Aik Cheong Perkenal Variasi Baharu It S Cup Series Dan Black Series Coffee


Kopi merupakan antara minuman kegemaran rakyat malaysia. Secangkir kopi dengan aroma dan rasa yang memukau mampu membangkitkan semangat memulakan hari bagi penggemar kopi. Terdapat banyak keluaran kopi yang terdapat dipasaran Malaysia. Antara jenama kopi yang dikenali di Malaysia adalah Aik Cheong Coffee. Berikut Cik iena kongsikan mengenai Aik Cheong Coffee dan beberapa jenis produk Aik Cheong Coffee yangh telah Cik iena cuba sendiri keenakannya.
 


 
Aik Cheong CoffeeAik Cheong merupakan Jenama kopi yang dikenali ramai di Malaysi. Aik Cheong telah menjangkau usia 65 tahun yang mana ianya telah ditubuhkan pada  tahun 1955. Jenama ini menawarkan air yang segar, sihat dan berkualiti kepada pelanggan. Mempunyai pelbagai rangkaian produk minuman segera yang popular dari Kopi-O, “White Coffee”, Teh Susu, Minuman Coklat Malt, Minuman Bijiran dan lain-lain.


 
Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif kuat dalam mengembangkan produk, mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera yang dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019
Selain daripada itu Aik Cheong Coffee juga telah melancarkan produk baru iaitu siri “BLACK” dengan berkonsepkan “Drip & Dip Coffee” menggunakan cogan kata “Black To Basic” bermaksud  Siri “Drip & Dip Coffee” .
 
IT’S Cup series

IT’S Cup series 
Aik Cheong Coffee sentiasa menekankan “nikmati kopi sebenar di rumah” dan dengan inisiatif yang kuat dalam mengembangkan produk. Mereka telah berjaya melancarkan satu trend baru iaitu minuman panas cawan segera.Ianya  dikenali “IT’s more than just” yang dilancarkan pada tahun lepas, Jun 2019 di mana produk tersebut telah mencatatkan rekod penjualan yang memberangsangkan dengan lebih 1 Juta cawan berjaya dijual.

Cara penyediaan IT’S Cup series yang mudah

Jika dilihat pada pembungkusannya , IT’S Cup series sememangnya sangat catchy dan pasti membuat mata mata terpaku dan terpukau dengan pembungkusannya yang memilih rona warna yang terang. Pemilihan warna yang terang ini membuatkan IT’S Cup series ini menjadi lebih menarik.
IT’S Cup series ini juga sangat mudah disediakan dan sangat sesuai untuk anda yang sibuk seperti Cik iena khususnya. Dalam kesibukan bekerja dengan IT’S Cup series, dapatlah Cik iena menikmati aneka IT’S Cup series yang sedap dengan kepelbagaian perasa yang ada.


 


Sedap IT’S Cup seriesPerasa Matcha Latte


Istimewanya lagi IT’S Cup series ini anda boleh customize apa yang anda inginkan seperti jika anda ingin kurang manis anda boleh kurangkan kandungan gula atau pun jika anda tidak sukakan topping anda tidak perlu masukkan topping. 
 
IT’S Cup series ini amat mudah untuk kita bawa kemana-mana. TIdak perlu risau jika kita terlewat untuk ke pejabat, anda boleh terus bawa IT’S Cup series ini dan boleh letak didalam kereta. Boleh minum sambil jalan.
 
IT’S Cup seriesIT’S Cup series ini terdiri daripada 


Long Black (Extra Shot)Flat White (Extra Shot)Cappuccino (Choco Toppings)Matcha Latte (Nata De Coco)Teh Tarik (Gula Melaka)Chocolate (Mashmallow)White Coffee (exclusive in 7-11) 

IT’S Flat White Extra Shot

1) IT’S Flat White Extra Shot
Mulakan pagi anda dengan Flat White Extra Shot kopi ini. Dengan cawan berwarna kuning yang ceria ini pasti membuatkan pagi anda untuk melangkah lebih semangat dan produktif. Cara penyediaan sangat mudah dengan tambahkan air panas, dan anda boleh menikmati secawan Flat White panas bila-bila masa; di mana sahaja.



IT’S Cappuccino Choco Topping

2) IT’S Cappuccino Choco Topping
Masa untuk tea time dan anda boleh berehat sebentar dengan secawan Cappuccino Choco Topping dalam cawan menarik bewarna  biru. Ia juga mudah untuk disediakan dengan tambah air panas dan ia sedia untuk dinikmati selang waktu rehat seketika.





3) IT’S Teh Tarik Gula Melaka
Jika anda beristirehat minum dengan raan-rakan apa yang anda sering pesan untuk minum mestilah secawan Teh Tarik bukan?. Ia bagaikan satu nostalgik kepada suasana santai dan berborak yang lebih panjang. Kali ini Teh Tarik Aik Cheong menggunakan Gula Melaka sebagai ganti kepada gula konvensional atau susu pekat. Jadi tak salah nikmati Teh Tarik sihat ini dengan cara mudah dalam cawan menarik bewarna coklat ini.



IT’S Long Black Extra Shot

4) IT’S Long Black Extra Shot
Penat seharian bekerja perlukan tenaga tambahan untuk terus beraksi diwaktu yang panjang. Ini adalah masa untuk anda nikmati secawan kopi Lang Black Extra Shot. Dalam cawan bewarna merah terang ini seperti mana rasanya dan juga dua kali ganda tenaga yang dibekalkan kepada anda.


IT’S Matcha Latte Nata De Coco
5) IT’S Matcha Latte Nata De Coco
Buat penggemar matcha Aik Cheong menawarkan Matcha Latte dalam cawan bewarna hijau yang terang ini. Ia sesuai untuk waktu anda bepesta kerana rasa Matcha yang ditambah lagi dengan Nata De Coco dalamnya yang bakal membuat anda rasa luarbiasa dan teruja dengan keenakannya.



IT’S Chocolate Marshmallow

6) IT’S Chocolate Marshmallow
Chocolate sering dikaitan dengan penurunan tekanan kerana ia mengandungii enzim dalam rasa coklat yang mampu membuat  anda berasa tenang. Bagi menampilkan kelainan dan rasa unik menggoda,  Marshmallow  ditambah  bagi memberi rasa kemanisan yang lebih sekata. Dalam cawan bewarna merah jambu ini pasti membuatkan anda lebih relax dan santai menikmati minuman coklat panas ini.



 
 IT’S Granola
Granola adalah salah satu makanan sihat yang baik untuk diet .Ianya merupakan sejenis makanan yang terdiri dari beberapa komponen, seperti oat, kacang-kacangan, biji-bijian, dan buah-buahan kering. Granola merupakan makanan tinggi fiber  dan juga merupakan sumber protein. Sangat sesuai dimakan ketika sarapan mahupun ketika minum petang.

It's granola berries cup 50g dan it's granola mix fruits and nuts 50g.
 
Biasanya granola dimakan dengan mencampurkannya dengan susu, madu, atau yogurt. ianya juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan topping untuk dessert anda.
Aik Cheong juga tidak melepaskan peluang mengeluarkan dua jenis granola yang pastinya akan membuat anda suka akan campuran dua jenis granola yang ditawarkan. Terdapat dua jenis granola dari Aik Cheong iaitu It's granola berries cup 50g dan it's granola mix fruits and nuts 50g.
Granola ini tidak mengandungi artificial flavour ataupun gula tambahan, ianya adalah berasaskan kandungan semulajadi.

 

IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS


IT'S GRANOLA BERRIES CUP 50G Kandungan :
Granola Sachet (40g): Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil
Mixed Berries (10g): Cranberries, Blueberry, Mulberries, Goji Berries, Yogurt Bites


IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS 50GKandungan:
Granola Sachet (40g): Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Coconut Sugar, Canola Oil
Mixed Fruits and Nuts (10g): Cranberries, Yogurt Bites, Pistachio, Cashew Nut, Pumpkin Seed





IT'S GRANOLA MIX FRUITS AND NUTS
 
Untuk Cik iena, Cik iena suka makan Granola dengan yogurt dan buah buahan segar  atau cik iena makan dengan susu . Kebiasaannya Cik iena akan makan pada waktu pagi atau pada waktu malam. CIk iena ni memang suka makan di waktu malam. Jika diwaktu malam Cik iena lebih gemar makan yogurt dengan granola  atau granola sahaja sebagai kudap kudapan.


 

BLACK series Coffee 


BLACK series Coffee 
Siri BLACK series Coffee berkonsepkan Drip & Dip Coffee menggunakan cogan kata “Black To Basic” . Produk kopi DIP baru dari Aik Cheong dihasilkan dari  biji Arabica yang baru dipanggang, dipilih dengan teliti dan digabungkan dengan persekitaran tumbuh yang kondusif untuk memastikan pengguna menerima kopi berkualiti.
 


 
 
Black series coffee ini sangat sesuai diminum oleh semua golongan penggemar kopi. Anda  boleh menikmati secawan kopi yang baru dibakar tanpa melangkah keluar dari rumah anda. Kesederhanaan ditakrifkan semula semasa anda berehat dan mengisi semula dengan minimum mudah disediakan ini.
 
 

 
Dari segi pembungkusan BLACK series Coffee ini ianya kelihatan minimalist dan fashion . Walaupun pembungkusannya  minimalist dan simple namun ianya menarik perhatian dengan pemnggunaan warna kotak yang terang.
 


 
Buat penggemar Kopi Cik iena yakin anda akan menggemari BLACK series Coffee siri “Drip & Dip Coffee ini. Berkonsepkan kembali ke basic, anda boleh memilih untuk meminum kopi kosong mahupun kopi yang di campur dengan hula perang, gula putih mahupun creamer serta fresh milk. Ianya bergantung kepada citarasa anda.





Black series coffee Siri Drip & Dip Coffee mempunyai 6 variasi baru yang terdiri daripada :
Black Drip Series - Guatemala Huehuetenago Black Drip Series - Colombia MedellinBlack Drip Series - Ethiopia YirgacheffeBlack Drip Series  - Nicaragua JinotegaBlack Dip Series   -Cold Brew  (EthiopiaYirgacheffe)Black Dip Series  - Milk Brew (70% Brazil Santos  30% Columbia)
Colombia Medellin 1) Colombia Medellin
Biji kopi Medellin berasal dari dataran tinggi yang sejuk di "City of Eternal Spring" di Colombia. Diadopsi dalam keluarga Arabica, sifat berasid yang berani, berkhasiat dan sederhana akan menyegarkan pagi korang dengan secawan kopi ini dan menambah rasa koko aromatik yang kuat. Ia adalah kopi pekat yang tiada apa tambahan rasa lain melainkan anda  tambah pemanis.




Ethiopia Yirgacheffe

2) Ethiopia Yirgacheffe
Ethiopia Yirgacheffe yang baik dan menyegarkan dianggap sebagai pusaka berharga dari ragam Arabica. Yakinlah korang akan terpesona dengan sisi manis dan buah dari kopi ini. Anda boleh tambahkan sedikit ais untuk rasa lebih segar dan sejuk dalam kopi ini.



Guatemala Huehuetenago

3) Guatemala Huehuetenago
Kopi Huehuetenago sangat mengagumkan kerana ia berada di kawasan pergunungan tertinggi lebih dari 2000m di barat Guatamela dan menjauhkan diri dari kesan gunung berapi yang tercemar memberi kelebihan untuk menghasilkan beberapa selera menarik dan sangat unik. Campuran sempurna untuk menaikkan mood, menyegarkan fikiran dan menggoda lelangit anda. Padankan minuman ini dengan makanan ringan kegemaran anda dan ia pasti menjadi hidangan hebat.




Nicaragua Jinotega

4) Nicaragua Jinotega
Kopi Nikaragua  terkenal di komuniti Amerika Tengah. Berasal dari keluarga Arabica, ia membawa aroma manis dan butterscotch yang menjadikannya minuman yang menggembirakan bagi mereka yang mempunyai senyuman manis.



 

Brewing IT’S Cup series Coffee & BLACK series  








Aik Cheong Coffee Art Series

Aik Cheong Coffee Art Series  


Aik Cheong Coffee Art Series adalah minuman kopi pracampur yang sentiasa menjadi pilihan penggemar Aik Cheong. Cik iena sendiri menggemari kesemua 4 flavour Aik Cheong Coffee Art Series ini.  Terdiri dari 5 Variasi perasa iaitu Cappuccino, Caramel Macchiato, Chocolate, LAtte dan Matcha . 


Aik Cheong Coffee Art Series
 
Buat anda yang ingin mencuba Aik Cheong Coffee Art Series ini anda boleh juga dapatkan CAfe Art Variety pack yang mana didalamnya mengandungi 4 Flavour iaitu Cappuccino, Chocolate, LAtte dan Matcha .

Aik Cheong Coffee Art Series


Selain daripada produk yang Cik iena nyatakan diatas, Aik Cheong juga menghasilkan pelbagai produk  seperti Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Coklat Panas dan banyak lagi. Antara yang menarik dan juga mendapat sambutan hebat diluar sana adalah :-


Coffee Mix Series


Coffee Mix Brown SugarCoffee Mix One + OneCoffee Mix RegularCoffee Mix RichWhite Coffee Series
White Coffee ClassicWhite Coffee  HazelnutWhite Coffee  less sugarWhite Coffee  one + oneWhite Coffee  OriginalKopi O Series
Kopi O HainanKopi O OriginalKopi O PlusKopi O StrongKopi O Sugar AddedTeh tarik Series
Teh tarik ClassicTeh tarik ComboTeh tarik HaliaTeh tarik One + OneOatmeal Cereal
Instant NutsInstant Fruits 
 
TAN BOON HEONG SEBAGAI DUTA

Encik Tan Boon Heong

Untuk pengetahuan, pemain badminton negara iaitu Encik Tan Boon Heong telah dilantik sebagai Duta Jenama Kopi yang dikenali ramai ini. Beliau telah dilantik sebagai duta atas kejayaan dan pencapaian hebat beliau dalam dunia sukan badminton. Kejayaan peringkat antarabangsa seperti Pingat Emas Bergu Lelaki Sukan Aisa, Juara Terbuka Malaysia, Kejuaraan All England, Terbuka Switzerland dan banyak lagi. Keupayaannya yang luar biasa dan semangat juang gigih yang ditunjukkan Mr Tan ini sangat sesuai dengan falsafah perniagaan Aik Cheong. 
 
Encik Tan Boon Heong


Terbaru, duta jenama yang baru dilantik ini juga akan terlibat buat julung kalinya dalam industri hiburan dimana beliau bakal membuat penampilan dalam filem pendek bersama artis tempatan terkenal, Ah Boy Danny Koo (The Nation’s Boyfriend) untuk merakamkan Lagu Tema Tahun Baru Cina Aik Cheong Coffee bagi tahun 2021.

Dapatkan Variasi Produk Aik Cheong Secara Online
 Selaras dengan kemajuan teknologi terkini, kini anda boleh dapatkan produk Aik Cheong secara online di Official store mereka seperti dibawah
 Lazada : https://www.lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roasterShopee : https://shopee.com.my/aikcheong



Untuk Maklumat LanjutWebsite ; https://www.aikcheong.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/aikcheongcoffee Instagram : https://www.instagram.com/aikcheong_official/ 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2020/12/aik-cheong-coffee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
It S Cup Series Dan Black Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee

It S Cup Series Dan Black Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 591 hits
IT S Cup Series dan BLACK Series Coffee Keluaran Terbaru Aik Cheong Coffee Holaaaa Hi Guys Ada tak dikalangan korang penggemar kopi tegar Kalau ada korang patut baca entry aku ni sampai habis kerana aku nak kenalkan kepada korang produk ter...
Aik Cheong Coffee Melancarkan Trend Minuman Terbaharu It S Cup Series Dan Black Series Untuk Rasa Kopi Hitam Asli

Aik Cheong Coffee Melancarkan Trend Minuman Terbaharu It S Cup Series Dan Black Series Untuk Rasa Kopi Hitam Asli

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 222 hits
Bercerita mengenai kopi teringat zaman kanak kanak dulu Bila pulang ke kampung Tok Fiza mesti akan buat kopi yang pekat dengan serbuk kopi masih terapung Kalau nak minum perlu tapis sendiri Baunya memang harum satu rumah tapi waktu kita mas...
Aik Cheong Coffee Seteguk Pun Dah Terasa Nikmatnya

Aik Cheong Coffee Seteguk Pun Dah Terasa Nikmatnya

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 403 hits
Kopi merupakan salah satu minuman yang paling digemari ramai orang Pernah cuba minum kopi keluaran Aik Cheong Coffee Kalau tak pernah nie sis nak story sikit Bagi pencinta kopi sudah pasti tahu kenikmatan meminumnya Tak kiralah di pagi hari...
Maklumat Tentang Variasi Baharu Virus Covid19

Maklumat Tentang Variasi Baharu Virus Covid19

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 261 hits
Maklumat tentang variasi baharu virus COVID19 Maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang variasi baharu virus COVID19 yang dikenali B 1 1 7 yang dikesan di UK dan beberapa negara lain termasuk di Singapura FAKTA TENTANG VA...
Ruu Baharu Gangguan Seksual Dikemuka Untuk Dibahas Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Ruu Baharu Gangguan Seksual Dikemuka Untuk Dibahas Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 231 hits
Satu cadangan Rang Undang Undang baharu berhubung gangguan seksual diusulkan di Dewan Rakyat hari ini agar ia dibahaskan pada persidangan akan datang Usul RUU itu dikemukakan ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto selepas lebih 17 500...
Tiga Lagi Maut 1 220 Kes Baharu Covid 19 Kata Kkm

Tiga Lagi Maut 1 220 Kes Baharu Covid 19 Kata Kkm

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 212 hits
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif positif Covid 19 di Malaysia sebanyak 89 133 kes Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 17 Dis Sebanyak 1 220 lagi kes baharu positif Covid 19 1 297 kes sembuh dan tiga kematian dicatat...
Selamat Pengantin Baharu Yana Ikram

Selamat Pengantin Baharu Yana Ikram

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 255 hits
Selamat Pengantin Baharu Yana Ikram 12 Disember Norma baharu Nikah di Pusat Islam Ada majlis sedikit di rumah Ucu Saudara terdekat sahaja Buat sedikit majlis doa selamat Makan makan dan sesi bergambar Tahniah pada kedua mempelai Semoga sent...
Apa Maksud Anjakan Politik Baharu Untuk Ph

Apa Maksud Anjakan Politik Baharu Untuk Ph

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 277 hits
Untuk mengulas lanjut bersama di talian ketika ini Naib Presiden PKR Datuk Dr Xavier Jayakumar SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Me...
Covid 19 1 295 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 1 295 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 197 hits
Oleh PUTRAJAYA Sebanyak 1 295 kes baharu COVID 19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini 87 913 dengan kadar kebolehjangkitan 14 751 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripad...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni