Merchang Lestari Destinasi Eko Pelancongan Terbaru Di Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Bagaimana dengan hari anda? Semoga semuanya baik-baik sahaja. Okay, kali ini aku nak kongsi dengan anda pengalaman aku ke satu tempat yang menarik, melakukan aktiviti-aktiviti yang aku jarang lakukan dan aku tak sabar sebenarnya nak ceritakan

Baru-baru ini aku ada sertai program Pakat Maghi Ganu dimana aku dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar negeri Terengganu. Dalam artikel kali ini aku nak kongsikan satu lokasi dalam program tersebut iaitu Merchang Lestari

Merchang Lestari merupakan satu produk pelancongan terbaru di daerah Marang, Terengganu dimana ia berkonsepkan eko-pelancongan. Anda akan dibawa melihat dan melakukan aktiviti yang mungkin anda tidak pernah lakukan. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca artikel ini sehingga ke penghujung. ✌
BACA : Senarai Tempat Menarik di Negeri Terengganu
🌴MENEROKA MERCHANG LESTARI 🌴
PENDAFTARAN PESERTA

Sampai sahjaa di Jeti Merchang, para peserta program perlu mendaftar terlebih dahulu. Kalau dulu-dulu pendaftaran hanyalah seperti biasa, tetapi kali ini ditambah dengan SOP pasca Covid-19 seperti scan QR kod, check suhu dan sebagainya

Ketika pendaftaran anda akan diberikan kasut but kuning dan juga topi nelayan. Selain itu, jika cuaca kelihatan mendung, anda juga akan diberikan baju hujan yang telah mereka sediakan sebagai langkah berjaga-jaga. 
Pasti anda tertanya-tanya kenapa kasut but kuning? Kerana kita akan masuk ke bahagian selut di dalam hutan paya bakau. Jadi tak perlulah pakai kasut bertutup. Kalau datang ke sini, cukup dengan memakai selipar sahaja

TAKLIMAT PROGRAM MERCHANG LESTARI


Setelah pendaftaran selesai, semua peserta program diberi taklimat tentang apa yang akan dilalui pada hari tersebut. Selain itu, langkah-langkah keselamatan turut diberitahu ketika taklimat ini

Jumlah penumpang di dalam bot adalah sekitar 5-6 orang termasuklah seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan tentang kawasan ini

MENUJU PULAU RANGGUT

Aktiviti pertama adalah menuju ke Pulau Ranggut. Pulau Ranggut merupakan sebuah pulau paya bakau dengan keluasan sekitar 30 hektar terletak di muara Sungai Merchang. Pulau ini mempunyai pelbaga tarikan menarik dan disebabkan tarikan inilah produk pelancongan ini dibangunkan


TIBA DI PULAU RANGGUT

Melihat langit yang semakin gelap walaupun ketika itu jam baru sahaja pukul 11 pagi agak menggerunkan. Tapi alhamdulillah, hujan tidak turun semasa kami sampai ke kawasan masuk Pulau Ranggut


DENAI HERBA

Melalui denai herba. Terdapat banyak spesis tumbuhan herba di dalam pulau ini. Aku rasa ini kali pertama aku menyelusuri kawasan hutan paya bakau. Banyak juga tumbuhan-tumbuhan yang aku tak pernah tengok depan mata tapi kali ini berpeluang untuk melihat sendiri


Baru aku sedar betapa cantiknya hutan paya bakau dengan pokok-pokok yang jarang dilihat. Untuk anda yang suka bergambar, bolehlah bergambar di kawasan ini


Pokok Tongkat Ali. Bukanlah kali pertama aku melihat pokok tongkat ali ini, tapi memang banyak juga pokok tongkat ali dikawasan ini


Melihat pokok-pokok herba dan spesis tumbuhan menarik di sini sememangnya pengalaman menarik. Selain terdapat maklumat pada spesis ini yang kita boleh baca, penerangan turut diberikan oleh pemandu pelancong tentang kegunaan herba-herba ini dari segi tradisionalnya

MENYELUSURI SUNGAI

Kalau sebelum ini hanya berjalan melalui denai biasa sahaja, kali ini bermulalah perjalanan memasuki kawasan sungai kecil yang ada ketikanya agak dalam dan ada ketikanya cetek sahaja

Satu perkara yang aku suka adalah ketika permulaan masuk ke Pulau Ranggut anda perlu melalui denai hutan paya bakau dan bila ingin keluar semula ke bot, anda perlu melalui kawasan air ini. Jadi, sama ada anda sedia atau tidak, memang anda perlu lalui jalan air ini

BITO KETAM NIPAH

Bito ketam nipah. Pertama kali aku mendengar perkataan bito. Rupanya bito ketam ini merupakan satu cara untuk menangkap ketam nipah dengan memasang perangkap bersama umpan

Ketam nipah merupakan spesies bersembunyi di lubuk dan sukar untuk menangkapnya. Untuk menangkapnya bukanlah perkara yang mudah. Jadi dengan cara bito  inilah cara terbaik dan berkesan

Mengenai umpan pula, anda boleh gunakan apa saja jenis ikan yang telah berbau (tidak digalakkan menggunakan umpan kepala ayam atau perut ayam kerana ia akan mempengaruhi rasa ketam yang ditangkap)


MENCARI LOKAN

Malu sebenarnya nak beritahu tapi sebenarnya aku tak pernah lagi makan lokan apatah lagi mencarinya sendiri. Kalau kerang bersaiz kecil biasa itu sudah selalu, tapi lokan memang tidak pernah. Jadi inilah satu lagi pengalaman pertama yang menarik


Proses mencari lokan sebenarnya agak mudah sahaja, anda perlu cucuk dan tarik sahaja dibahagian tepi sungai ini. Apabila terkena sesuatu yang keras, barangkali itulah lokan. Cuma anda perlu berhati-hati dengan selut yang terdapat dikawasan itu yang boleh memerangkap kaki anda


Okay tak sabar sebenarnya nak rasa lokan. Di akhir program ini barulah kami semua boleh merasai lokan-lokan yang dikutip ini

MENGAMBIL BUAH NIPAH

Seterusnya, kami kembali ke bot dan menuju tempat banyaknya pokok nipah. Pasti ramai yang pernah rasa air nira nipah yang banyak dijual. Tapi pernah kah anda melihat bagaimana buah nipah itu sendiri pada pokoknya

Selain itu, pernahkah anda merasa buah nipah? Pokok Nipah mempunyai banyak kegunaanya sama seperti pokok kelapa dimana semua bahagiannya boleh dimanfaatkan. Pucuk pokok nipah boleh dijadikan sebagai rokok daun.Daun pokok nipah yang tua dijadikan atap rumah.Bunga nipah & buah nipah yang muda boleh dijadikan kerabu.Isi Buah nipah boleh dimakan begitu sahaja dan rasanya sama seperti isi buah rambutanBatang nipah dikikis dan serbuk itu boleh membantu pendarahan luka (petua tradisional)Akar nipah boleh merawat darah tinggi dan kecing manis (petua tradisional)Tandan nipah mengeluarkan tuak atau nira nipah, sekiranya diperam lebih lama menjadi cuka.
PERTEMBUNGAN DUA AIR

Setelah selesai mengambil buah nipah, program diteruskan dengan melawat kawasan pertembungan dua air iaitu air laut dan air sungai. Malangnya bot yang aku naik tidak dapat ke kawasan tersebut kerana iarnya yang cetek yang boleh memudaratkan bot

Tetapi berada dikawasan berdekatan sahaja sudah cantik. Melihat pemandangan pantai berpasir yang aku rasa sangat kurang diusik manusia



TERATAK SENI POKDIN

Sekitar jam 12.30 tengah hari, kami meneruskan program ke Teratak Seni Pok Din. Di teratak inilah aktiviti kesenian dijalankan di kampung ini. Selain itu, demo cara menghasilkan tuok juga dijalankan. Pertama kali juga aku melihatnya, memang menarik


Lagi menarik adalah bila aku dapat merasa lempeng kelapa yang sangat sedap! Lagi sedap sebab kita makan betul-betul selepas dimasak di atas kuali. Makan panas-panas barulah sedap

MAKAN TENGAH HARI DI PANTAI ANGIN BERBISIK
Di penghujung program adalah makan tengah hari di Pantai Angin Berbisik yang terletak berdekatan dengan Jeti Merchang sewaktu mula perjalanan tadi. Antara banyak-banyak aktiviti, yang paling aku suka adalah aktiviti ini iaitu makan! Haha 😂

Dapat melihat bagaimana cara mengupas buah nipah untuk dapatkan isinya




Macam yang aku beritahu di atas tadi, aku tak pernah makan lokan, jadi inilah kali pertama aku nak makan lokan. Selain itu, ada juga ketam nipah dibakar juga


Memang sedap sebenarnya lokan, teritip dan ikan yang dibakar. Makan panas-panas memang sangat sedap. Isi lokan yang agak besar, dimakan bersama air asam memang sangat sedap. Memang akulah antara orang yang paling lama beratur dihadapan tempat membakar lokan

Setelah selesai makan, bermakna berakhirlah program pada hari itu. Kami kembali menaiki bot ke Jeti Merchang, memulangkan barangan yang dipinjam dan kembali ke hotel

PENGALAMAN YANG MENARIK
Secara keseluruhannya, program Merchang Lestari ini adalah satu program yang sangat menarik. Selain dapat membangunkan industri pelancongan tempatan, ia juga dapat menarik pelancong yang meminati eko-pelancongan

Menaiki bot, menyelusuri denai herba, mencari lokan dan bito ketam nipah antara aktiviti-aktiviti yang pastinya bakal menjadi tarikan orang ramai apabila Merchang Lestari ini dilancarkan nanti pada tahun hadapan iaitu Mac 2021

Aku pasti ramai yang mempunyai minat terhadap eko-pelancongan dan diharap agar pelbagai kemudahan akan disediakan dan ditambah baik untuk memberi pengalaman yang lebih menarik untuk pelancong

SEKIAN
BACA : Travelogue 5 Hari 4 Malam di Johor Darul Takzim
#BeautifulTerengganu #TourismTerengganu #CutiCutiMalaysia #Travellocal #Travelsafe #GayaTravel
Program Pakat Maghi Terengganu ini telah berlangsung dari 15 Disember 2020  sehingga 18 Disember 2020 dan dibawakan oleh Gaya Travel Magazine dan Beautiful Terengganu Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/12/merchang-lestari-destinasi-eko-pelancongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belayar Atas Kapal Unik Ini Antara Tawaran Terbaru Agensi Pelancongan Muslim

Belayar Atas Kapal Unik Ini Antara Tawaran Terbaru Agensi Pelancongan Muslim

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 277 hits
SINGAPURA Anda mungkin pernah menonton filem Pirates of The Caribbean lakonan Johnny Depp dengan pelbagai kapal layar klasik yang dipaparkannya Jika anda rasa kepingin untuk menaiki kapal lanun sedemikian ini ada berita baik untuk anda Sebu...
Patutlah Tmj Puji Terengganu Fc

Patutlah Tmj Puji Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 391 hits
Rombongan Terengganu FC ketika melawat JDT Foto Terengganu FCKuala Terengganu Semenjak dua menjak ini TMJ sering puji dan ucap syabas kepada Terengganu FC ia tidak lain tidak bukan kerana sikap Terengganu FC yang mengurus dan menjalankan ke...
Pemain Import Dari Jepun Hampir Pasti Sertai Terengganu Fc Ii

Pemain Import Dari Jepun Hampir Pasti Sertai Terengganu Fc Ii

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 375 hits
Kuala Terengganu Bintang import kelahiran Kyoto Jepun Masaki Watanabe hampir pasti menyarung jersi pasukan Terengganu FC II dalam saingan Liga Perdana musim depan Kelibat bekas pemain Perlis FELDA United dan Kelantan itu sudah berada di Ter...
Memukat Di Pasar Pagi Kg Penarik Setiu Terengganu Macam Macam Ada

Memukat Di Pasar Pagi Kg Penarik Setiu Terengganu Macam Macam Ada

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 376 hits
Inilah antara hasil memukat di Pasar minggu Kg Penarik Setiu TerengganuDi kenali sebagai Kacang Bbulu memang sedap kacang ni RM5 se cetong Macam macam ada kat pasar ni yang memanjang ni Plan awal nak pergi jogging tapi tukar plan dan kita b...
Pkpb Di Johor Melaka Terengganu Dan Kedah Ditamatkan Esok

Pkpb Di Johor Melaka Terengganu Dan Kedah Ditamatkan Esok

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 208 hits
PKPB DI JOHOR MELAKA TERENGGANU DAN KEDAH DITAMATKAN ESOK KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Johor Melaka Kedah dan Terengganu ditamatkan esok lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti...
Banjir Terengganu Kini Dalam Tempoh Bertenang

Banjir Terengganu Kini Dalam Tempoh Bertenang

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 350 hits
Banjir Terengganu kini dalam tempoh bertenang Kuala Nerus Selepas banjir gelombang keempat berakhir semalam Terengganu kini berada dalam tempoh bertenang dan cuaca diramalkan berkeadaan baik tanpa berlaku sebarang hujan lebat yang berterusa...
Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dibenarkan Pulang

Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 334 hits
Oleh Penduduk Fatimah Salleh 60 melihat air banjir yang masih memenuhi kawasan rumahnya walaupun cuaca beransur cerah di Kampung Batu 16 Tebak Kemaman Foto Ghazali Kori KUALA TERENGGANU Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih rama...
Che Ku Marzuki Jibang Kembali Untuk Terengganu Fc

Che Ku Marzuki Jibang Kembali Untuk Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 522 hits
Kuala Nerus Terengganu FC Sdn Bhd nampaknya mengorak langkah apabila dikatakan mengumpulkan barisan Pengarah Teknikal dan pembantunya terdiri daripada anak jati Terengganu yang berpengalaman dalam bola sepak samada diperingkat bekas pemain ...
Tunjuk Dulu Prestasi Kelantan Dan Terengganu Baru Bagi Negara Punya

Tunjuk Dulu Prestasi Kelantan Dan Terengganu Baru Bagi Negara Punya

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 257 hits
IBRAHIM MAT AISA Jangan buat lawak boleh tak Baru kertas beb hanya kertas Macam calon sarjana usulkan kajian dekat pensyarah gituutusan com myAbdul Hadi serah kertas cadangan pemulihan ekonomi pasca Covid 19MARANG Duta Khas Perdana Menteri ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization