Itu Semua Amanah Allah Buat Saya 8797




Ada hikmah di sebalik kejadian itu,  pada 10 Ogos 1982 di Jalan Parlimen Kuala Lumpur. Aamiin 




Kelab Che Det
6 jam · 
Kisah teladan yang sangat baik buat kita. Walaupun kemalangan, semua dokumen tersimpan rapi dalam keadaan berdarah.Semua disimpan dalam sarung bantal hospital kerana kata bekas pekerja Pos Malaysia itu, surat berdaftar boleh jadi duit, jam tangan, dan dokumen rasmi
"Itu semua Amanah Allah buat saya"Semoga hari ini kita juga dapat jalankan tugasan dengan penuh amanah
BHARIAN.COM.MY'Terima kasih pakcikKUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik sukar menahan air mata yang bergenang sambil menatap wajah insan yang menunjangi jati dirinya sejak 36 tahun…
BERITA»NasionalAhad, 2 Disember 2018 | 12:01pm
MASZLEE (kanan) ketika bertemu Norlisman di Bilik Kunjungan, Bangunan Sementara Parlimen, Khamis lalu. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
'Terima kasih pakcik'
Oleh Veena Rusli [email protected]\

KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik sukar menahan air mata yang bergenang sambil menatap wajah insan yang menunjangi jati dirinya sejak 36 tahun lalu.

Pertemuan eksklusif Menteri Pendidikan itu bersama Norlisman Abu, 65, di bangunan Parlimen pada Khamis lalu, merakam sejarah tersendiri buat kedua-duanya, selain turut menjadi satu lagi catatan bermakna buat akhbar ini.

Pada 10 Ogos 1982, Norlisman yang bertugas sebagai posmen, terbabit dalam kemalangan di selekoh laluan berhampiran Jalan Parlimen dalam keadaan hujan renyai.

Ketika membrek motosikal bagi mengelak daripada merempuh kereta di hadapan, beliau tercampak ke jalan raya dan cedera parah di kepala.

Dalam keadaan darah mengalir membasahi muka, Norlisman sempat mencapai kunci motosikal bagi membuka peti menyimpan surat dan mencapai beberapa keping surat berdaftar yang sepatutnya dihantar pada hari itu.

“Saya tak ingat sangat siapa yang menghantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tapi yang pasti saya dakap erat semua surat berdaftar itu, habis berdarah semuanya.
PERTEMUAN Maszlee bersama Norlisman kira-kira sejam di bangunan Parlimen pada Khamis lalu. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin“Kebetulan masa saya sampai di Wad Kecemasan HKL, ada wartawan dan jurugambar akhbar yang berada di situ kerana tugasan lain.
“Mereka nampak saya diusung sambil memeluk surat berdaftar, keluarlah gambar dan berita saya dalam BH dan New Straits Times (NST) esoknya,” katanya.
Apa kaitan kisah Norlisman dengan Menteri Pendidikan itu?
Maszlee mendedahkan bagaimana kisah posmen jujur itu kerap diceritakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 (STAR 2), Johor Bahru, Ho Peng Seng, ketika perhimpunan.
“Saya tinggal bersama datuk ketika kecil dan membesar membaca akhbar BH. Saya ingat kisah pakcik Norlisman kerana ia berbeza dengan berita kemalangan yang biasa dibaca.
“Berita dalam BH itu memaparkan sikap amanah pakcik Norlisman, bukannya cerita kemalangan semata-mata. Saya betul-betul kagum dan gambar beliau yang disiarkan itu melekat di ingatan sepanjang kehidupan.MASZLEE mendakap Norlisman pada pertemuan eksklusif di bangunan Parlimen pada Khamis lalu. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin“Apabila guru besar turut bercerita kisah posmen jujur yang memeluk surat berdaftar walaupun dalam keadaan luka akibat kemalangan, saya rasa teruja... seolah-olah ada yang menghubungkan kami.
“Ingatan paling utama ialah pentingnya kita memiliki amanah dan integriti dalam apa juga yang dilakukan dan pakcik Norlisman menjadi teladan terbaik buat saya,” katanya.
Terharu bertemu idola
Sesekali mengesat air mata kerana terharu dapat bertentang mata dengan idolanya, Maszlee menelefon Norlisman selepas mendapat nombornya daripada anak pesara Pos Malaysia Berhad itu.
Panggilan telefon daripada seorang menteri diakui pesara itu hampir membuatnya kehilangan kata-kata, namun pantas ditangkis Maszlee yang spontan mencapai dan menggenggam tangan Nurlisman.
“Jangan macam tu pakcik. Saya yang patut menghargai, yang patut berterima kasih kerana secara tidak langsung pakcik mendidik saya dengan nilai paling mulia iaitu amanah hingga hari ini,” katanya.
Maszlee berkata, liputan berbeza BH mengenai kejadian itu banyak mencorakkan keperibadiannya, selain mengakui laras bahasa tinggi akhbar berkenaan membantu dalam bidang akademik dan selepas melangkah ke alam pekerjaan.MASZLEE mendengar cerita Norlisman yang menjadi inspirasi kepada beliau ketika masih di bangku sekolah. - NSTP/Mohd Yusni AriffinKatanya, laporan positif sedemikian berupaya membantu mencorakkan pemikiran masyarakat supaya menempatkan nilai murni di tempat sewajarnya.
Kemalangan itu menyebabkan Norlisman dirawat di HKL empat hari tiga malam dan mendapat 14 jahitan. Apa kesudahan surat berdaftar yang didakap erat itu?
“Saya simpan dalam sarung bantal. Saya tak kasi doktor atau misi (jururawat) usik. Itu amanah. Surat berdaftar boleh jadi ada duit, ada dokumen, ada jam... itu amanah Allah buat saya.
“Apabila ketua saya datang melawat di HKL, barulah saya lepaskan surat itu. Kawan saya yang mengganti tugas menghantar surat berkenaan ada bercerita, mulanya penerima marah sebab tengok surat ada kesan darah.
“Apabila dimaklumkan saya kemalangan dan simpan surat sampailah ketua datang, orang tu tak jadi marah, malah simpati pula dengan saya,” katanya.
Kejujuran Norlisman itu mendapat perhatian umum, termasuk Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) yang mengirim surat penghargaan, sejambak bunga dan buah-buahan.
Kebetulan juga, kerajaan ketika itu baru melancarkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’ sebagai dasar utama pentadbiran - bertepatan dengan apa yang dilakukan Norlisman.MASZLEE menyampaikan cenderahati kepada Norlisman. - NSTP/Mohd Yusni AriffinDi akhir pertemuan kira-kira sejam itu, Norlisman yang bersara pada 2006, sekali lagi membuatkan Maszlee gagal menyeka air mata.
“Sejujurnya, saya tidak pernah bermimpi untuk bertemu seorang menteri seperti ini. Saya cuma seorang posmen yang menjalankan tugasnya dan jika ada yang menjadikan peristiwa itu sebagai inspirasi, ia semua milik Allah,” katanya.
Dalam nada penuh hormat, Maszlee membalas: “Pakcik mungkin tidak tahu tapi apa yang pakcik lakukan itu mendidik masyarakat termasuk saya. Didikan itu membawa saya menjadi Menteri Pendidikan ke hari ini.
“Terima kasih banyak-banyak pakcik, dan terima kasih juga buat BH,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/504383/terima-kasih-pakcik
rencanaARKIB : 05/04/2014Peluk seikat surat berdarahKEMALANGAN membabitkan posmen mungkin perkara biasa kerana tugasan harian itu menuntut mereka berada di jalan raya sepanjang masa
Namun kemalangan yang menimpa seorang posmen 32 tahun lalu agak berbeza kerana mangsa, Nor Lisman Abu, menunjukkan sikap yang cukup terpuji walaupun ketika itu beliau mengalami kecederaan serius di kepala
Kemalangan yang menimpa Nor Lisman pada hari itu bukan sahaja menjadi tajuk utama berita di dada-dada akhbar, bahkan turut mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tun Musa Hitam
Di dalam laporan-laporan berita itu, Nor Lisman diangkat menjadi ‘hero’ kerana keengganan beliau menyerahkan surat-surat yang dibawa kepada anggota polis yang datang memberi pertolongan atas prinsip amanah terhadap tugasnya
Laporan kemalangan Nor Lisman yang dipadankan dengan gambar beliau memeluk seikat surat dengan kesan darah di bahagian muka menjadi bahan berita selama beberapa hari
Nor Lisman ketika ditemui S2 di Kampung Sungai Raya, Batu 9 Cheras, berkata, dalam kemalangan itu beliau diminta oleh salah seorang anggota polis menyerahkan surat berdaftar sebelum dihantar ke hospital
Beliau bagaimanapun menolak pelawaan anggota polis berkenaan atas rasa amanah dan tanggungjawab pada surat-surat yang dibawa
“Niat polis itu baik... nak tolong simpan, tapi surat-surat berdaftar itu adalah ‘nyawa’ saya. Saya tak boleh serah kepada sesiapa yang bukan penerima
“Saya menolak pelawaan anggota polis itu dengan baik dan memegang surat-surat tersebut sehingga wakil Pos Malaysia datang mengambilnya di hospital,’’ ujar bekas posmen itu lagi
Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Parlimen pada 10 Ogos 1982 itu, motosikal yang ditunggang Nor Lisman terbabas selepas beliau cuba mengelak sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah
“Kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai. Masa itu, saya baru keluar dari Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur (bersebelah Bangunan Sultan Abdul Samad) untuk menghantar surat ke Damansara
“Kemalangan menyebabkan saya cedera di bahagian kepala dan tangan. Syukur saya masih ada kekuatan untuk bangun dan mengambil surat-surat yang jatuh di atas jalan,’’ katanya
Nor Lisman berkata, keputusan yang dibuat itu telah ‘menyelamatkan’ surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan berlumuran darah
“Saya diberitahu ‘surat berdarah’ itu menyebabkan ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawat saya di hospital dan mengucapkan terima kasih,’’ katanya
Nor Lisman berkata, sepanjang empat hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur, beliau menerima penghargaan daripada banyak pihak termasuk jambangan bunga dan surat penghargaan daripada Perdana Menteri serta Timbalannya ketika itu
Atas sikap amanah yang ditunjukkan itu, Nor Lisman dianugerahkan pingat Pangkuan Negara pada 1983 dan Bintang Mangku Negara pada 2004. Beliau juga tersenarai sebagai salah seorang daripada calon Anugerah Man of The Year
Katanya, walaupun tidak pernah mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan, beliau cukup gembira sekiranya kejadian itu dapat dijadikan iktibar kepada seluruh kakitangan Pos Malaysia dan masyarakat di negara ini umumnya
“Salah satu sebab saya berkeras untuk tidak melepaskan surat itu adalah saya teringat pesanan penyelia saya
“Dia pesan setiap surat adalah amanah yang harus dijaga dalam apa jua keadaan. Kalau tidak, saya akan sampai ke dua destinasi, sama ada balai polis atau penjara,’’ tambahnya
Berbekalkan pengalaman yang ditimba dari peringkat paling bawah, Nor Lisman dinaikkan pangkat sehingga bersara sebagai Pegawai Latihan di Pusat Latihan Pos Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu
Sepanjang lima tahun menjadi tenaga pengajar di pusat latihan di Bangi itu, beliau sudah melatih kira-kira 4,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad
Salah satu daripada aspek yang diberi penekanan kepada murid-muridnya adalah tentang pentingnya sikap amanah dalam melaksanakan tugas bagi mengelak kejadian kehilangan surat
Peluk seikat surat berdarah
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140405/re_06/Peluk-seikat-surat-berdarah

KISAH POSMEN BERDARAH PELUK SURAT WALAU PARAH KEMALANGAN
\AKU nak kongsi kisah 34 tahun lalu atau lebih tepat pada tanggal 10 Ogos 1982 di Kuala Lumpur. Ketika itu Norlisman Abu, seorang posmen sedang menunggang motosikalnya sambil membawa sejumlah surat biasa dan SURAT BERDAFTAR. Malang menimpa apabila motornya terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang melanggar traffic light.
Akibatnya, Norlisman parah kerana terhumban di tepi jalan. Namun atas prinsip amanah, walau dalam keadaan berlumuran darah dan terhoyong-hayang, dia tetap bangun dan berjalan mendapatkan surat-surat itu serta memeluknya dengan erat.
Walaupun polis yang tiba di situ memujuknya untuk mengambil surat itu, Norlisman hanya memberi surat biasa, tetapi tidak dengan SURAT BERDAFTAR. 
Akhirnya, dia dibawa ke hospital dgn SURAT-SURAT BERDAFTAR itu sekali. Di hospital juga begitu. Norlisman tetap enggan menyerahkan surat-surat tersebut sehinggalah wakil Pos datang mengambilnya di wad beliau dirawat.
Keputusan yang dibuat itu telah menyelamatkan surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan dipenuhi darah kering.Beliau diberitahu, disebabkan surat-surat itu berdarah, ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa yang berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawatnya di hospital.
Apa yang menarik dalam kes ini, waktu dia memeluk surat itu dalam keadaan berlumuran darah, ada jurugambar sempat mengambil gambarnya. Esoknya, kesemua akhbar di negara ini menyiarkan foto berkenaan hingga menarik perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir. Dr. M kemudiannya mengarahkan Menteri melawat dan memberi penghormatan kepada beliau di HKL.
Sifat amanah Norlisman ternyata LUAR BIASA. Tak ramai yang tahu kisah ini atau mungkin dah lupa. Aku yang tahu dan ingat rasa bertanggungjawab untuk menukilkannya kembali agar ia tidak pudar ditelan masa. Dialah unsung hero yang kita perlu kenang jasa-jasanya.Wajah terkini beliauPetikan dari buku Kriminal penulis Syahril A. Kadir.KISAH POSMEN BERDARAH PELUK SURAT WALAU PARAH KEMALANGAN
https://www.bukupojok.my/info-Artikel/45/KISAH-POSMEN-BERDARAH-PELUK-SURAT-WALAU-PARAH-KEMALANGAN

BERITA»NasionalSabtu, 3 November 2018 | 7:19pm
Mereka cuba halang saya guna Facebook - NajibOleh Fahmy Azril Rosli [email protected]
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mendakwa seorang timbalan pendakwa raya cuba menghalang beliau daripada memuat naik sebarang kenyataan di Facebook.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu dibuat selepas akaun Facebook beliau mendapat tumpuan luar biasa pengguna media sosial itu. 
Najib mendakwa, beliau juga dihalang daripada menghadiri program UMNO.
“Posting saya Alhamdulillah dapat tumpuan luar biasa sampai timbalan pendakwa raya minta saya jangan buat posting di Facebook lagi.
“Dia takut posting saya dan minta hakim (supaya saya) jangan buat posting dan hadir program UMNO.NAJIB dalam sesi santai bersama penyokong tegarnya di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
“Mujur hakim tak setuju dan tolak permohonan itu. (Kerajaan) Malaysia Baharu cuba sekat (saya), rumah kena geledah, kasut cucu kena ambil, hadiah daripada ketua kerajaan dia ambil, rumah emak saya dia geledah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi santai bersama penyokong tegarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.NAJIB mendakwa seorang timbalan pendakwa raya cuba menghalang beliau daripada memuat naik sebarang kenyataan di Facebook. - NSTP/Mohd Yusni Ariffin
Mereka cuba halang saya guna Facebook - Najib | Nasional | Berita Harianhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/494234/mereka-cuba-halang-saya-guna-facebook-najib

BN tewas kerana fitnah, penyelewengan fakta - Najib
BN kalah sebab dakwaan, janji palsu PH - Najib
Najib bukan pemimpin 'masuk bakul angkat sendiri' - Salleh




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2018/12/itu-semua-amanah-allah-buat-saya-8797.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 270 hits
Semalam kecoh dan tular di laman sosial kononnya ade seorang peminat menjual tiket konsert akhir Gegar Vaganza 5 kepada lima orang peminat Singapura Semua peminat tahu yang tiket GV5 tidak dijual dan diberikan kepada kelab
Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah

Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 462 hits
Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah Namun kadang kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci Kerap kali kita mendengar orang berka...
Naqi Nasri Semua Itu Dusta

Naqi Nasri Semua Itu Dusta

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 562 hits
Lirik Lagu Naqi Nasri Semua Itu Dusta Pop Malaysia Terbaru Lagu Naqi Nasri Semua Itu Dusta Lirik Terbaru Title Semua Itu Dusta Artist Singer Naqi Nasri Song Writer Bintang Album Semua Itu Dusta Single Genre Pop Prod Label Mask Team Indigita...
Jangan Pernah Berputus Asa Allah Swt Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua

Jangan Pernah Berputus Asa Allah Swt Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 505 hits
Jangan Pernah Berputus Asa Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik baik perancang Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh...
Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 258 hits
Direktur Utama PT Perusahaan Listrik Negara Sofyan Basyir menyatakan menguatnya Rupiah dan anjloknya harga minyak dunia menjadi suatu hal yang positif bagi perusahaan Sebab apabila Rupiah menguat Rp 100 per USD rugi atau beban PLN berkurang...
Ya Allah Rm800 Itu Jumlah Yang Banyak Data Kad Debit Dicuri Ketika Buat Tempahan Hotel Melalui Apps Booking

Ya Allah Rm800 Itu Jumlah Yang Banyak Data Kad Debit Dicuri Ketika Buat Tempahan Hotel Melalui Apps Booking

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 603 hits
Ya Allah RM800 itu jumlah yang banyak Data kad debit dicuri ketika buat tempahan hotel melalui apps bookingPengguna seringkali diingatkan agar sentiasa berhati hati apabila mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat pembankan di mana mana ...
Benarlah Hidayah Itu Milik Allah Mimpi Wanita Bertelekung Bersama Al Quran Di Sisi Petanda Hijrah Jasnita Jerome

Benarlah Hidayah Itu Milik Allah Mimpi Wanita Bertelekung Bersama Al Quran Di Sisi Petanda Hijrah Jasnita Jerome

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 555 hits
Sesungguhnya hidayah bertandang dalam pelbagai cara Ada melalui dugaan ada yang bagaikan rasa ia datang dengan tiba tiba malahan sesetengah insan itu ditakdirkan berhadapan suatu peristiwa yang memberi kesan pada diri individu itu Bagi Jasn...
Ar Rahman Untuk Semua Dan Ar Rahim Dikhususkan In Syaa Allah Yang Beriman Rebutlah Kedua Duanya Aamiin 8727

Ar Rahman Untuk Semua Dan Ar Rahim Dikhususkan In Syaa Allah Yang Beriman Rebutlah Kedua Duanya Aamiin 8727

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 457 hits
Menarik Cara Lidmi Palu Bangkitkan Semangat Shalat Subuh Berjamaah Senin 26 November 2018 11 33KIBLAT NET Palu Strategi unik dijalankan oleh Pimpinan Daerah Lingkar Dakwah Mahasiswa Indonesia Palu di posko pengungsian Lapangan Mister Kelura...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching