Jaga Jaga Terhadap Serangan Siber Korea Utara


Semalam apabila konsul kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu Song memberi amaran bahawa kita akan “menanggung akibat” kerana mengekstradisi rakyatnya ke Amerika Syarikat, ramai yang tertanya apa bentuk tindak balas yang mampu dilakukan oleh Pyongyang.

Ya, kita semua tahu tentang kemampuan peluru berpandu ballistik tetapi adakah Korea Utara akan bertindak melancarkannya ke Malaysia akibat insiden ini?

Admin berpendapat “segila-gila” rejim Korea Utara, ia tidak segila itu untuk melancarkan peluru berpandunya ke Malaysia atas insiden “kecil” tersebut.

Peluru berpandu itu mungkin disimpan untuk musuh-musuh Korea Utara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun dalam “peperangan sebenar” yang bakal menentukan sama ada Pyongyang terus wujud di muka bumi atau tidak.

Namun, selain peluru berpandu, Korea Utara juga memiliki kepakaran lain yang boleh digunakan terhadap Malaysia bagi memastikan negara kita ini “menanggung akibat” kerana menyerahkan rakyatnya, yang admin rasakan hampir pasti 100 peratus adalah perisik, ke Amerika Syarikat.

Kepakaran Pyongyang itu adalah dalam bidang serangan siber yang agensi-agensi perisikan seluruh dunia tahu bahawa Korea Utara adalah satu satu pemain utama dalam bidang itu.

Kemampuan mereka dalam serangan siber ini memang tidak boleh dipandang ringan dan rekod mereka dalam jenayah ini memang diketahui ramai.

Antara insiden serangan siber terbaru yang dipercayai dilakukan oleh “Bureau 21” yang berada di bawah Reconnaisance General Bureau (RGB) berlaku pada bulan lepas.

Korea Utara didakwa oleh agensi perisikan Korea Selatan melakukan serangan siber terhadap syarikat Pfizer dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat berkenaan vaksin bagi COVID-19 yang diusahakan oleh syarikat farmasi Amerika Syarikat itu.

“Terdapat usaha untuk mencuri maklumat berkenaan vaksin COVID-19 dan teknologi untuk mengubatinya dan Pfizer telah diceroboh (hacked),” menurut anggota parlimen pembangkang Korea Selatan.

Selain syarikat Pfizer, serangan siber Korea Utara juga dipercayai bertanggungjawab melancarkan serangan siber terhadap syarikat dan badan-badan yang melakukan kajian terhadap vaksin dan rawatan COVID-19.

Dalam satu laporan oleh pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lepas, mereka mendapati Korea Utara menggunakan serangan siber untuk mencuri “virtual asset” seperti Bitcoin dan lain-lain matawang virtual untuk membiayai program senjata nuklearnya.

Serangan siber Korea Utara daripada 2019 hingga Sept 2020 telah berjaya mencuri sejumlah US$316 juta di dalam bentuk aset-aset virtual, menurut laporan terbabit.

Laporan itu mengatakan hasil daripada serangan siber terhadap aset-aset virtual ini digunakan untuk membiayai program pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.

Dalam satu lagi laporan oleh PBB pada 2019, badan dunia itu berkata, pakar-pakar siber Korea Utara berjaya memperolehi “hasil-hasil haram” sehingga US$2 billion untuk membiayai program dan pembangunan senjatanya.

Laporan itu mengatakan serangan siber itu dilakukan oleh agensi perisikan utama Korea Utara iaitu RGB.

PBB pada laporan itu mengatakan mereka sedang menyiasat kira-kira 30 kejadian serangan siber di 17 negara yang dipercayai didalangi oleh agen-agen Korea Utara sebagai sebahagian daripad usaha mereka mengumpul dana untuk membiayai program pembangunan senjata mereka.

Menurut laporan itu, Korea Selatan paling teruk menerima kesan daripada serangan siber Korea Utara itu dengan 10 kes diikuti oleh India (3 kes) dan Bangladesh serta China dengan dua kes masing-masing.

Malaysia juga mengalami serangan siber itu dengan satu kes, menurut laporan itu sebagaimana dikatakan oleh agensi berita, Associated Press.

Satu lagi kes serangan siber yang terkenal dipercayai membabitkan Korea Utara adalah “rompakan” sebanyak US$80 juta daripada akaun Bangladesh Bank (bank pusat Bangladesh) di Federal Reserve Bank of New York pada 2016.

Kajian yang dilakukan oleh firma keselamatan siber, Kaspersky mendakwa serangan itu dilakukan oleh Lazarus Group, kumpulan penggodam yang berpusat di Korea Utara yang dikatakan turut terlibat dalam serangan siber terhadap studio milik Sony di Hollywood pada 2014.

Banyak lagi kes-kes serangan siber yang dipercayai dilakukan oleh agensi perisikan Korea Utara dan admin harap di pihak kita supaya bersedia untuk segala kemungkinan. - DEFENCE SECURITY ASIA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/jaga-jaga-terhadap-serangan-siber-korea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

Kakitangan Pejabat Kedutaan Korea Utara Mula Mengosongkan Bangunan Video Inside

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 253 hits
Ridauddin DaudMac 19 2021Petugas media tempatan dan asing juga kelihatan sudah mula berkumpul di hadapan bangunan itu sejak jam 7 30 pagi tadi Astro AWANIPETALING JAYA Tidak beroperasi pada Sabtu dan Ahad namun Pejabat Kedutaan Korea Utara ...
Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

Putus Hubungan Diplomatik Dengan Korea Utara Tiada Impak Atas Ekonomi Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 278 hits
Sumbangan Korea Utara terhadap ekonomi Malaysia kecil menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ARAU Tindakan Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia tidak memberi kesan kepada ekonomi negara ini kata Menteri Kewa...
Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 448 hits
Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilaporkan telah mengosongkan bangunan kedutaan pada jam 10 55 pagi Ahad setelah kerajaan mengambil tindakan mengarahkan mereka semua diusir ke negara asal susulan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubunga...
Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

Pyongyang Putuskan Hubungan Diplomatik Malaysia Usir Semua Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 410 hits
The ReporterNegara komunis yang diketuai Kim Jong Un iaitu Korea Utara mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia sebagai tindakan balas terhadap Malaysia yang mengekstradisikan seorang rakyatnya ke Amerika Sya...
Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

Sorotan Hubungan Malaysia Korea Utara

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 368 hits
MALAYSIAKINI Hubungan Malaysia Korea bermula pada awal 1973 dan telah menyaksikan pencapaian memberangsangkan dalam bidang diplomatik dan perdagangan sehinggalah Kim Jong nam saudara tiri pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong un dibunuh d...
Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

Diplomat Korea Utara Diarah Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 218 hits
273 total views 273 views today Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar tidak membina dan tidak menghormati hubu...
Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

Malaysia Kesal Keputusan Korea Utara

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 280 hits
Sifatkan sebagai tidak wajar tak hormati hubungan antarabangsa KUALA LUMPUR Malaysia amat kesal dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik kata Kementerian Luar Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wa...
Putrajaya Pertahan Langkah Ekstradisi Warga Korea Utara Ke As

Putrajaya Pertahan Langkah Ekstradisi Warga Korea Utara Ke As

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 367 hits
MALAYSIA NOWPutrajaya turut melahirkan rasa kesal dan akur dengan keputusan Korea Utara Kerajaan memberikan masa 48 jam untuk pegawai diplomatik Korea Utara meninggalkan Malaysia Putrajaya hari ini mempertahankan keputusannya untuk mengekst...
Pengusiran Diplomat Korea Utara Selaras Konvensyen Vienna 1961 Kata Hishammuddin

Pengusiran Diplomat Korea Utara Selaras Konvensyen Vienna 1961 Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 296 hits
Pengusiran diplomat Korea Utara selaras Konvensyen Vienna 1961 kata Hishammuddin Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik