Bekas Exco Pemuda Mic Kritik Belanjawan Kedah Isu Dana Kuil



Bekas exco Kedah Dr R Summugam berkata dia kesal dengan ketiadaan peruntukan terhadap rumah ibadat bukan Islam di negeri itu dalam belanjawan yang dibentangkan minggu lepas.
Summugam juga berkata dia kesal dengan jawapan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan perkara itu, yang menurutnya menguris hari masyarakat India.
“Tidak pernah kita dengar mana-mana kerajaan negeri Kedah sebelum ini tolak peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam.
“Bermula BN, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan semua beri peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam.

R Summugam   
“Semua MB ketika itu adalah Melayu dan Islam. Tidak timbul isu agama rasmi dan sebagainya. Malah, saya pernah dengar Kerajaan negeri Kelantan pun membantu tempat ibadat bukan Islam.
“Maka, saya meminta MB Kedah supaya kaji semula supaya memberikan peruntukan menerusi peruntukan khas menteri besar kepada tempat ibadat bukan Islam,” kata wakil rakyat PKR itu kepada Malaysiakini.
Summugam yang juga Adun Bukit Selambau mengulas ucapan Belanjawan 2021 Kedah oleh Sanusi.

Muhammad Sanusi Md Nor   
Ketika menjawab permintaan Summugam yang meminta RM500,000 untuk kuil dan RM500,000 untuk sekolah Tamil, Sanusi menjawab:
“Cuma kalau Bukit Selambau nak peruntukan untuk kuil, saya rasa mungkin itu susah untuk dilaksanakan, kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Agama Islam, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) itu atas dasar Islam adalah agama rasmi persekutuan.
“Kerajaan negeri membantu bukan dasar agama. Kita bagi atas dasar pendidikan membina dewan itu boleh. Saya boleh bincang dan sembang bila-bila boleh,” tambah Sanusi lagi.
Macam kelas ketiga – MIC
Sementara itu, Pemuda MIC Kedah berkata tindakan seolah-olah melayan masyarakat bukan Melayu sebagai “warga kelas ketiga”.
Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MIC S Sasitharan berkata pendirian menteri besar seolah-olah gagal mengakui kewujudan 25 peratus penduduk Kedah bukan Melayu dan beragama Islam.
“Kita amat menyesali tindak tanduk MB Kedah dalam soal ini dan pada hemat kami – seluruh masyarakat India di negeri Kedah – Sanusi tidak layak dan sesuai untuk memimpin Kedah dan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” tambahnya.
Jangan persoal kontrak sosial, kata PAS
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya mempertahankan kerajaan negeri sebagai membela semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik.
“Berulang kali beliau menyebut dalam sidang tersebut beliau telah bersetuju berunding dengan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama dan sekiranya terdapat mana-mana polisi serta tindakan yang menindas kaum minoriti di negeri bertuah ini, mereka akan diberi keutamaan yang sama rata.
“PAS Kedah mengingatkan tidak perlu dipersoalkan kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang telah sedia ada.
“Tidak perlu menyebut bagaikan dilayan seperti warga kelas ketiga,” katanya.

Ahmad Yahaya   
Ahmad menyeru aktivis dan wakil komuniti India segera ke meja perundingan.
The post Bekas exco, Pemuda MIC kritik belanjawan Kedah isu ‘dana’ kuil appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/23/bekas-exco-pemuda-mic-kritik-belanjawan-kedah-isu-dana-kuil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peruntukan Kuil Mic Kedah Tunjuk Bukti Gesa Mb Cakap Guna Fakta

Isu Peruntukan Kuil Mic Kedah Tunjuk Bukti Gesa Mb Cakap Guna Fakta

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 420 hits
MIC Kedah hari ini mendedahkan beberapa keping gambar dan surat rasmi Jabatan Perdana Menteri sebagai bukti peruntukan disalurkan kepada rumah ibadat ketika pemerintahan BN di negeri tersebut Ini selepas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhamm...
Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 438 hits
Penganalisis politik bebas Dr Jeniri Amir berpandangan tindak tanduk Ku Li yang penuh muslihat menunjukkan seolah olah pemimpin paling lama berkhidmat dalam Dewan Rakyat itu masih memiliki agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri Dalam...
Honda Accord Baharu Untuk Exco Kedah

Honda Accord Baharu Untuk Exco Kedah

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 335 hits
MALAYSIA DATELINELebih 10 kereta Honda Accord baharu dengan nombor pendaftaran K dikatakan telah dibeli oleh kerajaan negeri Kedah Dua deretan kereta itu yang diparkir di perkarangan sebuah bangunan tular dalam satu video tular di media sos...
Macai Ph Fitnah Lagi Honda Accord Untuk Ketua Jabatan Bukan Exco Kata Mb Kedah

Macai Ph Fitnah Lagi Honda Accord Untuk Ketua Jabatan Bukan Exco Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 308 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata dakwaan pembelian 12 buah kereta jenis Honda Accord 1 5 yang tular di laman sosial kononnya untuk kegunaan barisan exco kerajaan negeri adalah fitnah semata mata Menurut beliau kereta berke...
Kepincangan Belanjawan Bukan Isu Politik Demi Rakyat Anwar Dan Najib Senada

Kepincangan Belanjawan Bukan Isu Politik Demi Rakyat Anwar Dan Najib Senada

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 372 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak senada dengan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam mempertikaikan kepincangan Belanjawan 2021 Menjelaskan lanjut Syed Badli berkata inilah sebabnya dia menempelak tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya M...
Belanjawan 2020 Dap Janganlah Hipokrit

Belanjawan 2020 Dap Janganlah Hipokrit

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 215 hits
sarawakvoice com November 12 2020Dr Mohd Fuad ZarkashiKUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap DAP bersikap hipokrit apabila bising Belanjawan 2020 kononnya gagal menyediakan peluang pekerjaan kep...
Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

Hutang Negara Mampu Mencecah Rm1 3 Trilion Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan Tun M

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 288 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1 3 trilion Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin