Isu Perdana Menteri Bahagian Kedua


 
Sembang Bersama HANIPA MAIDIN / August 15, 2021

 

 

 

 

1. Saya telah menjelaskan pandangan saya mengenai soalan pertama iaitu, “bolehkah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) memecat seorang PM yang telah kehilangan sokongan majoriti tetapi masih enggan atau berdegil tidak mahu meletak jawatan?”2. Insha-Allah, saya akan cuba menjawab soalan kedua pula.Soalan “Bolehkah seseorang PM yang kehilangan majoriti dan keabsahan itu menyerahkan “baton” pelantikan PM baru kepada seorang lain atau mana-mana menteri di Kabinetnya (semasa beliau menjadi PM)?



3. Jawapan ringkas saya adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.

Mengapa?

Saya akan terangkan di bawah ini alasan- alasannya.


Pertama, jawatan PM itu bukan seperti kes lumba lari berganti-ganti yang mana seseorang pelari itu boleh bertukar baton kepada seorang pelari yang lain.:

Kedua, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (PP), telah ditetapkan suatu mekanisme tertentu bagi pelantikan mana-mana PM.

Ketiga, secara mudahnya, kuasa pelantikan seorang PM – berdasarkan PP – hanya boleh ditentukan atau dilakukan oleh YDPA sahaja iaitu di bawah Artikel 43 (2) (a) PP.

Oleh itu, “the outgoing PM” tidak ada kuasa sama sekali untuk mewariskan jawatan PM kepada sesiapa pun.

Jika saya boleh katakan dalam bahasa Inggeris, “the outgoing PM has no say at all in the business of appointing a new PM!”.

Keempat, dalam skema PP, seorang PM itu dan anggota Kabinetnya adalah ibarat kerajaan itu sendiri.

Oleh itu, jika beliau telah kehilangan jawatannya, dengan apa sebab sekalipun, dia membawa sekali keseluruhan anggota Kabinetnya “runtuh” atau “tumbang” bersama sama beliau.

Ini kerana apabila seorang PM itu kehilangan jawatan, para anggota pentadbiran di dalam Kabinet beliau itu tidak boleh lagi “berdiri” secara bersendirian.

Mereka wajib meletak jawatan bersekali dengan “tekong” mereka iaitu PM yang kehilangan jawatan itu.

Hatta, menurut skema PP, semasa seorang PM itu masih sah memegang jawatan sekalipun, tidak boleh ada mana-mana anggota Kabinet yang boleh tidak bersetuju dengan segala keputusan beliau – PM – yang dianggap keputusan keseluruhan Kabinet atau keputusan kerajaan. Alternatif untuk tidak bersetuju adalah meletakkan jawatan.

Prinsip itu lahir berdasarkan doktrin “pertanggungjawaban kolektif” atau “collective responsibility.”

Secara tersirat, doktrin itu mengisyaratkan bahawa PM dan para anggota pentadbiran (istilah dalam PP) berdiri dan jatuh bersama- sama. Mereka ibarat “kembar siam” atau “two sides of the same coin”.

Kelima, dalam isu pelantikan PM di bawah PP, meskipun ianya diletakkan di bawah budi bicara baginda seperti mana yang dinyatakan di bawah Artikel 40 (2) (a) PP, hatta PP itu sendiri meletakkan “condition precedent” yang mengawali tatacara pelaksanaan budi bicara baginda itu sendiri.

Bagi saya, ini tidak pelik kerana sejak PP digubal oleh Suruhanjaya Reid, telah diniatkan dan ditentukan dari awal bahawa negara ini mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan (constitutional monarchy) dan bukannya doktrin Raja Mutlak (absolute monarchy).

Alhamdulillah, YDPA, saya yakin, amat arif hal tersebut.

Apakah syarat penting atau “condition precedent” yang mengawal pelaksanaan budi bicara YDPA dalam pelantikan seorang PM?

Syarat penting itu boleh dilihat pada frasa di Artikel 43 (2) (a) PP iaitu calon PM itu hendaklah seorang ahli Dewan Rakyat (senator tidak boleh) yang, “in his judgement is likely to command the confidence of the majority of the members of the house” (yakni ahli ahli Dewan Rakyat)”.

4. Ada juga yang bertanya, “seandainya dilantik calon PM dari kalangan menteri kerajaan PN”, bolehkah ianya dibuat?”

Jujurnya, pada hemat saya, ianya bukan sahaja tidak manis tetapi juga mungkin boleh disalah tafsir seolah-olah negara ini tidak langsung menghormati SUARA RAKYAT yang mereka suarakan pada PRU-14 iaitu pada 9 Mei 2018.

Dan, insha-Allah saya amat yakin YDPA amat peka kepada perkara ini dan kita menyerahkan kepada wisdom atau kebijaksanaan YDPA yang menaungi rakyat negara ini.

Suka atau tidak suka, realitinya, PM yang telah hilang majoriti dan keabsahan ini telah melakukan banyak perkara yang membawa beliau kepada fasa ini – fasa kehilangan kepercayaan yang hampir mutlak kepada beliau dan kerajaan yang diterajui oleh beliau untuk terus dibenarkan menjadi kerajaan.

Secara mudah, berasaskan doktrin “pertanggungjawaban kolektif” yang saya terangkan di atas, kehilangan kepercayaan itu HAKIKATNYA adalah ketidakpercayaan BUKAN sahaja kepada PM seorang tetapi juga kepada KESELURUHAN anggota pentadbiran dalam Kabinet PM itu dan juga parti yang mereka wakili.

Oleh yang demikian, dari segi etika dan moral dan juga prinsip serta roh Perlembagaan, amat amat tidak manis jika diandaikan akan dilantik PM yang baru itu misalnya, dari kalangan mana-mana menteri atau pemimpin yang mendukung kerajaan yang diterajui oleh PM yang telah hilang keabsahan untuk menerajui negara itu.

Perlembagaan itu tidak boleh sama sekali dipisahkan dari prinsip- prinsip luhur yang menggarisbawahi prinsip demokrasi berparlimen yang mana asas tunjangnya aspirasi rakyat seperti yang digambarkan melalui suara mereka.

Sudah tentu dalam konteks negara ini, suara rakyat pada 9 Mei 2018.

5. Jika ditanya saya, “siapakah calon yang layak menggantikan PM yang telah hilang keabsahan itu?” , dengan hormat, saya berpendapat ia sewajarnya diberikan pada calon pilihan dari PH yang mewakili blok majoriti terbesar pada waktu ini.

Lazimnya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen sebenar, itulah yang biasa diamalkan. Itulah convention atau etika politiknya.

Maaf, di atas itu sekadar pandangan saya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/isu-perdana-menteri-bahagian-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Perdana Menteri Bahagian Pertama

Isu Perdana Menteri Bahagian Pertama

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 205 hits
Sembang Bersama HANIPA MAIDIN August 15 20211 Ada juga yang tanya macam macam soalan mengenai isu jawatan PM yang sedang Jawapan a Isu ini berkisar kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 43 PP b Berdasarkan Artikel tersebu...
Tiada Isu Peletakan Jawatan Perdana Menteri

Tiada Isu Peletakan Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 327 hits
MUHYDDIN YASSIN Pentadbiran kerajaan berjalan seperti biasa PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tiada isu berbangkit mengenai peletakan jawatannya buat masa ini Menurutnya beliau telah menyembah maklum ...
Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

Mila Jirin Menangis Seb4k Dengar Berita Perdana Menteri Akan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 383 hits
Menerusi satu perkongsian di Instagram penyanyi dan usahawan popular Mila Jirin tidak dapat menahan rasa sedih apabila mendengar berita Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan
Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

Agong Lantik Muhyiddin Sebagai Caretaker Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 295 hits
Istana Negara mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga individu baharu dilantik ke jawatan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berkenan de...
Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

Muhyiddin Tiba Di Pejabat Perdana Menteri Akan Pengerusikan Mesyuarat Kabinet 10 Pagi

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 400 hits
gerakmalaysia com by PUTRAJAYA Ogos 16 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bangunan Perdana Putra kira kira pukul 8 07 pagi ini Beliau tiba diiringi polis pengiring sebelum memasuki Pintu Protokol malah sempat menurunk...
Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

Tan Sri Muhyiddin Jalankan Tugas Sebagai Perdana Menteri Sementara Istana Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 247 hits
YDP Agong Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah hari ini telah berkenan menerima surat peletakan jawatan perdana menteri Muhyididin Yassin Dalam perutusan khas Istana Negara baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin sebagai caret...
Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

Perdana Menteri Akan Serah Surat Letak Jawatan Selepas Strategi Bipartisan Tidak Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 245 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di Pertuan Agong di Istana Negara esok Ketika men...
Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

Muhyiddin Bukan Lagi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 300 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin ALOR SETAR Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah boleh bersiap sedia untuk menjadi ketua pembangkang atau memilih untuk bersara daripada arena politik tanah air memandangkan dirinya bukan lagi Perdana Menteri yang sah Ketu...
Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

Agar Kekal Jadi Menteri Lagi Bersatu Mahu Tonjolkan Ismail Sabri Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 316 hits
Selepas Mahiaddin Md Yasin meletak jawatan esok persoalan yang akan menghangatkan lagi atmosfera politik negara dalam fasa berikutnya ialah siapa Perdana Menteri baru untuk menggantikan Presiden Bersatu itu Meskipun kuasa sebenar terletak d...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall