Iucd Pilihan Perancang Kehamilan Paling Efektif Dan Tahan Lama


IUCD atau Intrauterine Contraceptive Device merupakan salah satu kaedah perancang kehamilan yang paling berkesan dan praktikal digunakan oleh wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Dengan kadar kelahiran yang masih aktif dalam kalangan pasangan muda, semakin ramai wanita mencari alternatif perancangan keluarga yang tahan lama, tidak memerlukan rutin harian, dan selamat digunakan untuk jangka masa panjang.
Artikel ini akan mengupas segala yang anda perlu tahu tentang kelebihan, cara penggunaan, dan risiko yang berkaitan dengan IUCD.
Baca juga: Cara Memakai Kondom Dengan Betul – Elak Tertanggal atau Terkoyak!
Apa itu IUCD IUCD atau perantai kontraseptif dalam rahim (juga dikenali sebagai IUD) ialah satu kaedah pencegahan kehamilan yang sangat berkesan dan bersifat jangka panjang.
Ia melibatkan pemasangan sejenis alat kecil berbentuk T, yang diperbuat daripada plastik atau kuprum, ke dalam rahim bagi menghalang kehamilan.
Kaedah ini sesuai digunakan sebagai perlindungan jangka panjang kerana keberkesannnya boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis IUCD yang digunakan.
Jenis-jenis IUCD
Terdapat dua jenis IUCD yang boleh dipilih mengikut keperluan individu, iaitu:
IUD hormon (Levonorgestrel) IUD kuprum Kredit: Women’s Health Specialist IUD hormon (Levonorgestrel) melepaskan hormon progestin secara perlahan-lahan ke dalam rahim.
Hormon ini bertindak dengan menebalkan mukus serviks bagi menghalang kemasukan sperma dan menipiskan lapisan dinding rahim ahar tidak sesuai untukk penempelan telur yang disenyawakan.
Sementara itu, IUD kuprum tidak mengandungi hormon dan sesuai untuk individu yang memilih kaedah tanpa hormon atas sebab peribadi atau kesihatan.
Kuprum yang dileapskan daripada alat ini mengubah mukus serviks dan persekitaran rahim, sekaligus menyukarkan sperma untuk menyuburkan telur.
IUCD menawarkan pilihan kontraseptif yang praktikal, berkesan dan tahan lama bagi wanita yang ingin merancang kehamilan tanpa penggunaan harian.
Fahami Fungsi IUCD Mencegah kehamilan: Menghalang persenyawaan telur oleh sperma. Memberi perlindungan jangka panjang: Boleh bertahan antara 5 hingga 10 tahun bergantung kepada jenis IUCD. Mengubah mukus serviks: Menjadikan mukus lebih tebal dan sukar ditembusi sperma. Menipiskan lapisan dinding rahim: Menghalang penempelan telur yang telah disenyawakan (untuk IUCD hormon). Membunuh atau menghalang pergerakan sperma: Kuprum dalam IUCD mencipta persekitaran yang tidak sesuai untuk sperma. Tidak mengganggu kesuburan secara kekal: Kesuburan kembali pulih sejurus selepas ia dikeluarkan. Alternatif kepada kontraseptif harian atau berkala: Tidak memerlukan pengguna mengingatinya setiap hari seperti pil perancang. Tidak mengandungi hormon (untuk IUCD kuprum): Sesuai untuk wanita yang sensitif terhadap hormon. Baca juga: Ambil Pil Perancang Untuk Elak Hamil? Ini Cara Makan Yang Betul
Cara Menggunakan IUCD Menurut Your Guide to The IUD, cara menggunakan IUD adalah seperti berikut:
1. Semasa Prosedur Pemasangan
Prosedur pemasangan dilakukan oleh doktor atau jururawat terlatih di klinik atau hospital.
Pesakit perlu membuka pakaian dari pinggang ke bawah dan berbaring dalam posisi terlentang dengan kaki disandarkan pada penyangga (stirrups).
Bagi menjaga keselesaan dan privasi, selimut kecil akan diberikan untuk menutup bahagian paha. Doktor akan memulakan dengan pemeriksaan pelvis menggunakan larutan antiseptik.
Seterusnya, spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj bagi memisahkan dindingnya supaya doktor dapat melihat serviks dengan lebih jelas.
IUCD akan dimasukkan perlahan-lahan ke dalam rahim melalui bukaan kecil pada serviks menggunakan alat khas.
Semasa proses ini, sesetengah wanita mungkin akan mengalami kekejangan seperti senggugut, dan sekiranya rasa sakit terlalu kuat, pesakit digalakkan memaklumkan kepada doktor segera.
Keseluruhan prosedut biasanya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
2. Selepas Prosedur Pemasangan
Selepas IUCD dipasang, sesetengah wanita mungkin berasa pening atau ingin pitam jadi adalah disarankan untuk ditemani oleh seseorang ketika pulang ke rumah.
Walaupun kebanyakkan orang boleh kembali bekerja seperti biasa selepas prosedur, jika anda berasa tidak selesa atau mengalami kekejangan kuat. anda boleh berehat di rumah untuk sehari.
Normal jika anda mengalami sedikit pendarahan atau tompokan darah (spotting) selama beberapa hari hingga beberapa bulan selepas pemasangan.
Menurut Planned Parenthood, tompokan ini boleh berlarutan sehingga 3–6 bulan. Pesakit juga perlu bertanya kepada doktor mengenai bila sesuai untuk mula melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
IUCD tidak melindungi daripada jangkitan kelamin (STI), jadi penggunaan kondom dengan pasangan baru masih diperlukan untuk perlindungan tambahan.
3. Penjagaan Selepas IUCD Dipasang
Selepas ia dipasang, penjagaan yang diperlukan adalah sangat minimum, menjadikannya salah satu pilihan kontraseptif yang praktikal.
Namun, penting untuk mengetahui apa yang normal dan apa yang perlu diawasi selepas prosedur. Berikut ialah panduan penjagaan selepas pemasangan IUCD:
Kekejangan ringan dan spotting (tompokan darah) adalah normal dalam beberapa hari hingga minggu selepas pemasangan. Ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen boleh diambil untuk mengurangkan ketidakselesaan. IUCD mempunyai benang halus yang tergantung dalam faraj – digunakan oleh doktor untuk mengeluarkannya kelak. Elakkan menarik atau menyentuh benang kerana ia boleh mengganggu kedudukan IUCD atau menyebabkan ia tertanggal. Sesetengah wanita boleh merasai benang tersebut dengan jari, tetapi biarkan sahaja selagi tiada ketidakselesaan. Jika pasangan anda boleh rasa benang semasa hubungan seks atau ia mengganggu, doktor boleh potong benang lebih pendek. IUCD boleh tertanggal sendiri dalam kes yang jarang berlaku – risiko ini lebih tinggi dalam beberapa bulan pertama. Jika IUCD tertanggal, jangan lakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan hubungi doktor segera. Baca juga: 23 Tanda Tanda Awal Kehamilan Paling Umum, Bakal Ibu Perlu Tahu
Keberkesanan IUCD pada Wanita IUCD merupakan antara kaedah perancangan kehamilan yang paling berkesan di dunia. Dengan kadar keberkesanan melebihi 99%, hanya 1 daripada 100 wanita yang menggunakan IUCD akan hamil dalam setahun.
Keberkesanan ini jauh lebih tinggi berbanding kaedah lain seperti pil perancang atau kondom, kerana penggunaannya tidak bergantung kepada rutin harian atau cara penggunaan yang betul.
Kelebihan vs Kekurangan IUCD Kelebihan IUCDKekurangan IUCDKeberkesanan tinggi – lebih 99%Boleh menyebabkan kekejangan dan sakit semasa atau selepas pemasanganPerlindungan jangka panjang (3–12 tahun)Mungkin menyebabkan tompokan darah, haid tidak teratur atau lebih banyak (terutama IUCD kuprum)Tidak perlu diingati setiap hariTidak melindungi daripada jangkitan kelamin (STI)Tidak mengganggu kesuburan – boleh hamil semula selepas dikeluarkanRisiko kecil IUCD tertanggal atau berganjak dari tempat asalSesuai untuk wanita yang tidak boleh atau tidak mahu guna hormon (IUCD kuprum)Prosedur pemasangan memerlukan doktor dan boleh jadi tidak selesaBoleh digunakan semasa menyusuRisiko kecil komplikasi seperti jangkitan atau kerosakan rahimTiada interaksi dengan ubat lainTidak semua wanita serasi – sesetengah mungkin mengalami kesan sampingan hormon atau fizikalKaedah senyap – tidak mengganggu aktiviti harian atau hubungan seksPerlu pemeriksaan jika berlaku masalah seperti benang terlalu panjang atau tidak dapat dirasai Risiko dan Bahaya IUCD jenis kuprum dan hormon boleh menyebabkan kesan sampingan, namun kebanyakannya akan hilang selepas beberapa bulan.
Kesan sampingan IUCD hormon termasuk:
Tompokan darah (spotting) Haid tidak teratur, terlepas haid, atau tiada haid langsung Sakit kepala Perut kembung Loya Payudara berasa sakit Perubahan saiz payudara Perubahan emosi atau mood swings Rasa murung atau kemurungan Kurang nafsu seks Peningkatan berat badan Namun, tidak semua wanita akan mengalami kesan sampingan ini, dan sesetengahnya mungkin tidak mengalami apa-apa kesan langsung.
Kesan sampingan IUCD kuprum termasuk:
Sakit atau kekejangan di perut Sakit belakang Haid yang lebih panjang dan banyak Kitaran haid tidak teratur Tompokan darah di luar waktu haid Komplikasi yang jarang berlaku:
IUCD tertanggal dari rahim secara sendiri Masalah akibat IUCD hormon seperti tekanan darah berubah atau risiko darah beku Kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) Jangkitan selepas pemasangan IUCD Penyakit radang pelvis (PID), jika sudah ada jangkitan sebelum IUCD dipasang Kerosakan pada dinding rahim Orang yang mempunyai sejarah penyakit jantung, merokok, atau berumur lebih 35 tahun berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi daripada IUCD hormon.
Bila Perlu Jumpa Doktor Selepas pemasangan IUCD, penting untuk pantau keadaan tubuh dan mengenal pasti tanda-tanda yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Walaupun kebanyakkan wanita hanya mengalami kesan sampingan ringan, terdapat beberapa situasi di mana seseorang perlu berjumpa dengan segera.
Jika anda mengalami demam melebihi 101°F (sekitar 38.3°C), menggigil, kekejangan yang sangat kuat atau tidak tertanggung, sakit tajam di bahagian perut, atau pendarahan yang sangat banyak dalam tempoh terdekat selepas IUCD dipasang, ini mungkin petanda jangkitan atau komplikasi serius dan perlu rawatan segera.
Selain itu, terdapat beberapa gejala lain yang boleh muncul bila-bila masa selepas pemasangan IUCD dan juga memerlukan pemeriksaan doktor, antaranya:
Haid terlepas atau tidak datang seperti biasa, terutamanya jika anda menggunakan IUCD kuprum (yang sepatutnya tidak mengganggu kitaran haid). Keputusan ujian kehamilan di rumah yang positif – ini boleh jadi tanda kehamilan luar rahim. IUCD tertanggal atau kelihatan keluar dari serviks – jika anda dapat rasa alat itu berada di luar kedudukan Pemantauan awal dan tindakan pantas penting bagi mengelakkan komplikasi lanjut dan memastikan ia kekal berfungsi dengan selamat.
Kesimpulan Kesimpulannya, IUCD merupakan merupakan pilihan perancang kehamilan yang sangat berkesan, tahan lama dan mudah digunakan tanpa perlu komitmen harian.
Ia sesuai untuk wanita yang inginkan perlindungan jangka panjang serta mahu merancang keluarga dengan lebih fleksibel.
Namun, seperti kaedah lain, penting untuk memahami kelebihan dan risikonya sebelum membuat keputusan.
Dapatkan nasihat daripada doktor untuk memastikan IUCD sesuai dengan keperluan dan kesihatan anda.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/iucd/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=iucd

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membuat Dan Menyimpan Cili Kisar Dan Bawang Merah Supaya Tahan Lama

Cara Membuat Dan Menyimpan Cili Kisar Dan Bawang Merah Supaya Tahan Lama

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 178 hits
Jom kita baca cara nak buat cili kisar dan bawang kisar dan cara menyimpannya supaya lebih tahan lama CARA MEMBUAT CILI KISAR 1 Gunting cili kering lebih kurang 1 inci Masukkan dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili ...
Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

Nak Daging Korban Tahan Lama Ini Cara Simpan Yang Betul

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 122 hits
Daging korban merupakan salah satu rezeki yang diagihkan semasa sambutan Aidiladha Ia bukan sahaja ibadah malah menjadi sumber makanan yang berkhasiat untuk keluarga dan jiran tetangga Namun begitu tanpa penyimpanan yang betul daging boleh ...
Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Supaya Tahan Lama Jarang Rosak

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh Supaya Tahan Lama Jarang Rosak

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 147 hits
Cara jaga mesin basuh Mesin basuh adalah salah satu peralatan elektrik paling penting di rumah Kita gunakannya hampir setiap The post appeared first on
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 78 Pati Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 78 Pati Selepas Serbu Tiga Kilang Di Gebeng Dan Gambang

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia menahan 78 pendatang tanpa izin selepas menyerbu tiga kilang di kawasan perindustrian Gebeng dan Gambang di sini semalam Pengarah JIM Pahang Nursafariza Ihsan berkata warga asing itu ditahan oleh 60 anggot...
Tak Lama Lagi Semua Video Di Facebook Akan Jadi Reels

Tak Lama Lagi Semua Video Di Facebook Akan Jadi Reels

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 126 hits
Facebook akan melaksanakan perubahan besar dalam cara pengguna memuat naik dan berkongsi video di platform tersebut Dalam pengumuman terbaharu Meta memaklumkan bahawa semua video yang dimuat naik ke Facebook sama ada pendek atau panjang aka...
Ai Tak Ganti Semua Pekerja Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

Ai Tak Ganti Semua Pekerja Tapi Kemahiran Lama Mungkin Tak Guna Lagi

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 137 hits
Ramalan bahawa AI akan menyebabkan pengangguran besar besaran dalam masa terdekat dianggap keterlaluan menurut ManpowerGroup salah satu syarikat perekrutan terbesar dunia Namun mereka menjangka permintaan terhadap kemahiran pekerja akan ber...
Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya nak kongsikan sesuatu yang mungkin nampak ringkas tapi sebenarnya sangat bermakna terutama buat kita yang sayangkan mushaf sendiri Saya ada satu Al Quran lama Kulitnya dah mula lusuh zip dah tak berf...
Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 126 hits
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad kini sah menjadi ahli UMNO Dia masuk parti bukan sebab ada tawaran jawatan atau rundingan dengan pemimpin atasan Sebaliknya dia daftar secara biasa melalui cawangan Merbau Kudong di bahagian Tase...
Asean Gcc China Membina Rangka Perdagangan Trilateral Tahan Lasak

Asean Gcc China Membina Rangka Perdagangan Trilateral Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 83 hits
Kuala Lumpur Majlis Kerjasama Teluk dan China membuktikan kemampuan untuk menyelesaikan isu isu dianggap rumit demi kestabilan kerjasama ekonomi dan kemajuan teknologi serantau Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Datuk P
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling

Guna Vaseline Untuk Kecantikan Ini Rahsia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak