Zafrul Umno Dan Pkr


 
“Walau apa pun, saya tiada pun membuat apa-apa keputusan lagi”. Ini kata-kata Tengku Zafrul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dalam kenyataan dikeluarkan malam Ahad lalu berikutan ura-ura beliau akan meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.
‘Tiada pun membuat apa-apa keputusan lagi’ bererti belum buat keputusan. Maksudnya beliau tidak membuat pengakuan atau ketetapan akan kekal bersama Umno yakni tidak akan keluar parti.
Beliau sekadar menyatakan belum membuat keputusan, ertinya mungkin memutuskan untuk kekal mungkin juga akan keluar parti dan masuk PKR atau mana-mana parti. Dalam konteks masa kini PKR kerana beliau mengakui ‘saya pernah ada berbincang dengan PKR’.
Perhatikan lagi apa kata Zafrul: “Saya berpegang kepada prinsip apabila saya membuat sesuatu keputusan sudah tentu saya akan membuatnya dengan penuh adab dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti saya.”
Saya kira kata-kata itu ditujukan kepada beberapa pemimpin Umno termasuk Asyraf Wajdi, Akmal Saleh, dan Wan Rosdy Ismail yang membuat kenyataan terbuka menegur keras PKR agar jangan cuba memikat ahli parti mereka, sekali gus ‘kenen’ Zafrul.
Kata Zafrul lagi, “sejak isu ini mula diketengahkan saya tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan Umno untuk bertanyakan isu sebenar.”
Bukan itu sahaja kata-kata yang boleh dilihat dituju kepada Umno. Perenggan empat dalam kenyataannya Zafrul berkata, “saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda cah keting dan sebagainya.”
Memang benar kata Zafrul bahawa rakyat sudah muak malah benci dengan politik remeh dan tidak sihat, serangan belakang tabir dan cah keting. Bagi saya beliau menuduh politik ‘kotor’ itu dimainkan oleh Umno dalam Umno. Jika meragui anggapan saya perhatikan kata-kata Zafrul seterusnya, “Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks Umno Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu Umno Selangor”. Adakah beliau ingin membayangkan perkara itu juga dimainkan pada peringkat Umno pusat?
Imbau 6 April lalu. Zafrul meletak jawatan bendahari Umno Selangor dan mendakwa tiada usaha gigih memperbaiki parti di negeri itu selepas kalah teruk pada PRN Ogos lalu. Itu April. Dalam kenyataan 16 Disember lalu kata beliau, “justeru dalam memilih wadah perjuangan politik yang sesuai bagi pembangunan rakyat dan negara seterusnya seperti yang dinyatakan saya pernah berbincang dengan PKR.”
Adakah ini bererti Zafrul melihat PKR, bukan Umno, yang boleh menawarkan wadah perjuangan politik sesuai untuk membangunkan rakyat dan negara?
Zafrul bagaimanapun mendakwa perbincangan awal beliau dengan PKR tidak membabitkan tawaran jawatan di Selangor atau pilihan raya kecil diadakan bagi membolehkan tawaran menjadi realiti. Apa pun yang jelas Zafrul dengan Umno sudah tidak serasi. All is not right.
Anwar Ibrahim, perdana menteri yang juga presiden PKR, mengesahkan memang ada perbincangan awal berhubung penyertaan Zafrul ke partinya. Menurut beliau PKR tidak membuat jemputan untuk menyertainya tetapi akan memberi pertimbangan kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli.
Sebelum ini kata Anwar, PKR pernah menerima ahli Amanah menyertainya walaupun parti itu komponen Pakatan Harapan.
“Prinsipnya kita ambil sikap terbuka orang yang boleh beri sumbangan kepada parti tapi secara baik supaya hubungan kita dengan parti-parti lain termasuk Umno tidak terjejas,” kata Anwar.
Mengambil kira kata-kata itu persoalannya apa sumbangan yang boleh diberi Zafrul kepada PKR? Apa value added yang dibawa? Bukanlah rahsia Zafrul tidak ada sokongan akar umbi kuat dalam Umno. Berdasarkan apa yang sedang berlaku boleh dikatakan beliau agak ‘keseorangan’ dalam Umno sekarang.
Beliau juga tidak pernah menang sebarang pilihan raya. Kedudukan Zafrul dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri, dan sekarang Anwar adalah atas pelantikan.
Mengambil kira lagi kata-kata Anwar yang disebut tadi yakni menerima (keahlian) secara baik supaya hubungan dengan parti lain termasuk Umno tidak terjejas, Umno sedang marah atau kelihatan marah dan sudah pun menyatakan kemarahan. Tentu Anwar yang cukup berpengalaman dalam arena politik boleh atau telah menjangka kemarahan ini. Namun beliau terus juga mengizinkan PKR berunding dengan Zafrul. Mengapa?
Saya kira something is cooking tetapi saya tidak tahu apa.
Persoalan yang logik menyusuli ialah adakah PKR akan terima Zafrul sebagai ahli? Apa pula yang akan Umno lakukan? Kesetiakawanan kerajaan tidak terjejas? Tidak ada perpaduan lagi dalam kerajaan perpaduan?
Semua itu meskipun wajar ditanya tetapi bagi saya agak premature untuk diulas sebab Zafrul belum buat keputusan. Kita tunggu langkah Zafrul seterusnya. Bak kata orang bola di kakinya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/zafrul-umno-dan-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bantah Zafrul Lompat Parti Sertai Pkr

Umno Bantah Zafrul Lompat Parti Sertai Pkr

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 220 hits
Malaysiakini nbsp Umno membantah rancangan yang dikatakan melibatkan Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan parti dan menyertai PKR Setiausaha Agung parti Asryaf Wajdi Dusuki berkata Umno tidak akan menerima dan membenarkan lompat parti bagi...
Tiada Sebarang Pemakluman Tengku Zafrul Keluar Umno Ahmad Zahid

Tiada Sebarang Pemakluman Tengku Zafrul Keluar Umno Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 360 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain Foto Facebook...
Penyertaan Tengku Zafrul Ke Pkr Boleh Cetus Dilema

Penyertaan Tengku Zafrul Ke Pkr Boleh Cetus Dilema

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 269 hits
Nora MahparPETALING JAYA Cakap cakap penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tengku Zafrul Aziz ke PKR boleh mencetuskan dilema dalam kerajaan perpaduan jika menjadi realiti kata penganalisis Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berk...
Zafrul To Jump Ship To Pkr Selangor May Have A New Chief Minister Amiruddin Taking Over Miti Minister

Zafrul To Jump Ship To Pkr Selangor May Have A New Chief Minister Amiruddin Taking Over Miti Minister

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 210 hits
Born with a silver spoon Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz has everything he can ever dream of except one thing winning an election From being Bersatu s poster boy to show that the Malaysian United Indigenous Party has a Malay professional an...
Tengku Zafrul Masuk Pkr Belum Ada Borang Diterima Kata Fuziah

Tengku Zafrul Masuk Pkr Belum Ada Borang Diterima Kata Fuziah

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 293 hits
Hariz MohdSetiausaha Agung PKR Fuziah Salleh hari ini berkata dia setakat ini tidak menerima borang permohonan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz untuk menyertai parti itu Bercakap kepada Malaysiakini Fuziah berka...
Tengku Zafrul To Join Pkr

Tengku Zafrul To Join Pkr

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA A move is underway for Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz to join PKR The Investment Trade and Industry Minister is expected to leave Umno with top level negotiations completed for his entry into the new party In April Tengku Zafrul qu...
Pkr Mocked As Parti Kutip Rubbish For Accepting Umno Renegade Zahidi

Pkr Mocked As Parti Kutip Rubbish For Accepting Umno Renegade Zahidi

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 132 hits
SURELY some Pakatan Harapan backers are taken aback by the decision of PKR to admit former UMNO supreme council member Datuk Zahidi Zainul Abidin into the component party This had led to the mocking of PKR as Parti Kutip Rubbish for willing...
Rundingan Kemungkinan Tengku Zafrul Sertai Pkr Sedang Berjalan

Rundingan Kemungkinan Tengku Zafrul Sertai Pkr Sedang Berjalan

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 259 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul Aziz meninggalkan Umno untuk menyertai PKR dengan keputusan dijangka dibuat dalam dua hari lagi kata sumber dalaman Umno Selangor Jika Tengku ...
Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

7 Cara Mengatasi Rambut Rontok Berlebihan Yang Wajib Dicoba

The Boys Trio Korban Setia Chord

Resepi Kek Marjerin