Dr M Himpun Kumpulan Anti Anwar Melalui Proklamasi Melayu Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Lynelle Tham04 May 2023, 8:30am

Bagaimanapun, penandatanganan proklamasi oleh beberapa pemimpin pembangkang itu juga boleh membawa kepada percubaan untuk menggulingkan kerajaan perpaduan.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu menandatangani ‘Proklamasi Melayu’ selepas pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Penandatanganan “Proklamasi Melayu” Dr Mahathir Mohamad oleh beberapa pemimpin pembangkang adalah usaha untuk mengumpulkan mereka yang menentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelang PRN, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, menghimpunkan kumpulan “anti-Anwar” akan mengukuhkan pengaruh pembangkang dalam kalangan pengundi Melayu.

“Dengan Proklamasi Melayu ini, pembangkang dapat memupuk sentimen Melayu terutama dalam kalangan penyokong tegar mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya kepada FMT.

James Chin dari Universiti Tasmania turut bersependapat dan berkata Mahathir hanya mengumpulkan kumpulan “anti-Anwar” bagi menunjukkan betapa kuatnya mereka apabila bersatu.

“Mereka semua berkongsi matlamat yang sama iaitu menjatuhkan Anwar. Mereka boleh menguji kekuatan ini semasa semasa berlangsungnya PRN di enam negeri akan datang,” katanya.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu dilaporkan menandatangani proklamasi berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir.

Tiga pemimpin Bersatu – Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu, Ketua Penerangan Razali Idris dan Ahli Majlis Tertinggi Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid – juga telah menandatangani dokumen itu atas kapasiti peribadi mereka.

Minggu lalu, Mahathir, yang sebelum ini pernah mengkritik PAS, berkata rakyat tidak perlu takut dengan pengaruh “gelombang hijau” Perikatan Nasional, sambil menunjukkan bahawa Malaysia menyaksikan pembangunan pesat apabila ia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

Sementara itu, Tunku Mohar Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata seseorang perlu berhati-hati apabila menandatangani proklamasi kerana ia boleh membawa kepada percubaan untuk menggulingkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan perpaduan tidak sepatutnya menjadikan perkara itu satu kebimbangan kerana bukan mudah untuk mengulangi Langkah Sheraton.

“Situasi hari ini berbeza kerana kini terdapat undang-undang anti-lompat parti dan memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh parti komponen dalam kerajaan perpaduan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/dr-m-himpun-kumpulan-anti-anwar-melalui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Melayu Sedang Ditipu Terang Terangan Kata Hadi

Orang Melayu Sedang Ditipu Terang Terangan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 478 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 9 2023 10 38 AMPresiden PAS Abdul Hadi Awang sekali lagi mengajak orang Melayu menyertai perpaduan yang diusahakannya agar bangsa berkenaan dapat diselamatkan sekali gus mencontohi langkah yang didakwanya dil...
Melalui Jalanan Naik Melalui Jalanan Juga Anwar Akan Tumbang

Melalui Jalanan Naik Melalui Jalanan Juga Anwar Akan Tumbang

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 330 hits
satuberita myBy May 1 2023Demontrasi aman dan Pelancaran Gerakan Rakyat diadakan hadapan pusat beli belah Sogo Kuala Lumpur hari iniSERAMAI 12 individu berpakaian kuning membawa belon kuning berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo Kuala ...
Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

Proklamasi Melayu Menuju Lesu Bakal Gagal Sebagaimana Tun Mahathir Ditolak Pada Pru15 Lalu

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 318 hits
Walau apa jua hujah yang cuba disimpang siurkan secara umumnya semua orang sedar Proklamasi Melayu yang merupakan sebuah gerakan tajaan Tun Mahathir Mohamad adalah bertujuan untuk membawa orang orang Melayu menjauhi dan menolak kepimpinan A...
Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

Proklamasi Melayu Boleh Sukses Jika Najib Razak Yang Menerajui Nya

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 336 hits
Oleh Adam MalikTindakan Mahathir tiba tiba ujudkan sebuah gerakan dinamakan Proklamasi Melayu mendatangkan syak wasangka bagi pihak pihak yang mengenali tabiat Mahathir Sekian lama memerintah negara sekitar 24 tahun jumlah nya dan sebanyak ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi