Jabatan Audit Negara Petik Ali Hamsa Dan Arul Kanda Dalam Audit 1mdb


Jabatan Audit Negara Malaysia [JANM] dedah Najib Razak cuba sembunyi maklumat berkenaan status kewangan 1MDB pembabitan Jho Low dalam 1MDB. KSN Ali Hamsa dan Arul Kanda terlibat sama. – Foto Malaysiakini
Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM) mengesahkan bahawa Jho Low menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB namun diminta disembunyikan atas arahan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, melalui ketua setiausaha sulit beliau ketika itu, menurut kenyataan dikeluarkan JANM awal hari ini lapor Astro Awani.
Menurut JANM penyembunyian fakta ini dikatakan dibuat melalui pengguguran beberapa perenggan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB – yang pertama berkaitan status akaun kewangan 1MDB, dan kedua mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
JANM turut menamakan beberapa bekas tokoh kerajaan yang penting, termasuk bekas ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri, Tan Sri Shukry Salleh, bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang.
Kenyataan tersebut juga mengheret bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda, dalam kapasitinya membuat keputusan penting berhubung proses pengguguran fakta dalam Laporan Audit 1MDB ini.
Menurut JANM, pada 20 Februari 2016, Shukry meminta JANM membentangkan laporan audit akhir mengenai 1MDB kepada perdana menteri untuk perbincangan lanjut.
JANM kemudiannya mendakwa, laporan audit akhir ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC).
JANM mendakwa, disebabkan perlunya membuat pindaan dan pengguguran fakta dari laporan audit 1MDB, mesyuarat PAC yang pada asalnya dijadual untuk diadakan pada 24 Februari 2016, ditangguh hingga ke 4 dan 7 Mac 2016 bagi memberi masa kepada JANM membuat pindaan-pindaan.
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang mempunyai penyembunyian fakta ini kemudiannya dibentangkan kepada PAC pada 4 dan 7 Mac 2016.
PENGGUGURAN FAKTA 1MDB PERTAMA
Pada 22 Februari 2016, Najib, melalui Shukri, telah mengarahkan dua perenggan digugurkan dari Laporan Akhir Pengauditan 1MDB berkaitan dengan fakta tentang akaun kewangan 1MDB untuk tahun berakhir 31 Disember 2014. Pertemuan ini dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, antara lain.
Alasan yang diberikan Shukry untuk menggugurkan dua perenggan ini adalah bagi membenarkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Pada 23 Februari 2016, JANM telah mengklasifikasikan 1MDB sebagai sebuah ‘krisis’.
PENGGUGURAN FAKTA 1MDB KEDUA
JANM mendakwa bahawa Najib kemudiannya mengarahkan satu lagi fakta untuk disembunyikan. Kali ini berkaitan dengan Jho Low menghadiri mesyuarat 1MDB.
Dalam satu mesyuarat pada 24 Februari 2016 yang dihadiri Ali Hamsa, Shukry, Ambrin dan Arul Kanda, bersama wakil Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan, JANM mendakwa terdapat beberapa lagi perenggan dan petikan lain yang diminta dipinda dan digugurkan.
Pada 25 Februari 2016, pasukan audit 1MDB diarahkan oleh KSN Ali Hamsa untuk menghadiri mesyuarat di pejabatnya, bersama-sama dengan Arul, bagi membincangkan maklumat lanjut mengenai Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
JANM mendakwa bahawa Shukry, atas arahan Najib, mengarahkan bekas pengarah audit untuk membuang satu perenggan yang membuktikan bahawa Jho Low ada menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.
Shukry mendakwa penyembunyian fakta ini adalah penting dan sensitif, dan harus dibuat untuk mengelakkan pihak pembangkang memanipulasikan isu ini.
KSN Ali Hamsa dan PM Najib Razak. – Foto Bernama Pada 28 Februari 2016, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah dipinda untuk mengecualikan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat 1MDB dan dokumen yang telah dipinda ini kemudiannya diserahkan kepada Ali Hamsa untuk tindakan selanjutnya.
Pada 1 Mac 2016, Ali Hamsa sekali lagi memanggil pasukan Audit ke pejabatnya untuk membincangkan dokumen laporan audit ini.
Dalam sesi ini, menurut JANM, yang hadir, iaitu Arul Kanda dan Ali Hamsa sendiri.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua Arul dan Ali dilaporkan meneliti dokumen akhir, yang mana, peninggalan dan/atau pindaan selanjutnya turut diperintahkan.
Laporan Akhir Pengauditan 1MDB ini kemudian dicetak pada 2 Mac 2016.
Keesokan harinya pada 3 Mac 2016, dua salinan laporan diberikan Ali kepada Shukry.
Pada 4 dan 7 Mac 2016, Ambrin mempersembahkan laporan audit ini di hadapan PAC.
JANM mengatakan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang asal dan tidak mengandungi apa-apa pindaan dan pengguguran telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis pada tahun ini untuk tindakan seterusnya.
KLIK BACA: Gambar perkahwinan Agong dengan Ratu Cantik Russia
KLIK BACA: Najib arah keluar maklumat Jho Low dalam laporan audit 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara
KLIK BACA: Najib tidak kena tipu Jho Low, penulis buku Billion Dollar Whale jelaskan
KLIK BACA: ‘Datuk Seri’ Dr Dzulkefly sombongnya tiada kompromi hisap rokok
KLIK BACA: Wahai Tun Mahathir, maafkanlah Najib dan Rosmah berdamailah
KLIK BACA: Anwar kawan saya tak dapat jadi PM, rakyat akan bangun, kata Zahid
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak kasino – Zaid Ibrahim bengong!
The post Jabatan Audit Negara petik Ali Hamsa dan Arul Kanda dalam audit 1MDB appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190397/jabatan-audit-negara-petik-ali-hamsa-dan-arul-kanda-dalam-audit-1mdb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pac Plans To Summon Najib Arul Kanda Over 1mdb Audit

Pac Plans To Summon Najib Arul Kanda Over 1mdb Audit

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 467 hits
The Public Accounts Committee is planning to summon former prime minister Najib Abdul Razak former 1MDB president Arul Kanda Kandasamy and others as part of their probe in the National Audit Department s 1MDB report PAC chief Ronald Kiandee...
Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

Utusan Najib Arah Keluar Maklumat Jho Low Dalam Laporan Audit 1mdb Yang Disediakan Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 451 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa tahu kes 1MDB dan pelik cuma seakan mengakui ditipu Jho Low sahaja Foto Jinwei Foundation New Straits TimesDatuk Seri Najib Tun Razak didakwa mengarahkan laporan asal 1Malaysia Development Berhad ya...
Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

Ketua Audit Negara Madinah Dedah Najib Tahu Audit 1mdb Dipinda

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 424 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mula menyiasat dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development Berhad yang didedahkan baru baru ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan perkara terseb...
Pindaan Laporan Audit 1mdb Mengecewakan Kj

Pindaan Laporan Audit 1mdb Mengecewakan Kj

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 326 hits
26 November 2018 6 55 PM KUALA LUMPUR Jemaah menteri kerajaan terdahulu tidak pernah dimaklumkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kehadiran ahli perniagaa
Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 477 hits
Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB Berhubung pended...
Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 387 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Jabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawa laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Berhad telah diubah atas perintah Datuk Seri Najib Razak Adala...
Pinda Audit 1mdb Kit Siang Gesa Parlimen Hukum Najib

Pinda Audit 1mdb Kit Siang Gesa Parlimen Hukum Najib

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 376 hits
Pada 26 November 2018Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana didakwa meminda laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB sebelum ia dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat...
Ahmad Maslan Kena Basuh Guan Eng Kerana Bela Najib Arul Kanda

Ahmad Maslan Kena Basuh Guan Eng Kerana Bela Najib Arul Kanda

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 366 hits
Persidangan Dewan Rakyat semalam menyaksikan pertikaman lidah antara Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mensekolahkan Ahmad Maslan yang dilihat bermati matian mempertahan...
Ccid Begins Probe On 1mdb Audit Tampering Claim

Ccid Begins Probe On 1mdb Audit Tampering Claim

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 263 hits
The Commercial Crime Investigation Department has initiated investigations on allegations that the auditor general s report on 1MDB was tampered In a statement today CCID head Amar Singh said the police are looking into allegations of frami...
Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil