Tolong Jaga Anak Ni Sampai Besar Bayi Comel Di Tinggalkan Di Belakang Rumah
Kejadian penemuan bayi lelaki di belakang rumah tular apabila bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping NOTA yang dipercayai ditulis oleh ibunya. Ringkasan daripada nota tersebut, ibu bayi itu merupakan ibu tunggal dan terpaksa meninggalkan bayinya kerana tidak mampu untuk menjaganya.
Baca: Tunggu Suami Dapat Gaji Nak Periksa Kehamilan, Lepas Dapat Gaji, Suami Maut Dalam Kemalangan, Beratnya Ujian!
Bayi Ditinggalkan Di Belakang Rumah
Lelaki berusia 25 tahun menemui bayi yang ditinggalkan atas meja di belakang rumah mereka di FELDA Palong 8, Jempol malam tadi.
Sekeping Nota Bersama Bayi
Akibat terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki itu terus memanggil ibunya. Mereka memeriksa bayi tersebut dan didapati masih hidup. Namun mereka dikejutkan lagi dengan NOTA yang ditinggalkan bersama bayi tersebut.
“SAYA minta tolong jagakan budak ini sampai besar. Saya tak mampu jaga sebab saya ibu tunggal. Tolong jangan hantar ke kebajikan/pengasuh. Saya amanahkan kepada keluarga ini untuk jaga anak ini. Saya hanya mampu tengok dari jauh. Nama ‘baby’ ini Farish Azwan.”
Itu nota ditulis pada kertas yang ditinggalkan bersama bayi lelaki ditemui di belakang rumah di FELDA Palong 8 di Jempol, malam tadi.
Bayi Dibawa Ke Hospital Untuk Rawatan
Selepas itu mereka terus menghubungi pihak Polis. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bayi yang masih hidup itu ditemui 10.15 malam oleh penghuni rumah yang keluar untuk mengambil barang di dalam kereta.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, bayi itu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan.
Menurutnya, bayi terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya. Beliau berkata, polis sedang giat mengesan ibu kepada bayi itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sumber: Hmetro
The post “Tolong Jaga Anak Ni Sampai Besar” Bayi Comel Di Tinggalkan Di Belakang Rumah appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tolong-jaga-anak-ni-sampai-besar-bayi-comel-di-tinggalkan-di-belakang-rumah/