Ya Allah Rm800 Itu Jumlah Yang Banyak Data Kad Debit Dicuri Ketika Buat Tempahan Hotel Melalui Apps Booking


'Ya Allah, RM800+ itu jumlah yang banyak' - Data kad debit dicuri ketika buat tempahan hotel melalui apps booking


Pengguna seringkali diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat pembankan di mana-mana laman web bagi mencegah kecurian data yang membawa kepada kecurian wang. 
Meskipun sudah banyak peringatan dan contoh kes dikongsikan di media sosial, penjenayah sentiasa licik dan menggunakan pelbagai cara untuk mencari mangsa mereka termasuk menyalahgunakan kedudukan mereka dalam sesebuah syarikat untuk mendapatkan keuntungan segera. 
Terbaru, seorang pengguna mengalami kerugian RM800+ kerana maklumat kad banknya telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 
UNTUK peringatan bersama. Berhati-hati apabila menggunakan booking.com atau apa-apa aplikasi online. 
Semalam saya menggunakan aplikasi booking.com ini untuk menempah bilik hotel. Semasa saya mengisi borang untuk tempahan itu, ada tertera bayaran dibuat semasa pendaftaran masuk di hotel. Jadi, dia meminta nombor kad debit atau kad kredit untuk pengesahan tempahan. 
Saya pun isi seperti biasa sebab sudah beberapa kali juga menggunakan booking.com ini. Tiada apa-apa masalah yang timbul sebelum ini. Tempahan berjaya dibuat pada jam 9.40 malam. 


Kemudian, saya menerima SMS pada jam 11.29 malam dari Maybank yang memaklumkan saya ada membuat pembelian menggunakan kad Maybank saya sebanyak dua kali. 
Pembelian pertama bernilai US$80 dan pembelian yang kedua EURO 105.50 tanpa menerima apa-apa SMS seperti TAC number atau MSOS code sebelum itu. Saya hanya menerima SMS yang menyatakan bahawa transaksi itu telah berjaya. 
Saya segera menghubungi pusat perkhidmatan Maybank untuk membuat aduan dan meminta mereka membatalkan kad debit saya. 


Ya Allah. RM800+ itu jumlah yang banyak, sama jumlah dengan yuran sekolah abang Khalish selama empat bulan. Waaaaaa! 
Pihak Maybank memaklumkan mereka mengambil masa kira-kira 60 hari untuk membuat siasatan. Tetapi mereka tidak memberi jaminanan bahawa duit itu dapat semula atau tidak. Huhu. 
Duit RM800+ bukan dipotong oleh pihak booking.com, sebaliknya dari store di luar negara. Maklumat pembayaran saya di booking.com sudah tidak selamat. 
Jadi, sama-samalah kita berhati-hati setiap kali membuat apa-apa pembayaran atau transaksi secara online. 
Sebelum ini selalu juga menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan hotel. Tetapi tidak pernah menghadapi apa-apa masalah. Sudah ditakdirkan saya menerima ujian ini. Saya hanya mampu berdoa agar duit itu berjaya didapatkan semula. 
Saya sudah buat aduan pada pihak Maybank via call pada malam kejadian dan sudah pergi ke Maybank pada keesokan harinya. Saya juga telah menghantar emel kepada pihak booking.com dan membuat aduan secara panggilan telefon. Agak susah juga nak menembusi panggilan ke operatornya. 
Mereka berkata, dalam masa seminggu ini mereka banyak menerima aduan yang sama di mana pelanggan menempah hotel menggunakan kad debit, kemudian duit dalam bank dipotong oleh website-website lain. Amaun juga sama, US$80 dan EUR105.50. 
Saya nasihatkan buat masa ini, jangan guna aplikasi atau web itu untuk keselamatan bersama. 
Alhamdulillah. Dapat emel dari pihak booking.com tadi. Walaupun belum dapat balik duit, tapi sekurang-kurangnya dapat maklum balas dari pihak mereka. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki kami. 

Sumber: Ukay Sukaynnah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/12/ya-allah-rm800-itu-jumlah-yang-banyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Semua Amanah Allah Buat Saya 8797

Itu Semua Amanah Allah Buat Saya 8797

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 301 hits
Ada hikmah di sebalik kejadian itu pada 10 Ogos 1982 di Jalan Parlimen Kuala Lumpur Aamiin Kisah teladan yang sangat baik buat kita Walaupun kemalangan semua dokumen tersimpan rapi dalam keadaan berdarah Semua disimpan dalam sarung bantal h...
Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

Dompet Issey Dicuri Ketika Tidur Di Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 520 hits
Pelawak dan Pelakon Issey Fazlisham mengalami kerugian apabila dompetnya dicuri ketika dia sedang tidur dalam kereta di sebuah hentian Rehat dan Rawat di Selangor pada Sabtu Issey pada ketika itu berkata dia baru pulang dari lokasi penggamb...
Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 397 hits
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini Rasa kejang di kaki memang ...
Warga Pondok Kopi Itu Bocah Bocah Mainin E Ktp Teriaknya Banyak Atm

Warga Pondok Kopi Itu Bocah Bocah Mainin E Ktp Teriaknya Banyak Atm

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 270 hits
Sebelumnya Kepala Dinas Dukcapil DKI Jakarta Dhany Sukma angkat bicara terkait penemuan sebuah karung berisikan KTP elektronik atau e KTP Dia mengungkapkan e KTP tersebut dicetak pada tahun 2011 2012 dan 2013
Saya Belum Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Ketika Itu Dzulkifli

Saya Belum Jadi Ketua Pesuruhjaya Sprm Ketika Itu Dzulkifli

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 252 hits
PUTRAJAYA Dzulkifli Ahmad menjelaskan bahawa kehadirannya pada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada Februari 2016 bukanlah atas kapasiti sebagai ketua pesuruhjaya SPRM Sebaliknya katanya beliau hadir hanya sebagai pegawai undang undang dari...
Kad Grafik Nvidia Rtx 2060 Tertiris Melalui Penanda Aras Final Fantasy Xv

Kad Grafik Nvidia Rtx 2060 Tertiris Melalui Penanda Aras Final Fantasy Xv

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 257 hits
Diantara kad grafik yang boleh kami katakan ditunggu oleh orang ramai ialah kad grafik siri 2060 daripada NVIDIA Tidak banyak butiran yang diketahui mengenainya tetapi terdapat banyak ura ura yang mengatakan bahawa ia tidak akan hadir denga...
Pengkalan Data Quora Digodam Butiran Peribadi 100 Juta Akaun Dicuri

Pengkalan Data Quora Digodam Butiran Peribadi 100 Juta Akaun Dicuri

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 367 hits
Quora ialah sebuah laman web soal jawab yang sangat popular di arena Internet Di laman web ini pengguna boleh bertanya mengenai apa apa soalan dan ia akan dijawab oleh pengguna pengguna lain yang fasih mengenai topik yang ditanyakan Malangn...
Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah

Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 468 hits
Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah Namun kadang kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci Kerap kali kita mendengar orang berka...
Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 261 hits
Direktur Utama PT Perusahaan Listrik Negara Sofyan Basyir menyatakan menguatnya Rupiah dan anjloknya harga minyak dunia menjadi suatu hal yang positif bagi perusahaan Sebab apabila Rupiah menguat Rp 100 per USD rugi atau beban PLN berkurang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza