Jaga Adab Mat Hasan Tegur Penentang Zahid


malaysiakini.com
Diterbitkan 26 Jan 2021, 12:59 pm

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli-ahli parti yang mendesak Presiden Ahmad Zahid Hamidi berundur dengan cara tidak wajar, yang menurutnya, satu budaya tidak sihat di dalam Umno.

Merujuk insiden kain rentang dan sepanduk yang dikatakan dinaikkan akar umbi bagi mendesak Ahmad Zahid meletak jawatan, kata Mohamad, perbezaan pendapat jangan disuarakan dengan cara tidak beradab sehingga kurang rasa hormat terhadap institusi presiden.

“Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan digunakan dalam desakan tersebut. Ini bukan budaya dan nilai Umno. Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu.
“Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kita kepada institusi presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tata susila sebaiknya.

“Kita boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana Umno itu nilainya demokratik, tetapi jangan lah sampai ia membawa kepada sengketa yang akhirnya memecah-belahkan Umno.

“Menurut biar berakal, menentang biar beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak kebelakangan ini, tersebar di media sosial beberapa gambar kain rentang yang digantung di kawasan awam, mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan.

Ia didakwa dilakukan oleh sayap atau bahagian parti, seperti yang tercetak pada kain rentang berkenaan.

Antaranya, kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah di Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor. Namun beberapa bahagian parti kemudian telah tampil menafikan mereka terlibat dalam penggantungan kain rentang berkenaan dan ada yang membuat laporan polis.

Selain itu, Ahmad Zahid turut berdepan desakan serupa daripada beberapaindividu, antaranya, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang, Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman, serta beberapa yang lain.

Antara lain, mereka mendakwa kepemimpinan Ahmad Zahid gagal membaca dan memahami sentimen di akar umbi Umno, selain tindakan kepemimpinan tertinggi mendedahkan Umno kepada kehilangan keyakinan orang Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Mohamad berpesan agar Umno bersatu kerana sedikit pun perpecahan berlaku di dalam Umno akan memberi peluang kepada lawan untuk mengadu domba dan meretakkan parti sehingga membawa perseteruan dan perpecahan.

“Kekuathiran saya ialah akhirnya, yang akan menjadi korban ialah Umno dan bangsa Melayu.[...]

“Antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang akan kenyang,” katanya.

Justeru dia menyeru Umno membangunkan era kesatuan dan muafakat, di mana perbezaan diurus dengan sopan, berhikmah dan sepakat.

“Dan akhirnya, era di mana Umno dihormati sebagai jurucakap sebenar rakyat Malaysia dan bangsa Melayu dan bukannya parti yang rakus dengan kuasa dan kedudukan,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/jaga-adab-mat-hasan-tegur-penentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Adab Bila Berhutang

Jaga Adab Bila Berhutang

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 244 hits
Jaga Adab Bila Berhutang Siapa saja yang suka berhutang kan Kalau boleh memang tak mahu libatkan diri dengan hutang Tapi kadangkala keperluan hidup menjadi alasan kuat untuk kita berhutang Berhutang tu tak salah tapi pastikan dibayar Jaga a...
Calls For Zahid To Quit As Umno Chief Impolite Says Tok Mat

Calls For Zahid To Quit As Umno Chief Impolite Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 315 hits
Mohamad Hasan says the calls for Ahmad Zahid Hamidi to resign as Umno president go against the values and culture of the party PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan has spoken out against calls for party president Ahmad Zahid Ha...
Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 293 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli dan pimpinan parti yang menurutnya membawa budaya tidak sihat dalam parti susulan tindakan segelintir mereka yang mendesak secara terbuka supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden ...
Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 282 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Dekatkan Diri Dengan Anak Perempuan Didik Adab Jaga Maruah Diri Barulah Anak Makin Bersih

Dekatkan Diri Dengan Anak Perempuan Didik Adab Jaga Maruah Diri Barulah Anak Makin Bersih

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 292 hits
Tanpa pemantauan dari mak ayah anak anak kita cenderung dan mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir tidak sihat Disebabkan itulah pengetahuan asas mengenai seksualiti perlu didedahkan pada anak anak kita supaya mereka tahu membezakan yang ...
Mat Hasan Minta Kerajaan Atasi Kenaikan Harga Makanan

Mat Hasan Minta Kerajaan Atasi Kenaikan Harga Makanan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 277 hits
Bimbang dengan situasi ekonomi rakyat yang semakin meruncing Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta kerajaan mengatasi masalah harga makanan yang mula membebankan orang ramai Mohamad berkata meskipun bekalan keperluan cukup untuk mena...
Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM Dr Mohammad Tawfik Yaakub Tegasnya...
Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

Najib Zahid Setakat Mana Tidak Akan Akur Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 295 hits
Muhyiddin mempunyai senjata yang PALING ampuh Satu call satu kata dua sudah cukup sesiapa Saja membuat pilihan Sekurang kurangnya ITU lah bayangan Lokman yang sudah tidak ceria dan tidak yakin untuk menentang Muhyiddin Tanpa berani jenik PA...
Ketika Zahid Terus Diserang Tumpuan Kini Terarah Ke Surat Rahsia Kepada Agong

Ketika Zahid Terus Diserang Tumpuan Kini Terarah Ke Surat Rahsia Kepada Agong

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 322 hits
On Jan 24 2021 Akar umbi Umno kini mendesak parti itu menyiasat surat yang dihantar Ahmad Zahid Hamidi kepada Istana Negara tahun lepas bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim MalaysiaNow yang pertama mendedahkan isi kand...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh