Isytihar Harta Satu Kebodohan Tg Haji Hadi



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melihat syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta sebagai satu “kebodohan”.
Katanya, pendekatan itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.
“Isytihar harta ini kadang-kadang satu kebodohan. Nak tunjuk-tunjuk kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas kuliah mingguan di Rusila, Marang, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas sejauh mana parti itu akan turut sama mengikuti langkah PKR dalam pengisytiharan harta.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilapor berkata, setiap calon parti pada PRU15 perlu berbuat demikian bagi memastikan standard yang lebih tinggi untuk pilihan raya akan datang.
Langkah itu juga dikatakan akan menimbulkan keyakinan orang ramai terhadap pilihan raya dan institusi yang mereka berkhidmat sekiranya calon itu mula memegang jawatan.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga penyandang serta calon PAS bagi kerusi parlimen Marang berkata tiada keperluan untuk mengisytihar harta ketika kempen PRU15 ini.
Sebaliknya, Abdul Hadi berkata ia sepatutnya dibuat bertahun lalu.
"Bukan masanya nak isytiharkan harta dalam tempoh dua minggu ini.
“Sepatutnya orang kena tahu bertahun-tahun (dulu) tentang harta kita itu dan masyarakat setempat lebih tahu calon-calon kita di tempat masing-masing dan tak ada guna kita nak bermuka-muka dengan orang," katanya.
Menurut Abdul Hadi lagi, baik pemimpin PAS mahupun calon-calon yang bertanding dalam PRU15 kali ini bukanlah dari kalangan mereka yang memiliki harta yang banyak.
“Harta kita tak banyak, orang lain (calon parti) semua sebut juta-juta tapi kita ratus ribu sahaja tak sampai juta. Tak perlu isytiharlah.
"Memang ada orang kita yang jutawan pun ada, tapi tak terlibat dengan politiklah. Terlibat dengan politik ini, meniaga pun kena sekat,” katanya.
Mengulas sama ada ia akan menjadi masalah sekiranya dimanipulasi pihak lawan, Abdul Hadi berkata ia tak akan berlaku.
Katanya, ini kerana tiada seorang pun pemimpinnya yang terpalit dengan dakwaan sedemikian.
"Dia tak boleh buat apa kepada pemimpin PAS, kerana orang PAS ini didapati tak ada salah laku dan tak terlibat.
"Kita perintah Kelantan, Terengganu, Kedah pun tidak ada seorang pun orang kita yang diheret dan dibicarakan di mahkamah.
"Tapi dalam PH ada, dalam BN pun ada," katanya.
Tambah Abdul Hadi, dia juga tidak bimbang sekiranya pihak lawan melabel kepimpinannya sebagai tidak telus.
Bagaimanapun, jelas Abdul Hadi tidak menjadi satu masalah jika ada pemimpin untuk isytihar harta.
“Tiada masalah untuk pemimpin isytihar harta, tapi janganlah sekadar nak menunjuk dekat orang semata-mata ketika PRU15.
“Janganlah nak isytihar harta pada PRU15 ini semata-mata nak tunjuk kita baik,” jelasnya.
Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharan aset mereka sejak beberapa hari lalu ~ MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/isytihar-harta-satu-kebodohan-tg-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Hadi Bodoh Isytihar Harta

Haji Hadi Bodoh Isytihar Harta

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Syarat PKR supaya calonnya mengisytiharkan harta adalah satu kebodohan kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang Beliau yang juga timbalan pengerusi Perikatan Nasional berkata pendekatan itu seolah olah mahu menunjuk nun...
Mentua Lawan Presiden Haji Hadi Menantu Lawan Mahdzir Khalid

Mentua Lawan Presiden Haji Hadi Menantu Lawan Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 176 hits
Mentua lawan presiden PAS Muaz berdepan gergasi Umno N Faizal GhazaliKetika tempoh berkempen semakin tiba penghujung calon PH bagi kawasan parlimen Padang Terap Muaz Abdullah kekal bersemangat walaupun tokoh yang dicabarnya bukan sembaranga...
Haji Hadi Jawab Anwar Kenapa Dia Selalu Tuang Sidang Parlimen

Haji Hadi Jawab Anwar Kenapa Dia Selalu Tuang Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 183 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata puluhan tahun rakyat Kelantan merana tanpa ada sebarang perubahan dilakukan kerajaan negeri termasuk dalam aspek peningkatan infrastruktur taraf hidup dan ekonomi rakyat Pelbagai ma...
Pengkhianatan Haji Hadi Terhadap Tok Guru Nik Aziz Pula Dibongkar

Pengkhianatan Haji Hadi Terhadap Tok Guru Nik Aziz Pula Dibongkar

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 292 hits
PENGKHIANATAN HAJI HADI TERHADAP TOK GURU NIK AZIZ PULA DIBONGKARKHAIRUDDIN AT TAKIRI DAN NIK ABDUH KENA DEDAHKAN WATIKAH HJ HADI KHIANATI ARWAH TOK GURU NIK AZIZ1 Kenapa Hj Hadi buat Surat Watikah lantik Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar ...
Haji Hadi Ada Lagi Pemimpin Bn Minat Sertai Pn

Haji Hadi Ada Lagi Pemimpin Bn Minat Sertai Pn

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 223 hits
BernamaMARANG Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Abdul Hadi Awang mendakwa ada lagi pemimpin Barisan Nasional menyatakan minat untuk bertanding atas tiket PN pada pilihan raya umum ke 15 Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata permohon...
Awak Tu Pakai Serban Jubah Jangan Buat Fitnah Pesan Anwar Pada Haji Hadi

Awak Tu Pakai Serban Jubah Jangan Buat Fitnah Pesan Anwar Pada Haji Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 253 hits
Tiada kerjasama PH BN lepas PRU15 Awak tu pakai serban jubah jangan buat fitnahBORHAN AHMADDakwaan bahawa Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti hanya fitnah dan imi...
Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

Rafizi Isytihar Harta Aset Bersih Hampir Rm19 Juta

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 214 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18 85 juta Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian Ke...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal