Jangan Gelojoh Terus Cari Jawapan Sebelum Betul Betul Siasat Pada Soalan




Dalam artikel yang lalu, saya ada tulis berkenaan tips selesaikan masalah. 
Kemahiran dalam menyelesaikan masalah sangat penting. Untuk jadikan diri anda sangat berharga, pastikan kemahiran ini dibina sebaik mungkin.
Jika anda makan gaji, majikan harapkan anda untuk selesaikan semua masalah yang ada dalam tugasan yang diberikan pada anda. Kalau nak naik pangkat dengan pantas, anda hanya perlu jadi seorang pekerja yang tak pernah tolak apa saja masalah yang diberikan, dan anda selesaikannya dengan sebaik mungkin.
Kalau anda pergi temuramah, tak payah tunjuk kelayakan akademik sangat. Ramai lagi yang ada semua kelayakan sebegitu. Malah ramai yang ada kelayakan yang lebih baik lagi dari apa yang anda ada.
Apa yang majikan nak lihat adalah keupayaan anda dalam menerima dan menyelesaikan masalah. Berikan rekod cemerlang yang lalu keupayaan anda dalam selesaikan masalah bersama dengan buktinya, dah pasti anda akan masuk dalam senarai pendek.
Siasat betul-betul soalanSatu dari kemahiran yang wajib ada dalam membina keupayaan selesaikan masalah adalah kemahiran bertanya soalan yang mahu diselesaikan.
Itu yang saya nak fokuskan dalam artikel ini.
Untuk berikan gambaran terhadap betapa pentingnya untuk pastikan soalan yang betul ditanya sebelum mencari jalan penyelesaian, saya kongsikan cerita persaingan angkasa antara Russia dan Amerika.
Para saintis Amerika membuat persediaan yang cukup rapi bagi merealisasikan misi meneroka angkasa lepas mereka. Dalam persediaan terakhir, mereka berhadapan dengan satu masalah yang cukup besar apabila pen yang digunakan untuk membuat catatan di angkasa lepas tidak dapat berfungsi akibat tiadanya daya tarikan graviti.
Maka kelam kabut lah mereka menghimpun segala pakar yang ada dan memohon peruntukan tambahan puluhan juta bagi mencari jalan keluar dari masalah tersebut. 
 Di pendekkan cerita akhirnya mereka berjaya mereka cipta sejenis pen yang bukan saja boleh menulis di angkasa malah boleh digunakan di mana-mana saja termasuk di dalam air. Sangat hebat.
Dalam merayakan kejayaan tersebut salah seorang saintis terfikir bagaimana rakan saingan mereka dari Russia menyelesaikan cabaran hebat itu. 
Untuk dapatkan jawapan, dia menghubungi salah seorang saintis Russia yang terlibat dalam projek meneroka angkasa lepas di sana. Dia bertanya dengan perasaan ingin tahu bagaimana Russia selesaikan masalah pen tersebut. 
Saintis Russia terkejut mendengar soalan itu kerana bagi mereka itu bukanlah satu masalah.
Saintis Amerika: “ .. habis bagaimana kamu menulis di angkasa lepas?”
Saintis Russia: “kami gunakan pensil!“
Contoh cerita di atas menggambarkan bagaimana anda boleh menghabiskan tenaga dan masa melakukan kerja yang tidak perlu kerana bertanyakan soalan yang salah.
Sepatutnya soalan yang perlu ditanya, sebagai mana pihak Russia melakukannya, adalah, ‘bagaimana nak menulis di angkasa” dan bukannya, “bagaimana kita boleh menggunakan pen di angkasa”.
Naik atas sebelum ke bawahTips no. 4 dalam artikel lalu Tips praktikal hadapi masalah, saya ada sebut tentang  ringkas dan permudahkan soalan yang nak diselesaikan.
Cara mudah untuk itu adalah dengan melihat ke atas terlebih dahulu. Iaitu bertanyakan soalan asal untuk kenal pasti dari mana datangnya masalah tersebut.
Dalam kaedah feqah, konsep kembali ke asal terlebih dahulu dapat merungkaikan banyak permasalah hukum.
Ada sekali ketika saya belajar di Perancis satu ketika dulu, ketika bersama dengan imam masjid berbangsa arab, datang seorang pakcik arab bertanyakan satu masalah feqah berkaitan halal dan haram. Ada orang telah meletakkan daging ayam yang sudah dipotong kecil-kecil, bersih sudah dibasuh, di depan rumahnya.
Masalahnya, dia tak tahu siapa yang memberikannya. Nak dibuang sayang. Nak dimakan pula tak pasti samada ayam itu adalah sembelihan dari kedai seorang muslim atau bukan.
Mushkil, lalu dia terus ke masjid bertanyakan masalah tersebut.
Imam suruh saya jawab apa hukumnya. Kebetulan memang saya belajar banyak bab ilmu agama dari imam itu selama berada di sana.
Saya terangkan dulu pada pakcik arab itu untuk melihat ke atas tentang hukum ayam yang telah ditemui mati. 
Soalan saya kepada pakcik itu, 'jika dia berjalan dan bertemu dengan seekor ayam yang sudah mati, apakah hukumnya terhadap daging ayam tersebut?'
Pakcik itu dengan yakin jawab, itu bangkai. Hukumnya haram, tak boleh dimakan.
Maka samalah juga dengan daging yang dia jumpa diletakkan depan rumahnya. Itu adalah ayam yang ditemui mati di depan rumahnya. Maka ia adalah bangkai. Haram untuk dimakan.
Banyak masalah fiqah menggunakan kaedah tersebut. Satu lagi contoh adalah bab tak pati tentang masih ada wuduk atau tidak. Jika anda mushkil samada dah batal atau belum, kembali semula ke atas. Anda yakin dah ambil wuduk tapi tak pasti batal atau tidak.
Bagi orang yang sudah berwuduk, maka dia tidak berada dalam hadas kecil. Jadi jawapannya adalah wuduknya masih sah.
Sebaliknya dia was-was samada ada wuduk atau tidak. Iaitu tak pasti samada dah ambil atau belum wuduk. Maka kembali ke asal juga. Orang yang belum berwuduk itu masih berhadas. Maka, dia perlu ambil wuduk yang baru.
Harap sedikit perkongsian di artikel ini memberikan satu input yang berguna kepada anda yang membacanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2012/07/masalah-tanya-soalan-yang-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Kena Panaskan Enjin Sebelum Mulakan Perjalanan Ini Jawapan Yang Ramai Nak Tahu

Betul Ke Kena Panaskan Enjin Sebelum Mulakan Perjalanan Ini Jawapan Yang Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 227 hits
Betul ke kena panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan Ini jawapan yang ramai nak tahu Kebanyakkan pengguna kereta pasti akan panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan betul tak Kadang tu ada yang ambil masa sampai 10 ke ...
Pelancong Berpura Tanya Soalan Sebelum Menarik Gadis Berusia 20tahun Masuk Dalam Bilik

Pelancong Berpura Tanya Soalan Sebelum Menarik Gadis Berusia 20tahun Masuk Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 237 hits
Gadis usia 20 yang bekerja di Genting Highland ditarik masuk ke bilik sebelum dirogol seorang pelancong pada pagi Isnin 12 Jun Ketika kejadian mangsa berjalan pulang ke bilik sewa rakannya sebelum suspek bertanyakan tentang kemudahan disedi...
Jiran Dengar Bunyi Muzik Kuat Sebelum Wanita Ditemukan Maut

Jiran Dengar Bunyi Muzik Kuat Sebelum Wanita Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 193 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Jiran menyifatkan mangsa yang maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya seorang peramah namun tidak mengenalinya secara dekat berikutan wanita itu baru menyewa selama dua bulan di perumahan Ta...
Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 176 hits
Boleh jatuh miskin kalau tak cuci pinggan sebelum tidur ini ceritanya Dalam banyak banyak kerja dapur bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh Ada yang suka biar berlonggok dan ku...
Lembu Korban Mengamuk Polis Terpaksa Tembak Sebelum Disembelih Segera

Lembu Korban Mengamuk Polis Terpaksa Tembak Sebelum Disembelih Segera

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 167 hits
POLIS terpaksa menembak mati tiga ekor lembu yang mengamuk selepas lari bagi mengelak disembelih dalam kejadian di Lampung Tengah Pulau Sumatera lapor portal berita Tribunnews com Tiga lembu yang ditembak kelmarin adalah dari Kampung Mekarj...
Syed Saddiq Perlu Isytihar Harta Sebelum Minta Mb Exco Johor Isytihar

Syed Saddiq Perlu Isytihar Harta Sebelum Minta Mb Exco Johor Isytihar

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 267 hits
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa mengisytiharkan hartanya sebelum meminta barisan Exco dan Menteri Besar Johor mengisytiharkan harta atau perniagaan mereka Gesaan itu dibuat oleh Ketua Cabang KE...
Hiburan Ni Korban Bangkai Naya Kat Orang Lembu Diikat Kuat Sehingga Mati Sebelum Korban Ini Penjelasan Ustaz

Hiburan Ni Korban Bangkai Naya Kat Orang Lembu Diikat Kuat Sehingga Mati Sebelum Korban Ini Penjelasan Ustaz

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 202 hits
Tular sebuah video memaparkan haiwan berupa lembu yang dibeli untuk ibadah korban didakwa sudah pun mati akibat dijerut dan ditambat kuat sebelum ia disembelih oleh pihak tertentu Video tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan n...
Gaxodus Jawapan Terbukti Secara Klinikal Untuk Sembelit

Gaxodus Jawapan Terbukti Secara Klinikal Untuk Sembelit

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 139 hits
Adakah anda tahu bahawa sembelit merupakan masalah yang biasa dialami oleh ramai orang Ia tidak hanya menyebabkan ketidakselesaan tetapi juga mempengaruhi kualiti hidup secara keseluruhan Oleh itu mencari penyelesaian yang selamat dan berke...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui