Kezaliman As Sufyani Dan Perang Di Tanah Arab Sebelum Munculnya Imam Mahdi


Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, akan muncul terlebih dahulu as-Sufyani, yang dikatakan muncul di tengah-tengah Damsyik. Dia akan menjadi pemerintah di sana dan membina angkatan tentera yang kuat, ramai dan lengkap. Dia seorang yang pintar bercakap dan mendapat sokongan daripada rakyatnya dalam setiap apa yang dilakukan termasuk memerangi Imam Mahdi.


As-Sufyani akan dibantu oleh bapa saudaranya iaitu Kalb. Dia akan memerangi sesiapa sahaja yang berani menentangnya. Penindasan akan berleluasa di setiap pelosok dunia. Dia membunuh sesuka hati, sehingga wanita mengandung dan kanak-kanak kecil pun turut dibunuh tanpa belas kasihan.

Satu pasukan tentera as-Sufyani yang besar jumlahnya dihantar ke Kufah dan mereka memerangi penduduk Khurasan, melakukan kerosakan yang amat besar dan membunuh penduduknya dalam jumlah yang amat ramai.

Pada ketika itulah munculnya Panji-panji Hitam yang pasukan tenteranya sedikit tetapi amat kuat dan gagah. Pasukan ini berjaya menghalang pasukan tentera as-Sufyani daripada terus melakukan kerosakan.

Satu pertempuran yang sangat dahsyat berlaku mengakibatkan ramai tentera dari kedua-dua pasukan terkorban, namun ternyata yang ramai terkorban itu adalah dari pasukan as-Sufyani, menyebabkan mereka kalah dengan seteruk-teruknya.

Kebetulan pada masa itulah, seruan-seruan dari langit berulang kali menyebut-nyebutkan nama Imam Mahdi, menyebabkan beliau sudah menjadi sebutan ramai.

As-Sufyani dengan segera menghantar satu lagi pasukan tenteranya dalam jumlah yang besar dari arah Iraq untuk menghapuskan Imam Mahdi.

Mereka sampai ke Madinah lalu menghancurkan kota itu, membunuh seramai-ramai penduduknya termasuk wanita mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak kecil.

Akhirnya Madinah hampir-hampir menjadi kota sepi, dengan yang tinggal hanyalah binatang-binatang liar dan runtuhan-runtuhan bangunan.

Seterusnya pasukan as-Sufyani meneruskan perjalanannya ke Mekah tetapi dalam perjalanan, di kawasan berhampiran Zul Hulaifah, keseluruhan pasukan ini ditelan bumi. Tiada yang selamat melainkan dua orang yang segera menyampaikan berita buruk itu kepada as-Sufyani.

Bagaimanapun, berita buruk itu tidak menakutkan as-Sufyani walau sedikit pun.

Akhirnya dalam satu peperangan, Imam Mahdi berjaya menangkap As-Sufyani lalu menyembelihnya di tepi laut.

Kemudian Imam Mahdi memerangi Kalb pula, lalu dibunuh, sama seperti yang diperbuat kepada As-Sufyani sebelumnya.

Seluruh harta benda mereka berdua ini akan dirampas dan dimasukkan ke dalam Baitulmal.

PERANG ANTARA 3 PUTERA ARAB

"Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; 'Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang di perbendaharaan kalian ini (iaitu Ka'bah) dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. Jika kalian melihatnya, maka berbai'atlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi." (Riwayat Ibn Majah)

Hadis yang mashyur di atas molek dibaca dengan hadis yang lain agar kesinambungan ceritanya lebih jelas.

Dari Ummu Salamah, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'at mereka kepada beliau di antara Rukun dan Al Maqam. Satu pasukan tentera dari Syam akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida' (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Syam dan Iraq untuk membai'at beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensolatkan beliau." (Riwayat Abu Daud)

Tegaknya Khilafah di Baitul Maqdis

Maka petanda munculnya Imam Mahdi adalah terjadi goncangan (gempa) dan perselisihan (kesedihan) antara manusia terlebih dahulu, maka sebelum terjadi gempa dan perselisihan akan diawali dengan tegaknya khilafah di Baitul Maqdis.

Kenapa khilafah harus di Baitul Maqdis? Kerana Baitul Maqdis merupakan benteng terakhir kaum muslimin, selain itu kota Madinah menuju fasa kehancuran.

Rasulullah SAW bersabda:

Dari Malik bin Yukhamir dari Mu'adz bin Jabal ia berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ramainya Baitul Maqdis adalah tanda kehancuran kota Madinah, hancurnya kota Madinah adalah tanda terjadinya peperangan besar, terjadinya peperangan besar adalah tanda dari pembukaan kota Konstantinopel dan pembukaan kota Konstantinopel adalah tanda keluarnya Dajjal." (HR: Abu Daud).

MEMERINTAH SELAMA 7 TAHUN

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Al Mahdi itu dari keturunanku, dahinya lebar dan hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi pernah dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Ia akan berkuasa selama tujuh tahun." (HR: Abu Daud).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Bahawasanya al-Mahdi tidak akan keluar hingga jiwa-jiwa yang tak berdosa (suci) terbunuh. Apabila jiwa-jiwa suci itu terbunuh maka penduduk langit dan bumi marah atas kematian mereka. Lalu orang-orang mendatangi al-Mahdi, mereka mengaraknya seperti seorang pengantin diarak kepada suaminya pada malam pesta pernikahannya." (Musannif Abu Syaibah)

Wallahu a'lam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/06/as-sufyani-dan-perang-di-tanah-arab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
90 Hari Sebelum Cinta Pergi

90 Hari Sebelum Cinta Pergi

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 417 hits
Saksikan telefilem 90 Hari Sebelum Cinta Pergi lakonan Azam Pitt dan Wanna Ali pada Ahad 2 Julai 2023 pukul 9 15 malam di TVS Saluran 122 Astro MYTV 90 Hari Sebelum Cinta PergiWaktu Siaran Ahad 2 Julai 2023 9 15 malamRangkaian TVS TVPengara...
Syed Saddiq Perlu Isytihar Harta Sebelum Minta Mb Exco Johor Isytihar

Syed Saddiq Perlu Isytihar Harta Sebelum Minta Mb Exco Johor Isytihar

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 260 hits
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa mengisytiharkan hartanya sebelum meminta barisan Exco dan Menteri Besar Johor mengisytiharkan harta atau perniagaan mereka Gesaan itu dibuat oleh Ketua Cabang KE...
Jangan Gelojoh Terus Cari Jawapan Sebelum Betul Betul Siasat Pada Soalan

Jangan Gelojoh Terus Cari Jawapan Sebelum Betul Betul Siasat Pada Soalan

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 363 hits
Dalam artikel yang lalu saya ada tulis berkenaan tips selesaikan masalah Kemahiran dalam menyelesaikan masalah sangat penting Untuk jadikan diri anda sangat berharga pastikan kemahiran ini dibina sebaik mungkin Jika anda makan gaji majikan ...
Lembu Korban Mengamuk Polis Terpaksa Tembak Sebelum Disembelih Segera

Lembu Korban Mengamuk Polis Terpaksa Tembak Sebelum Disembelih Segera

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 164 hits
POLIS terpaksa menembak mati tiga ekor lembu yang mengamuk selepas lari bagi mengelak disembelih dalam kejadian di Lampung Tengah Pulau Sumatera lapor portal berita Tribunnews com Tiga lembu yang ditembak kelmarin adalah dari Kampung Mekarj...
Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Dan Niatnya Yang Mudah

Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Dan Niatnya Yang Mudah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 191 hits
Solat Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Solat Fardhu Solat sunat yang dilaksanakan pada sebelum dan selepas solat fardhu disebut solat sunat rawatib Sunat Rawatib iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu ada 2 jenis Solat sunat rawatib ada d...
Pasukan Sar Laung Azan Sebelum Jumpa Naufal Dalam Keadaan Selamat

Pasukan Sar Laung Azan Sebelum Jumpa Naufal Dalam Keadaan Selamat

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 172 hits
IPOH Pasukan mencari dan menyelamat seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah Kampung Tawai Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat pag...
Terkini Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

Terkini Inspektor Sheila Ditahan Kerja Oleh Bukit Aman Hari Ini Sebelum Ini Nafi Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 134 hits
Pegawai polis yang menjadi bahan bualan warga maya di media sosial Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar telah dikenakan tindakan perintah tahan kerja Memetik Free Malaysia Today arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pem...
Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

Boleh Jatuh Miskin Kalau Tak Cuci Pinggan Sebelum Tidur Ini Ceritanya

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 170 hits
Boleh jatuh miskin kalau tak cuci pinggan sebelum tidur ini ceritanya Dalam banyak banyak kerja dapur bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh Ada yang suka biar berlonggok dan ku...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily