Isu Perdana Menteri Bahagian Pertama


 

Sembang Bersama HANIPA MAIDIN / August 15, 2021

1. Ada juga yang tanya macam-macam soalan mengenai isu jawatan PM yang sedang Jawapan:
a. Isu ini berkisar kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan (PP) iaitu Artikel 43 (4) PP.
b. Berdasarkan Artikel tersebut, seorang PM yang telah kehilangan sokongan majoriti hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu memohon kepada YDPA untuk dibubar Dewan dan jika YDPA tidak perkenan, dia hendaklah meletak jawatan (shall tender his resignation) .
c. Bagi orang undang-undang, perkataan “shall” itu – berbeza dengan perkataan “may” – adalah lazimnya bersifat WAJIB atau MANDATORI. Maka, mudahnya, jika YDPA tidak mahu perkenan untuk dibubar dewan, PM itu WAJIB meletak jawatan.
d. Isu yang ditanya macam mana jika dia tidak mahu meletak jawatan? Bolehkah YDPA memecat beliau ? sekarang ini.
2. Walau banyak soalan, saya lihat kesemua soalan itu boleh disimpulkan terbahagi kepada DUA soalan pokok .
Soalan Pertama – Adakah Yang di-Pertuan Agong boleh memecat PM yang enggan letak jawatan selepas PM itu telah hilang sokongan majoriti dan enggan meletak jawatan ?
e. Jika kita lihat PP, khususnya Artikel 43 (4), PP nampaknya tidak memberi jawapan kepada isu itu. Maknanya, tidak disebut YDPA boleh memecat PM yang sebegitu.
Ya, isu ini pernah berbangkit dalam mahkamah dalam satu kes dan saya masih ingat seorang Peguam DiRaja England (QC) berhujah jika ada kelompangan, maka kelompangan itu mesti diisi iaitu jika PM enggan letak jawatan YDPA mesti boleh MEMECAT beliau. Hujah QC tersebut, jika tidak, “the system is not workable!”
Andaian teori YDPA boleh pecat itu adalah pihak yang melantik biasanya diberi juga kuasa memecat.
f. Selain itu, dalam berurusan dengan Perlembagaan, ia tidak boleh disamakan dengan cara kita berurus dengan undang-undang biasa. Perlembagaan itu sering dikatakan “sui juris” (stands on its own).
Dalam undang-undang perlembagaan, ada satu teori yang dipanggil “Constitutional Convention” yang mungkin kita boleh terjemah sebagai “amalan tradisi perlembagaan. Ia juga dikenali sebagai “non- legislative practices”. Mungkin, dalam sains politik, ia menyerupai etika politik atau “political ethics”.
Mudahnya, jika ada kelompangan dalam perlembagaan, ia perlu diisi oleh “convention”.
g. Adakah kita sedar bahawa misalnya jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri kanan itu sebenarnya tidak wujud dalam PP. Ia adalah semata-mata amalan “convention”. Adakah kita ingin katakan pelantikan jawatan jawatan tersebut adalah bercanggah dengan PP ?
Oleh itu, walaupun tidak ada peruntukan khusus dalam PP yang memberi kuasa kepada YDPA untuk memecat PM, pada hemat saya YDPA masih boleh memecat PM yang tak mahu meletak jawatan.
Mengapa?
Meminjam kata kata QC di atas “otherwise, the system is not workable!”
Lagipun itu juga adalah amalan “convention” Perlembagaan kerana adalah tidak wajar untuk membiarkan PM yang sudah hilang majoriti untuk terus dibenarkan memegang jawatan yang pasti akan mengundang pelbagai risiko yang tidak perlu kepada negara.
Insya-Allah, bersambung…


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/isu-perdana-menteri-bahagian-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Perdana Menteri Bahagian Kedua

Isu Perdana Menteri Bahagian Kedua

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 214 hits
Sembang Bersama HANIPA MAIDIN August 15 2021 1 Saya telah menjelaskan pandangan saya mengenai iaitu bolehkah Yang di Pertuan Agong memecat seorang PM yang telah kehilangan sokongan majoriti tetapi masih enggan atau berdegil tidak mahu melet...
Tiada Isu Peletakan Jawatan Perdana Menteri

Tiada Isu Peletakan Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 327 hits
MUHYDDIN YASSIN Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada isu berbangkit mengenai peletakan jawatannya buat masa ini Menurutnya beliau telah menyembah maklum ...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 262 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 383 hits
Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi dan usahawan popular Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan
Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 295 hits
Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berkenan de...
Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 249 hits
YDP Agong Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah hari ini telah berkenan menerima surat peletakan jawatan perdana menteri Muhyididin Yassin Dalam perutusan khas Istana Negara baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caret...
Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Akan Membuat Sidang Media Pada Petang Ini

Perdana Menteri Selesai Menghadap Agong Akan Membuat Sidang Media Pada Petang Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebentar tadi Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira kira 40 minit Kenderaan pelba...
Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 317 hits
Selepas Mahiaddin Md Yasin meletak jawatan esok persoalan yang akan menghangatkan lagi atmosfera politik negara dalam fasa berikutnya ialah siapa Perdana Menteri baru untuk menggantikan Presiden Bersatu itu Meskipun kuasa sebenar terletak d...
Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 302 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin ALOR SETAR Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah boleh bersiap sedia untuk menjadi ketua pembangkang atau memilih untuk bersara daripada arena politik tanah air memandangkan dirinya bukan lagi Perdana Menteri yang sah Ketu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat