Isu Skandal Seks Exco Melaka Mesti Diselesai Melalui Proses Undang Undang




Sudah hampir seminggu berlalu sejak isu skandal seks seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka terdedah kepada umum, malangnya sehingga ini masih tidak ternampak proses undang-undang mahu di ditegak dan didaulatkan.


Sementara Exco terbabit sekadar membuat penafian, tetapi enggan membuat laporan polis, Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh pula hanya mengkategorikan semua pendedahan itu sebagai fitnah di era media sosial yang semakin berkembang.


Tindakan sedemikian sebenarnya masih jauh daripada memadai kerana yang dituduh adalah seorang Exco yang bermakna ini adalah melibatkan maruah kerajaan negeri.


Menafikan dan mengatakan ia sebagai fitnah tidak membersihkan nama Exco terbabit dan kerajaan negeri selagi tiada siasatan melalui proses undang-undang dijalankan.


Hanya setelah siasatan dilakukan, Exco terbabit dan wanita berkenaan diambil keterangan dan pihak yang menularkan video serta tangkap layar perbualan juga disiasat sama, barulah selepas itu boleh ditentukan sama ada kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah berlaku atau sebaliknya.


Jika didapati tiada apa-apa kesalahan boleh dibuktikan, maka dengan sendirinya imej kerajaan negeri Melaka dapat digambarkan sebagai bersih dan tidak terpalit lagi dengan sebarang kekotoran yang memalukan.


Apatah lagi, dalam skandal seks itu, ia bukan saja melibatkan perlunya siasatan di bawah bidang kuasa pihak polis, tetapi juga SPRM dan majlis agama.


Ini kerana, berdasarkan video dan tangkap layar perbualan yang didedahkan, semacam ada kesalahan jenayah, rasuah dalam bentuk seks, hubungan seks haram, malah juga menyebarkan fitnah.


Dalam hal ini, meskipun Exco terbabit dilaporkan enggan membuat laporan polis, Ab Rauf selaku ketua kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah murni untuk membersihkan imej pentadbirannya.


Beliau bukan saja harus memastikan siasatan oleh pelbagai agensi penguatkuasa dilakukan dalam kadar segera, malah sepatutnya juga mengarahkan Exco berkenaan bercuti sementara proses siasatan dijalankan.


Kes ini tidak boleh disembunyikan atau disapu di bawah karpet kerana akhirnya yang akan tercalar dan memikul beban ialah Ab Rauf sendiri selaku Ketua Menteri yang baru saja menerajui Melaka.


Selagi proses siasatan mengikut undang-undang tidak dilakukan, Ab Rauf akan dilihat oleh rakyat sebagai sama tidak bersih dan seolah-olah cuba melindungi kesalahan Exconya sendiri.


Sebelum pihak-pihak luar tampil membuat lebih banyak laporan, baik kepada polis, SPRM dan pejabat agama sehingga akhirnya pihak berkuasa terbabit tiada pilihan lain selain membuka kertas siasatan, Ab Rauf mesti mengambil peluang ini untuk lebih dahulu menunjukkan sikap pro aktif dengan beliau sendiri mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan demi imej kerajaan negeri yang sedang dipimpinnya.


Ayuh Ab Rauf, jangan berlengah lagi menunjukkan nilai-nilai kepimpinan murni yang boleh dibanggakan oleh rakyat Melaka.


Belajar daripada pengalaman sebelum ini di mana ada seorang bekas Ketua Menteri Melaka terpalit dengan skandal seks, kini adalah peluang Ab Rauf untuk memperlihatkan dirinya bukan pelindung kepada skandal seks. – ShahbudinHusin 30/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/isu-skandalseks-exco-melaka-mesti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Km Melaka Isu Skandal Seks Exco Melaka Betul Atau Tidak Saya Anggap Fitnah

Km Melaka Isu Skandal Seks Exco Melaka Betul Atau Tidak Saya Anggap Fitnah

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 329 hits
Malaysiakini Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menganggap kontroversi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita sebagai fitnah dan boleh berlaku kepada sesiapa s...
Ngo Lapor Sprm Berhubung Dakwaan Rasuah Seks Libatkan Exco Melaka

Ngo Lapor Sprm Berhubung Dakwaan Rasuah Seks Libatkan Exco Melaka

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 247 hits
Skandal wanita seorang Exco MelakaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa menyiasat dakwaan rasuah seks melibatkan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dengan seorang wanita yang tular baru baru ini Sebuah pertubuhan b...
Semangat Bos Mesti Lalui Dengan Tabah Walau Terpalit Kontroversi Curang Peminat Tetap Beri Sokongan Pada View Chin

Semangat Bos Mesti Lalui Dengan Tabah Walau Terpalit Kontroversi Curang Peminat Tetap Beri Sokongan Pada View Chin

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 212 hits
Skandal di antara pempengaruh TikTok dan pemilik perniagaan View Chin dan pekerjanya Mira masih menjadi bualan hangat ramai netizen di media sosial Rata ratanya memberikan kecaman hebat buat mereka berdua selepas isteri View Chin dikenali s...
Kuih Batang Baru Mesti Tak Pernah Dengar Kan Guna Kulit Popia Je Senang

Kuih Batang Baru Mesti Tak Pernah Dengar Kan Guna Kulit Popia Je Senang

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 293 hits
Pertama kali dengar nama kuih raya batang baru Ini kuih batang buruk alaf baru yang lebih mudah dan menjimatkan masa sebab resipi yang dikongsikan oleh saudari MJ ini menggunakan kulit popia Bahan bahan 1 paket kulit popia 2 cawan tepung gr...
Perbezaan Guna Sebelum Baik Sebelum Pada Label Makanan Mesti Tahu

Perbezaan Guna Sebelum Baik Sebelum Pada Label Makanan Mesti Tahu

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 255 hits
Ramai tak tahu beza Guna Sebelum Baik Sebelum dekat label makanan minuman Selalunya kita tengok tarikh expired tu je Sebenarnya ada beza mesti ada sebab kenapa ada label macam tu Jom kita selongkarJangan Lupa Like Share Komen
Dr M Himpun Kumpulan Anti Anwar Melalui Proklamasi Melayu Kata Penganalisis

Dr M Himpun Kumpulan Anti Anwar Melalui Proklamasi Melayu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 172 hits
freemalaysiatoday com04 May 2023 8 30amBagaimanapun penandatanganan proklamasi oleh beberapa pemimpin pembangkang itu juga boleh membawa kepada percubaan untuk menggulingkan kerajaan perpaduan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemi...
Nak Jatuhkan Kerajaan Mesti Berani Seperti Anwar

Nak Jatuhkan Kerajaan Mesti Berani Seperti Anwar

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 147 hits
Minggu lalu sekali lagi timbul desas desus mengenai komplot untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim Kali ini komplot itu dikatakan akan dicetuskan melalui tindakan sejumlah Ahli Parlimen BN meletakkan jawatan secara sere...
Kerajaan Galak Pepecahan Melalui Sekolah Persendirian Cina Profesor

Kerajaan Galak Pepecahan Melalui Sekolah Persendirian Cina Profesor

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 251 hits
Foto Sarjana Media dan Sejarah Profesor Ahmad Murad MericanKUALA LUMPUR 27 April 2023 Profesor Ahmad Murad Merican seorang sarjana media dan sejarah telah mengkritik sistem pendidikan sekolah swasta di Malaysia yang telah menentang amalan p...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor