Jadikan Sasaran Untuk Habiskan Mentelaah Al Quran Sekurangnya Sekali Sebelum Mati




Sebagai seorang yang beragama Islam, saya yakin anda tentu ada simpan sekurang-kurangnya senaskah Al-Quran di dalam rumah. 
Bagi anda yang lebih baik, tentu ada juga sekurang-kurangnya satu naskah Tafsir Pimpinan Rahman, tafsir Quran yang paling biasa didapati di rumah orang Melayu.
Bagi yang memang rajin mengaji, sudah pasti ada lebih dari satu jenis tafsir Al-Quran selain dari Pimpinan Rahman, mungkin anda ada simpan Tafsir Al-Muneer, atau Tafsir Ibnu Kathir dan sebagainya.
Jika semua tafsir itu tak ada, hanya yang ada adalah satu naskah Quran original dalam Bahasa Arab, saya andaikan anda seorang yang dah selesa pakai telefon pintar untuk akses semua jenis tafsir Quran yang ada. Atau barang kali anda seorang muslim yang fasih berbahasa Arab.
Jahil adalah satu pilihanAda perbezaan antara seorang yang jahil dengan seorang yang bodoh. 
Jahil ertinya tidak tahu. Tidak semestinya bodoh. Anda mungkin sangat pandai menggunakan akal untuk berfikir, tapi disebabkan tak tahu, tak boleh nak buat apa-apa. Perlu usaha sedikit mencari sampai tahu untuk buang masalah kejahilan itu.
Bodoh pula bermaksud anda tidak dapat berfikir secara logik yang mampu membuatkan anda mudah faham terhadap sesuatu perkara. Jika anda mampu belajar undang-undang pemanduan, kemudian belajar bawa kereta dan seterusnya ambil lesen memandu sehingga lulus sampai dapat lesen, itu tandanya anda seorang yang tidak bodoh.
Tahap kepandaian dikatakan tinggi apabila anda mampu memahami perkara yang lebih rumit. Makin rumit anda mampu faham, maka makin tinggilah tahap kepandaian anda. Jika anda faham fizik kuantum dengan mudah, maknanya anda masuk golongan orang yang sangat pandai.
Bodoh atau pandai memang susah nak ubah. Perlu ambil masa yang agak lama untuk ubah dari bodoh kepada pandai sebab ia memerlukan latihan. Perlu paksa diri, mentelaah, menghafal, berfikir, mencari titik perhubungan, mengkaji dan sebagainya. Bukan semua orang mampu buat semua itu. Mungkin ada kekangan masa, ada kekangan wang dan sebagainya.
Berbeza dengan bodoh, jahil di zaman serba canggih teknologi maklumat ini adalah satu pilihan. Anda sendiri yang pilih samada nak tahu, nak ambil tahu atau nak buat tak tahu. Semuanya dihujung jari saja.
Ada internet, ada Google atau sistem carian lain, malah sekarang dah ada ChatGPT lagi. Free untuk digunakan. Tanyalah apa saja, anda akan dihidangkan dengan seribu satu maklumat. Haaa .. boleh luangkan masa hadam.
Masa nak hadam itu, anda perlukan kepandaian. Tak boleh bodoh sebab ia berkaitan dengan cuba menghubungkan segala maklumat dan membuat perbandingan dengan pengalaman serta apa yang anda dah tahu.
Macam saya kata tadi, kalau mampu belajar memandu dan ada lesen, maka anda dah tentu tidak bodoh. Memang boleh faham apa yang dihidangkan di depan mata tu.
Apa yang nak saya tekankan di sini adalah, alasan tak tahu, atau jahil terhadap tafsiran Al-Quran dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu tidak dapat di terima pakai di zaman sekarang.
Anda sendiri yang pilih untuk tahu atau tidak saja. 
Tak tahu tanyaMungkin ada satu lagi kekangan yang membuatkan anda tidak memilih untuk buka dan baca tafsir Quran. 
Biasanya, orang Melayu percaya untuk buka dan baca Tafsir Quran perlu ada guru. Buka dan pandai-pandai baca sendiri tanpa berguru bermakna syaitan akan jadi guru anda.
Ada seorang kawan saya yang masa mudanya liar. Dia berfoya-foya dan bercinta dengan seorang pramugari yang cantik mulus dan manis. 
Sedang seronok tenggelam dalam kemanisan cinta, kekasihnya pergi kepada orang lain. Dia kecewa macam nak gila. 
Tak tahu apa yang dapat tenteramkan jiwa yang luka parah dek cinta, dia mula membuka Tafsir Al-Quran dan membacanya sedikit demi sedikit setiap hari. Jiwanya pulih, dia habiskan semua 9 jilid tafsiran yang sangat tebal-tebal itu.
Bukan ramai yang berjaya buat seperti apa yang kawan saya lakukan itu. Boleh bilang jari jumlah mereka yang habiskan masa khatam baca tafsir dan huraian Quran.
Jika anda jumpa 100 orang Melayu beragama Islam di jalan, cuba tanya samada dia dah habiskan keseluruhan tafsiran Al-Quran atau belum? 
Agaknya berapa ramai yang akan jawab dia dah berjaya lakukan?
Saya tak mahu buat andaian sebab memang tak ada data kajian. Tapi saya yakin sangat sedikit yang melakukannya. Sebab dari pertanyaan secara spontan yang saya buat terhadap kawan-kawan dan orang yang saya kenal, malah terhadap kawan yang jadi imam dan ketuai tahlil kampung sekalipun, mereka tak pernah habiskan lagi baca tafsir dan huraian Quran. Tak mulakan dan tak berani nak buat pun!
Alasan paling TOP, tak ada guru, bahaya.
Masalahnya kenapa nak tunggu guru datang. Kalau dah begitu yang anda percaya pergilah cari guru dan baca bersamanya.
Paling simple adalah, mulakan sekarang dan jadikan rutin untuk berjumpa dengan kawan yang anda anggap tok guru yang lebih pandai tu. Cari Tok Guru yang dah khatam baca habis tafsir Quran dan sering lakukan tadabbur atau refleksi terhadap bacaan Al-Qurannya, bertanyalah kepadanya dan buat perbincangan.
Jangan jadikan alasan kena ada guru untuk mengelak dari amalan membuka dan membaca Tafsir Quran.
Berbalik kepada kawan saya yang frust bercinta di atas tadi. Amalan membaca tafsir Quran membuatkan otaknya terbuka. Dia mula mencari kebenaran. Suka berbincang dan memerahkan akalnya untuk memahami sesuatu.
Saya boleh katakan dia punya tahap pemikiran jauh lebih tinggi dan pandai, sekalipun dia hanya lulus cukup makan spm saja, berbanding kawan-kawan lain yang dari segi akademik sangat bagus, kerja hebat, tapi pemikiran lebih kepada tahyul dan berkecamuk.
Tapi kawan saya itu jika berbincang bab agama dengan kawan-kawan yang beraliran kebanyakan, yang dengar dan taat seperti semua orang, dah tentu dia akan dinasihati untuk mencari guru dan belajar dengan cara yang betul.
Sebab dia banyak menggunakan pemikirannya sedangkan kawan-kawan lain tidak menggunakan pemikran mereka sendiri. Sebaliknya mereka akan sentiasa memetik kata-kata sheikh itu dan ini untuk menunjukkan dia salah. 
Memang tak ke mana perbincangan sedemikian di mana kawan-kawan lebih ke arah menghukumnya salah sedangkan dia lebih ke arah untuk berfikir dan berbincang mencari kefahaman. 
Ertinya dia menggunakan akalnya, manakala kawan-kawan lain tidak.
Buka minda fikiranPoint yang nak saya beritahu di sini adalah luangkan masa untuk buka dan baca tafsir dan huraian Al-Quran. Mulakan segera sebelum mati.
Seeloknya pergi lah ke toko-toko buku agama dan belilah senaskah Tafsir Al-Quran untuk dijadikan bahan bacaan dan cubaan pemahaman. Perlu ada juga satu naskah, hardcopy untuk stand-by jika internet tak ada.
Malulah sedikit pada diri sendiri apabila sering mengaku beragama Islam dan acap kali berbicara tentang Islam pada hal kitab panduan utama untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang baik di muka bumi ini, tidak pernah terlintas dalam benak fikiran untuk membeli dan membacanya sampai habis.
Dan jika anda tidak pernah terlintas untuk mengambil tahu apa yang disampaikan di dalam Al-Quran itu dulu sampai sekarang, maka tidak hairanlah jika berbagai masalah melanda menghentam jiwa dari berbagai sudut. Ada panduan tapi tak pernah nak ambil tahu.
Jika anda mahu mencari jawapan kepada masalah hidup maka segera dapatkan Tafsiran Al-Quran. Bagi anda yang sudahpun mempunyai Tafsir Quran, Alhamdulillah!, mulakan membacanya dan jangan biarkan hanya almari yang mentelaahnya.
JIka anda sedang membacanya, syabas!, tak ramai yang berbuat begitu. Teruskan usaha murni tersebut dan baca dari mula sampai katam keseluruhan 30 juzuk Al-Quran itu. Jadikan ia salah satu daripada azam sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Baca Quran dan berubahSepanjang pengalaman saya berkawan, saya sering bertemu dengan mereka yang terbuka fikiran dan sering membuat perubahan dalam kehidupan mereka kepada yang lebih baik dari masa ke semasa. Mereka juga boleh dikatakan berjaya dalam hidup walaupun di zaman persekolahannya tak ada seorang gurupun yang percaya dia akan jadi seorang manusia bila besar kelak.
Majoriti daripada mereka itu apabila diselidik rupanya mula berubah dan terbuka hijab kepada kehidupan apabila tergerak hati untuk membaca Tafsir Quran. 
Saya berani katakan jika anda terjumpa seseorang yang telah habis membaca keseluruhan Tafsir Al-Azhar tulisan Hamka (atau yang lain), dia sudah tentu seorang yang hebat dan berjaya dalam apa saja bidang yang diceburinya.
Jika anda mahu buktikan saya salah, saya cabar agar anda segera dapatkan keseluruhan Kitab Tafsir Quran Al-Azhar tersebut dan mulakan membacanya sekurang-kurangnya 20 minit setiap malam sebelum tidur dan jangan henti dari melakukannya sehingga tamat keseluruhan 30 juzuk. Selepas itu anda lihat apa yang berlaku pada kehidupan dan juga diri anda. Cubalah!
Kenapa saya cadangkan Tafsir Al-Azhar adalah kerana dia satu-satunya yang mentafsir dan menghurai Al-Quran dalam bahasa kita dengan bahasa mudah dan amat terkini dan amat kena dengan budaya kita di Nusantara. Segala contoh dan perumpamaan yang diberikannya amat menyentuh dan mudah difahami dan yang paling utama dia berjaya menghabiskan keseluruhan 30 juzuk Al-Quran tersebut.
Amalan membaca Tafsir Quran sudah lama saya amalkan. Pada mulanya atas dasar rasa bersalah menjadi seorang muslim yang semenjak akil baligh hanya membaca Quran dalam bahasa Arab sedangkan saya tidak tahu apa yang saya baca, bila rasa bersalah semakin memuncak, maka saya mula membuka sehelai demi sehelai apa yang ditafsirkan oleh Hamka dalam Tarsir Azharnya.
Lama kelamaan ia menjadi satu ketagihan untuk dilakukan setiap kali sebelum tidur. Kenapa ia menjadi ketagihan adalah kerana setiap kali saya membaca ayat berserta tafsirnya, ada saja peristiwa keesokan harinya atau sebelum itu yang kena mengena dengan ayat yang saya sedang baca. Sambil membaca dan cuba memahami, fikiran rupanya mengimbau apa yang telah berlaku pada diri dan di dalam ayat apa saja yang dibaca, seolah-olah ia memberi jawapan serta makna terhadap apa yang berlaku.
Banyak masalah anda terjawab dengan sendirinya setiap kali mentelaah Tafsir Al-Quran. Ada saja idea yang timbul untuk menguraikan kekusutan yang sedang anda hadapi dan yang lebih hebat lagi adalah diri anda seumpama di ‘charge’ semula dengan tenaga untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sebab itu saya syorkan salah satu daripada cara mudah untuk menghadapi masalah adalah dengan menjadikan bacaan Tafsir Quran sebagai amalan harian walaupun sekadar 20 minit setiap hari.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2012/07/masalah-jadikan-tabiat-membaca-tafsir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ni Korban Bangkai Naya Kat Orang Lembu Diikat Kuat Sehingga Mati Sebelum Korban Ini Penjelasan Ustaz

Hiburan Ni Korban Bangkai Naya Kat Orang Lembu Diikat Kuat Sehingga Mati Sebelum Korban Ini Penjelasan Ustaz

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 202 hits
Tular sebuah video memaparkan haiwan berupa lembu yang dibeli untuk ibadah korban didakwa sudah pun mati akibat dijerut dan ditambat kuat sebelum ia disembelih oleh pihak tertentu Video tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan n...
Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Dan Niatnya Yang Mudah

Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Dan Niatnya Yang Mudah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 201 hits
Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Solat sunat yang dilaksanakan pada sebelum dan selepas solat fardhu disebut solat sunat rawatib Sunat Rawatib iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu ada 2 jenis Solat sunat rawatib ada d...
Terkini Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

Terkini Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 143 hits
Pegawai polis yang menjadi bahan bualan warga maya di media sosial Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar telah dikenakan tindakan perintah tahan kerja Memetik Free Malaysia Today arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pem...
Betul Ke Kena Panaskan Enjin Sebelum Mulakan Perjalanan Ini Jawapan Yang Ramai Nak Tahu

Betul Ke Kena Panaskan Enjin Sebelum Mulakan Perjalanan Ini Jawapan Yang Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 227 hits
Betul ke kena panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan Ini jawapan yang ramai nak tahu Kebanyakkan pengguna kereta pasti akan panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan betul tak Kadang tu ada yang ambil masa sampai 10 ke ...
Jangan Gelojoh Terus Cari Jawapan Sebelum Betul Betul Siasat Pada Soalan

Jangan Gelojoh Terus Cari Jawapan Sebelum Betul Betul Siasat Pada Soalan

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 387 hits
Dalam artikel yang lalu saya ada tulis berkenaan tips selesaikan masalah Kemahiran dalam menyelesaikan masalah sangat penting Untuk jadikan diri anda sangat berharga pastikan kemahiran ini dibina sebaik mungkin Jika anda makan gaji majikan ...
Pasukan Sar Laung Azan Sebelum Jumpa Naufal Dalam Keadaan Selamat

Pasukan Sar Laung Azan Sebelum Jumpa Naufal Dalam Keadaan Selamat

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 177 hits
IPOH Pasukan mencari dan menyelamat seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah Kampung Tawai Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat pag...
Kezaliman As Sufyani Dan Perang Di Tanah Arab Sebelum Munculnya Imam Mahdi

Kezaliman As Sufyani Dan Perang Di Tanah Arab Sebelum Munculnya Imam Mahdi

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 248 hits
Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul akan muncul terlebih dahulu as Sufyani yang dikatakan muncul di tengah tengah Damsyik Dia akan menjadi pemerintah di sana dan membina angkatan tentera yang kuat ramai dan lengkap Dia seorang yang pintar ber...
Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 176 hits
Boleh jatuh miskin kalau tak cuci pinggan sebelum tidur ini ceritanya Dalam banyak banyak kerja dapur bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh Ada yang suka biar berlonggok dan ku...
Jiran Dengar Bunyi Muzik Kuat Sebelum Wanita Ditemukan Maut

Jiran Dengar Bunyi Muzik Kuat Sebelum Wanita Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 193 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Jiran menyifatkan mangsa yang maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya seorang peramah namun tidak mengenalinya secara dekat berikutan wanita itu baru menyewa selama dua bulan di perumahan Ta...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon