Jaga Kesihatan Usus Jangan Abaikannya


Jaga Kesihatan Usus
Setiap hari, kita pasti akan mengambil makanan dengan tujuan ia dapat mengenyangkan perut dan juga menambah nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Tetapi kita perlu ingat, makan bukan hanya sekadar memenuhi nafsu lapar dan jangan sampai terlebih makan kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada tubuh badan pula. Kasihan pada sistem pencernaan yang terpaksa bekerja lebih nanti. Ini kerana kesihatan keseluruhan tubuh berkait rapat dengan kesihatan usus. Oleh itu, kita disarankan oleh pakar untuk menjaga kesihatan usus demi menjamin kesihatan keseluruhan tubuh badan.
Kredit imej kelabmamadotcom

Menurut akhbar tempatan Harian Metro yang bertajuk Jaga Kesihatan Usus, kajian menunjukkan bahawa usus yang sihat membantu memastikan nutrien penting diserap daripada makanan yang kita makan, menjamin sistem imun sihat serta mencegah beberapa penyakit seperti kanser kolon. Disebabkan perkara itulah kita amat disarankan untuk mengamalkan tips penjagaan usus supaya dapat bekerja dengan lancar setiap hari.

“You are what you eat.” Anda adalah apa yang anda makan. Benar bukan kata-kata itu? Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Jika makanan dan minuman sihat yang diambil dengan kuantiti yang diperlukan, hasilnya akan mendapat tubuh badan yang sihat.

Jika makanan dan minuman yang tidak berkhasiat diambil dengan kerap dalam kehidupan seharian, maka tahap kesihatan badan akan menjadi sebaliknya. Ini menunjukkan betapa pentingnya memilih makanan berkhasiat, menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Usus sihat, badan dan minda cergas, itu yang kita mahukan.

Namun, ada juga sesetengah individu tidak tahan terhadap makanan tertentu (food intolerance). Amalan pemakanan yang tidak seimbang merupakan antara sebab yang membawa kepada masalah penghadaman seperti sembelit, kembung dan cirit-birit sebagaimana yang diberitahu dalam portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan adalah yang terbaik untuk diambil setiap hari untuk kesihatan keseluruhan badan dan usus. Bagi memastikan kesihatan usus berada dalam keadaan baik, kita boleh ikuti beberapa tips kesihatan usus seperti yang disarankan oleh pakar.

Tips Penjagaan Kesihatan Usus
1. Makan Lebih Serat

Makanan kaya dengan serat membantu melembutkan najis dan mencegah sembelit serta mengurangkan tanda-tanda beberapa gangguan penghadaman contohnya, buasir dan sindrom iritasi usus. Terdapat pelbagai sumber makanan kaya serat seperti roti mil penuh, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran, kekacang serta oat untuk mengekalkan usus yang sihat. Namun begitu, kita digalak meningkatkan pengambilan serat secara beransur-ansur untuk mencegah masalah kembung dan ketidakselesaan perut terutama jika anda tidak biasa dengan pengambilan makanan tinggi serat.

2. Banyak Minum Air

Air juga membantu melembutkan najis dan menggalakkan peredaran melalui sistem penghadaman. Serat yang bertindak seperti span, menyerap air kerana tanpa cecair, serat tidak boleh melakukan tugasnya dan akan menyebabkan sembelit. Jadi, kita harus mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari (kira-kira dua liter) dan pada bila-bila masa apabila anda rasa dahaga. Air kosong yang tiada kalori amat baik diamalkan setiap hari.

3. Hadkan Pengambilan Kafein

Minuman yang mengandungi kafein pastinya menjadi pilihan ramai. Kopi, kola dan minuman ringan, antara minuman mengandungi kafein yang boleh meningkatkan asid di dalam perut, seterusnya menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang. Anda tidak boleh berhenti minum minuman sebegini? Apa yang boleh dilakukan adalah mengehadkan pengambilan kepada satu atau dua cawan sehari.

4. Dapatkan Pro Dan Prebiotik Secukupnya

Di dalam usus kita terdapat ribuan bakteria yang hidup. Bakteria pula ada yang baik dan memberi faedah kepada kesihatan. Pada masa sama usus kita juga ada bakteria yang tidak baik. Mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak baik adalah penting kerana kerana kedua-duanya ada manfaatnya. Pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik (yang mengandungi bakteria baik) dan mengambil prebiotik (‘makanan’ untuk bakteria baik) secukupnya seperti Yourgutt Probiotic & Prebiotic Supplement, merupakan salah satu cara mudah mengekalkan keseimbangan ini.

5. Mengamalkan Diet Berkhasiat Yang Rendah Lemak

Makanan berlemak tinggi seperti makanan bergoreng, burger, sosej dan hidangan berminyak perlu dielakkan kerana ia melambatkan penghadaman dan boleh menyebabkan sakit perut serta pedih ulu hati. Beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi boleh mempengaruhi komposisi bakteria usus.

6. Banyakkan Bersenam

Aktiviti sedentari (tidak sihat) seperti bermain permainan komputer atau menonton televisyen perlu dihadkan. Kita perlu melakukan lebih banyak aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau menari. Apa sahaja senaman yang meningkatkan kadar pernafasan dan denyutan jantung juga memberi faedah kepada penghadaman kita. Keadaan ini akan merangsang otot usus, sekali gus menyebabkan makanan diedarkan dengan lebih cekap melalui usus anda.

7. Jangan Melengahkan Waktu Untuk Membuang Air Besar

Tabiat membuang air besar yang baik seperti pergi ke tandas sekali sehari perlu dipupuk. Manakala menahan keinginan untuk membuang air besar perlu dielakkan. Selain itu, kita boleh mendapatkan saringan kesihatan tetap untuk mengesan sebarang masalah seawal mungkin.


Begitulah antara tips penjagaan usus supaya sihat dan terhindar daripada penyakit berkaitan usus. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika terdapat rasa sakit di mana-mana bahagian sekitar perut pula, jangan lengahkan masa untuk mendapatkan rawatan di hospital. Semoga kita terus menjaga usus untuk kebahagiaan diri dan orang tersayang sekeliling kita.



Sumber tips penjagaan usus: Harian Metro, Jaga Kesihatan Usus



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2021/12/jaga-kesihatan-usus-jangan-abaikannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

Anak Kerap Demam Sakit Tonsil Jejaskan Kesihatan Anak Jadi Tak Selesa Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 364 hits
Selalu sangat anak kita demam dan mengadu sakit tekak Jangan dibiarkan jika anak kerap demam sepanjang setahun berkemungkinan anak berdepan masalah lain Masalah tonsil antara salah satu yang tidak boleh dipandang ringan Menurut Pakar Bedah ...
Darah Ke Susu Ibu Jangan Cemas Bila Susu Keluar Macam Ni Doktor Jelaskan Sebabnya

Darah Ke Susu Ibu Jangan Cemas Bila Susu Keluar Macam Ni Doktor Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 292 hits
Pengalaman pertama kali menyusukan anak pastinya mencatat seribu satu kenangan Bermacam ragam Semuanya kerana tiada pengalaman Jika sebelum ini susu berwarna kekuningan jangan terkejut susu juga boleh keluar seperti darah Menurut jangan cem...
Lirik Jangan Bilang Siapa Siapa Aliya

Lirik Jangan Bilang Siapa Siapa Aliya

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 222 hits
jangan bilang siapa siapakalau kau dan aku berpacarannanti di dengar wartawanbisa jadi berita koran jadi bisikan jadi omongan orangku tak mau cinta kita bukan ikanjangan bilang siapa siapahatimu hatiku tlah menyatusebelum cincin melingkarse...
Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 202 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan UMNO supaya tidak mudah lupa diri dan kembali menjadi angkuh apabila mahu membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan rakan parti komponen kerajaan lain Presiden Bersa...
Pak Long Depa Kata Jangan Dok Mai Melawat Saja

Pak Long Depa Kata Jangan Dok Mai Melawat Saja

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 362 hits
December 19 2021 Perdana Menteri meninjau situasi banjir di pusat pemindahan sementara di SK Johan Setia SK Telok Gong dan Masjid Al Islah Kampung Nelayan Telok Gong Klang pagi tadi PETALING JAYA Seorang pemimpin pembangkang menuduh Perdana...
Jangan Gembira Jika Bekas Pemimpin Parti Lawan Dihukum Mahkamah

Jangan Gembira Jika Bekas Pemimpin Parti Lawan Dihukum Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 299 hits
Oleh Ahmad Faizal memalu gendang sebagai simbolik Majlis Perasmian Sayap sempena Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU hari ini NSTP ASYRAF HAMZAH KUALA LUMPUR Kepemimpinan dan ahli BERSATU diingatkan tidak terlalu gembira apabila ada bekas pem...
Wayang Jangan Kau Pergi Chord

Wayang Jangan Kau Pergi Chord

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 349 hits
Crisau hatiku Amapa yang telah engkau lakukan padaku Cpeluk diriku Amku ingin engkau tetap disini untukku Dm Fkau berikan keindahan Dm Fkau berikan kedamaian Cjangan kau pergi Emlepaskan kenangan ini dariku Chanyalah waktu Emyang dapat menj...
Covid 19 Rakyat Jangan Alpa Walau Kes Baru Semakin Turun

Covid 19 Rakyat Jangan Alpa Walau Kes Baru Semakin Turun

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 249 hits
BH ONLINE Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini foto BERNAMA BERA Perdan...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rakam 16 000 Gambar Wanita Buang Hajat Pemuda Berusia 20 An Ditahan

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

Rafizi Vs Nurul Izzah A Family Feud Or The Beginning Of Keadilan S End

Pas Terlebih Dahulu Sucikan Dap

Nasi Ayam Simple Di London