Jom Baiki Cara Solat Kita


Artikel di bawah ditulis Saudari Hanan pada tahun 2004 bertajuk ” Adab Solat Seorang Muslimah “. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada muslimah di luar sana.
Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah… umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa; Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:
Minit Pertama –
Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.
Minit Kedua –
Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya.
Adab untuk menghadap Tuhan. 1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah..”; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “…rabbanaa lakal hamdu”
5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”. Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.
8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…illallahh. ..”; (semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan
sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:-
1) Tidak jarang.
Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir,
Ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang,
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yang penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah,  walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di Alam Baqa’.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Wassalam.
Sumber – Portal Komuniti Muslimah – Hanan.com.my
The post Jom Baiki Cara Solat Kita ( 10 Kesilapan Biasa Sering Dilakukan Khas Buat Kaum Wanita ) appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/jom-baiki-cara-solat-kita-10-kesilapan-biasa-sering-dilakukan-khas-buat-kaum-wanita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerek Elektrik Ada Kesan Karat Air Jom Ikut Cara Ni Rileks Media

Cerek Elektrik Ada Kesan Karat Air Jom Ikut Cara Ni Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 642 hits
Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari Namun ada kalanya cerek elektrik yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat air yang tidak menyenangkan Walaupun dibasuh menggunakan span kesan tersebut masih ...
Jom Ikuti Cara Pilih Laptop Yang Sesuai Sebelum Anda Membelinya

Jom Ikuti Cara Pilih Laptop Yang Sesuai Sebelum Anda Membelinya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 417 hits
Assalamualaikum semua Laptop merupakan antara benda penting yang perlu ada bagi setiap individu tidak kira yang bekerja ataupun untuk pelajar pelajar Tapi tahukah anda laptop apa yang yang bagus ataupun bagaiman caranya hendak memilih lapto...
Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

Ibu Menyusu Yang Anak Suka Mengempeng Hingga Waktu Solat Hampir Terlajak Buat Cara Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 781 hits
Bagaimana untuk solat awal waktu bila anak suka mengempeng Ini antara dilema yang ramai ibu menyusu selalu tanya Kadang tu tak khusyuk untuk solat kerana anak merengek di tepi Kaunselor Laktasi ada kongsi tip yang dilakukannya sendiri bila ...
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

Punya Susah Nak Bangun Solat Malam Tapi Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat Tahajjud

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 803 hits
Punya Susah Nak Bangun Solat Malam TAPI Lepas Amal 4 Cara Ni Allah Berikan Kenikmatan Bersolat TAHAJJUD Ramadhan ini sebenarnya masa terbaik untuk anda membentuk habit atau sikap Tentulah kita nak bentuk sikap yang baik ya tak Nak dapatkan ...
Azam Baru Nak Kurus Jom Ikut Cara Diet Puasa Lisa Surihani

Azam Baru Nak Kurus Jom Ikut Cara Diet Puasa Lisa Surihani

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 676 hits
Saban tahun azam baru kita adalah pastinya bersangkut paut dengan pengurusan berat badan Namun hakikatnya ramai tidak mampu menuntut berat badan ideal mahupun bentuk tubuh idaman mereka gara gara tersilap cara bahkan ada pula yang tidak kon...
10 Tips Cara Melajukan Rangkaian Internet Yang Terhubung Dengan Vpn

10 Tips Cara Melajukan Rangkaian Internet Yang Terhubung Dengan Vpn

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 504 hits
VPN adalah medium atau alat kepada mereka yang inginkan internet tanpa sekatan dan melindungi data data peribadi dari dicerobohi oleh pihak ketiga Akan tetapi keselamatan tambahan dari VPN mungkin akan menyebabkan internet anda kehilangan k...
Tahukah Anda Rupanya Selama Ni Kita Sembur Perfume Cara Yang Salah Ini Tips Untuk Haruman Tahan Lama

Tahukah Anda Rupanya Selama Ni Kita Sembur Perfume Cara Yang Salah Ini Tips Untuk Haruman Tahan Lama

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 608 hits
Perfume atau minyak wangi sebenarnya ada cara pemakaiannya yang betul Ada kalanya ikut jenis jugak ada yang bau kekal lama ada yang tak sampai sejam bau dah berkurangan Sebenarnya kalau korang nak tahu ada beberapa tips yang korang boleh gu...
Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Akibat Bakteria Dan Sistem Antibodi Lemah

Cara Mudah Kecutkan Bengkak Tonsil Akibat Bakteria Dan Sistem Antibodi Lemah

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 392 hits
Mengalami sakit tekak ketika demam sering terjadi kepada orang dewasa mahupun kanak kanak dan lazimnya jika mengalami sakit tekak seperti ini ia disebabkan oleh tonsil yang membengkak akibat jangkitan kuman Setiap manusia mempunyai dua kele...
Cara Mengerjakan Tes Kraepelin Koran Dan Tes Pauli

Cara Mengerjakan Tes Kraepelin Koran Dan Tes Pauli

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 4972 hits
Salah satu jenis soal Tes Psikotes adalah Tes Kraepelin atau Tes Koran atau biasanya disebut tes pauli padahal keduanya berbeda berikut ulasannya Apa itu Tes Pauli dan Tes Kraepelin Test Kraepelin atau Tes Koran atau Tes Pauli atau yang ser...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya