Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah Saat Itu Semua Akan Indah


Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah! Saat Itu Semua Akan Indah! Namun, kadang-kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa atau harta tapi buta memandang cinta yang tulus suci. Kerap kali kita mendengar orang berkata ‘cinta itu buta’ tapi benarkah cinta itu buta? Atau manusia yang terlalu taksub dengan cinta sehingga perkara buruk yang berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta.

Pertama kali berasa nikmat cinta Cinta sememangnya indah. Penyatuan dua hati menjadi satu antara lelaki dan perempuan menjadikan hidup kita sempurna. Saat pertemuan dengan jantung hati sememangnya tidak dapat dilupakan. Dari mata turun ke hati. Itulah perasaan yang melanda jika baru pertama kali berasa nikmat cinta.

Cinta Itu Buta Cinta hadir tanpa diundang dan kita sebagai manusia tidak mampu menolak rasa cinta itu. Lebih-lebih lagi jika itu ialah cinta pertama kita. Mungkin kita berasa cinta itu buta kerana cinta itu tidak mengenal rupa, tidak mengenal harta, tidak mengenal sesiapa. Saat itulah semuanya indah sehinggakan sanggup melarikan diri daripada keluarga demi buah hati tersayang.

Mudah Percaya ‘Lautan berapi sanggup ku renangi demi cintaku padamu’. Itulah antara kata-kata manis yang sering diucapkan oleh pasangan ketika saat bercinta. Pada kebiasaannya, kata-kata ini sering diucapkan oleh lelaki. Lantas, si gadis pula pertaruhkan sepenuh kepercayaan pada lelaki tersebut walaupun pada hakikatnya baru beberapa bulan berkenalan.

Terburu-Buru Sikap terburu-buru itulah yang menjadikan pasangan pada masa kini mudah terpedaya akan kata-kata manis yang diberikan. Saat itulah yang dikatakan cinta itu buta walhal kita sebagai manusia yang buta memandang cinta.

Tidak cukup kenal pasangan Sesudah mendirikan rumah tangga, barulah kita mengenal sepenuhnya segala tindak-tanduk pasangan. Daripada sekecil-kecil masalah hinggalah sebesar-besar masalah, semuanya tidak kena di mata dan hati masing-masing. Saat itu, semuanya sudah terlambat kerana ikatan perkahwinan sudah pun dibina.

Tidak Ambil Tahu Mengapa perkara ini boleh berlaku? Semuanya kerana tidak mengenali dengan sepenuhnya diri pasangan. Oleh itu, kenali dan dalamilah sikap pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Sangat penting supaya kita boleh bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Cintailah Pasanganmu Kerana Allah Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah, merudum jika isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang atau dibenci oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.

Cinta Seorang Suami Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka, kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka dan kecintaan di antara sesama umat Islam. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah. Oleh itu, orang-orang yang beriman boleh mencintai sesuatu atau seseorang selain Allah dalam jumlah yang tidak terhad. Akan tetapi cinta itu adalah kerana Allah semata, bertambah atau berkurang kerana Allah dan tidak sekali-kali menandingi cinta mereka kepada Allah.

Bagaimana Hendak Mencintai Allah? Cinta ialah keterpautan hati kepada seseorang kerana kebaikan orang tersebut. Lebih baik orang itu, lebih kuat pautan hati kepadanya. Lawan kepada cinta ialah benci, iaitu penolakan hati seseorang kerana kejahatan orang tersebut. Lebih jahat orang itu, lebih kuat tolakan hati terhadapnya. Seolah-olah hati memiliki sepasang tangan yang dapat memaut dan menolak.

Tidak Boleh Tandingi Allah SWT Apa jua kebaikan orang lain, tidak ada tandingannya jika dibanding dengan kebaikan Allah. Allah memberikan kita kehidupan ini, nikmat Islam, rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi yang tidak mampu kita hitung. Sekali sekala Allah menguji kita dengan kesusahan, bukan bererti Allah membenci kita tetapi menyayangi kita dan ingin memberikan peringatan kepada kita serta menarik kita agar lebih rapat kepada-Nya.

Kebaikan Alllah Oleh itu apabila seorang muslim ingin mencintai Allah, hendaklah dia memikirkan sekian banyak kebaikan Allah kepadanya. Hendaklah dia berfikir dan merenung secara jujur dan berhati-hati terhadap kecenderungan manusia untuk lebih mudah melihat kejahatan daripada kebaikan.
Sumber: pesona pengantin
The post Cintai Pasangan Kamu Kerana Allah! Saat Itu Semua Akan Indah! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/cintai-pasangan-kamu-kerana-allah-saat-itu-semua-akan-indah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

Itu Semua Fitnah Demi Allah Saya Tak Jual Tiket Gv5 Mya Arina

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 343 hits
Semalam kecoh dan tular di laman sosial kononnya ade seorang peminat menjual tiket konsert akhir Gegar Vaganza 5 kepada lima orang peminat Singapura Semua peminat tahu yang tiket GV5 tidak dijual dan diberikan kepada kelab
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 681 hits
Jika Ada 6 Benda Ni Pada Pasangan Anda Itu Tanda Dia Seorang Yang Jujur Adakah Dia Benar Benar Jujur Dalam tempoh bercinta ialah masa di mana anda mengenali hati budi si dia sama ada dia benar benar jujur dalam hubungan yang dijalin Dari be...
Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

Bos Pln Soal Penguatan Rupiah Dan Harga Minyak Anjlok Itu Rezeki Dari Allah

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 421 hits
Direktur Utama PT Perusahaan Listrik Negara Sofyan Basyir menyatakan menguatnya Rupiah dan anjloknya harga minyak dunia menjadi suatu hal yang positif bagi perusahaan Sebab apabila Rupiah menguat Rp 100 per USD rugi atau beban PLN berkurang...
Ar Rahman Untuk Semua Dan Ar Rahim Dikhususkan In Syaa Allah Yang Beriman Rebutlah Kedua Duanya Aamiin 8727

Ar Rahman Untuk Semua Dan Ar Rahim Dikhususkan In Syaa Allah Yang Beriman Rebutlah Kedua Duanya Aamiin 8727

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 591 hits
Menarik Cara Lidmi Palu Bangkitkan Semangat Shalat Subuh Berjamaah Senin 26 November 2018 11 33KIBLAT NET Palu Strategi unik dijalankan oleh Pimpinan Daerah Lingkar Dakwah Mahasiswa Indonesia Palu di posko pengungsian Lapangan Mister Kelura...
Naqi Nasri Semua Itu Dusta

Naqi Nasri Semua Itu Dusta

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 650 hits
Lirik Lagu Naqi Nasri Semua Itu Dusta Pop Malaysia Terbaru Lagu Naqi Nasri Semua Itu Dusta Lirik Terbaru Title Semua Itu Dusta Artist Singer Naqi Nasri Song Writer Bintang Album Semua Itu Dusta Single Genre Pop Prod Label Mask Team Indigita...
Jangan Pernah Berputus Asa Allah Swt Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua

Jangan Pernah Berputus Asa Allah Swt Dah Tetapkan Jodoh Kita Semua

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 620 hits
Jangan Pernah Berputus Asa Allah SWT Dah Tetapkan Jodoh Kita Menyusuri rentetan jodoh sesat jelas membuktikan kalau sudah jodoh tak ke mana kerana Allah SWT adalah sebaik baik perancang Segalanya tidak mustahil jika hubungan berpegang teguh...
Rezeki Dari Allah Bukan Sebab Kau Power Ke Tak Power Ini Luahan Hati Abam Saat Isteri Disahkan Hamil

Rezeki Dari Allah Bukan Sebab Kau Power Ke Tak Power Ini Luahan Hati Abam Saat Isteri Disahkan Hamil

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 614 hits
Soal anak adalah rezeki daripada Allah SWT Bukan sebab kita power atau tak power Jangan kerana saya berbadan besar orang kata saya tak mampu nak bagi zuriat Demikian kata pelawak popular Abam Bocey yang kecewa dengan sikap segelintir netize...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia