Isu Zakir Penganjur Juga Perlu Disiasat


SUSUPAN MALAM

Zakir terperangkap dalam
mainan politik pandir.KENYATAAN Dr Mahathir Mohamad mengenai Zakir Naik yang memberi gambaran pendakwah itu tidak boleh bercakap soal politik dan menyerahkan kedudukannya kepada siasatan polis, menunjukkan PM itu tidak akan membela Zakir atas alasan persaudaraan Islam atau untuk menyelamatkan dia daripada dikenakan tindakan dibawah undang-undang negaranya, India.

Zakir Naik dikehendaki oleh kerajaan India atas beberapa kesalahan salah satunya melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

Tuduhan ke atas Zakir itu sama seperti tuduhan dikenakan oleh kerajaan Mahathir ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Sebagai PM, Mahathir tentu melihat dan memberi keutamaan kepada keamanan dan keharmonian negara ini terlebih dahulu. Tidak ada keperluan untuknya dan sesiapa sahaja mempertahankan Zakir kalau kedatangannya ke sini menjejaskan keharmonian yang ada.

Kalau Mahathir "membenarkan" Najib didakwa di bawah akta pengubahan wang haram, tidak ada sebab untuk beliau "melarang" kerajaaan India daripada mendakwa Zakir yang dituduh dibawah akta yang sama.

Banyak pihak membuat desakan agar Zakir dibawa keluar daripada negara ini ekoran beberapa kenyataannya yang sensitif dibuatnya. Selain dari 100 laporan polis, berbagai individu politik dan mereka berkedudukan termasuk bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor memberi pendapat agar status diberikan kepada zakir dikaji sebelum.

Malahan Rahim Nor tegas mengatakan Zakir perlu dibawa keluar dari negara ini. Kenyataan Rahim itu dilihat profesional dan jujur kerana beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sekiranya kerajaan terpaksa menghantar Zakir keluar dari negara ini dan keselamatannya terancam, maka parti politik atau pihak yang menganjurkan syarahan berunsur politik pendakwahnya itulah perlu bertanggungjawab. Kontroversi Zakir bermula apabila beliau diundang berucap dalam satu majlis di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu yang dihadiri puluhan ribu.

Dengan mengambil kira kontroversi dan kemarahan orang ramai kepada Zakir bermula di Kota Bharu, maka penganjur di Kota Bharu itulah kena bertanggungjawab. Majlis dihadiri Zakir itu dianjurkan oleh kerajaan Kelantan.

Umum tahu kerajaan Kelantan adalah dibawah pemerintahan parti agama (Pam).

Saya sudah mencatat dalam Facebooks saya, tindakan Pam memanggil Zakir berucap di khalayak adalah tidak sesuai dan membawa maksud politik yang jelas. Apa lagi ia berucap menyentuh perkara politik yang diharamkan buatnya. Dua kenyataan politik yang tidak menunjukkan bijaksana Zakir yang diberikan pemastautin tetap negara ini apabila beliau menyentuh dan mengkritik orang Cina dan India yang sah dan menjadi warga negara ini.

Zakir seperti mana dilaporkan beliau berkata, masyarakat India di negara ini lebih taat kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding dengan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad.

Sementara kenyataan yang menyentuh perasaan orang Cina pula apabila beliau meminta orang Cina meninggalkan Malaysia lebih awal daripadanya, kerana menganggap orang Cina juga sebagai tetamu negara ini sepertinya.

Dua kenyataan itu sangat menyengat dan menimbulkan kemarahan khasnya orang Cina dan India. Zakir sepatutnya tidak menyebut dan menyinggung hal itu dalam usaha mempertahankan dirinya. Beliau sepatutnya lebih hati-hati dan bersikap merendah diri dan tawaquf sesuai sebagai seorang pendakwah bertaraf antarabangsa.

Bagaimana pun Zakir tidak boleh disalahkan seratus peratus. Pihak penganjur juga bertanggung jawab dengan apa yang berlaku. Sepatutnya "tuan kija" (tuan rumah) memberi panduan kepada Zakir sebelum dia berucap. Penganjur sepatutnya lebih sensitif dan membaca implikasi yang bakal berlaku bukannya semata-mata menjadikan Zakir sebagai bahan politik pandir murahan untuk kepentingan Pam.

Justeru bagi saya, dalam kes dihadapi Zakir kini, telah disoal siasat polis dua kali sehingga catatan ini dibuat (jam 8:00 malam) beliau masih di Bukit Aman, pihak penganjur juga perlu dipanggil untuk disoal siasat. Diharap polis khasnya Polis Kelantan tidak melepaskan penganjur yang bertanggungjawab memberi pentas politik kepada Zakir Naik itu.

Apa dihadapi Zakir itu bolehlah dikatakan perangkap untuknya. Satu penganiayaan. Beliau dibenarkan bermastautin di sini atas nama persaudaraan Islam dan demi kepentingan Islam juga. Dengan berlakunya apa yang berlaku ini, maksud baik itu sudah tidak bermakna lagi, sebaliknya kecelakaan untuk semua warga yang berlaku.

Diharap Zakir lebih memahami hati budi dan sosio politik negara ini. Apa disarankan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari (foto) agar beliau melawat ke Melaka untuk mengenal model perpaduan rakyat negara ini sangatlah tepat. Adzly mungkin boleh menyediakan segala kemudahan untuk lawatan Zakir ke Melaka nanti. [wm.kl.11:11 pm 19/08/19] 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/08/isu-zakir-penganjur-juga-perlu-disiasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 323 hits
Beliau telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu isu ini kata Shankar Ganesh
Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 315 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pkr Bincang Isu Zakir Naik Rabu Ini Anwar

Pkr Bincang Isu Zakir Naik Rabu Ini Anwar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 279 hits
Bernama Biro Politik PKR kata Anwar Ibrahim akan menyatakan pendirian parti itu mengenai isu Zakir Naik tulisan Jawi dan Dong Zong Gambar fail SHAH ALAM Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan tiga isu iaitu b...
Zakir Naik Langgar Syarat Pr Jika Ceramah Isu Politik

Zakir Naik Langgar Syarat Pr Jika Ceramah Isu Politik

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 249 hits
Hubungan harmoni antara kaum di Malaysia tidak ada galang gantinya dan tidak boleh dirosakkan oleh sesiapa pun kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata jika Dr Zakir Naik cuba bermain politik dan berceramah isu kaum mengenai ...
Zakir Naik Masuk Campur Isu Perkauman

Zakir Naik Masuk Campur Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 274 hits
Polis perlu siasat penceramah bebas Dr Zakir Naik yang didakwa menyebabkan ketegangan kaum di negara ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agak jelas tindakan dilakukan Zakir apabila terlibat dengan politik perkauman JOHORTIME...
Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 266 hits
SAYA yakin ramai umat Islam belum peka dengan istilah dominan berbanding demokrasi Pagi ini kita menerima berita Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara Saya bukan mahu bercakap tentang pendakwah itu tetapi mengenai ciri dominan...
Isu Zakir Naik Mencari Penyelesaian

Isu Zakir Naik Mencari Penyelesaian

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 200 hits
Lima bulan lalu saya menulis satu artikel untuk The Edge Malaysia Weekly mengenai penceramah Dr Zakir Naik Pada hemat saya ia masih relevan walaupun lima bulan sudah berlalu Artikel asal saya mulakan dengan menghuraikan sebilangan orang Mel...
Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 347 hits
Ia susulan kenyataan Anwar yang tidak bersetuju dengan pendekatan dakwah Zakir yang dilihat menyentuh perkauman di negara ini
Isu Zakir Naik Perlu Ditanggani Secara Berhemah Bila Waytha Nak Minta Maaf Uzar

Isu Zakir Naik Perlu Ditanggani Secara Berhemah Bila Waytha Nak Minta Maaf Uzar

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 605 hits
Oleh Ustaz zaharuddin Abd RahmanMembantu dan memberikan perlindungan kepada Dr Zakir Naik selaku pendakwah Islam yang terdedah kepada bahaya di negaranya adalah suatu maslahat menjaga keharmonian kaum dan kestabilan politik setempat adalah ...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal