Isu Peruntukan Kuil Mic Kedah Tunjuk Bukti Gesa Mb Cakap Guna Fakta
  B Nantha Kumar  
MIC  Kedah hari ini mendedahkan beberapa keping gambar dan surat rasmi  Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai bukti peruntukan disalurkan kepada  rumah ibadat ketika pemerintahan BN di negeri tersebut.
Ini  selepas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor meminta  pihak yang mengecam keputusan kerajaan negeri tidak memperuntukkan dana  khas kepada rumah ibadat bukan Islam supaya menunjukkan bukti bantuan  seumpama itu pernah disalurkan sebelum ini.
"Saya berasa pelik dan kecewa dengan menteri besar Kedah yagn tidak membuat home work sebelum membuat kenyataan.
"Dia  kata tidak pernah ada kerajaan negeri atau pusat memberi peruntukan  khas kepada kuil. Nampaknya, dia tidak seperti pemimpin Umno di mana  tidak pernah mempunyai sikap mengambil tahu kebajikan masyarakat Cina  dan India.
"Dia minta tunjuk bukti. Dan ini kita ada bukti," kata Pengerusi MIC Kedah S Ananthan kepada Malaysiakini.
Terdahulu, MIC Kedah berkongsi beberapa keping gambar kepada Malaysiakini yang dipercayai diambil dalam majlis penyerahan cek untuk sekolah Tamil, kuil dan NGO negeri Kedah.

Gambar yang ditunjukkan S Ananthan sebagai bukti penyerahan cek sekolah Tamil, kuil dan NGO di Kedah.Majlis itu diadakan pada 24 Januari 2018, dirasmikan oleh bekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah.
Manakala,  surat rasmi dari JPM bertarikh 11 Disember 2017 memaklumkan bahawa  perdana menteri (bekas) Najib Abdul Razak meluluskan dana RM480,000  untuk penyeleggaraan dan baik pulih rumah ibadat masyarakat India dan  NGO negeri Kedah.

Gambar yang ditunjukkan S Ananthan sebagai bukti penyerahan cek sekolah Tamil, kuil dan NGO di Kedah."Saya  percaya kami telah tunjukkan bukti diminta oleh MB Kedah. Dan nasihat  saya kepadanya jika nak buat kenyataan biar berdasarkan fakta.
"Lepas ini kita nak lihat apa lagi alasan dia (MB Kedah) nak bagi," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Sanusi mencabar MIC untuk menunjukkan bukti terdapat peruntukan khas kepada kuil di negeri Kedah.
"Bantuan  kepada kuil, boleh tunjukkan kepada saya di mana, bila, tahun berapa,  negeri atau pusat telah meluluskan peruntukan kepada kuil-kuil dan rumah  ibadat.
"Kalau ada kita boleh tunjuk contoh, memang tidak ada,"  kata Sanusi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada  25 November.

Surat dari Jabatan Perdana Menteri yang ditunjukkan S Ananthan sebagai bukti.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/isu-peruntukan-kuil-mic-kedah-tunjuk.html