Isytiharkan Harta Hadi Salahkan Dap



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP telah mempengaruhi kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang mewajibkan setiap Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Abdul Hadi berkata, idea pengisytiharan harta kepada orang ramai merupakan teori komunis dan sosialis, justeru beliau tidak menolak kemungkinan langkah tersebut dilaksanakan kerana dibayangi gesaan DAP.

“Kalangan sosialis ini kononnya hendak mengehadkan kekayaan, tetapi ternyata negara sosialis pemimpinnya yang paling kaya sekali.

“Kalau mengisytiharkan harta tetapi menipu, buat apa? Dalam Islam ada aspek spiritual dan hukumnya kita kena tengok kepada keadaan, ada masanya wajib, ada masanya haram dan juga sunat, bukan secara mutlak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu kepada pemberita di kediamannya di Rusila di sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan.

Menurut Abdul Hadi, mengisytiharkan harta diwajibkan kepada individu yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan dan rasuah di samping ‘penyangak’ dalam soal zakat mahu pun cukai.

Bagaimanapun, katanya, jika seseorang itu diketahui tidak memiliki apa-apa harta, maka adalah tidak wajib untuknya berbuat demikian.

“Hukumnya akan jadi haram kalau seseorang itu hendak berbangga dan bermegah dengan harta miliknya.

“Banyak lagi isu lain selain mengisytiharkan harta ini tetapi sebab janji manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat, maka mungkin ia dilaksanakan untuk menutup janji-janji tersebut,” katanya.

Abdul Hadi difahamkan masih tidak ada peruntukan undang-undang khusus mengenai usul mengisytiharkan harta itu dan memerlukan huraian terperinci mengenainya.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Ahli Parlimen parti itu tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta masing-masing dan mencadangkan Dewan Rakyat supaya membuka kaunter di Parlimen bagi membolehkan pengisytiharan harta dalam kalangan Ahli Parlimen dilakukan. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/isytiharkan-harta-hadi-salahkan-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadi Das Kapital Ada Sebut Dak Pasai Isytihar Harta

Hadi Das Kapital Ada Sebut Dak Pasai Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 410 hits
Isytihar harta idea komunis kata HadiPresiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan isytihar harta sebagai konsep ataupun idea komunis dan sosialis Beliau berkata dalam konteks negara ini cadangan untuk mengisytiharkan harta dibayangi oleh penga...
Banyak Negara Arab Amal Isytihar Harta Haji Hadi Tak Perlu Takut

Banyak Negara Arab Amal Isytihar Harta Haji Hadi Tak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 377 hits
Pada 8 Julai 2019Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menunjukkan sama ada dia tidak jujur dan sengaja mengelirukan kem penyokong beliau atau beliau memang kurang bijak berfikiran sempit dan sangat terpesong Dengan menggunakan penipuan u...
Dap Terus Menekan Dalam Bidang Pendidikan

Dap Terus Menekan Dalam Bidang Pendidikan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 262 hits
oleh Dr KamarulKabinet dalam mesyuaratnya pada 24 April 2019 memutuskan untuk mengekalkan kuota 90 Bumiputera dan 10 bukan Bumiputera bagi program matrikulasi dengan menambah bilangan kemasukan pelajar kepada 40 ribu tempat berbanding 25 ri...
Dap Punca Umno Bn Enggan Terima Pelawaan Dr M

Dap Punca Umno Bn Enggan Terima Pelawaan Dr M

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 261 hits
Presiden Umno berkata parti itu dan BN tidak akan menerima pelawaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Bersatu selagi ada pemimpin PH bersekongkol dengan DAP Menggunakan alasan perpaduan Melayu dan Islam Dr Ahmad Zahid Hami...
Tepisan Tun Dr Mahathir Terhadap Asakan Asakan Dap

Tepisan Tun Dr Mahathir Terhadap Asakan Asakan Dap

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 374 hits
Manifesto Pakatan Harapan tidak menyatakan secara jelas apakah jawatan jawatan yang diklasifikasikan sebagai Jawatan Utama Perkhidmatan Awam Tiada jawatan yang dilantik terus oleh YAB Perdana Menteri kerana pelantikan dibuat oleh Seri Paduk...
Dr Mahathir Merestui Langkah Dap Membangsatkan Masyarakat Melayu Islam Dan Bumiputera Malaysia

Dr Mahathir Merestui Langkah Dap Membangsatkan Masyarakat Melayu Islam Dan Bumiputera Malaysia

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 600 hits
Semalam dalam laman blog nie admin buat pencerahan kenapa seruan Dr Mahathir supaya masyarakat Melayu Islam sertai Bersatu MESTI di tolak Secara ringkasnya dalam siaran semalam admin senaraikan beberapa aset yang berpotensi milik masyarakat...
Kan Polis Dah Kena Sound Dengan Pemimpin Dap

Kan Polis Dah Kena Sound Dengan Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 303 hits
Berani betul pihak polis nak tahan wakil rakyat DAP atas tuduhan rogol Kan polis dah kena sound dengan pemimpin DAP Pihak berkuasa perlu ingat amaran dari pemimpin DAP Pahang itu SESIAPA NAK LAWAN PH AKAN DATANG DIA PUN TAK BOLEH AMAN Sepan...
Dap Will Always Be The Whipping Boy For The Far Right

Dap Will Always Be The Whipping Boy For The Far Right

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 326 hits
The search for a scapegoat is the easiest of all hunting expeditions Dwight D EisenhowerIn my last piece I argued that discussions always revolved around the 3Rs because it was hardwired into mainstream Malaysian politics A good example of ...
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Yummy Beef Chilli Recipe Goan

Ayat Al Quran Pertama Yang Diturunka

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Tips Temuduga Spp Untuk Bakal Guru

Resepi Adunan Tepung Ayam Goreng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanda Tanda Orang Yang Mengalami Kemurungan Yang Dia Tak Sedar Pun

Apa Kesan Us Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar

Isu Jalur Gemilang Terbalik Umno Tuntut Tindakan Tegas Utusan Malaysia

Football Association Of Malaysia Facebook

Apakah Benar Ikan Adalah Makanan Untuk Otak Cerdas

Anak Rafizi Diserang Speaker Mahu Penjelasan Menteri Dalam Negeri