Hanya Mampu Peluk Cium Tak Sempat Sampai Hospital Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas


Hilang kata-kata seorang ibu apabila anak pergi dalam pelukannya. Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang wanita terpaksa menerima hakikat apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan telah pergi buat selama-lamanya.

Difahamkan, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.

Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.
Terkejut dengan pemergian anaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman Facebooknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.

Malah, seorang ketua rumah panjang telah menawarkan bantuan untuk membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan Betong berharap anaknya dapat diselamatkan.
Bukan itu sahaja, kasihan dengan nasib yang menimpanya, dia telah menghulurkan RM300 kepada wanita terbabit sebagai duit belanja pulang ke rumah.
“Tenangnya ibu dia..”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap nasib malang yang menimpa wanita terbabit yang dilihat begitu tenang atas pemergian anak kecilnya.

Moga diberi ketabahan buat ibu bapa 
Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan takziah atas kehilangannya dan berharap wanita tersebut terus diberi kekuatan dalam menghadapi ujiannya.
“RIP baby.. Semoga ibu bapa baby ini tabah..”
“Semoga tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini, Salam takziah..”
“Sedih tengok mak dia, kelihatan tenang sekali, semoga tabah sis, Tuhan lebih sayangkan dia. Faham sangat erti kehilangan.”
Kredit: OMM, Facebook @Jessa Bandang

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
 
 
The post “Hanya Mampu Peluk & Cium.” Tak Sempat Sampai Hospital, Ibu Reda Bayi Pergi Dalam Bas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hanya-mampu-peluk-cium-tak-sempat-sampai-hospital-ibu-reda-bayi-pergi-dalam-bas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Aiskrim Buah Hanya 3 Bahan Snek Sihat Untuk Bayi Rugi Tak Cuba

Resepi Aiskrim Buah Hanya 3 Bahan Snek Sihat Untuk Bayi Rugi Tak Cuba

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 295 hits
Mudah sangat nak sediakan snek sihat untuk bayi Hanya menggunakan 3 bahan sahaja maka terhasilah aiskrim buah untuk si manja tersayang Jom ikuti resepi yang dikongsi dan selamat mencuba Snek sihat untuk baby Aiskrim buah Bahan bahan Full cr...
Memperlekehkan Agama Afgan Peluk Cium Anjing Di Instagram Ramai Netizen Tak Selesa

Memperlekehkan Agama Afgan Peluk Cium Anjing Di Instagram Ramai Netizen Tak Selesa

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 226 hits
Penyanyi terkenal Indonesia Afgan sebelum ini pernah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia sering dilihat memeluk dan mencium seekor anjing yang diberi nama Coco di media sosialnya Berikutan itu Afgan tampil memberikan ...
Anak Pergi Akibat Kanser Darah Ibu Sebak Netizen Tunai Permintaan Edit Gambar

Anak Pergi Akibat Kanser Darah Ibu Sebak Netizen Tunai Permintaan Edit Gambar

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 238 hits
Minggu lalu tular sebuah hantaran dari seorang wanita meminta jasa baik orang ramai grup Facebook Edit Apa Hari Ni untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia dua tahun tujuh bulan Anak syurga saya meninggal di...
5 Minit Lambat Mungkin Bayi Pergi Selamanya Mulanya Anak Batuk Selesema Rupanya Dijangkiti Virus Rsv

5 Minit Lambat Mungkin Bayi Pergi Selamanya Mulanya Anak Batuk Selesema Rupanya Dijangkiti Virus Rsv

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 181 hits
Siapa sangka pada mulanya bayi hanya mengalami masalah batuk dan selesema rupa rupanya dijangkiti virus respiratory syncytial RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru paru dan saluran pernafasan Ia sering kali berlaku kepada kanak k...
Kini Saya Hanya Mampu Lihat Kebakaran Dari Luar Annuar

Kini Saya Hanya Mampu Lihat Kebakaran Dari Luar Annuar

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 170 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 9 2022 10 16 AMBeberapa jam selepas dipecat daripada Umno oleh Majlis Tertinggi parti bekas ketua bahagian Umno Ketereh Annuar Musa pagi ini berkongsi hantaran di media sosial berhubung mimpinya melihat rumah...
Momen Haru Achraf Hakimi Peluk Dan Cium Ibunya Usai Maroko Kalahkan Belgia

Momen Haru Achraf Hakimi Peluk Dan Cium Ibunya Usai Maroko Kalahkan Belgia

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 174 hits
Momen Haru Achraf Hakimi Peluk dan Cium Ibunya usai Maroko Kalahkan Belgia Pemandangan mengharukan ini terjadi setelah Maroko memetik kemenangan atas Belgia dalam babak penyisihan Grup F Piala Dunia 2022 Achraf Hakimi yang bersuka cita berl...
Banyak Virus Sebab Tu Tak Bagi Orang Peluk Cium Newborn Baby Mohon Faham

Banyak Virus Sebab Tu Tak Bagi Orang Peluk Cium Newborn Baby Mohon Faham

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 198 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk kita melawat ibu baru bersalin dan bayinya sebaik mereka keluar dari hospital Bau bayi sangat harum dan boleh buat kita hilang rasa stres Tapi sebenarnya tak elok kalau kita terlalu menggomol dan mencium bayi b...
Patutlah Anak Suka Pergi Sekolah Ini Perkara Ibu Ayah Kena Tahu

Patutlah Anak Suka Pergi Sekolah Ini Perkara Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 228 hits
Sekejap saja masa berlalu tiba tiba dah sampai masa untuk hantar anak tersayang ke sekolah Banyak perkara yang perlu ibu ayah pertimbangkan ketika memilih sekolah terbaik untuk anak kadang kadang boleh jadi buntu dibuatnya Buat Survey Elak ...
Kenapa Ada Bayi Takut Dengan Semua Orang Kecuali Ibu Bapa Sendiri Ini Penjelasannya

Kenapa Ada Bayi Takut Dengan Semua Orang Kecuali Ibu Bapa Sendiri Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 302 hits
Orang kata bila bayi sudah meningkat usia mereka sudah kenal siapa orang di sekelilingnya Jika orang yang tidak dikenali bayi pasti akan mudah menangis bila didekati kerana takut Bahkan lebih ekstrim ada sesetengah bayi hanya mahu ibu sahaj...
Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Daqmie Korbankanlah Chord

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Lelaki Orang Kurang Ipaya Mental Yang Dilapor Hilang Sejak 2 Jun Di Jerantut Ditemukan Meninggal Dunia

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics