It S Cup Series Dan Black Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee
IT'S Cup Series dan BLACK Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee | Holaaaa!! Hi Guys.. Ada tak dikalangan korang penggemar kopi tegar? Kalau ada korang patut baca entry aku ni sampai habis kerana aku nak kenalkan kepada korang produk terbaru keluaran Aik Cheong Coffee yang bagi aku sangat sedap.. Aku sendiri yang tak berapa minat kopi ni, dah menjadi peminat kopi sejak merasai kenikmatan kopi keluaran Aik Cheong Coffee ni..
Tentang Aik Cheong Coffee
Sebelum aku perkenalan produk terbaru dari Aik Cheong Coffee ni, jomlah kita ambil tahu dulu tentang Aik Cheong Coffee ni ye.. Ok, Kalau korang nak tahu jenama terkenal Malaysia ni telah ditubuhkan lebih kurang 65 tahun bermula 1955.. Dua tahun sebelum merdeka guys! Dah lama tau jenama ni di pasaran.. Seiring dengan perkembangan semasa, mereka telah mempelbagaikan lagi variasi kopi mereka dengan mengeluarkan produk minuman segera bermula dengan Black Coffee, White Coffee, Milk Tea, Hot Chocolate dan banyak lagi yang menjadi minuman kegemaran ramai..
Dengan menggunakan konsep "Enjoying the great of coffee at home", kini Aik Cheong Coffee berjaya melancarkan produk terbaru mereka dengan trend baru masa kini minuman segera dalam 'Hot Cup' yang dikenali sebagai IT'S dengan pelbagai variasi.. Biasanya kita tengok mee maggi jerk dalam hot cup kan.. Haa sekarang kita dah boleh nikmati instant coffee dalam 'Hot Cup'.. Lebih mudah untuk disediakan.. Bukan IT'S Cup Series sahaja produk terbaru dari Aik Cheong Coffee, malah baru-baru ini mereka telah melancarkan satu lagi produk baru iaitu Black Series Coffee dengan konsep "Black to Basic"...
IT'S Cup Series
IT'S Cup Series ini dilancarkan pada Jun 2019 yang lalu dengan memperkenalkan minuman segera "Hot Cup" dengan pelbagai variasi.. Kalau korang nak tahu, rekod penjualan dalam setahun, produk ini telah terjual lebih dari 1 juta cawan.. Satu pencapaian yang membanggakan.. Lagi menarik bila IT'S Cup Series ni dikeluarkan dalam packaging dengan warna ceria yang menyegarkan.. Bagi aku packagingnya simple tapi menarik.. IT'S Cup series ni mempunyai 8 variasi iaitu :-
a) IT'S Cup Series Coffee
IT'S Flat White Extra Shot IT'S Cappuccino Choco Topping IT'S Teh Tarik Gula Melaka IT'S Long Black Extra Shot IT'S Matcha Latte Nata De Coco IT'S Chocolate Marshmallow Ok, antara 6 series IT'S Cup series ni, aku suka sangat rasa IT'S Chocolate Marshmallow sebab aku peminat tegar coklat.. Lebih menarik rasa dia bila ditambah dengan Marshmallow.. Ada kelainan disitu.. Aku lebih suka jika marshmallownya tidak cair sebab aku lebih gemar nikmati minuman ini sambil kunyah-kunyah marshmallow.. hahaha..
Lepas ni nak kena ada sentiasa IT'S Chocolate Marshmallow ni.. Harus buat stok banyak sikit sebabnya memang sedap menepati citarasa aku yang minat coklat ni.. hehe.. Lagi pun, minuman ni tahan lama sebab di packaging berasingan setiap satu bahan bancuhan dan dimasukkan ke dalam cup.. So, boleh simpan lama sehingga 24 bulan.. Senang dibancuh juga.. Memang terbaik! Tak terfikir pula akan ada instant drink yang di pack dalam cup seperti ini.. Sangat mudah!
Selain tu, aku suka juga rasa IT'S Teh Tarik Gula Melaka.. Rasanya tak terlalu manis dan cukup berlemak.. Aku juga peminat tegar teh tarik.. Haha.. Bila dapat rasa teh tarik yang lain dari kebiasaan yang aku minum, menjadikan ianya sesuatu yang menarik bagi aku dan aku dapat terima dengan baik rasa IT'S Teh Tarik Gula Melaka ni..
Apa yang menjadikan IT'S Teh Tarik Gula Melaka ni adalah didatangkan sekali dengan Nata De Coco.. Bila minum tu seolah-olah sedang minum Boba Tea gitu ada jeli-jeli dalam minuman... Tapi kalau nak menikmati hanya teh tarik semata tak perlulah masukkan Nata De Coco tu.. Bagi aku lebih sedap bila masukkannya sekali.. Dapat rasa kelainan teh tarik itu.. Hiks..
Yang lain-lainnya juga sedap sebenarnya.. Cumanya aku bukanlah peminat kopi yang tegar.. Jadi, bagi pecinta kopi, aku recommend korang untuk cuba IT'S Coffee ni kerana ia dapat memberi kelainan dari segi rasanya.. Yang penting, rasanya sedap.. Hiks!
Moh tonton video ni.. Yang paling aku suka... 👇👇
b) IT'S Cup Series Granola
IT'S Granola Berries IT'S Granola Mix Fruits and Nuts Untuk IT'S Cup Series Granola pula, aku suka kedua-duanya.. Yang berries pun sedap, yang mix fruits and nuts juga sedap.. Sesuai sangat untuk aku yang jarang makan malam.. Ada masa, terasa juga lapar bila tak makan malam.. So, dengan adanya IT'S Cup Series Granola ni dapatlah aku alas perut.. Lagipun ianya bagus untuk diet sihat sebab diperbuat daripada Oat.. Boleh kenyang sampai pagi tau.. Hehe.. Lepas ni, boleh buat stok banyak-banyak..
Kalau malas nak bancuh, aku makan macam tu je.. Pun sodap!!
Aku bancuh IT'S Granola ni dengan susu.. Boleh juga dipelbagaikan.. Boleh juga dimakan bersama yogurt atau boleh je nak makan macam tu aje as a snack on its own gittcewww!! Boleh juga dijadikan topping guys.. yeah! IT'S Granola ni juga bagus untuk penghadaman kerana ia high fibre... Selain itu, ia merupakan sumber protein dan dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi tiada perisa tiruan dan tiada gula tambahan... Itu yang bagusnya IT'S Granola ni.. Bagus juga untuk mereka yang nak mengamalkan diet sihat macam aku.. Ahakz..
BLACK Series Coffee
BLACK series coffee ni baru sahaja dilancarkan baru-baru ni dengan 4 variasi baru Drip Series dan 2 variasi Dip series.. Mengetengahkan konsep "BLACK TO BASIC", rangkaian produk baru ini bertujuan untuk memberi penggunanya rasa kopi hitam yang sebenar.. Bagi pencinta kopi yang gemarkan kopi hitam, wajib cuba BLACK series coffee dari Aik Cheong Coffee ni..
a) BLACK Dip Series
Dihasilkan daripada biji kopi Arabica terpilih yang dipanggang bagi memastikan pengguna dapat menikmati rasa kopi yang berkualiti.. BLACK Dip series ni mempunyai 2 variasi iaitu :- Cold Brew - Ethiopia Yirgacheffe Milk Brew - 70% Brazil Santos 30% Columbia
b) BLACK Drip Series
Tak perlu mesin kopi, hanya dengan BLACK Drip series ni, korang dapat menikmati kopi hitam dengan rasa yang sebenar.. Black Drip series mempunyai 4 variasi yang berbeza dengan rasa yang unik.. Pencinta kopi patut cuba..!! Etiopia Yirgacheffe Colombia Medellin Guatemala Huehuetenago Nicaragua Jinotega Setiap satu variasi ni punyai rasa yang berbeza.. Apa yang sama adalah keempat-empat kopi ini menggunakan biji kopi arabica.. Jom aku cerita serba sedikit tentang BLACK Drip series ini..
Etiopia Yorgacheffe - Untuk yang ini, kopinya dipanggang secara ringan.. Light roast! Beraroma floral dan sweet.. Berperisa complex, fruit, tea, floral dan lemon.. Rasanya pula spicy dan wangi..
Colombia Medellin - Kopinya dipanggang sederhana.. Beraroma cocoa.. Berperisa nutty dan rasanya bright and rich..
Guatemala Huehuetenago - Juga dipanggang sederhana..Beraroma sweet.. Berperisa fruity, chocolate dan maple.. Manakala rasanya pula ringan dan menyenangkan..
Nicaragua Jinotega - Biji kopinya juga dipanggang sederhana.. Beraroma citrus, sweet (caramel) dan chocolate.. Rasanya pula lebih kepada sweet and deep gitu..
Bagi peminat kopi, korang boleh pilih rasa yang mana satu korang suka.. Atau korang boleh cuba semua sekali.. Rasa yang kena dengan tekak aku adalah Guatemala Huehuetenago.. Aku lebih suka rasa yang ringan dan menyenangkan..
Jom layan video ni dulu.. 👇👇
Rangkaian Kopi Aik Cheong
Banyak lagi sebenarnya kopi keluaran Aik Cheong ni.. Pelbagai series dikeluarkan seperti Kopi O series, Teh Tarik series, White Coffee series, Coffee Mix series, Cafe Art series dan Oatmeal Cereal.. Haaa bukan kopi aje produk yang mereka keluar tapi ada juga cereal..
Cafe Art series adalah salah satu produk terbaik yang dikeluarkan oleh Aik Cheong Coffee dengan pelbagai perisa.. Cafe Art series telah dikeluarkan dalam variety pack 12 sachet dan juga 4 sachet.. Di dalamnya pula ada 4 perisa iaitu Matcha, Cappuccino, Latte dan Chocolate.. Ada dua lagi perisa sebenarnya dalam Cafe Art series ni iaitu Mocha dan Macchiato..
Wahh, banyak gila pilihan Aik Cheong Coffee ni.. Pendek kata semua jenis kopi ada.. So, terpulang pada korang nak pilih yang mana satu untuk dinikmati.. Yang penting, dapat dinikmati di rumah dan dimana sahaja kerana packagingnya mesra pengguna mudah dibawa kemana-mana sahaja..
Tan Boon Heong Duta Rasmi Aik Cheong Coffee
Ada ke yang tak kenal dengan Tan Boon Heong ni? Kalau tak kenal, jom aku kenalkan pada korang.. Tan Boon Heong adalah pemain badminton profesional Malaysia bagi acara beregu lelaki dan pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia pada tahun 2006 dan mendapat kejuaraan lain seperti Terbuka Malaysia 2007, Kejuaraan All England, Terbuka Switzerland dan banyak lagi.. Selain itu juga, Tan Boon Heong juga pernah mencipta Guinness World Record dengan fastest smash dengan catatan pada kelajuan 493km/j pada tahun 2020..
Dengan pencapaian beliau yang luar biasa dan semangat juang yang tinggi sangat bersesuaian dengan falsafah perniagaan Aik Cheong.. Disebabkan itu juga Tan Boon Heong diundang untuk menjadi duta rasmi produk Aik Cheong Coffee sebagai jurucakap produk bagi mempromosikan jenama mereka ke pasaran antarabangsa disamping menyokong semangat positif beliau..
Dapatkan Aik Cheong Coffee Sekarang
Bagi korang pencinta kopi, aku recommend korang cuba Aik Cheong Coffee ni.. Bukan hanya ada kopi hitam, tetapi banyak variasi yang boleh dicuba di bawah label Aik Cheong Coffee ini.. Pastinya tidak jemu kerana kopi yang mereka keluarkan pelbagai rasa yang berbeza.. Yang terbaru korang boleh cuba IT'S Cup Series dan juga BLACK Series Coffee.. Rugi tak cuba tau..! Dapatkan sekarang!!
Sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-
Aik Cheong Coffee’s Official Social Media Platforms 🔁 Facebook : https://www.facebook.com/aikcheong 🔁 Instagram : @aikcheong_official 🔁 HASHTAG : #aikcheongcoffee益昌咖啡 #做_自己 #BeYourSelfAlways
IT'S Cup Series 🔁 Facebook : https://www.facebook.com/itsbyacc 🔁 Instagram : @its_by_acc 🔁 HASHTAG : #itsbyacc #itsmorethanjust #ITS #ItsCup #itstimetobelieve #Hoot9eeeee #InilahMasanya
BLACK Series Coffee 🔁 Facebook : https://www.facebook.com/blackbyacc 🔁 Instagram : @blackbyacc 🔁 HASHTAG : #Blackbyacc #Blacktobasic #MeMomentNow #BlackDrip
WEBSITE : https://www.aikcheong.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.leaazleeya.com/2020/12/its-cup-series-dan-balck-series-coffee-keluaran-terbaru-aik-cheong-coffee.html