Jadi Pentadbir Bukan Sekadar Rajin Bertukang Tanam Pokok Bunga Pensyarah



Seorang guru muda bercerita pada saya, beliau berbangga dengan guru besar sekolahnya yang hebat.

Kata guru muda ini, guru besarnya rajin mengecat bangunan sekolah setiap kali sekolah akan dibuka selepas cuti panjang, rajin bersihkan stor, suka tanam pokok dan membaja pokok-pokok bunga di sekolah.

Tambahnya lagi, guru besarnya juga rajin bertukang membaikpulih kerusi dan meja yang rosak.

Pendek kata, guru ini gembira dapat guru besar begitu.

Saya juga gembira bila guru itu gembira. Tetapi saya lebih gembira jika guru besarnya faham peranan dan tujuan mengapa beliau dilantik memimpin sekolah.

Seorang guru besar dibayar gajinya dengan wang rakyat untuk berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kemenjadian murid.

Bukan pokok bunga sekolah tidak penting, bukan juga membersihkan stor atau mengecat sekolah tidak perlu.

Tetapi para guru besar mempunyai tanggungjawab dan peranan yang jauh lebih penting. Masa mereka di sekolah harus memfokus kepada apa yang lebih utama.

Ini bukan soal betul atau salah. Ini soal mana yang lebih utama.

Setiap guru besar mesti ada sasaran dan agenda untuk kemenjadian murid-muridnya.

Misalnya, lebih penting untuk setiap guru besar usahakan,

(1) 100% murid-murid sekolahnya boleh bertutur dengan fasih sekurang kurangnya dua bahasa sebelum tamat sekolah rendah. Khususnya menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika gagal, landskap sekolah yang cantik tidak bemakna sama sekali.

(2) 100% murid-murid sekolahnya mempunyai tahap penguasaan membaca, menulis dan mengira dengan baik. Tak guna bangunan sekolah bercat baru tetapi masih ada murid-muridnya yang tidak boleh membaca, menulis atau mengira dengan baik.

(3) Berusaha supaya semua murid-muridnya mempunyai tahap berat badan atau BMI yang baik. Tak guna jika kantin cantik tetapi ramai murid-muridnya obesiti atau kurang zat.

(4) Berusaha supaya semua guru-guru mempunyai motivasi dan semangat yang tinggi sebagai pendidik. Guru-guru yang sentiasa positif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dengan berbagai inovasi baru pembelajaran.

(5) Berusaha supaya sekolah mempunyai guru-guru dan murid-murid yang bersopan, berbudi bahasa dan mesra antara satu sama lain. Tak guna juga ada pokok bunga yang cantik tetapi budi bahasa warga sekolah tidak cantik.

Saya gembira dengan guru besar yang rajin dengan pokok bunga sekolah atau mencantikkan sekolah tetapi biarlah rasa bangga itu datangnya dari usaha yang menjadi keutamaan mengapa seseorang guru besar itu dilantik untuk memimpin kemenjadian murid di peringkat sekolah.

Diakhir perbualan, saya bertanya pada guru muda ini, 'Berapa kali dalam sebulan, guru besar jemput cikgu ke pejabatnya untuk berbincang kemajuan dan keadaan murid-murid kelas cikgu?

Cikgu muda itu terdiam, mungkin cuba mengingati... Kemudian menjawab antara dengar dan tidak.. 'Tak pernah lagi...'Sambil menggelengkan kepala.

Sumber: Dr. Anuar Ahmad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/jadi-pentadbir-bukan-sekadar-rajin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Masak Dengan Bunga Kantan Pasti Menyegarkan

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Masak Dengan Bunga Kantan Pasti Menyegarkan

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 284 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Siakap Masak Dengan Bunga Kantan Pasti Menyegarkan Siapa suka letak bunga kantan dalam asam pedas dia geng dengan En suami Saya tak berapa suka tetapi kerana nak ikut permintaan beliau maka kenalah letak ya Katanya se...
Bunga Aku Tunggu Drama Bergenre Saspens Psikologi Yang Korang Wajib Tengok

Bunga Aku Tunggu Drama Bergenre Saspens Psikologi Yang Korang Wajib Tengok

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 263 hits
Dah lama tak layan drama samarinda ni Bukan apa rasa macam jalan citer lebih kurang sama jer Haha Macam buhsan je la pulak Tapi drama yang ni macam lain je pulak jalan citernye Pelakon pun cikla agak sukalah tengok dorang ni berlakon so mal...
Pergi Tinggal Atas Pokok Lah Awak Ingat Awak Ini Siapa

Pergi Tinggal Atas Pokok Lah Awak Ingat Awak Ini Siapa

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 250 hits
CB paying for MB s working holiday to UK California visiting Wembley Stadium stadium in Californiathen join trade mission to US led by S gor Exco for investment companies on trade mission include state GLCs S gor trade mission top heavy wit...
Trim Pokok Pandan Di Raised Bed Bulat

Trim Pokok Pandan Di Raised Bed Bulat

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 190 hits
Ada beberapa pokok pandan di raised bed di trim hari ini supaya lebih bersih dan kemas Terdapat banyak kegunaan daun pandan terutama dalam bidang masakan kepada masyarakat Melayu terutamanya Oleh itu pokok pandan antara pokok wajib ada waji...
Jambangan Bunga Dari Anak Dan Menantu

Jambangan Bunga Dari Anak Dan Menantu

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 186 hits
Mum is a blessing that no one can ever replace No one has loved you like her and no one ever will Never Her love is the purest of all Kasihnya pada kita tiada tarikh luput Tapi kasih orang lain pada kita adakala hanya tika kita berada dan t...
Bunga Aku Tunggu

Bunga Aku Tunggu

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 472 hits
Nantikan drama terbaharu Beto Kusyairy bersama Nelydia Senrose 17 Mei 2023
Bukan Semua Guru Mengajar Jurang Nisbah Guru Murid Terlalu Besar Pensyarah

Bukan Semua Guru Mengajar Jurang Nisbah Guru Murid Terlalu Besar Pensyarah

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 235 hits
Imej hiasanKekurangan guru di negara sangat kritikal telah menyebabkan nisbah guru ke pelajar yang berlebihan sebanyak 1 45 berbanding dengan nisbah yang disyorkan sebanyak 1 20 Walaupun mempunyai lebih daripada 430 000 guru di seluruh nega...
Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

Isu Beban Guru Perlu Diselesai Walau Sekolah Kembali Januari Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 188 hits
Imej hiasanTeka teki mengenai bilakah sesi persekolahan kembali kepada takwim sebelum penularan COVID 19 akhirnya terjawab apabila Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan tarikh permulaan sesi persekolahan kembali kepada Januari pada ...
Bos Bi Beri Sinyal Suku Bunga Acuan Tak Naik

Bos Bi Beri Sinyal Suku Bunga Acuan Tak Naik

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 239 hits
Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo mengungkapkan bank sentral akan tetap mempertahankan suku bunga acuan Dia menilai untuk saat ini tingkat suku bunga atau BI 7 Day Reverse Repo Rate sebesar 5 75 persen telah memadai
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily