari seperti dapat makan atau dapat gaji setiap bulan, hal ini tidak disunatkan untuk sujud syukur. Sekiranya kita buat sujud syukur untuk hal-hal seperti ini, ia boleh dianggap bida’ah kerana Nabi Muhammad saw tidak melakukannya.
Cara Sujud Syukur
Cara melakukan sujud syukur sangat mudah.
Perlulah berniat terlebih dahulu untuk melakukan sujud syukur.
Kemudian bertakbir sepertimana takbiratul ihram. Kemudian sujud sekali sepertimana sujudnya di dalam solat. Anda boleh membaca tasbih seperti dalam solat ketika sujud. Kemudian boleh tambah bacaan tahmid untuk menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah swt. Kemudian bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan terus memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya.
Gambar dari buku Ensiklopedia Solat (Telaga Biru)
Adakah Sujud Syukur Perlu Menghadap Kiblat dan Berwudhu’?
Melalui hadith, kita dapat tahu bahawa Nabi saw terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu’.
Sekiranya memerlukan wudhu’ pasti akan diterangkan oleh Baginda saw kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi saw terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.
Sujud syukur dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah swt. Ianya dilakukan secara serta-merta. Jika memerlukan kepada wudhu’, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwudhu’, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud syukur. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.
Oleh itu, anda tidak perlu berwudhu’ mahupun menghadap kiblat untuk melakukan sujud syukur. Sebaik sahaja anda menerima sesuatu berita gembira, anda boleh terus melakukan sujud syukur serta-merta tanpa perlu pergi mengambil wudhu’ mahupun mencari arah kiblat.
Khilaf Ulama’
Namun begitu, Di dalam kitab fiqh Syafi’e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwudhu’, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat.
Memandangkan sujud syukur ini adalah termasuk dalam bab ibadah, maka perbahasan antara Ulama’ itu adalah perkara yang biasa. Menurut fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Ke-136, Mufti melihat pendapat yang lebih dekat adalah pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur boleh dilakukan tanpa adanya wudhu’ dan juga menghadap ke arah kiblat. Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwudhu’ dan menghadap kiblat.
Boleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah swt. Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.
Jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wudhu’ serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.
Kesimpulan
Sebagai hamba kepada Tuhan Yang Memberi Rezeki, sememangnya banyak sebab kenapa kita perlu bersyukur. Dengan bersyukur, kita dapat menghindarkan perasaan riak dan sifat besar diri. Kita akan sentiasa sedar diri bahawa kita hanya hamba, segala rezeki yang diberi Allah swt hanyalah amanah dan pinjaman yang Allah berikan pada kita di dunia ini.
Malah, dengan bersyukur, Allah akan senantiasa menambahkan nikmat yang diberikan, namun bila kita mengingkari nikmat yang Allah berikan maka sesungguhnya azab Allah sangat pedih.
“Sesungguhnya barang siapa yang bersyukur, maka akan Kutambah nikmatmu, dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Sujud syukur bukan sahaja sebagai tanda kita berterima kasih kepada Allah swt, tetapi juga salah satu cara kita mengamalkan sunnah junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Rujukan:
Mufti WP via bidadari.my The post Sentiasa Dilimpahi Rezeki Tetapi Masih Belum Pernah Sujud Syukur ? Inilah Cara Pelaksanaannya appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/sentiasa-dilimpahi-rezeki-tetapi-masih-belum-pernah-sujud-syukur-inilah-cara-pelaksanaannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Jemput Rezeki Suami Isteri Tak Susah Mana Pun Tetapi Ramai Yang Tak Buat

Cara Mudah Jemput Rezeki Suami Isteri Tak Susah Mana Pun Tetapi Ramai Yang Tak Buat

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 613 hits
Ini cerita betul bukan mitos Cerita dongeng ke apa Saya suami isteri kawin muda lepas belajar Lepas kawin kosong duit zero Kawan kawan lain kerje kami taknak kerje Nak niaga Kami naik smpai sekarang dengan berpaksi kan hidup nak berubah dem...
Laporan Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Masih Belum Siap

Laporan Kajian Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Masih Belum Siap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1285 hits
GEORGETOWN Kerajaan negeri belum menerima laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang dibuat pemaju projek mega berkenaan Zenith Construction Sdn Bhd Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri hanya akan menerima lapor...
Kenapa Doa Ku Masih Belum Dimakbulkan

Kenapa Doa Ku Masih Belum Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 594 hits
Kenapa Allah tak makbulkan doaku Itu satu persoalan bila kita doa dan doa dan doa tapi takde apa apa pun jadi Bahkan makin kuat kita diuji Mudah sahaja jawapannya Doa akan dimakbulkan bila kau mula redha dengan ketentuan Allah Kau terima bu...
Banyak Warga Palembang Belum Pernah Cek Darah Lihat Jarum Saja Gemetar

Banyak Warga Palembang Belum Pernah Cek Darah Lihat Jarum Saja Gemetar

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 224 hits
Warga Palembang ternyata masih banyak yang belum pernah melakukan cek darah Rata rata usia 40 tahun ke atas Lihat jarum saja ada gemetar belum lagi kalau hasilnya tidak bagus
Belum Cukup Sebulan Buku Dah Hilang Ini Cara Ibu Buat Supaya Buku Anak Tak Hilang

Belum Cukup Sebulan Buku Dah Hilang Ini Cara Ibu Buat Supaya Buku Anak Tak Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 771 hits
Hi Nak cerita pasal buku buku teks budak Mikhail ni Buku teks dapat masa hari orientasi nak masuk darjah satu hari tu Maknanya tak sampai sebulan dapat buku Last last minggu lepas 1 buku dah hilang Tak tahu la kemana buku tu pergi Tiba tiba...
Ramai Yang Masih Tak Tahu Cara Nak Cari Dan Block Telefon Anda Sekiranya Hilang Atau Dicu Ri Rileks Media

Ramai Yang Masih Tak Tahu Cara Nak Cari Dan Block Telefon Anda Sekiranya Hilang Atau Dicu Ri Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 524 hits
Saya kehilangan handphone di tandas RNR Gurun Kebetulan abang bawa laptop terus abang login Gmail account saya Selepas itu track my device menggunakan Google account Kemudian pilih ring my phone Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada Sil...
Sungai Koyan Masih Belum Dapat Ditembusi

Sungai Koyan Masih Belum Dapat Ditembusi

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 407 hits
Sepanjang siri kempen PH di Dun Sungai Koyan himpunan bersama Dr Mahathir Mohamad yang diadakan di pekan Felda Sungai Koyan tengah hari tadi adalah majlis yang paling berjaya dari segi kehadiran Empat malam sebelumnya saya juga turun untuk ...
Serangga Serbu Masjidil Haram Warga Mekah Ini Belum Pernah Terjadi

Serangga Serbu Masjidil Haram Warga Mekah Ini Belum Pernah Terjadi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 376 hits
Serbuan serangga dalam jumlah besar di kompleks Masjidil Haramdi Mekah Arab Saudi membuat warga setempat heran Fenomena semacam ini disebut belum pernah terjadi sebelumnya Seperti dilansir Gulf Business dan The National Jumat serbuan jangkr...
Terkini Dipercayai Pemandu Cx 5 Yang Terlibat Adalah Pelajar Kolej Swasta Dalan Lingkungan 20 An Masih Belum Ditemui

Terkini Dipercayai Pemandu Cx 5 Yang Terlibat Adalah Pelajar Kolej Swasta Dalan Lingkungan 20 An Masih Belum Ditemui

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 359 hits
LAPORAN orang hilang yang dibuat seorang bapa membolehkan identiti pemandu kenderaan utiliti sukan putih yang terjunam ke dalam laut selepas kemalangan di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang dekat Perai dikenal pasti Ketua Polis Daerah Sebera...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage