Nak Gigi Anak Cantik Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi


Seawal usia enam bulan bayi anda mungkin sudah ada yang tumbuh gigi. Selari dengan umur mereka yang kini sudah boleh diperkenalkan dengan makanan sebenar. Tapi ada juga sesetengah bayi yang sebaik sahaja dilahirkan sudah mempunyai gig, namun perkara itu jarang berlaku.
Setelah si kecil mempunyai gigi, pastinya rutin penjagaan gigi si kecil akan bermula. Bersama Dr. Ahmad Faizal Ismail, Penolong Professor Pergigian Kanak-kanak di Kuliah Pergigian UIAM dan Pakar Pergigian Kanak-kanak di Pusat Perubatan UIAM untuk mengulas lanjut mengenai pertumbuhan dan penjagaan gigi bayi.
Gigi desidus atau gigi susu adalah asset yang penting untuk bayi. Gigi susu adalah penting untuk fungsi pemakanan, pengunyahan dan juga estetik. Selain itu, gigi susu juga berfungsi mengekalkan ruang (space maintainer) untuk pertumbuhan gigi kekal kelak. Secara umumnya, jumlah gigi susu untuk seorang kanak-kanak adalah 20 batang. Ia terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham. Gigi susu pertama akan mula tumbuh pada umur 6 bulan, iaitu gigi kacip bawah, diikuti gigi kacip atas. Gigi susu lain akan mula tumbuh mengikut umur bayi sehingga lengkap 20 gigi susu sekitar umur 3 tahun.

Gigi susu terbentuk semasa bayi masih di dalam kandungan ibu. Pada minggu ke 6 kehamilan, lamina germa gigi susu akan mula terbentuk. Proses pembentukan ini akan berterusan sehingga gigi susu tumbuh sepenuhnya pada umur 3 tahun. Amat penting untuk ibu mengandung mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil nutrien yang diperlukan seperti kalsium supaya pembentukan gigi bayi di dalam kandungan tidak terganggu. Jika terdapat gangguan sistemik seperti infeksi yang teruk, pengambilan alcohol, atau pengambilan sesetengah ubat oleh ibu mengandung, ia boleh menyebabkan gangguan terhadap pembentukan atau morfologi gigi bayi di dalam kandungan.
Penjagaan mulut dan gigi bayi amat penting kerana ianya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa. Pemahaman ibubapa amat penting dalam memastikan gigi susu agar tidak rosak dan bayi mendapat penjagaan gigi yang sempurna.
Jika terdapat kerosakan atau karies pada gigi susu, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi. Memandangkan bayi belum dapat berkomunikasi, bayi akan meragam dan mengelak untuk minum susu jika bayi sakit gigi. Jika karies pada gigi susu ini tidak dirawat, kuman pada gigi tersebut boleh merebak ke bahagian pipi dan muka, menyebabkan kebengkakan muka (facial cellulitis).
Gigi natal dan neonatal Gigi susu pertama akan mula tumbuh apabila bayi berumur 6 bulan Namun terdapat juga bayi yang dilahirkan mempunyai gigi. Gigi natal adalah gigi yang telah tumbuh semasa bayi lahir, manakala gigi neonatal adalah gigi yang tumbuh dalam sebulan pertama kelahiran (Gambar 1). Gigi natal dan neonatal adalah gigi susu yang tumbuh secara awal dan pra-matang. Gigi natal dan neonatal amat jarang berlaku. Jika bayi mempunyai gigi natal atau neonatal, rujukan kepada pakar pergigian kanak-kanak dan pakar kanak-kanak adalah perlu. Ini bagi mengelakkan komplikasi kepada ibu dan bayi yang menyusu. Pemeriksaan awal mulut bayi sejurus dilahirkan amat penting bagi memastikan rujukan awal dapat dilakukan.

Ciri-ciri gigi natal dan neonatal Berbentuk kecil atau konikal Merupakan gigi susu Longgar dan mudah goyang Akar gigi yang pendek dan tidak sempurna Selalunya melekat pada gusi Komplikasi gigi natal dan neonatal Boleh menyebabkan ulser pada bahagian hujung atau bawah lidah bayi akibat bergesel dengan permukaan gigi yang tajam semasa menyusu. Keadaan ini disebut sebagai Sindrom Riga-Fede. Bayi tertelan (aspiration) gigi natal dan neonatal. Jika gigi tersebut tersekat dalam saluran pernafasan, ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada paru-paru bayi (pneumonia). Kecederaan pada puting ibu yang menyusu akibat terkena permukaan gigi bayi. Sakit dan tidak selesa semasa bayi menyusu Bayi menolak untuk menyusu. Penjagaan gusi dan gigi bayi Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah digalakkan untuk ibubapa membersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain tuala yang lembut yang dililit pada jari. Ia boleh dilakukan setiap kali selepas menyusu atau semasa memandikan bayi. Selain itu, lidah bayi juga perlulah dibersihkan dari sisa-sisa susu yang melekat pada permukaan lidah.
Selepas lahir sehingga umur bayi 6 bulan
Sentiasa membersihkan gusi bayi selepas menyusu. Dukung bayi dengan sebelah lengan, manakala sebelah tangan lagi memegang kain tuala yang dilembapkan. Bersihkan gusi bayi secara perlahan-lahan. Jangan biarkan bayi tidur sambil menyusu. Setelah bayi tidur, alihkan puting/botol susu dari mulut bayi bagi mengelakkan susu bertakung di dalam mulut. Bayi akan mula gatal gusi (teething) pada umur 4-6 bulan. Gusi bayi ditempat gigi yang akan tumbuh mungkin kemerahan dan air liur akan meleleh dari mulut bayi (drooling). Elakkan merasa puting botol susu dengan mulut ibu atau berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.  

 
Bayi berumur 6 bulan sehingga 12 bulan
Semasa fasa ini, bayi akan mula tumbuh gigi susu yang pertama. Gusi bayi perlu sentiasa dibersihkan selepas makan atau menyusu. Apabila gigi susu pertama telah tumbuh, mulakan memberus gigi bayi menggunakan berus gigi yang berbulu lembut (soft bristle atau silicon) tanpa ubat gigi Apabila bayi mula minum menggunakan cawan dan makan makanan pejal (solid), ibubapa perlu mengurangkan penggunaan botol susu (wean off). Galakkan bayi untuk minum menggunakan cawan. Pada umur 12 sehingga 14 bulan, bayi sudah mampu untuk minum menggunakan cawan dengan sendiri. Apabila gigi susu atas telah tumbuh, amalkan pemeriksaan gigi bayi dirumah dengan mengangkat bibir atas bayi bagi memeriksa sebarang perubahan warna pada gigi (tompokan putih atau perang). Jika terdapat tanda-tanda ini, ia menunjukkan karies gigi peringkat awal dan dapatkan temujanji dengan doktor gigi. Dapatkan pemeriksaan pergigian pada umur 1 tahun atau dalam masa 6 bulan selepas gigi susu pertamanya tumbuh. Elakkan berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi. Tanda-tanda bayi gatal gusi (teething) Air liur meleleh. Gusi sedikit kemerahan dan sensitif. Bayi suka menggigit dan memasukkan jari/objek ke dalam mulut. Bonjolan gusi yang menampakkan sedikit gigi susu yang sedang tumbuh. Menangis dan meragam. Ini kerana bagi kebanyakan bayi, keradangan gusi menyebabkan bayi tidak selesa. Sesetengah bayi mungkin mengalami demam apabila gatal gusi. Ini disebabkan oleh bayi memasukkan objek Bayi kurang selera makan atau mengelak untuk makan. Bayi menarik telinga atau menggosok pipi. Ini disebabkan saraf yang menghubungkan gigi juga turut menghubungkan pipi dan telinga. Oleh itu, bayi boleh merasa ‘gatal’ di telinga atau pipi. Tips untuk ibubapa jika bayi gatal gusi Berikan buah yang sejuk dan dipotong kepada bayi. Buah yang sejuk boleh mengurangkan gatal disamping memperkenalkan makan pejal kepada bayi.
Gunakan jari atau kain tuala lembut yang dilembapkan untuk menggosok gusi bayi
Bersihkan air liur yang meleleh bagi mengelakkan keradangan pada pipi.
Berikan mainan gigit (teething rings) yang telah disejukkan. Elakkan meletak didalam peti sejukbeku (freezer) kerana mainan gigit yang keras akan melukakan gusi bayi.
Akademi Pediatrik Amerika (AAP) tidak menggalakkan menyapu gel anaestetik (bius) pada gusi kerana boleh menyebabkan bayi tertelan gel tersebut. Gel anaestetik mengandungi bahan ‘Lidocaine’ yang boleh memudaratkan bayi jika tertelan secara berlebihan.
 
The post Nak Gigi Anak Cantik, Doktor Gigi Ni Kongsi Cara Nak Mula Jaga Sebelum Bayi Tumbuh Gigi Lagi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-gigi-anak-cantik-doktor-gigi-ni-kongsi-cara-nak-mula-jaga-sebelum-bayi-tumbuh-gigi-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Pengambilan Nutrisi Anak Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi

Jaga Pengambilan Nutrisi Anak Masih Kurang Zat Besi Dalam Badan Ibu Ini Kongsi Makanan Nak Mudahkan Penyerapan Zat Besi

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 312 hits
Bila anak anak tak sihat ibu dan ayah paling tak senang duduk Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak anak yang masih kecil Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2...
Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

Gigi Anak Saya Terkeluar Doktor Masa Jatuh Basikal Mak Ayah Jangan Lambat Bertindak

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 519 hits
Adakalanya malang tidak berbau Kecederaan yang berlaku tanpa kita jangka membuatkan anak kecil kita menerima kesan yang berpanjangan hingga membesar Salah satu hal yang perlu dijaga adalah gigi anak anak terutama apabila anak sudah pun mend...
Cara Mudah Mengajari Anak Rawat Kesehatan Gigi Dengan Baik

Cara Mudah Mengajari Anak Rawat Kesehatan Gigi Dengan Baik

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 266 hits
Berikut merdeka com mencoba memberikan cara cara mudah yang bisa diterapkan kepada anak
Kalau Abang Takda Sayang Jaga Diri Anak Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

Kalau Abang Takda Sayang Jaga Diri Anak Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 377 hits
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan 32 menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin akibat demam panas Walaupun pemergian arwah Abam dah dua minggu masih ramai lagi yang nak mengetahui kisah isteri d...
Bila Ada Anak Perempuan Tak Mudah Nak Jaga Lindungi Hanya Yang Ada Tahu Berat Tugas Ini

Bila Ada Anak Perempuan Tak Mudah Nak Jaga Lindungi Hanya Yang Ada Tahu Berat Tugas Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 250 hits
Pepatah lama ada mengatakan menjaga anak perempuan lebih sukar dari menjaga 100 ekor lembu Perumpamaan ini benar kerana di zaman teknologi yang serba canggih ini cabaran membesarkan anak anak terutamanya anak perempuan sangat tinggi Ibu bap...
Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Hidung Berdarah Jangan Biar Anak Dongak Kepala Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 517 hits
Ketika dalam keadaan kecemasan kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan Dalam sesetengah kes mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan Seperti yang ...
Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

Selalu Lupa Keluarkan Lauk Beku Bila Nak Masak Ibu Ini Kongsi Cara Cepat Nak Cairkan Pakai Microwave Je

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 330 hits
Ibu yang bekerja memang banyak benda nak fikir Maklum sahajalah rutin yang bermula seawal 5 pagi setiap hari ada pelbagai agenda yang perlu diuruskan sebelum keluar ke pejabat Kadang sampai lupa nak keluarkan lauk pauk dalam peti sejuk beku...
Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

Selepas 70 Tahun Nestle Kongsi Cara Nak Bancuh Secawan Milo Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 707 hits
Semua tahu sarapan pagi adalah waktu makan yang tidak boleh ditinggalkan Di Malaysia ada macam macam juadah sarapan pagi yang kita boleh cuba Antara yang menjadi pilihan untuk mengalas perut dipagi hari sudah tentulah nasi lemak atau roti c...
Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

Anak Yang Bijak Akan Selalu Buat Kita Marah Sebenarnya Itu Cara Dia Nak Perhatian

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 269 hits
Dalam tempoh membesar anak anak mungkin banyak buat perangai Anak yang lasak menunjukkan yang mereka sedang membesar dengan baik Normal untuk mereka berkelakuan begitu kerana itulah lumrah seorang anak Jangan dibentak atau dimarahi apatah l...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord