Jaga Anak Sendiri Pun Kira Rezeki Penat Tak Apa Asal Anak Besar Depan Mata
Selama tujuh bulan usia Ameena Sofia, Shakilla Khoriri yang juga isteri penyampai radio, Fizi Ali bersyukur masih berpeluang menjaga puterinya sendiri secara sepenuh masa di rumah.
Shakilla berkata, meskipun tugas menjaga anaknya serta menjadi suri rumah tangga satu tugas yang memenatkan dan kerja tak pernah habis, namun dia menganggap itu satu pengorbanan yang besar buat seorang wanita bergelar isteri.
“Dalam tempoh tujuh bulan dok melayan dan menghadap budak ni sampai pandai nak SING ALONG! Macam-macam perangai dia aku dah hafal dan arif LEBIH dari bapak dia atau siapa pun.
“Aku anggap Allah bagi ‘CAN’ untuk aku sendiri jaga susah payah dan tengok budak ni membesar dan berubah dari hari ke hari.
“Allah bagi rezeki ni dekat aku walaupun setiap hari aku tengok diri aku macam orang gaji dalam rumah sendiri. Memikirkan kerja rumah yang macam tak akan habis nak kemas dengan budak ni punya ‘DEMAND’.
View this post on Instagram
#
• . Memang kalau keluar sorang ni ramai ibu yang tak berani.Lagi ada baby. Tapi apa kata hari ni cuba keluar dan uruskan anak2 tanpa berteman dan bersuami. . Payah ! of course. Tapi cubalah. Sebab esok lusa kita tak tahuu maybe ada something yang memaksa kita untuk keluar juga tanpa berteman. Dont worry ! you tak kan pengsan atau mati. Trust me
. . @nuna_malaysia
A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on Oct 15, 2019 at 9:01pm PDT
“Yes! Aku tak nak ada maid. Tak nak ada helper. Even aku BOLEH je kalau nak ada. Aku nak buat sendiri selagi ada daya..
“So nanti aku boleh ceritakan pada Ameena macam mana susah dan senangnya aku besarkan dia. Setiap hari fikir pasal makanan apa yang sedap dan terbaik untuk dia,” tulisnya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video anaknya yang comel yang bersama-sama ikut menyanyi dengannya.
Tambah Shakilla lagi, dia bersyukur kerana kerjanya sebagai pelakon tak membuatkan dia perlu terikat setiap masa dan mempunyai lebih buat masa untuk keluarga.
“Aku syukur sebab aku kerja dalam bidang aku buat sekarang. Kerja yang tak IKAT aku. Syukur! Dan aku syukur sebab aku ada teman yang kerja kuat untuk bela aku dengan budak ni..
View this post on Instagram
rasa rasanya cik meena terkejut tengok apa???
A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on Oct 19, 2019 at 3:24am PDT
“Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada sebab dia. Kena muntah berak dengan Ameena pun aku tahu ada sebab. So far hidup aku dengan Fizi more than happy kalau nak dibandingkan sebelum ni.
“Syukur… Aku syak Allah bagi aku banyak masa dengan budak ni sekarang sebab nanti lamaaaaaaaaaa aku nak tinggal budak ni.
Shakilla akui selagi ada peluang jaga dan besarkan Ameena dia sanggup buat apa saja kerana masa kecil anak sekali saja dan tak boleh nak undur kembali.
Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Sumber: ig Shakilla Khoriri & Gempak
The post Jaga Anak Sendiri Pun Kira Rezeki. Penat Tak Apa Asal Anak Besar Depan Mata appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/jaga-anak-sendiri-pun-kira-rezeki-penat-tak-apa-asal-anak-besar-depan-mata/