Jaga Bayi Baru Lahir Tak Semudah Yang Disangka Ini Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Untuk Elak Stres


Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini.
Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui
Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.

Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Anda mungkin berasa tertekan sekiranya bayi anda menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, anda mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius.

Bayi dilahirkan terlalu awal
Kadang-kala bayi akan dilahirkan dengan lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Bayi tidak cukup bulan mempunyai keperluan khas:
Sekiranya bayi dilahirkan terlalu awal, bayi perlu diberikan penjagaan di Unit Penjagaan Khas yang disediakan untuk bayi yang baru dilahirkan.
Antara masalah yang akan dibincangkan oleh doktor adalah seperti berikut:
Masalah pernafasan Memerlukan bantuan untuk mengekalkan suhu badan Masalah penyusuan Kesenangan mendapat jangkitan Episod berhenti bernafas (apnea), dan Pendarahan dalam otak, terutamanya bagi bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34. Komplikasi jangka masa panjang adalah masalah pendengaran atau penglihatan, dan kelewatan perkembangan atau kelemahan dalam pembelajaran Penjagaan kulit bayi – bayi mungkin ada keadaan-keadaan berikut:
“Infantile seborrheic dermatitis”, yang juga dikenali sebagai ‘cradle cap’, menyebabkan tompokan sisik di kulit kepala. Walaupun tidak serius, ia boleh mengakibatkan kerak yang keras dan sisik putih atau kuning. “Cradle cap’ biasanya akan hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan, namun mencuci kepala bayi setiap hari menggunakan syampu boleh membantu untuk mengurangkan dan menghilangkan sisik. Berjumpa dengan doktor jika ‘cradle cap’ masih kekal atau kelihatan semakin serius.
“Diaper rash” merupakan ruam biasa disebabkan oleh menggunakan lampin yang basah dengan agak lama. Ia dirawat dengan memberikan pengudaraan pada bahagian bawah bayi. Pastikan bahagian bawah bayi bersih dan kering sepanjang masa untuk mengelakkan daripada ‘diaper rash’. Jumpa dengan doktor sekiranya ruam tidak hilang.
“Miliaria crystallina” atau dipanggil ‘milia’ adalah benjolan kecil berwarna putih di bahagian hidung, dagu dan pipi. Kebanyakan bayi yang lahir mempunyai ‘milia’ yang terjadi apabila cebisan kulit yang sangat kecil tersangkut dalam kantung yang kecil berdekatan dengan permukaan kulit bayi. Kebanyakan kes ‘milia’ akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa minggu.
Jangkitan “yeast” adalah ruam berwarna merah terang pada bahagian bawah bayi, atau bahagian lain di mana kulit bersentuhan dengan kulit. Jangkitan “yeast” disebabkan oleh mikroorganisma (Candida albicans) yang terdapat di persekitaran yang panas dan lembap. Ia biasanya dirawat dengan krim antikulat.
“Oral Thrush” merupakan satu lagi masalah yang sering terdapat di mulut bayi. Lapisan putih yang biasanya dilihat di bahagian lidah, pipi dan lelangit merupakan jangkitan oleh kulat Candida albicans. Anda dinasihati supaya membawa bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan.
Mengurut Bayi
Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi.
Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.
Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang.
Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.
Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.
Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.
Faedah-faedah mengurut termasuk:
Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda, Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh ‘motor skills acquisition’, Menenangkan bayi dan melegakan simptom ‘colic’, Menyumbangkan kepada perkembangan otak dan motor serta keyakinan diri, dan Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan. Kredit: MyHealth Portal

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Jaga Bayi Baru Lahir Tak Semudah Yang Disangka, Ini Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Untuk Elak Stres! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jaga-bayi-baru-lahir-tak-semudah-yang-disangka-ini-yang-perlu-ibu-bapa-tahu-untuk-elak-stres/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Biarkan Bayi Baru Lahir Tak Menyusu Lebih 4 Jam Kejutkan Mereka Beri Susu

Elak Biarkan Bayi Baru Lahir Tak Menyusu Lebih 4 Jam Kejutkan Mereka Beri Susu

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 129 hits
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama Apa bezanya Susu ...
Kenapa Ada Bayi Takut Dengan Semua Orang Kecuali Ibu Bapa Sendiri Ini Penjelasannya

Kenapa Ada Bayi Takut Dengan Semua Orang Kecuali Ibu Bapa Sendiri Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 272 hits
Orang kata bila bayi sudah meningkat usia mereka sudah kenal siapa orang di sekelilingnya Jika orang yang tidak dikenali bayi pasti akan mudah menangis bila didekati kerana takut Bahkan lebih ekstrim ada sesetengah bayi hanya mahu ibu sahaj...
Paling Tak Sabar Tunggu Adik Lahir Teruja Dapat Adik Kakak Tak Kekok Tolong Ibu Jaga Adik

Paling Tak Sabar Tunggu Adik Lahir Teruja Dapat Adik Kakak Tak Kekok Tolong Ibu Jaga Adik

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 182 hits
Menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga memang teramat mengujakan Bukan hanya kita sebagai mak ayah bahkan orang paling teramat gembira pastinya anak sulung kita Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang berkongsi gelagat anak keduanya y...
Sebelum Ke Sekolah Akan Tukar Lampin Ibu Anak 10 Tahun Jaga Ibu Kanser Tanpa Bapa

Sebelum Ke Sekolah Akan Tukar Lampin Ibu Anak 10 Tahun Jaga Ibu Kanser Tanpa Bapa

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 211 hits
Usianya baru 10 tahun namun Nur Saffiya Irdina Mohd Firdaus sudah mampu menguruskan ibunya Roliza Md Zain 31 yang terlantar sakit akibat kanser payu dara sejak setahun lalu Setiap pagi sebelum ke sekolah Nur Saffiya akan membersihkan badan ...
7 Cara Menghargai Ibu Bapa

7 Cara Menghargai Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 214 hits
Baca GAMBAR LOKASI 7 Cara Menghargai Hati Ibu Bapa Ibu bapa adalah orang teratas dalam jalur kehidupan kita dan daripada mereka lah kita mampu bercakap berjalan berlari dan lain lain pelajaran yang diajarkan sedari kita kecil Nak menangis d...
Jaga Tingkah Laku Elak Provokasi Sultan Selangor Nasihat Penyokong

Jaga Tingkah Laku Elak Provokasi Sultan Selangor Nasihat Penyokong

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 114 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penyokong bersikap matang dan tidak melayan provokasi berlebihan SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan penyokong Selangor FC menjaga tatatertib dan tingkah laku ketika me...
Safiey Illias Sedih Jadi Mangsa Body Shaming Minta Ibu Bapa Pantau Anak2

Safiey Illias Sedih Jadi Mangsa Body Shaming Minta Ibu Bapa Pantau Anak2

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 155 hits
Nama usahawan kosmetik kontroversi Safiey Illias bukanlah asing lagi kerana dia pernah mencetuskan bualan hangat ramai mengenai penghijrahan daripada seorang wanita jadian kembali ke pangkal jalan sebelum berubah ke wanita Terbaharu usahawa...
Kem Motivasi Neraka 4 Laporan Ibu Bapa Dakwa Anak Anak Dikasari Diaibkan Fasilitator

Kem Motivasi Neraka 4 Laporan Ibu Bapa Dakwa Anak Anak Dikasari Diaibkan Fasilitator

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 275 hits
Polis menerima empat laporan dari ibu bapa yang mendakwa anak anak mereka telah dikasari oleh fasilitator semasa menghadiri kem motivasi yang dianjurkan pihak sekolah di Serdang Selangor baru baru ini Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komi...
Hanya Mampu Peluk Cium Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

Hanya Mampu Peluk Cium Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 98 hits
Hilang kata kata seorang ibu apabila anak pergi dalam pelukannya Baru baru ini tular di laman sosial seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan telah pergi buat selama lamanya Difahamkan kejadian ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba