Aik Cheong Coffee Seteguk Pun Dah Terasa Nikmatnya
Kopi merupakan salah satu minuman yang paling digemari ramai orang.Pernah cuba minum kopi keluaran Aik Cheong Coffee? Kalau tak pernah, nie sis nak story sikit!
Bagi pencinta kopi, sudah pasti tahu kenikmatan meminumnya. Tak kiralah di pagi hari, petang ataupun pada malam hari di saat kerja sedang menimbun
Tentu ramai di antara kita yang lebih suka memulakan hari dengan menikmati secawan kopi.Tujuannnya tentulah untuk membangkitkan semangat sebelum memulakan aktiviti harian.
Ada berbagai-bagai jenis kopi dan juga brand terdapat di pasaran yang boleh dijadikan pilihan untuk dinikmati di pagi hari.Salah satunya ialah Aik Cheong Coffee
Aik Cheong Coffee Since 1955
Sebenarnya sis pun baru jer terjatuh hati dengan Aik Cheong Coffee nie. Sis pun macam tak percaya yang Aik Cheong Coffee nie dah lama bertapak di pasaran tempatan.
Pergh! Hampir 65 tahun. Bermakna, sebelum negara kita merdeka lagi Aik Cheong Coffee nie dah wujud. Apa yang lebih membanggakan, namanya terus kekal gah di pasaran tempatan hingga ke hari ini.
Menyedari persaingan pasaran kopi hari ini semakin meningkat mereka perlu lebih komited bagi memastikan mutu pengeluaran setiap produk yang dihasilkan adalah terbaik. Jaminan kualiti terbaik itulah yang menjadi kunci kejayaan Aik Cheong Coffee kekal bertahan sampai sekarang.
Yang bestnya, Aik Cheong Coffee juga keluarkan minuman 3 in 1. Haaaa… makin senanglah nak menyediakannya. Ada Kopi O, White Coffee, Cappuccino with Choco Granule, Teh Tarik, Chocolate dan macam-macam lagi.
Setiap produk yang dihasilkan mempunyai ciri khas dengan kenikmatan yang berbeza-beza. Jadi, rugi besarlah kalau korang tak cuba tau.
Jom “Nikmati Rasa Yang Hebat Di rumah”
Bagi yang dah memang pencinta Aik Cheong Coffee, korang surelah tak akan berpaling lagi.Lagipun Aik Cheong Coffee sentiasa mengamalkan motto, “nikmati rasa yang hebat di rumah”.
Bersandarkan motto tersebut mereka melakukan inovasi dan berjaya menghasilkan ‘hot cup’, minuman segera pada Jun 2019 yang lalu.
Ternyata usaha mereka itu tidak sia-sia kerana ianya mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat-peminat kopi. Hampir 1 juta cawan telah terjual dalam tempoh kurang dari setahun. Tahniah! Semoga terus menyajikan kepelbagaian produk yang best-best untuk keperluan seisi rumah.
IT’S more than just By Aik Cheong
Kalau korang mahukan kelainan rasa kenikmatan secawan kopi, korang jangan teragak-agak untuk mencuba variasi IT’S more than just . Rasanya memang kaw!
Just bancuh dengan air panas, lepas tu dah boleh diminum. Nak letak ais pun boleh. Ouch! Memang terbaiklah!
Sis dah cuba, dan sebab tulah sis berani cakap begitu. Korang memang kena try keenam-enam variasi nie. Bagi sis, jenis ‘hot cup’ nie lebih mudah. Senang nak pegang… senang nak bawa ke mana-mana. Nak pergi travel ke… balik kampung ke… Ahaa… gitew!
1. IT’S Flat White Extra Shot
It’s breakfast time, IT’s with you
Menikmati kopi di pagi hari dapat meningkatkan mood seharian!
Jadi, korang boleh menikmati Flat White Extra Shoot sebagai sahabat sarapan pagi
2. IT’S Cappuccino Choco Topping
It’s tea time, IT’S with you
Petang-petang, sis suka minum Cappuccino with Choco Topping.Perpaduan rasanya itucukup memanjakan lidah! Apatah lagi apabila ditambah dengan ketulan ais. Pergh! Memang sedap! Fav sis nie tau.
3. IT’S Teh Tarik Gula Melaka
It’s lepak time, IT’s with you
Bila dah melepak, memang syok kalau pekena teh tarik. Nikmat betul rasanya yang lemak-lemak manis dengan rasa susu serta gula melaka.Nak sediakannya pun mudah, tuang jer air panas. Dah settle menikmati IT’S Teh Tarik Gula Melaka bersama kengkawan.
4. IT’S Long Black Extra Shot
It’s boosting time, IT’S with you
Apa yang buat sis menyukai Long Black Extra Shot ini sebab ia mampu menambah energi serta meningkatkan fokus.
Lagi-lagi time kerja tengah banyak sehingga memerlukan sis untuk berjaga malam. Menikmati Long Black Extra Shot adalah paling tepat. Seakan sel-sel dalam otak nie jadi macam lebih fokus jer. Tak caya, try la minum!
5. IT’S Matcha Latte Nata De Coco
It’s party time, IT’S with you
Aromanya harum dan creamy rasanya. Sesuai diminum selepas kerja atau beraktiviti.
Selain sihat, menikmati Matcha Latte Nata De Coco juga mampu membuatkan mood atau suasana hati kita kembali menjadi lebih happy.
Kalau korang rasa stress atau bad mood, jangan ragu-ragu. Bancuh dan nikmati jer Matcha Latte Nata De Coco. Secara tak langsung, mood yang swing tu akan bertukar sebaliknya.
Jom tengok cara sis bancuh IT’S Cappuccino Choco Topping yang menjadi kegemaran sis tu!
Variasi Black
Sis percaya, khususnya orang Melaka pasti tahu akan kehebatan Aik Cheong dalam menghasilkan bijian kopi Aik Cheong Coffee Roaster. Menerusi inovasi kopi yang cukup kreatif, terlahirlah variasi Black Drip dan Black Dip Series yang lebih unik, enak dan boleh dinikmati sejuk ataupun panas.
Kehebatan dan juga kenikmatan secawan kopi bergantung kepada banyak faktor. Antaranya ketulenan serta kesegaran bijian kopi.
Arabica Bean, kopi panggang segar ini dipetik dengan tangan bagi menghasilkan kualiti terbaik. Sekarang nie korang boleh menikmati kelazatan kopi ini bagaikan di kafe, di rumah korang sendiri
Black Dip Ada 2 Variasi:
1. Cold Brew - EhiopiaYirgacheffe
Memberikan rasa manis dan segar untuk memulakan hari baru dengan penuh semangat.
2. Milk Brew - 70% Brazil Santos 30%Colombia
Memberikan kelegaan serta meredakan kepenatan. Gabungan yang tepat ini memberikan rasa nyaman sepanjang hari.
Black Drip Series
Bagi yang gigih bekerja (workaholics) boleh try Black Drip Series. Ia menepati citarasa tempatan dan kualiti rasa kopi hitam asli ini memang superb untuk pencinta kopi.
Senang sangat nak disediakan. Just buka dan koyakkan bahagian atas beg, kemudian letaklah di atas cawan. ( boleh rujuk video ya
1. Colombia Medellin
Rasa kacang dan manis yang jelas terasa Sungguhpun begitu, keunikkan kopi
ini memberikan aroma yang cukup menambat hati.
2. Ethiopia Yirgacheffe
Ayuh, ceriakan hari dengan menikmati intense fruity coffee. Dipanggang sederhana dengan rasa limau segar. Aroma segar serta kemanisan mencetuskan kesegaran mata dan badan sepanjang hari.
3. Guatemala Huehuetenago
Kalau korang menyenangi rasa kopi citrus, boleh try Guatemala Huehuetenago. Rasa manis oren akan memberikan kejutan disetiap tegukan
4. Nicaragua Jinotega
Hidup bagaikan secawan kopi!Ada masanya terasa pahit, ada masanya terasa manis. Begitulah lumrah kehidupan yang boleh kita pelajari melalui secawan kopi
Apapun, Nicaragua Jinotega adalah favourite sis tau sebab ia sesuai untuk detox. So, detox kopi nie sangat membantu sis supaya berasa lebih tenang sepanjang hari
Saksikan juga cara sis sediakan Nicaragua Jinotega :)
It's Granola Aik Cheong
Kalau korang mencari menu sarapan sihat yang bernutrisi, cubalah nikmati It’s Granola Aik Cheong. Yang sedang menerapkan diet sihat, lagilah bagus kalau makan granola yang lazat dan menyihatkan nie.Terdapat dua variasi iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruit and Nut.
Nak makan macam tu jer, buat kudapan pun boleh. Tak adalah masalah. Ia juga boleh dinikmati bersama madu, cereal, yogurt, susu cair ataupun buah-buahan seperti pisang, kiwi, strawberi dan blueberi. Cara penyediaannya pun mudah, dan sangat sesuai untuk dinikmati di rumah ataupun ketika bercuti
Korang tentu dah tahu granola adalah sejenis makanan yang sangat berkhasiat. It’s Granola Aik Cheong ini tinggi serat, membekalkan protein, mengunakan bahan semulajadi, tiada perisa tambahan atau tiruan serta tiada gula tambahan.
It's Granola dan Instant Nut Oatmeal Cereal kini menjadi menu sarapan sihat Dea Marissa
Instant Nut Oatmeal Cereal
Makanan paling pantas yang sis dan family suka ambil ketika perut tiba-tiba minta diisi ataupun di saat mahu bertukar menu mengambil nasi!
Bagi sis, Instant Nut Oatmeal Cereal, keluaran Aik Chong ini mampu memberikan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Lagipun, ia telah digandingkan bersama susu tepung yang mampu memberikan kita tenga dan juga khasiat yang diperlukan tubuh.
Terdapat dua variasi:
1. Bijiran Oat dengan Kacang
2. Bijiran Oat dengan Buah-buahan
Mengandungi kismis, kacang almond, chia seed, cranberries, goji berries, mulberries dan lain-lain.Setiap kotak mengandungi 10 paket dan mampu membekal tenaga sehingga 170kal. Jangan ragu-ragu nak makan ya sebab ia dijamin halal dan bagus untuk kesihatan seisi keluarga
Tan Boon Heong, Duta Jenama Rasmi Aik Cheong Coffee
Pemilihan Tan Boon Heong, pemain badminton kebangsaan yang banyak memenangi kejuaraan serta pengiktirafan dalam dan juga luar negara antarabangsa adalah sangat tepat.
Semangat serta aura sang juara ini seiring dengan kehebatan Aik Cheong Coffee Since 1955. Memenuhi semua permintaan dan juga keperluan rakyat Malaysia, daripada kopi segera, kopi premium dan juga produk makanan sihat iaitu granola dan oat cereal dengan harga yang berpatutan.
So, bagi yang masih belum ‘jatuh hati’ dengan Aik Cheong Coffee silalah buka pintu hati. Rasai sendiri kenikmatannya sepertimana sis sekeluarga
IT’S more than just By Aik Cheong, kopi yang cukup istimewa untuk dinikmati bersama keluarga
Nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan Aik Cheong Coffee, layari:
Aik Cheong Coffee's Official Social Media
FB: https://www.facebook.com.com/aikcheongcoffee
IG: www.instagram.com/aikcheong_official
IT'S Social Media
FB: https://www.facebook.com/itsbyacc
IG: www.instagram.com/its_by_acc
Black Series Social Media
FB: https://www.facebook.com/blackbyacc
IG: www.instagram.com/blackbyacc
Website https://www.aikcheong.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2020/12/aik-cheong-coffee-seteguk-pun-dah.html