Elak Biarkan Bayi Baru Lahir Tak Menyusu Lebih 4 Jam Kejutkan Mereka Beri Susu


Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.

Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
 
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

The post Elak Biarkan Bayi Baru Lahir Tak Menyusu Lebih 4 Jam, Kejutkan Mereka & Beri Susu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-biarkan-bayi-baru-lahir-tak-menyusu-lebih-4-jam-kejutkan-mereka-beri-susu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Bayi Baru Lahir Tak Semudah Yang Disangka Ini Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Untuk Elak Stres

Jaga Bayi Baru Lahir Tak Semudah Yang Disangka Ini Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Untuk Elak Stres

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 235 hits
Aktiviti harian akan menjadi sibuk selepas kelahiran bayi Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan mandi menukar lampin dan memujuk namun begitu terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada...
Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni Terus Nampak Baru

Cara Mudah Tanggalkan Kerak Susu Pada Botol Guna 3 Bahan Ni Terus Nampak Baru

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 211 hits
Mencuci botol susu anak dengan cara yang betul penting untuk mengelakkan bakteria membiak Botol susu yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan risiko penyakit seperti sakit perut muntah atau cirit birit Biasanya botol susu yang digu...
Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

Mudahnya Buat Sendiri Serbuk Perasa Ikan Bilis Untuk Bayi Lebih Murah Jimat

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 177 hits
Bila si kecil dan masuk fasa makan ni mummy kena rajin lah sikit masak macam macam nak bagi anak berselera untuk makan kan Tapi tak semestinya anak perlu makan plain sahaja mummy boleh perasakan makanan anak dengan perasa semulajadi menggun...
Nasi Kukus Tonggek Dengan Pembungkus Baru Yang Lebih Comel

Nasi Kukus Tonggek Dengan Pembungkus Baru Yang Lebih Comel

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 163 hits
Pertama kali mencuba terus suka dengan nasi kukus tonggek Pantang pergi Mydin atau AEON mesti akan membeli nasi kukus tonggek Ini kali kedua saya beli nasi kukus tonggek denga pembungkus baru Sebelum ni bekas empat segi tepat macam pembungk...
Selamat Son Ye Jin Dan Hyun Bin Dikaruniai Anak Pertama Lahir Lebih Cepat Dari Perkiraan

Selamat Son Ye Jin Dan Hyun Bin Dikaruniai Anak Pertama Lahir Lebih Cepat Dari Perkiraan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 153 hits
Sebelumnya pihak agensi mengabarkan bahwa Ye jin diperkirakan melahirkan pada Desember 2022 Namun kelahiran tersebut lebih cepat dari perkiraan yakni pada Minggu kemarin
Sepatutnya Lahir Disember Son Ye Jin Dan Hyun Bin Selamat Timang Bayi Lelaki

Sepatutnya Lahir Disember Son Ye Jin Dan Hyun Bin Selamat Timang Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 145 hits
Pasangan selebriti paling popular Korea Selatan Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya kini bergelar ibu dan bapa selepas selamat menimang cahaya mata sulung semalam Pasangan yang cukup dikenali menerusi drama bersiri popular Crash Landing On You...
Momen Indah Pertama Kali Ayah Dukung Bayi Sulung Muka Nervous Tak Dapat Elak

Momen Indah Pertama Kali Ayah Dukung Bayi Sulung Muka Nervous Tak Dapat Elak

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 198 hits
Kehadiran cahaya mata sememangnya banyak mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih baik Mereka dapat mengubah sikap negatif ibu ayahnya ke arah yang positif Bukan mudah untuk melalui fasa perubahan dari hidup berseorangan kemudian berd...
Lebih 1 3 Juta Pelancong Lawat Sabah Setakat Oktober

Lebih 1 3 Juta Pelancong Lawat Sabah Setakat Oktober

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 128 hits
Joniston Bangkuai ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang DUN Sabah hari ini KOTA KINABALU Sabah menerima kunjungan lebih 1 3 juta pelancong sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini yang membabitkan perbelanjaan pelanc...
Tahukah Anda Bahan Mentah Yang Lebih Mahal Daripada Berlian

Tahukah Anda Bahan Mentah Yang Lebih Mahal Daripada Berlian

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 205 hits
Pada pasaran semasa berlian bersaiz 0 5 carat bernilai hampir sehinggalah 3 karat bernilai hampir RM350K Carat adalah cara untuk mengira saiz berlian Tetapi tahukah anda sebenarnya ada bahan mentah yang jauh lebih mahal daripada berlian Jom...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik