Jaga Pengambilan Nutrisi Anak Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi
Bila anak-anak tak sihat, ibu dan ayah paling tak senang duduk. Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2 malam kerana muntah-muntah. Setelah diperiksa darah, anaknya itu kekurangan zat besi atau iron dalam badan
Sepanjang berada di hospital, ramai doktor yang datang membuat pemeriksaan. Salah seorang doktor yang datang ada bertanya mengenai diet anak yang diamalkan oleh ibu ini. Dari situ dia mula belajar tentang bagaimana untuk tingkatkan lagi penyerapan zat besi dalam badan si kecil.
Anak masuk wad, muntah tak henti-henti
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek.
Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Memang jaga pemakanan anak
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak.
Tiap 4 jam, mesti kena makan.
Nak makan candy pun, sehari sebiji dua je. Itupun lepas makan nasi.
Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi.
Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya.
Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya.
Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
Anak banyak minum susu lembu, badan susah serap zat besi
“Anak minum susu banyak tak?”
Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron.
Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron?
Masalah tingkah laku
Ganggu perkembangan otak
Kurang selera makan
Kerap penat
Muka pucat
Craving kat benda-benda pelik termasuk
Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya.
Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Balik dari hospital, terus saya semangat.
Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya.
Vitamin C tingkatkan penyerapan zat besi
Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak.
Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang.
Aini kata, baby bayam ni dia tasteless.
Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung.
Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je.
Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga.
Dan….
Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Wawa Shauqi
Yang suka ratah brokoli goreng tepung.
Sumber: Wawa Shauqi
The post Jaga Pengambilan Nutrisi Anak, Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan. Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jaga-pengambilan-nutrisi-anak-masih-kurang-zat-besi-dalam-badan-ibu-ini-kongsi-pemakanan-sihat-nak-mudahkan-penyerapan-zat-besi/