Roboh Kuil Mic Cuba Politikkan Isu Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas N Balasubramaniam


Selepas perang mulut antara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan pemimpin MIC berhubung isu perobohan sebuah kuil Hindu, kumpulan penyokong bukan Islam PAS meminta semua pihak agar kembali ke meja rundingan.
Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) N Balasubramaniam berkata, perobohan kuil bukan isu kerana ia berlaku di bawah semua kerajaan, sama ada pada zaman Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekarang.
“Isu ini tidak dapat diselesaikan jika kita saling menunding jari antara satu sama lain.
“MIC tidak berpuas hati dengan kepimpinan MB Kedah, mereka menyelar MB bukan seorang ahli politik yang senior. Sebab itu berlaku isu sebegini. Itu kenyataan yang tidak tepat.
“Janganlah apabila MB tidak mendengar arahan mana mana parti politik, MB itu dilabel dan dikecam.
“Di negeri lain yang dipimpin oleh PAS, seperti Kelantan dan Terengganu juga tiada wakil MIC akan tetapi kebajikan kaum India tetap dijaga dengan sempurna,” katanya kepada FMT.
Balasubramaniam menasihati MIC supaya tidak menimbulkan persepsi negatif dengan mendakwa kebajikan masyarakat India hanya terjaga di bawah pimpinan parti itu.
“Walaupun selama 60 tahun MIC pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, mereka kena terima kenyataan bahawa kepimpinan mereka ditolak majoriti kaum India di Malaysia sebelum ini.
“Saya juga berasa sedih, walaupun mempunyai pengalaman yang begitu banyak, namun mereka gagal memahami cara menyelesaikan masalah melalui meja rundingan,”katanya.
Katanya, menteri besar Kedah bulan lalu mengajak semua pihak berbincang untuk menyelesaikan pelbagai isu, termasuk isu kuil secara diplomatik.
“Wakil DHPP sebagai pegawai khas MB Kedah juga melaksanakan pelbagai perkara melibatkan kebajikan masyarakat India.
“Saya menyeru MIC dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati untuk segera ke meja rundingan, tiada gunanya berbalah sesama kita,” katanya.
Terdahulu Sanusi dilaporkan berkata, MIC patut diharamkan jika ia menghasut rakyat melanggar undang-undang susulan perobohan sebuah kuil Hindu yang mencetuskan ketegangan antara parti itu dan kerajaan negeri pimpinan PAS.
Hubungan antara PAS dan MIC Kedah tegang selepas ketuanya S Ananthan meminta BN “mengkaji semula” kerjasamanya dengan parti Islam itu selepas mendakwa tiada peruntukan untuk tempat ibadat bukan Islam dalam Belanjawan Kedah 2021 yang dibentangkan baru-baru ini. FMT
Bekas exco, Pemuda MIC kritik belanjawan Kedah isu ‘dana’ kuil

The post Roboh Kuil: MIC cuba politikkan isu – Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS, N Balasubramaniam appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/03/roboh-kuil-penyokong-pas-gesa-semua-pihak-kembali-ke-meja-rundingan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Peruntukan Kuil Mic Kedah Tunjuk Bukti Gesa Mb Cakap Guna Fakta

Isu Peruntukan Kuil Mic Kedah Tunjuk Bukti Gesa Mb Cakap Guna Fakta

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 484 hits
MIC Kedah hari ini mendedahkan beberapa keping gambar dan surat rasmi Jabatan Perdana Menteri sebagai bukti peruntukan disalurkan kepada rumah ibadat ketika pemerintahan BN di negeri tersebut Ini selepas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhamm...
Tarik Pelancong Arab Kata Ketua Dewan Ulama Pas

Tarik Pelancong Arab Kata Ketua Dewan Ulama Pas

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 293 hits
Bagi menggalakkan pelancongan dan hubungan antarabangsa ahli parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh mengemukakan cadangan agar kerajaan cuba menarik lebih ramai pelancong pelancong Arab ke Malaysia Ketika membahaskan belanjawan unt...
Isu Roboh Kuil Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Ibadat Kata Menteri

Isu Roboh Kuil Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Ibadat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengenalpasti rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar dalam negara Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique b...
Bekas Exco Pemuda Mic Kritik Belanjawan Kedah Isu Dana Kuil

Bekas Exco Pemuda Mic Kritik Belanjawan Kedah Isu Dana Kuil

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 600 hits
Bekas exco Kedah Dr R Summugam berkata dia kesal dengan ketiadaan peruntukan terhadap rumah ibadat bukan Islam di negeri itu dalam belanjawan yang dibentangkan minggu lepas Summugam juga berkata dia kesal dengan jawapan Menteri Besar Muhamm...
Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 342 hits
December 10 2020 Persidangan dewan hari ini diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Sumber Manusia serta Komunikasi dan Multimedia K...
Cuba Bagi Pas Jadi Mb

Cuba Bagi Pas Jadi Mb

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 210 hits
Hamdan Taha Bila pas buat kenyataan terbuka tidak akan bersama membentuk kerajaan baru di perak maknanya jelas pas tidak mahukan mb dari umno seperti mana pada hari kerajaan perak nak di bentuk selepas pru 14 Saya masih ingat wakil pas beru...
Bersatu Pas Lupa Diri Dan Cuba Tutup Kelemahan Dng Tudung Jari Pada Ummo

Bersatu Pas Lupa Diri Dan Cuba Tutup Kelemahan Dng Tudung Jari Pada Ummo

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 431 hits
PAS BERSATU lebih awal bersekongkol dengan DAP hatta UMNO baru pasang niat Ketegasan BERSATU PAS bagaimanapun membuatkan Zahid Najib kecut dan uturn kerana ada di kalangan UMNO sendiri menolaknya dengan keras Ribut seperti ini sudah Tun jan...
Asri Janggut Kecewa Pas Membisu Isu Kwsp

Asri Janggut Kecewa Pas Membisu Isu Kwsp

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 408 hits
Pemilik Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid kesal dengan sikap pemimpin PAS yang enggan bersuara mempertahankan rakyat dalam isu pengeluaran RM10 000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohd Asri terkenal dengan gelaran Asri Janggut berkata pemi...
Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 294 hits
1 Mana walaun PAS Lama tak nampak Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas isu Covid 19 naik mendadak tak ulas isu pemandu mabuk tak ulas isu kematian adib senyap bila tarikh pelaksanaan RUU355 hudud pun tak tuntut 2 Waktu PH perintah nampa...
Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

Buah Binjai Buah Eksotik

Padah Kita Terima Melahirkan Generasi Manja

Amirsya Mang Pulai Ke Iya Chord

Sakit Perut Cirit Birit Bila Usus Cuba Bersuara

12 Cara Mengatasi Hubungan Toxic Yang Benar Benar Efektif Buat Hidup Lebih Damai