Dr Mahathir Merestui Langkah Dap Membangsatkan Masyarakat Melayu Islam Dan Bumiputera Malaysia



Semalam dalam laman blog nie, admin buat pencerahan kenapa seruan Dr. Mahathir supaya masyarakat Melayu Islam sertai Bersatu MESTI di tolak (BACA DI SINI)...

Secara ringkasnya dalam siaran semalam, admin senaraikan beberapa aset yang berpotensi milik masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera telah DI JARAH oleh DAP dengan restu Dr. Mahathir...

Untuk siaran hari ini, admin petik tulisan dari Abdul Muein Abadi, Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)...

Masyarakat Melayu Sudah Kehilangan Kuasa Politik Dan Harta Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan


Baru 1 tahun PH berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara milik masyarakat Melayu Islam dan Bumiputera telah di jual...

Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset telah di jual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah kerajaan Pakatan!!!

Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion)...




Tak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa kerajaan Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih di kenali sebagai MAS) (BACA DI SINI)...


Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Dr. Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (BACA DI SINI)...

Secara terbuka Dr. Mahathir berkata :

"Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan"...

"Kita ada banyak aset"…

"Kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang di miliki kerajaan"…

"Dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan"...

Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya (BACA DI SINI)...


Begitu juga apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng cuba menipu dengan mendakwa bahawa kadar 'pelaburan asing' telah meningkat, sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria (BACA DI SINI)...


Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah kerajaan Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (BACA DI SINI)...


Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah di jual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (BACA DI SINI)...

Pada April 2019 Khazanah di bawah kerajaan Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion...

April 2019 juga, Axiata di bawah kerajaan Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta...


Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah di jual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran (BACA DI SINI)...

DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%...


Menara FELCRA yang di lancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak turut akan di jual oleh kerajaan PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion (BACA DI SINI)...

Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak di namakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham...

Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30...

Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta!!!


Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga di laporkan telah di jual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta (BACA DI SINI)...


Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (BACA DI SINI)...

Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely!!!

Di sebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019...


FGV dan Tabung Haji bawah kerajaan Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (BACA DI SINI)...

Apa Yang TIDAK Di Nyatakan Oleh Lim Guan Eng Ialah
Kerajaan BN Menjualnya Kepada Rakyat Malaysia
Tetapi Kerajaan Pakatan Menjualnya Kepada Warga Asing
Sebuah bangunan 28 tingkat, Konsulat Malaysia di Hong Kong telah di putuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (BACA DI SINI)...


Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut :

"Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings"...

"The JV developed two projects :"

"Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments"...

"According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion"...

"The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion"...

"It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake"...

"Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?" (BACA DI SINI)...

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak 'sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan'...


Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang (BACA DI SINI)...


Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, kita di kejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang!!! (BACA DI SINI)...

Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini...


Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (BACA DI SINI)...

Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong...

Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China...

Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China...

Pelantikan Prof Xiao’ou Tang di lihat susulan daripada lawatan Dr. Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini...


Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) (BACA DI SINI)...

Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran, terutama sekali kepada pihak asing, tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara!!!

Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang...

Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan 'internal mobilization' dan juga 'external extraction'...

'Internal mobilization' bermaksud 'the creation of wealth and an investment in power' (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala 'external extraction' pula ialah 'state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives' (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/ pendapatan dari luar sempadannya yang boleh di gunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik)...

Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini di pandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan, termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran, sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang...

Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah!!!

Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut :

"Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari di gali"...

Pemimpin Melayu dalam Pakatan sibuk dengan perebutan kuasa, penyokong-penyokong mereka pula sibuk menyibarkan fitnah demi fitnah, menyemarakkan api kebencian sesama Melayu, supaya pemimpin pilihan berada di tampuk kuasa, sedangkan pemimpin-pemimpin DAP dengan licik dan secara strategik menjual seberapa banyak yang boleh ekuiti Melayu dalam negara...

Satu soalan admin kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan penyokong mereka, apakah gunanya berada di puncak kuasa sekiranya harta bangsa dan negara sudah terjual sepenuhnya hinggakan untuk anak bangsa menjadi abdi di tanah air sendiri?

Hentikan perpecahan bangsa Melayu, bersama-sama kita menyokong dan mendokong penyatuan ummah demi maruah ugama, bangsa dan tanah air kita..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/07/dr-mahathir-merestui-langkah-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

Orang Melayu Tidak Akan Memaafkan Perbuatan Bersatu Menggadai Hak Dan Posisi Orang Melayu Dan Bumiputera Kepada Dap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 270 hits
1 Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu 2 Malah orang Melayu akan terus menolak Bersatu kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu...
Melayu Bersatu Apa Agenda Mahathir

Melayu Bersatu Apa Agenda Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 259 hits
Melayu Bersatu Ulasan ke atas pelawaan Tun Dr Mahathir HANYA lebih kurang dua tahun dahulu Tun Dr Mahathir membuat pusingan U dan pergi melutut kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan bekerjasama dengan Lim Kit Siang dan Mat Sabu untuk bersama s...
Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

Mahathir Ajak Semua Orang Melayu Termasuk Orang Umno Menyertai Ppbm Atau Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 336 hits
Perdani Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ajak semua orang Melayu termasuk orang Umno menyertai PPBM atau Parti Bersatu demi untuk mengukuhkan kuasa politik orang Melayu
Mahathir Looks Beyond Malaysia S First Century

Mahathir Looks Beyond Malaysia S First Century

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 166 hits
One year after a historic regime change Malaysia s politics remain a combustible cocktail of sleaze and power lust At least the economy is on the right track even if it s nowhere close to fulfilling its potential Over the coming years Malay...
Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 252 hits
Sedekad atau lebih untuk Malaysia kembali jadi Harimau Asia kata Dr Mahathir nbsp Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitk
Jenis Ilmu Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Jenis Ilmu Sihir Dalam Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 1112 hits
Ilmu sihir ilmu hitam santau ini selalu dikaitkan dengan bomoh dan dukun melalui pemujaan makhluk halus Tak puas hati atau dengki ilmu sihirlah yang dicari untuk membalas dendam Memang banyak berlaku dalam masyarakat kita Bahan yang sering ...
Sheikh Umar Melayu Pertama Ketua Pemuda Dap Johor

Sheikh Umar Melayu Pertama Ketua Pemuda Dap Johor

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 338 hits
Sheikh Umar Melayu pertama Ketua Pemuda DAP JohorPosted By on July 07 2019DAP Johor mencipta sejarah apabila sayap Pemuda di negeri itu buat pertama kalinya diterajui oleh ketua dari kalangan pemimpin Melayu Pegawai pilihan raya Dapsy Johor...
4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 201 hits
HENTIKAN SANDIWARA PENYATUAN MELAYU DEMI SERAKAH KUASA Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu Ironinya orang yang me...
Saya Tidak Bersetuju Dengan Saranan Mahathir Agar Kesemua Orang Melayu Bersatu Di Bawah Ppbm

Saya Tidak Bersetuju Dengan Saranan Mahathir Agar Kesemua Orang Melayu Bersatu Di Bawah Ppbm

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 351 hits
Muhammad Khalil Abdul Hadi Saya bersetuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa adalah benar orang Melayu sudah berpecah dan berkecamuk Perpecahan tersebut bertambah buruk dengan wujudnya satu lagi parti politik orang Melayu dengan menjad...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly