Jangan Pernah Berputus Asa Allah Swt Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua


Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita. Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh kepada ketentuan Allah SWT dan pastinya ia berakhir dengan sebuah kemanisan.
 
JODOH INI TIDAK DIDUGA Jodoh itu tidak diduga. Nak dijadikan cerita, dia merupakan rakan sekelas aku ketika zaman sekolah. Khairul merupakan seorang pengawas sekolah manakala aku hanyalah seorang pelajar biasa. Sifatnya yang suka menyakat rakan-rakan terutamanya perempuan di dalam kelas membuatkan aku kurang selesa dengannya. Tambahan pula aku seorang yang agak susah bergaul dengan rakan lelaki.
 
Koyakkan Kertas Lukisan Bermula detik dia mengoyakkan kertas lukisan aku, tanpa disedari itulah detik pertama perbualan aku dengan Khairul. Walaupun bermula dengan perbualan yang agak kasar namun dia tahu itu saja cara aku akan mula bercakap dengannya. Dari situ kami mula berinteraksi. Khairul cuba mendapatkan nombor telefon aku daripada rakan lain dan kami mula berhubung.
 
Cuba Memujuk Khairul cuba memujuk aku di atas insiden sebelum ini. Melihatkan kesungguhannya, di situlah aku mula lembut hati dengannya. Ya! Memang orang kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet tapi aku berjaya membuktikan dengan 10 tahun perkenalan, kami akhirnya berjaya ke mahligai cinta. Siapa sangka jodoh sesat aku merupakan orang yang dikenali sejak zaman sekolah. Alhamdulillah kami tidak ragu-ragu atas hubungan yang dibina. Oleh itu kami mula serius dan mengambil keputusan untuk berkahwin selepas sama-sama yakin yang kami sudah bersedia dari semua aspek. Selain itu, aku percaya Allah sudah menetapkan jodoh kami untuk bersama.
 
HANYA WHATSAPP PENGHUBUNG Kami tidak berjumpa kerana masing-masing menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya bekerja di tempat yang berbeza dan agak jauh. Namun hanya WhatsApp yang menghubungkan kami berdua. Bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, tanggal 19 September 2016 dia terus menghantar rombongan merisik ke rumah aku dan kami bertunang pada tarikh tersebut. Itulah merupakan detik perjumpaan kami semula.
 
Merisik Dan Tunang Pada hari merisik dan pertunangan tersebut, sememangnya Khairul dan famili datang dengan hajat melamar selain ingin menetapkan tarikh ikatan perkahwinan yang dijangka satu tahun dua bulan dari hari tersebut. Alhamdulillah jodoh kami kuat. Siapa sangka kawan kelas yang pernah aku benci dan gaduh dahulu itulah yang bakal menjadi jodoh serta imam buat aku.
 
TIDAK SEMANIS SEPERTI PASANGAN LAIN Bagi yang bernasib baik, barangkali mudah untuk ketemu jodoh manakala yang kurang bertuah, ada-ada sahaja halangan yang mendatang sehinggakan semangat untuk mencari jodoh yang didambakan seakan-akan terpadam. Bertuahnya mereka yang bertemu jodoh tanpa perlu bersusah-payah. Mungkin mereka inilah insan yang ‘terpilih’ kerana begitu mudah jodoh datang mendekat.
 
Yakin Itu Jodoh Aku yakin dengan jodoh kami. Walaupun detik pertemuan kami dahulu bermula dengan pergaduhan dan tidaklah semanis seperti pasangan lain namun kami yakin untuk terus mengenali dengan lebih rapat. Aku percaya dia jodoh yang dikirimkan Tuhan untukku. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dirinya ialah sifat Khairul yang penyabar, setia dan ada wawasan dalam hidup membuatkan aku tekad menerimanya dan bersedia untuk susah senang bersamanya.
 
Dirancang Oleh Allah Pada aku, jodoh ini telah ditetapkan dan dirancang oleh Allah SWT kerana ia merupakan pertemuan yang tidak disangka-sangka namun ia merupakan saat manis dan indah jika dirasai. Kesungguhan haruslah datang daripada kedua-dua belah pihak. Jika keduanya ada niat yang sama, maka tidak mustahil ikatan yang halal akan terbina. Nasihat aku kepada mereka yang bertemu jodoh sesat, cuba untuk terima dan beri peluang kepada pasangan anda untuk membuktikan cintanya. Siapa sangka mungkin dia merupakan jodoh yang terbaik untuk anda. Jangan pernah berhenti untuk mencuba dan memberi peluang. Itu merupakan senjata segala-galanya!
Sumber: Pesona Pengantin
The post Jangan Pernah Berputus Asa! Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/jangan-pernah-berputus-allah-swt-dah-tetapkan-jodoh-kita-semua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Takut Nak Kahwin Allah Tak Pernah Tipu Soal Rezeki Yang Dijanjikan

Jangan Takut Nak Kahwin Allah Tak Pernah Tipu Soal Rezeki Yang Dijanjikan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 425 hits
Hakikatnya bukan senang nak kahwin dengan keadaan ekonomi sekarang ini Takut jika kita tidak mampu untuk menghadapi dugaan hidup selepas berumahtangga Namun Allah akan tetap menolong mereka yang menikah Allah akan memberikan rezeki yang leb...
Tak Pernah Terjumpa Dekat Abp Ask Ke Tahu Tahu Jodoh Pureri Sarah Liyana

Tak Pernah Terjumpa Dekat Abp Ask Ke Tahu Tahu Jodoh Pureri Sarah Liyana

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 288 hits
Please follow and like us 0 Pelakon Puteri Sarah Liyana akui berasa sedih setiap kali menonton kembali video pernikahannya bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof Menurut Sarah dia juga tidak menyangka jodohnya bersama dengan Syamsul memand...
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 642 hits
Lelaki Jangan Pernah Sakiti Hati Seorang Wanita Hatinya Setipis Kulit Bawang Wanita hatinya setipis kulit bawang Diciptakan dengan penuh kelembutan kasih sayang dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya ...
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 566 hits
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Mungkin setiap orang akan melaluinya Berdepan dengan satu rasa yang tidak seronok dan cukup menyedihkan hati sendiri Siapa mahu berdepan dengan putus cinta Kisah patah hati yang sering kita d...
Apakah Sajat Mahu Mencabar Kuasa Allah Swt Pu Amin

Apakah Sajat Mahu Mencabar Kuasa Allah Swt Pu Amin

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 563 hits
Melihat video Nur Sajat berbikini hijau dan bergelek seksi di luar negara PU Amin tidak menyangka usahawan itu sanggup mencemarkan bulan kelahiran The post appeared first on
Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 277 hits
Semalam kecoh dan tular di laman sosial kononnya ade seorang peminat menjual tiket konsert akhir Gegar Vaganza 5 kepada lima orang peminat Singapura Semua peminat tahu yang tiket GV5 tidak dijual dan diberikan kepada kelab
Najib Serah Kepada Allah Swt Untuk Tunjukkan Siapa Yang Benar

Najib Serah Kepada Allah Swt Untuk Tunjukkan Siapa Yang Benar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 377 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keyakinan bahawa kebenaran akan terserlah Setiap manusia ALLAH berikan kelebihan dan kekurangan Setiap hari kehidupan ada nikmat dan ujian Terima kasih kepada semua yang doakan unt...
Jodoh Sesat Allah Aturkan Pertemuan Dengan Cara Yang Tidak Disangka

Jodoh Sesat Allah Aturkan Pertemuan Dengan Cara Yang Tidak Disangka

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 789 hits
Rezeki Jodoh Sesat Allah Temukan Dengan Cara Yang Tidak Disangka Apabila berbicara tentang soal jodoh nyata ia bukan sekadar omongan ringan Ia melibatkan soal masa depan Jodoh itu rahsia Allah Sememangnya telah ditetapkan jodoh akan setiap ...
Jarang Orang Mahu Salahkan Diri Sendiri In Syaa Allah Kita Jangan Begitu 8666

Jarang Orang Mahu Salahkan Diri Sendiri In Syaa Allah Kita Jangan Begitu 8666

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 502 hits
Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r a Menurut ahli sejarah Abdul Rahman Bin Auf...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi