Isu Tiada Air Diana Danielle Beng4ng
Gangguan bekalan air di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang dijangkakan berlarutan sehingga empat hari lagi membabitkan 1.2 juta akaun penduduk disebabkan pencemaran air mentah di kawasan Sungai Gong.
Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Datin Diana Danielle atau lebih mesra dengan panggilan D mahukan hukvman berat dikenakan kepada pesalah yang mencemarkan air Selangor kerana perbuatan itu bukannya kesalahan kali pertama.
D membuat kenyataan tersebut di Instagram miliknya kerana menganggap perkara tersebut mampu menimbulkan masalah lain kepada penduduk seperti kluster air Selangor kerana kita masih lagi belum pulih daripada wab4k Cov1id-19.
“Saya tunggu pihak berkuasa jatuhkan hukvman yg berat kepada pesalah yg mencemarkan air Selangor, bukan kali pertama kan? Tak releven hanya denda saja. During a pandemic lagi ni, atau tak kisah isu ni berulang lagi dan lagi, dan mungkin boleh mencetuskan #CLUSTERAIRSELANGOR?
“These factories kalau sekadar compound rm60k dia heran ke? Tu celah gigi je lah, sebab tu dia buat lagi, apa ada hal tiap sudut pun dah kawtim ye dak? Peniaga kecil yang perlukan supply of water ni macam mana pula? Orang-orang tua, yg kurang sihat di rumah mereka macam mana pula? h0spitals, nursing homes? Neighbourhoods, schools? The risks are so great during this really fragile time,” tulis D panjang lebar.
Tambah D lagi, tuan punya kilang sepatutnya lebih peka dan tahu untuk menjaga sisa buangan industri dan bukannya menyusahkan orang ramai.
“Kepada owner kilang ni semua, dengar ye, KALAU TAK RETI NAK MANAGE YOUR INDUSTRIAL WASTE PROPERLY AND TAK ADA CIVIC CONSCIOUSNESS, TAK PAYAH BUKAK KILANG. Kan dah menyusahkan berjuta rakyat. BIJAKKAN diri dulu! Kecik kecik tak nak —— bila besar menyusahkan sejota orang!
“WE CANT AFFORD TO HAVE WATER RESTRICTED DURING A PANDEMIC, YOU ARE RISKING LIVES. So to the factory owner and pihak berkuasa, please show us the law applies to them TOO. I am waiting and i am hoping for updates on this factory,” tulis D dalam nada tegas.
Dalam satu lagi entri di Instagramnya, D berkongsi gambar bagaimana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan bekalan air. Perkara tersebut membimbangkan kerana bakal menimbulkan masalah lainnya.
“Macam nilah boleh terjadi #klusterairselangor, kalau dah basic necessities pun orang kena berebut. Lupakan sekejap angan-angan sampai ke marikh kalau benda sebasic ni pun tak lepas lagi,” tulis D pada entri tersebut.
Datin Diana Danielle antara selebriti yang sering bersuara terutamanya tentang kepentingan dan keperluan rakyat Malaysia dan dia tidak ragu-ragu untuk menyatakan pendapatnya.
Netizen luah rasa kec3wa & g3ramNetizen membanjiri media sosial semalam dengan luahan rasa kecewa dan geram berikutan masalah gangguan bekalan air tidak berjadual sejak Khamis yang menjejaskan 1.2 juta pengguna di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Ramai yang mempersoalkan mengapa masalah ini berulang dari tahun ke tahun dan memohon pihak berkaitan agar menangani isu ini dengan bertanggungjawab, malah ada juga yang tidak dapat menahan diri daripada meninggalkan komen berbaur sindiran berhubung perkara itu.
Seorang pengguna Facebook, Amri Karim cuba memberikan fakta sebenar kepada pihak berkuasa mengenai jumlah kompaun yang dikenakan sebanyak RM60,000 ke atas sebuah kilang yang did@kwa dalang di sebalik pencemaran air itu, adalah tidak berbaloi.
“Denda RM60,000, yang kena 1.2 juta pengguna. Kalau RM60,000 itu bagi kepada 1.2 juta orang, dapatlah seorang lima sen…”
Berdasarkan siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, didapati bahawa kilang di Rawang yang melakukan pembaikan dan penyelenggaraan mesin berat itu menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor.
Malah, ini bukan kali pertama kilang itu menyebabkan pencemaran bau di sungai kerana kompaun RM60,000 itu dikenakan terhadap kilang terbabit pada Mac lepas, semasa fasa pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seorang lagi pengguna, Fei Meng berkata dia terfikir untuk menyam4n pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap isu ini dengan menyatakan.
“Bolehkah kita saman Air Selangor, LUAS, SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) dan kerajaan kerana ketidakcekapan dan gagal melaksanakan tugas untuk menjamin dan melindungi sumber air yang merupakan elemen paling penting bagi kehidupan…”
Bagi Jynna Ong, pelaku terhadap masalah ini perlu bertanggungjawab dan dihukvm berat sekiranya didapati bersalah.
“Dalang di sebalik masalah ini harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana menyebabkan kesengsaraan, kesusahan dan kese3ksaan kepada 1.2 juta penduduk Lembah Klang atau lebih!…”
Sementara itu, Ajay Dev menggesa Air Selangor untuk memandang serius perkara ini dan memikirkan bagaimana rakyat perlu menanggung masalah ini yang sering berlaku.
Heeran Kaur dari Petaling Jaya pula memuat naik petisyen untuk mengklasifikasi pelakunya sebagai pengg4nas kesihatan dan alam sekitar.
Air Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Loji Raw4tan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah mula beroperasi semula secara berperingkat pada pvkul10.30 malam tadi dan mengambil masa kira-kira 10 jam untuk aktiviti mencuci dan mengepam sebelum dapat beroperasi sepenuhnya.
Sumber : Bernama & Malaysia Gazzette
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber : MB
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/09/isu-tiada-air-diana-danielle-beng4ng.html