Isu Zafrul Selami Makrifatnya


PANDANGAN ISNIN
Zafrul jangan jadi masalah kepada
kerajaan Perpaduan.ISU yang berlegar disekitar Menteri MITI, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti kian panas dan mulai meruap, perlu semua pihak khususnya Umno dan Keadilan melihat isu ini dengan mata hati yang jernih bukan dengan mata politik yang berbaur, bervariasi. Ia kena ditangani dengan cermat, berhemat dan waspada bersifat jauhari mengenali maknikam.

Isu seperti ini walaupun pernah berlaku sebelum ini, tetapi dalam kes Zafrul ini ia sedikit berlainan dan spesifik. Justeru ia kena ditangani dengan cermat, dan berhati hati seperti bidalan yang baru saya cipta ini, “kalau hendak menanak gadung, jangan gadung tidak masak, kayu api habis, periok pula rosak.”

Maksudnya jika hendak melakukan sesuatu perbuatan, menuruti perintah untuk melakukan bagi merealisasikan perintah atau agenda, biar ia berjalan lancar, tidak menjejaskan keharmonian yang ada, apa lagi sampai mendatangkan masalah baru.

Tentang Zafrul ini presiden Keadilan Anwar Ibrahim sudah pun membuka mulut mengesahkan hal ini, ada perundingan peringkat awal, katanya. Ertinya isu perpindahan Zafrul dari Umno ke Keadilan ini wujud dan ada asasnya. Bagaimana pun sebelum itu presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengatakan dia tidak tahu, dan Zafrul tidak memberi tahunya. Mungkin Zahid simpan untuk tidak mendahului Anwar.
Apakah perundingan berlaku antara Zafrul dengan Anwar sahaja? Dan kenapa kalau itu berlaku. Mustahil kalau Umno tidak menghidunya. Sebagai orang yang dilihat baik dan bertaraf profesional tidak manis dan sepatutnya menyembunyikan sesuatu daripada ketua. Kalau itu berlaku, ia tidak munasabah dan tidak jujur kalaupun tidak boleh dituduh khianat.
Dan seperti ada sesuatu yang hendak diralat oleh Zafrul bila dia sendiri mengatakan dia tidak tahu keahlian dalam parti.

Di sini kenapa saya bilang isu ini kena lihat dengan mata hati bukan mata politik. Sebab seperti ada sesuatu yang misteri disebalik perkara ini. Seperti peralihan itu bukan atas kehendak peribadi Zafrul, tetapi seperti ada kuasa dan desakan dari pihak lain, manakala Anwar pula tidak dapat berbuat apa apa melainkan kena uruskan kehendak itu.

Walaupun peralihan itu sesuatu norma dalam politik dan bersifat subjektif, tetapi ia tidak baik dalam hubungan politik Keadilan dengan Umno. Jika ia tidak dilakukan secara telus, dibimbangi ia boleh dianggap perbuatan menikam kawan oleh Umno. Semisalnya kalau peralihan Zafrul itu kerana desakan dan arahan, atau kemahuan pihak lain, sepatatnya pihak yang ingin melaksanakan hasrat itu memanggil kedua-dua pihak menjelaskan mauduk dan duduk perkaranya. Presiden kedua-dua buah parti itu perlu dipanggil atau dirundingkan.

Kerana rundingan itu tidak teluslah menyebabkan timbul pertanyaan dan kemarahan dari kalangan ahli Umno. Sudah ada ahli Umno mencadangkan agar kerjasama politik antara Umno dengan PH dikaji semula. Idea ini merbahaya dan akan menjadi umpan lazat kepada pembangkang untuk mengail rakyat. Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan nada tidak senang dengan kejadian mencuri ahli partinya yang dikebimbangi boleh berlaku perbalahan.

Munasabah bagi Umno kalau mereka marah dan terkilan dengan agenda itu. Ibarat kita memelihara dan membela lembu liar, bersusah payah buat kandang dan cari rumput makanan,  selepas ia besar gemuk dan sado tiba-tiba diambil orang begitu saja tanpa sebarangan bayaran dan rundingan.
Chemistery yang mereka miliki akan mampu
selesaikan masalah.Kita faham mereka yang marah dan terkilan kerana melihat dari lahiriah semata mata tanpa menyelami apa berlaku di dasar sana sampai Zafrul perlu sertai Keadilan. Kalau setakat hendak mengekalkan dia dalam kabinet apakah tidak boleh dengan mengekalkan dia dalam Umno. Cara itu lebih harmonis.

Rahsia dan maknawi ini yang mereka perlu dikorek dan mengetahuinya untuk mendamaikan jiwa. Jika kedudukan dan maknawi ini difahami, kita yakin isu ini tidak berpanjangan dan bersambung dengan masalah-masalah merewelkan keadaan.

Pertamanya, apa yang perlu difahami kenapa Zafrul perlu pindah parti. Apakah Keadilan sahaja menjamin kedudukannya, dan tidak Umno? Jika dilihat atau ditafsirkan yang mahukan Zafrul atas sebab-sebab keistimewaanya, tidakkah boleh dibincang dengan baik dengan Umno memandangkan Zafrul masih menjadi ahli parti itu, dan pernah bertanding atas tikit BN. Saya yakin jika dibuat secara tertib, Anwar sedia melaksanannya tanpa menimbulkan masalah kepada hubungan baik Keadilan dan Umno.

Dan begitu juga dengan Anwar, kita tidak fikir dia begitu memerlukan Zafrul begitu sekali seolah olah tiada tokoh lain untuk menggantinya sebagai menteri MITI. Siapakah Zafrul kepada perjuangan reformasi selama ini. Jika Zafrul dianggap excellent dalam bidang kewangan dan ekonomi masih ramai orang lain yang setanding dengannya dalam Keadilan atau Umno yang kini hanya meriba tangan dan menanam anggur sudah bertahun.

Lantaran itu dalam hal ini saya melihat Anwar terjempit dengan keadaan yang agak menyukarnya untuk tidak melaksanakan agenda itu.

Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada, dan air tidak akan mudik ke hulu jika bumi tidak senget. Begitu juga dalam kes Zafrul ini Anwar tidak jadi seserius itu melayaninya kalau tiada apa-apa.

Namun kita yakin dan percaya kepada kebijaksanaan dan kearifan memahami masalah oleh kedua pemimpin Keadilan dan Umno terutamanya Anwar dan Zahid untuk menghuraikan permasalahan ini. Sejauh mana kemampuan mereka menghadapi isu ini bakal menjadi penentu keeratan hubungan ahli bawahan kedua dua buah parti tersebut hingga pilihan raya umum akan datang dan seterusnya menjamin kesejahtraan kerajaan Perpaduan ini. [wm.kl. 11:28 am 16/12/202].



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/12/isu-zafrul-selami-makrifatnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amirudin Would You Rather Zafrul Jump To Pn

Amirudin Would You Rather Zafrul Jump To Pn

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 158 hits
Selangor Menteri Besar Amirudin Shari is keeping an open mind about the possibility of Tengku Zafrul Abdul Aziz joining PKR He said that parties within the coalition government must look at the bigger picture when discussing the matter We m...
Zafrul Umno Dan Pkr

Zafrul Umno Dan Pkr

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 778 hits
Walau apa pun saya tiada pun membuat apa apa keputusan lagi Ini kata kata Tengku Zafrul Aziz ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dalam kenyataan dikeluarkan malam Ahad lalu berikutan ura ura beliau akan meninggalkan Umno untuk menyertai PKR Ti...
Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

Saarani Nasihat Tengku Zafrul Terus Setia Kepada Umno

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 239 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad berkata jika ahli politik dibenarkan bertukar parti ia akan memberi isyarat salah kepada generasi muda PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Saarani Mohamad menasihatkan Tengku Zafru...
Penjelasan Tengku Zafrul

Penjelasan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 133 hits
1 Saya ingin mengulas tentang berita berkenaan situasi keahlian parti politik saya Sebenarnya saya tiada membuat keputusan mengenai keahlian mana mana parti walaupun seperti yang telah disebut oleh YAB PM pernah ada perbincangan tentang per...
Tak Pelik Jika Tengku Zafrul Melompat

Tak Pelik Jika Tengku Zafrul Melompat

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 172 hits
Saya tidak hairan ada ura ura Tengku Zafrul Abdul Aziz melompat parti Kalau baca senarai jawatan dia memang dia kerap lompat dari jawatan ke jawatan semasa dalam dunia korporat Yang hairan sikit ialah mengapa Presiden PKR merangkap Perdana ...
Tengku Zafrul Ada Berbincang Dengan Pkr Tapi Saya Belum Buat Keputusan

Tengku Zafrul Ada Berbincang Dengan Pkr Tapi Saya Belum Buat Keputusan

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 248 hits
Astro AwaniKUALA LUMPUR Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana mana parti politik biarpun ada membuat perbinc...
Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

Tengku Zafrul Wants Out Over Strained Ties With Umno Warlords Says Source

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 387 hits
Tengku Zafrul Aziz is said to be a valued member of Prime Minister Anwar Ibrahim s administration PETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz may have been driven to explore a future with PKR due to strained ties with Umno warlords stemming from an in...
Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

Hubungan Tegang Dengan Panglima Umno Sebab Tengku Zafrul Mahu Bawa Diri

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 165 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz mungkin terdorong untuk mengintai masa depan dengan PKR disebabkan hubungan tegang dengan panglima panglima dalam Umno berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti me...
Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

Tengku Zafrul Buat Rakyat Tertanya Apa Kurangnya Umno

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 149 hits
Anne MuhammadTengku Zafrul Aziz meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu PETALING JAYA Spekulasi Menteri Pelaburan Perdagangan...
Anda Siapa Chatgpt

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Jjcm Cendol Retro Batu Kikir Matahari Heights Senawang

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Cara Daftar Ahli Public Gold

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Ambil Asid Folik Ibu Hamil Wajib Tahu Ini Sebelum Terlambat

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin Di Rumah Pengantin

Percayalah Allah Genggam Semua Doa Kita Dilepaskan Satu Persatu Di Saat Paling Tepat

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April